BAB 23

Humor Completed 78146

MASUK hari ni dah tiga hari Adam tinggal di rumah Pak ngah Daud atau abi.Layanan keluarga ini sangat mesra.Bah kan Adam tidak berasa seperti orang asing.Malah Adam terasa seperti sudah lama mengenali keluarga ini.

Perasaan Adam makin ditimpa bersalah.Keluarga Aisyah tak seperti keluarganya.Malah umi melayannya lebih dari seorang menantu.Setiap hari umi akan tanya Adam nak makan apa.Semua umi sediakan.Teringat layanan mummy pada Aisyah.Sedihnya.Memang patut pun Aisyah bawa diri.Dah la suami tak terima malah ibu mertua pun tak suka akannya.

Aisyah kat mana abang nak cari Aisyah ni.Abi dan umi pun tak tahu ke mana Aisyah pergi.Bila di tanya masing-masing diam.Abi dan umi tak pernah nak bezakan Aisyah dan anak-anak mereka.Walau Aisyah hanya anak saudara mereka.Malah mereka di layan sama rata sejak kecil lagi.Beza betul didikan keluarga Aisyah dan Adam.

Mummy selalu lebih kan Adam.Kadang kesian juga tengok Aidil.Adil lebih rapat dengan baba berbanding Adam.Adam selalu mummy menangkan.Yang mengalah selalu Aidil.Oh tak adilnya.Kesian Aidil.Patut dia marah sangat bila Adam buat Aisyah macam ni.Patutnya dia yang dapat Aisyah.Betapa rasa bersalahnya Adam pada Aidil.Adam yang selalu mummy banggakan rupanya ada juga 'cacat cela'nya.

Adam rasa tenang saja kat sini.Bukan ahli keluarganya tidak menelefon.Malah setiap hari mummy akan menefon cuna Adam tak mahu menjawab.Semua tugas Adam di pejabat Aidil yang ambil alih.Baba pula setiap hari selalu bagi kata semangat buat Adam.Adam dah tak kisah kalau tak dapat harta baba.Yang Adam nak kan sekarang hanya Aisyah.

Jadinya Adam di sini baik-baik saja.Adam rajin ikut abi bersolat jemaah bersama anak-anak di Darul Sakinah.Malah makin hari Adam semakin rapat dengan mereka.Betul kata Iqbal kat sini rasa tenang saja.Bila dengar suara adik-adik mengaji terusik jiwa untuk menginsafkan diri.Patut lah baba sukakan tempat ini.

Bau aroma nescafe yang baru diletakkan di atas meja menyedarkan Adam.Baru Adam sedari sejak datang ke sini gadis berniqab ini selalu akan menghidangkan air dan makanan.Tetapi tidak pernah makan sekali.Yang Adam tahu anak abi ada dua orang.Habib dan Najiha.Tapi Najiba tidak berniqab.

"Terima kasih..."kata Adam.Perempuan itu hanya mengangguk dan terus pergi seperti biasa.

Adam macam perasan sesuatu.Mata tu.

Cepat-cepat perempuan itu berlalu masuk ke dalam rumah.Adam ikut dengan ekor matanya.Takut juga nak perhati lama-lama.Nanti tak pasal kena halau dari sini.

"Tengok apa tu Adam."suara abi mengejutkan Adam.

Adam tersengih kecil.Sedar akan keterlanjuran matanya.

"Tadi tu siapa abi?"Adam nak tahu juga.Gerak-geri seakan sama.

"Oh yang tu.Kawan Jiha.Maira.Anak angkat abi juga.Kenapa Adam tanya?"abi tahu Adam dah mula syak sesuatu.

Pada hal dari hari pertama Adam datang.Dia dah diperkenalkan dengan Maira.Dia cuma ingat-ingat lupa nama gadis itu.Gadis berniqab ni memang tak pernah bercakap.Sebab Adam tak pernah dengar suaranya.Nak tanya banyak takut abi salah anggap pulak.

"Saja tanya.Abi cakap esok Habib nak balik kan?Adam tak sabar nak jumpa Habib."

"Esok sampai lah tu.Minum lah Adam.Nanti sejuk nescafe tu tak sedap."

Habib mulanya hairan juga bila dapat tahu Adam dah seminggu ada di rumah abi dan umi.Masih setia menanti Aisyah.Tapi Aisyah buat tak tahu saja.

"Aisyah,abang nak cakap sikit."Habib memanggil Aisyah.

Aisyah pandang kiri kanan.Nasib tak ada Adam di situ.Nanti dia dengar kantoi lah Aisyah.

"Kenapa abang Habib?"

"Aisyah tak nak bagitahu Adam ker.Kesian abang tengok Adam.Kadang termenung jauh.Cuba Aisyah bagi Adam peluang.Mana tahu dia akan berubah jadi suami yang lebih bertanggungjawab."

Habib bukannya nak masuk campur hal Aisyah.Tapi dia rasa ada lah lebih elok jika Aisyah berdepan dengan Adam bukannya bersembunyi macam ni.Mata Aisyah direnungnya.Sekejap saja Aisyah berbalas pandangan.Lepas tu Aisyah pandang tempat lain.

"Aisyah tak bersedia lagi nak berdepan dengan dia."

"Sampai bila Aisyah?Abang tengok Adam tu berusaha sungguh nak jadi suami yang terbaik buat Aisyah."

Macam mana Habib tahu.

Sebelum Adam datang ke sini.Terlebih dahulu Adam ke Wisma Darul Sakinah.Berjumpa dengannya.Merayu untuk berjumpa Aisyah.Boleh kata tiap hari Adam akan ke sana.Berdiri di depan bangunan Wisma.Habib tahu Aisyah banyak terluka dengan sikap Adam.Berkali Adam memohon maaf padanya serta abi.Tapi hati Aisyah kali ini begitu keras.

"Aisyah...Aisyah...."Habib geleng kepala.Boleh tahan keras juga hati Aisyah.Dulu memang Habib sukakan Aisyah.Tapi sejak Aisyah kahwin,Habib dah nekad buang Aisyah dari hatinya.Dia tak mahu jejaskan hubungan persaudaraan mereka.Tak sangka Aisyah yang nampak lemah lembut tapi hati keras.

Aisyah hilang kata-kata.Dengan Habib dia tak boleh menipu.Pasti Habib dapat tahu hingga ke akar umbi.

"Habib."panggil Adam sambil melambai tangan ke arah mereka berdua.

Dari kejauhan nampak Adam seperti tergesa mahu mendapatkan mereka.Aisyah cepat mahu berlalu pergi dari situ.

"Aisyah.Abang nak Aisyah terus terang dengan Adam.Kalau tak nanti abang sendiri yang akan bagitahu Adam."gertak Habib.

Aisyah diam dan terus pergi.Tak sempat nak cakap dah bila Adam kian menghampiri.

Adam senyum segaris pada Habib.Tak sempat nak berbual dengan Maira.Cepat betul gadis itu pergi.Bukan Adam tak perasan Maira seperti mengelak darinya.Malah gadis itu akan berdiam diri dari bercakap dengannya.Tapi dengan orang lain Adam tengok elok saja.Tu pun Adam perhati dari jauh.

Tadi dari jauh Adam nampak Habib berbual dengan Maira.Serius saja muka Habib.Lagak seperti sedang bercakap sesuatu yang serius.Maira yang berniqab hitam itu hanya mengangguk kecil.Tak pasti butir bicara mereka.Agaknya Habib dan Maira ada hubungan istimewa kot.Sebab tu agaknya Maira tak berani berbicara dengan Adam.

Adam masih mencuba mehubungi Aisyah setiap hari namun hanya masuk peti suara.Tak tahu mana lagi nak cari Aisyah.Dia akan terus menunggu Aisyah di sini.Adam yakin sangat yang Aisyah akan balik ke Darul Sakinah.Bila berada di sini terasa seperti dekat dengan Aisyah.Hebatnya aura seorang perempuan yang bernama Aisyah Humaira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience