BAB 43

Romance Completed 42886

Genap seminggu pasangan suami isteri itu berada di Langkawi untuk berbulan madu. Seminggu yang dihabiskan bersama di rumah Tok Wan benar-benar merapatkan hubungan mereka dengan lebih mendalam. Nampaknya keputusan untuk Adi Ashraf berbulan madu disitu amat berbaloi.

Kini, kelihatan Adi Ashraf bersandar di daun pintu sambil memerhatikan Ariana yang sedang sibuk mengemas beg pakaian mereka berdua. Segala persediaan untuk mereka pulang sudah pun telah dia lakukan. Hanya tinggal untuk berangkat sahaja.

Memorinya bersama Ariana sepanjang minggu tersebut membuatkan dia mengukir senyuman. Tangannya disilangkan ke dada. Semakin lama dia mengenali isterinya, semakin dia tertarik kepada Ariana.

"Ash, tolonglah. Jangan tengok je." tegur Ariana yang baru sedar dengan kehadiran suaminya di situ. Dia mencekak pinggang, keningnya diangkat sebelah. Cuba untuk kelihatan tegas.

Walaupun sebenarnya pada mata Adi Ashraf, isterinya kelihatan comel apabila berbuat demikian. Dia mula menghampiri isterinya tanpa membalas kata-kata Ariana. Malas mahu cari gaduh walaupun peluang di depan mata.

Sebaik melihat suaminya yang patuh, Ariana mula tersenyum sendirian. Sejak kebelakangan ini, dia perasan bahawa suaminya lebih suka untuk tidak mencari pasal dengan dia. Itu membuatkan dia lebih dari bersyukur terhadap perubahan suaminya itu.

"Nak aku tolong apa?" tanya Adi Ashraf, dia melihat beg pakaian mereka yang hampir siap dikemas oleh isterinya. Apa sahaja yang dia boleh tolong kalau semuanya sudah siap?

"Tolong angkat beg ni masuk kereta. Berat sangatlah. Susah aku nak angkat. Boleh?" pinta Ariana, matanya dikedip-kedipkan beberapa kali. Mahu meminta simpati. Adi menjulingkan mata apabila melihat taktik isterinya.

"Okay. Nak aku angkat apalagi? Kau sekali?" ucap Adi Ashraf penuh selamba. Sekelip mata sahaja wajahnya dibaling bantal oleh Ariana. Dia mengeleng kepala. Gurau pun tak boleh.

Ariana tersenyum kepuasan. Dia menolak beg pakaian mereka ke arah Adi Ashraf sebelum menghempaskan tubuh ke atas katil. Sempat dijeling suaminya sekilas. Baru ingat dah berubah sepenuhnya suami dia tu. Haih.

Dia membuang pandangan ke atas siling. Kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepala. Lalu, pandangannya diliarkan pula di sekeliling bilik. Mahu mengingati setiap inci bilik tidurnya itu sebelum pulang.

Sebuah keluhan berat terlepas dari mulutnya. Membuatkan Adi Ashraf mengalihkan pandangan ke arah isterinya. Pelik apabila mendengar keluhan isterinya yang seolah-olah sedang bersedih.

Ariana memusingkan badan ke kanan. Tindakan itu membuatkan dia membelakangi suaminya. Menghalang pandangan Adi Ashraf pada wajahnya sepenuhnya.

Pandangan Ariana beralih pada dinding bilik. Tak dapat dinafikan dia benar-benar gembira dapat meluangkan masa bersama suaminya sepanjang mereka disini. Tetapi, dia tak bersedia untuk pulang dan meninggalkan Tok Wan.

Adi Ashraf mengambil keputusan untuk memeriksa keadaan isterinya. Sebaik dia mengambil tempat di sebelah isterinya, dia terlihat wajah isterinya yang masam mencuka. Bibir isterinya dimuncungkan tanda tak puas hati.

Lantas, tangan isterinya diambil lalu diusap lembut. Serta-merta, perhatian Ariana terarah pada suaminya. Wajahnya yang masam kembali seperti biasa. Dia segera bangun untuk duduk.

"Kenapa ni? Kau sedih sebab kita nak balik eh?" tanya Adi seperti membaca fikiran isterinya. Ibu jarinya mengusap belakang tangan isterinya penuh kasih. Ariana mengangguk kecil.

Sebegitulah hubungan mereka sekarang. Masing-masing akan menenangkan satu sama lain jikalau salah seorang dilanda kesedihan. Tanpa perlu berkata apa-apa, Adi sudah dapat tahu.

"Aku baru je jumpa dengan Tok Wan seminggu ni. Aku tak nak balik. Aku nak duduk sini, Ash."  luah Ariana. Genggaman tangan mereka diketatkan. Adi mengalihkan rambut isterinya ke belakang telinga sebelum membalas.

"Riana, janganlah macam ni. Mesti Tok Wan tak suka kalau dengar kau cakap macam ni. Takkan kau nak biarkan aku balik seorang-seorang? Kau sayang Tok Wan kan? Jadi dengar cakap aku. Kita balik eh." pujuk Adi sambil memegang sisi wajah isterinya.

Ariana memejam mata menikmati sentuhan suaminya. Tangannya diletakkan pada tangan Adi yang berada di wajahnya. Dia membalas dengan deheman perlahan. Adi mengusap lembut pipi isterinya.

"Lain kali, kita datang lagi. Nak?" tambah Adi lagi. Tahu perkara itu akan menggembirakan isterinya serta-merta. Seperti yang disangka, Ariana membuka mata menunjukkan matanya yang sedang bersinar-sinar sebaik mendengar kata suaminya.

"Promise?" ucap Ariana mahukan kepastian. Jari kelingkingnya ditunjukkan. Adi melepaskan tawa kecil. Terhibur dengan sikap kebudak-budakan isterinya.

"Promise." balas Adi Ashraf yakin. Jari kelingking mereka disatukan. Terpamer senyuman lebar di wajah Ariana. Adi Ashraf memicit kedua-dua belah pipinya tanda geram.

"Dah, jom balik. Kita jumpa ibu, abah dengan Tok Wan dulu." ajak Adi Ashraf bingkas bangun. Mereka berdua berpegangan tangan. Beg pakaian mereka diangkat oleh Adi Ashraf menggunakan sebelah tangan lagi.

"Lia..." panggil Tok Wan sebaik melihat anak menantunya. Dia sudah sedia maklum tentang kepulangan mereka hari ini. Puan Sandra dan Encik Johan turut berada di situ.

"Riana, aku pergi letak beg dalam kereta dulu. Kau pergilah dekat Tok Wan dengan ibu, abah." maklum Adi Ashraf. Ariana mengangguk kecil. Kalau tak disuruh pun dia memang akan pergi kepada Tok Wan.

Sementara Adi memasukkan barang di bonet kereta, Ariana menghampiri Tok Wan dan ibu bapanya. Dia mendepakan tangan mahu memeluk tubuh Tok Wan seerat-eratnya. 

"Lia sayang Tok sangat-sangat. Tok jaga diri ya? Lia dengan Ash janji datang lagi lawat Tok dekat sini. Tok tunggu Lia tau." ucap Ariana perlahan. Wajahnya disembamkan pada ceruk leher milik Tok Wan. Tangannya mendakap erat tubuh wanita itu.

"Tok pun sayang Lia. Jangan risau pasal Tok. Pandailah Tok jaga diri. Lia tu jaga diri elok-elok ya sayang. Jaga suami. Tok tak nak tengok Lia sedih. Tok nak tengok Lia happy dengan Ash. Boleh?" balas Tok Wan lembut. Pelukan Ariana dibalas kembali. Tangannya naik mengusap kepala Ariana penuh kasih.

"Lia sayang Ash kan?" tanya Tok Wan secara tiba-tiba. Ariana melepaskan pelukan. Dia melihat wajah Tok Wan sebelum beralih ke arah Adi Ashraf yang sedang berpelukan dengan ibu bapanya. Lambat-lambat, dia mengangguk tanda mengiyakan. Tok Wan tersenyum nipis.

"Kalau sayang jangan dipendam, Lia. Biarkan Ash tahu. Jangan pendam sampai diri sendiri yang sakit ya sayang? Tok tahu Ash pun sayang Lia. Tok harap kamu berdua kekal bahagia, Lia. Macam yang Naufal nak." pesan Tok Wan buat kali terakhir. Tanpa sedar, memberikan kesan kepada Ariana serta-merta. Ariana terkelu. Dia menelan air liur sebelum membalas.

"Baik, Tok. Lia cuba. Lia janji." kata Ariana bersama senyuman kecil. Tok Wan mengukir senyuman penuh makna. Di dalam hatinya tidak menghentikan kebahagiaan anak menantunya.

"Tok..." panggil Adi Ashraf menarik perhatian Tok Wan dan Ariana. Mereka berdua mengalihkan pandangan. Belum sempat Adi mengatakan sesuatu, dia sudah berada di dalam pelukan Tok Wan.

Adi Ashraf mengerutkan dahi sambil memandang isterinya. Ariana tersenyum kecil. Dia mengangkat bahu tanda tak tahu. Adi hanya membalas pelukan tersebut kembali.

"Ingat apa yang Tok cakap, Ash." bisik Tok Wan di telinga Adi Ashraf. Adi Ashraf mengangguk tanda faham apa yang dimaksudkan oleh Tok Wan. Dia meleraikan pelukan sebelum bersalaman.

"Kami balik dulu, Tok, ibu dengan abah. Nanti kami datang lagi." ucap Adi Ashraf. Senyuman lebar tak lekang di bibirnya. Mereka hanya membalas dengan anggukan.

"Jaga diri. Bawak kereta elok-elok Ash. Nanti dah sampai, telefon ibu." pesan Puan Sandra. Dia sempat berpelukan dengan Ariana sebelum mereka pulang.

"Baik ibu, pergi dulu." balas Adi Ashraf lagi. Dia sudah pun masuk ke dalam kereta. Kata-kata itu diucapkan melalui tingkap yang dibuka sahaja. Ariana yang disebelah mengucapkan selamat tinggal yang terakhir kepada keluarga nya.

"Bye, ibu, abah, Tok! Kami pergi dulu!" ucap Ariana dengan nada yang sedikit ceria. Tak mahu bersedih seperti itu pertemuan kali terakhir mereka.

Usai berpamitan, laju sahaja kereta Adi Ashraf meluncur di jalan raya. Ariana yang membuang pandangan ke luar kereta teringatkan kata-kata Tok Wan. Dia mengeluh.

"Kalau sayang jangan dipendam, Lia. Biarkan Ash tahu. Jangan pendam sampai diri sendiri yang sakit ya sayang? Tok tahu Ash pun sayang Lia."

Adi Ashraf menyedari isterinya yang tiba-tiba senyap mula berasa risau. Sebelah tangannya diletakkan pada stereng kereta. Manakala, sebelah lagi mula memegang tangan isterinya.

"Hei, termenung apa? Tak nak sembang dengan aku ke?" soal Adi Ashraf dengan nada risau. Ariana segera tersedar daripada lamunannya. Anak matanya dijatuhkan pada genggaman tangan mereka berdua.

"Hmmm, tak ada apa. Aku bukan tak nak sembang tapi rasa penat sikit." ucap Ariana bersama senyuman yang dibuat-buat. Tak mahu suaminya tahu apa yang menganggu dirinya buat masa ini. Dia melepaskan genggaman tangan suaminya.

Tetapi, gagal apabila Adi Ashraf mengenggam semula tangan isterinya. Kali ini dengan lebih erat. Dia menarik tangan isterinya lalu diletakkan di atas paha kirinya. Ibu jarinya mengusap belakang tangan isterinya sebagai tanda untuk menenangkan apa-apa yang menganggu gadis itu.

Ariana tersenyum kecil apabila menyedari tindakan suaminya. Dia memerhati sisi wajah suaminya dengan pandangan penuh kasih. Dia hanya mengharapkan satu sahaja.

Semoga kata-kata Tok Wan benar.

??????????????????

Sepanjang perjalanan mereka sebegitu. Adi Ashraf tak mahu mendesak isterinya dengan berkata apa-apa. Jadi dia sekadar mendiamkan diri sahaja. Tanda memberi ruang kepada isterinya.

Tindakan Adi Ashraf itu dihargai sepenuhnya oleh Ariana. Dia benar-benar memerlukan ruang buat masa ini untuk memikirkan masak-masak tentang kata-kata Tok Wan.

Macam mana kalau kata-kata itu salah sama sekali? Bagaimana pula kalau sebenarnya cintanya hanya sebelah pihak?

"Susahnya..." rungut Ariana perlahan. Risau didengari oleh suaminya di sebelah. Tak lama lagi, mereka berdua akan tiba di rumah. Tetapi, dia masih berperang dengan dirinya sendiri.

Adi Ashraf memerhatikan isterinya dari ekor mata. Dia perasan dengan sikap isterinya yang seperti sedang tertekan tentang sesuatu. Tetapi tidak tahu apa puncanya.

Sebab aku ke?

Fikir Adi Ashraf sendiri. Kalau betul puncanya dia, apa yang pula faktor yang menyatakan dia yang salah. Ah mungkin dia cuma overthinking  sahaja. Lagipun takkanlah dia begitu penting sehingga menganggu fikiran isterinya sendiri kan?

"Akhirnya, sampai jugak." luah Adi Ashraf dengan perasaan lega. Dia menyandarkan tubuh di seat kereta, tali pinggang keledarnya dibuka. Kepalanya dipalingkan pada isterinya disebelah.

Pandangan matanya menemui figura isterinya yang masih leka termenung. Sudah jelas lagi nyata isterinya itu masih tidak sedar dengan keberadaan mereka sekarang. Adi Ashraf mencebik dalam diam.

Sedikit terasa kerana tidak mempunyai perhatian isterinya sepenuhnya sepanjang perjalanan pulang mereka. Tambah pula dia tak dapat berbual dengan isterinya juga. Semuanya kerana dia mahu memberikan ruang untuk isterinya.

Rambutnya diraup ke belakang. Dia berdehem sedikit mahu menarik perhatian isterinya. Apabila usahanya itu gagal, dia mula mencucuk bahu isterinya.

"Riana..." panggil Adi Ashraf. Laju sahaja Ariana menoleh kepala. Sedikit terkejut dengan tindakan dan panggilan suaminya. Namun dia beriak sahaja.

"Ash, kenapa?" soal Ariana hairan. Dia mula meliarkan pandangan ke sekeliling. Barulah dia perasan mereka sudah tiba di rumah. Dia tersenyum kekok kepada suaminya kerana menyangka suaminya itu mahu memaklumkan bahawa mereka sudah berada di rumah.

"Oh dah sampai. Biar aku bawakkan barang dari bonet kereta. Kau mesti penat kan?" cadang Ariana. Dia segera membuka tali pinggang keledar. Tangannya mencapai pemegang pintu kereta untuk keluar.

Malangkan tidak boleh dibuka kerana dikunci.
Dia menoleh ke suaminya semula mahu meminta untuk membuka kunci kereta tersebut tetapi terhenti. Semuanya kerana seca ra tiba-tiba, Adi Ashraf menghalang tubuhnya bergerak dengan memerangkapnya di seat kereta tersebut.

"A-ash kenapa?-"

"Shhh, baik kau cakap apa sebenarnya yang buat kau tak nak cakap dengana aku sekarang ni? Aku buat salah ke hmmm?"

Kata-kata Ariana segera dicantas oleh Adi Ashraf tanpa memberi peluang untuk gadis itu menghabiskan kata-katanya. Suaranya kedengaran serius membuatkan Ariana sedikit gentar. Tetapi riak mukanya dikawal sebaik mungkin.

"Tak ada apa-"

"Jangan tipu aku, Riana."

Sekali lagi, Adi Ashraf mencantas kata-kata isterinya. Dia tak mahu memberi peluang untuk isterinya lagi kali ini. Dia mahukan jawapan. Kalau melalui semua ini, dia dapat semula perhatian isterinya dia sanggup.

Ariana terdiam. Dia menarik nafas panjang. Mungkin ini masa yang sesuai. Dia hanya mencuba nasib. Pada masa yang sama, mahukan jawapan daripada suaminya untuk segala persoalan yang ada di mindanya sepanjang perjalanan ini.

Sekali ini saja Riana peluang kau!

"Aku suka kau."

Sekali nafas Ariana meluahkan perasaannya. Dia pantas melihat wajah suaminya. Cuba membaca riak muka lelaki itu atau apa-apa reaksi terhadap luahannya tadi. Jantungnya bergetar hebat.

Namun semuanya kosong. Adi Ashraf hanya memandangnya dengan pandangan kosong. Ariana mula menyedari jawapannya tidak seperti yang disangkakan segera bertindak pantas.

Tak mahu menjadikan keadaan lebih buruk. Atau lebih memalukan kerana dia baru sahaja ditolak secara tak sedar oleh suaminya sendiri. Belum sempat Adi membuka mulut, Ariana lebih pantas mencantas.

"Maksud aku, aku suka... tengok kau senyum! Janganlah terkejut sangat. Muka kau pucat tau tak." ucap Ariana cuba berseloroh. Dia melepaskan tawa palsu.

Adi Ashraf yang masih terkejut dengan pengakuan isterinya itu mencelikkan mata beberapa kali. Cuba mencerna maklumat yang baru di dapati olehnya.

"Ha?" luah Adi Ashraf yang kebingungan. Suka tengok dia senyum? Pada mulanya dia ingatkan dia mendengar isterinya sukakan dia.

"Ha aku suka tengok kau senyum. Kebelakangan ini, aku selalu nampak kau senyum." jelas Ariana lagi. Meneruskan untuk menutup malunya.

"Oh."

Itu sahaja balasan yang mampu keluar dari mulut Adi Ashraf. Kedengaran seperti suaranya sedang terluka di telinga Ariana. Namun dia hanya tak mengendahkan kerana mungkin suara suaminya sebegitu kerana penat.

"Jomlah masuk rumah. Boleh kau rehat." ajak Ariana mahu menukar topik. Dia sudah keluar dari kereta. Meninggalkan suaminya yang masih terpinga-pinga. Tetapi langkahnya terhenti sebaik Adi mengatakan sesuatu yang menarik perhatiannya.

"Aku suka kau jugak."

Ariana telan air liur. Benarkah apa yang didengarinya sekarang ini. Cintanya berbalas dan bukannya lagi bertepuk sebelah tangan. Dia mengukir senyuman. Namun semuanya hanya sementara sebelum Adi menyambung kata-katanya semula.

"Maksud aku, aku suka... tengok kau senyum jugak." sambung Adi Ashraf lagi. Dia menunduk malu kerana secara tak sedar dia meluahkan perasaannya sebentar tadi. Sedangkan cintanya tak berbalas.

Ariana terkelu. Nampaknya dia salah faham. Mestilah suaminya dia sukakan senyuman dia bukannya dia. Dia cuba menyorokkan perasaannya dengan senyuman lebar di bibir.

"Kalau macam tu, aku nak senyum selalulah. Baru kau suka aku kan?" balas Ariana dengan niat berseloroh. Atau lebih tepat lagi itulah kebenarannya. Dia tak boleh mengalah. Selagi dia menjadi isteri kepada Adi Ashraf, dia perlu juga memenangi hati suaminya.

Manakala, mahu saja Adi Ashraf mengatakan kepada isterinya supaya tidak perlu buat begitu kerana dia sudah pun sukakan isterinya tetapi ditahan. Kalau itu cara dia dapat melihat senyuman Ariana lagi, dia sanggup.

"Fine. Kau masuklah dulu. Biar aku angkat barang." arah Adi Ashraf. Sengaja tak mahu membalas kata-kata isterinya. Risau sekiranya dia terlepas kata. Ariana akur.

Dia mengorak langkah masuk ke dalam usai memberi salam. Langkahnya diteruskan ke dalam bilik tidurnya yang bersebelahan dengan bilik suaminya. Tak lama kemudian, tubuhnya selamat mendarat di atas katilnya yang empuk.

"Macam mana ni Tok Wan, Ash tak suka Riana." omel Ariana sendirian. Dia mengimbas kembali wajah suaminya sebaik dia meluahkan perasaannya.

Kosong, beku, pucat, seolah bercampur baur. Dia mengharapkan suaminya kelihatan gembira namun lain pula yang jadi. Dia menyembamkan wajah pada bantal peluknya sebelum melepaskan geram.

"Kenapa? Kenapa susah sangat aku nak-"

Kata-katanya terhenti apabila pintu biliknya terbuka menampakkan figura suaminya di daun pintu. Terdapat beg pakaiannya disisi suaminya. Mungkin mahu memberikan kepadanya.

"Oh, thank you. Ash." ucap Ariana bingkas berdiri. Dia menghampiri suaminya. Mujurlah dia tak sempat menyumpah seranah suaminya yang menolak cintanya tadi sepuas-puasnya di dalam bilik.

"Erm, Riana?" tanya Adi Ashraf seperti malu-malu. Sejak bila suaminya reti malu? Selalunya lelaki itu yang terlebih keyakinan. Ariana berdehem sebagai balasan.

"Hmmm, ya?"

Adi Ashraf berdehem sedikit. Nafasnya ditarik panjang. Mukanya mula berubah menjadi serius. Anak matanya memandang tepat ke dalam mata isterinya.

"Aku nak kau tidur dengan aku mulai hari ini." arah Adi Ashraf dengan sekali nafas. Mengharapkan isterinya mengikut sahaja tanpa bantahan.

Dia tak mahu berjauhan dengan isterinya walaupun bilik mereka hanya bersebelahan. Lagipun dia sudah biasa tidur dengan isterinya sepanjang berada di rumah Tok Wan. Kenapa mahu tidur asing-asing jika boleh bersebelahan kan?

Alasan.

"Okay!" balas Ariana dengan sepantas yang mungkin. Terselit nada teruja pada suaranya membuatkan Adi Ashraf gembira. Tak sangka isterinya terus bersetuju.

"Eh maksud aku, okay." ucap Ariana cuba kedengaran bosan. Kononnya mahu menyorokkan kegembiraanya. Seolah perasaannya yang terluka akibat penolakan suaminya sebentar tadi terubat dengan permintaan lelaki itu.

Mungkin masih ada sinar harapan.

???????????????????

Keesokan harinya, Adi Ashraf tersedar dari lena bersama senyuman di bibir. Semuanya kerana dia tersedar dengan Ariana berada di sebelah. Wajah isterinya yang lena diulit mimpi dipandang Adi dengan sepenuh perhatian.

Tangannya menongkat dagu sambil memerhatikan setiap inci wajah isterinya yang kelihatan sempurna di matanya. Anak rambut isterinya yang menutupi sisi wajah diselit berhati-hati oleh Adi ke belakang telinga.

Tak mahu menganggu lena isterinya yang terlalu nyenyak. Tangannya tanpa sedar mengusap lembut pipi Ariana. Terasa kelembutan kulit isterinya pada jarinya. Tindakannya itu membuatkan Ariana mula bergerak dalam tidurnya.

Adi menahan tawa apabila melihat wajah isterinya dikerutkan tanda geram apabila lenanya diganggu. Adi menghela nafas panjang. Lama dia memerhatikan isterinya.

Sejak bila dia dapat perasaan ini pun dia tak tahu. Kalau dulu dia paling bencikan perasaan ini kerana dia yakin tiada siapa selain Mawar dapat membuatkan dia rasa perasaan itu semula. Tetapi sekarang tengoklah siapa yang berjaya mencuri hatinya semula.

"Riana..." kejut Adi Ashraf. Dia menggoyangkan bahu isterinya dengan lembut. Namun tak diendahkan oleh Ariana. Bahkan tiada balasan daripada isterinya juga. Sekali lagi, nama isterinya dipanggil.

"Ariana Atilia."

Akhirnya, kedengaran balasan daripada isterinya. Itu pun secara tak sedar. Masih mamai lagi.

"Urgh, janganlah kacau." ucap Ariana sambil menutup wajahnya dengan bantal. Mahu menyekat cahaya matahari yang terkena pada wajahnya. Itu semua kerana suaminya membuka langsir tingkap mereka terlebih dahulu tadi.

"Riana bangunlah." ucap Adi lagi. Bantal isterinya ditarik daripada pelukan gadis itu. Malangnya, Ariana menyorok dalam selimut pula. Adi mendecit. Tiba-tiba, dia terfikirkan idea yang bernas.

Ariana bersorak di dalam hati apabila suaminya tidak lagi menggangu lenanya. Tetapi malangnya itu semuanya sangkaannya sahaja. Semuanya kerana segalanya bermula apabila dia dipeluk erat oleh suaminya secara tiba-tiba.

"Ash, apa ni lepaslah!" omel Ariana geram. Dia cuba melepaskan diri daripada pelukan suaminya tetapi gagal sama sekali.

"Tak nak. Kau tak nak bangun kan tadi? Tidurlah. Biar aku peluk kau. Suka kan jadi bantal peluk." perli Adi Ashraf. Dia mengetatkan pelukan.

"Ish okay, okay. Aku bangun. Lepaslah." balas Ariana tanda menyerah kalah. Bukan apa tapi jantungnya dia berdebar kuat kerana pelukan tiba-tiba daripada suaminya. Malu dia je nanti kalau disedari oleh suaminya.

"Fine, aku lepas. Tapi dengan satu syarat. Bangun terus mandi then siap. Kita keluar hari ni." arah Adi Ashraf. Kepalanya diteleng sedikit untuk memandang wajah isterinya.

"Pergi mana?" soal Ariana kembali, ingin tahu. Dia memusingkan badan untuk menemui pandangan suaminya.

"Aku dah kata aku nak bawa kau ambik lesen kan hari tu lepas kita pergi rumah Tok Wan. So, pergilah siap cepat." balas Adi Ashraf selamba. Dia melepaskan Ariana daripada pelukannya. Tubuh isterinya ditolak agar bergerak.

"Betul ni?" tegur Ariana sudah sedar sepenuhnya. Rambutnya yang kusut masai itu langsung tak diendahkan. Dia bingkas duduk.

"Iya Ariana Atilia. Pergi siap cepat. Lambat tinggal." ugut Adi Ashraf sudah berdiri. Dia mengerling jam di dinding.

"Aku bagi kau 15 minit, kalau tak-"

"Okay!"

Balasan daripada isterinya memuaskan hatinya. Dia turut bersiap sama. Tak lama kemudian, dia sudah berada di dalam kereta menunggu Ariana yang bersiap lama.

"Ha ingat tak nak ikut tadi." tegur Adi Ashraf sebaik Ariana masuk ke dalam kereta. Ariana tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih.

"Jom!" ucap Ariana dengan nada teruja. Siapa saja tak teruja bila nak ambik lesen kan? Selepas ini boleh lah dia bersiar-siar tanpa perlu memikirkan tentang pengangkutannya.

Adi Ashraf hanya menahan senyuman apabila melihat keterujaan isterinya. Laju saja kereta mereka sudah meluncur di jalan raya. Selepas beberapa jam memandu, mereka telah sampai.

"Goodluck, wifey." ucap Adi Ashraf kepada Ariana sebelum isterinya pergi. Satu ciuman hangat dihadiahkan di dahi isterinya. Sungguh hangat hingga membakar semangat Ariana untuk lulus dalam ujian memandu yang bakal didudukinya nanti.

"Kau boleh Riana! Boleh!" sorak Ariana di dalam hati. Segala ketakutannya diketepikan. Dia hanya fokus pada dirinya sahaja. Kakinya mengorak langkah dengan yakin.

Sementara Adi Ashraf menunggu dengan sabar. Dia bermain dengan telefon pintarnya cuba menghabiskan masanya yang terluang sebelum kembali bekerja dalam dua hari lagi. 

Saat bertukar minit, minit bertukar jam. Adi Ashraf mula tak senang duduk apabila terasa terlalu lama. Dia mengerling jam tangan. Lebih kurang dua jam juga dia menunggu.

Tetapi masih tiada sebarang tanda-tanda isterinya sudah selesai. Dia menyandarkan badan pada kerusi yang didudukinya. Rambutnya diraup ke belakang.

Namun kedengaran derapan langkah seseorang menarik perhatiannya. Dari ekor matanya dia sudah mengenali figura tersebut. Dia terus berdiri.

Bersedia untuk menyambut isterinya dengan khabar berita gembira bersama senyuman lebar di wajah. Sebaik dia menyedari riak wajah masam isterinya dia dapat menyimpulkan sesuatu.

Riana tak dapat.

Dia segera berjalan untuk menghampiri isterinya. Mahu menarik isterinya ke dalam pelukan. Keinginannya untuk memujuk isterinya terlalu tinggi.

"Hei, tak apa. Aku ada. Nanti aku bawak kau jalan-jalan-"

"Ash, aku dapat."

Balasan daripada isterinya membuatkan dirinya terperanjat. Buat seketika dia keliru. Tetapi semuanya jelas apabila Ariana memganggukkan kepala tanda dia benar-benar memaksudkan kata-katanya.

"Aku dapat!" jerit Ariana penuh gembira. Mukanya dimasamkan hanya lakonan semata-mata. Adi Ashraf mendepakan tangan, bersedia mahu memeluk isterinya.

Tanpa membuang masa, Ariana sudah pun berlari ke dalam pelukan suaminya. Wajahnya dihadiahkan dengan serangan ciuman oleh suaminya. Dia melepaskan tawa dalam kegembiraan.

Anak mata mereka bertembung. Masing-masing hanyut dalam perasaan. Seolah mencuba meluahkan perasaan daripada pandangan itu sendiri. Ariana memutuskan untuk mengambil peluang itu sekali lagi.

"A-ku..aku-"

"Shhh, aku tahu." cantas Adi Ashraf tanpa membenarkan Ariana menghabiskan kata-kata itu. Dia hanya mahu menikmati saat itu. Walaupun dia sebenarnya rasa ingin tahu tentang apa yang isterinya cuba katakan.

"Aku sayang kau." sambung Ariana di dalam hati. Dia hanya mampu mengungkapkan kata-kata itu di dalam. Dia melihat anak mata suaminya sekali lagi.

Andai kau tahu, Ash.

Updated!
Nak tahu apa yang akan terjadi seterusnya?
Stay tune?
Don't forget to comment tau!
#author cuba update regularly ??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience