Bukit Antarabangsa
Kedengaran keluhan Farid Husin kelihatan hanya duduk termenung di meja makan saat ahli keluarganya sedang menikmati makan malam bersama, otaknya memikirkan keadaan Fazura di Ampang, apakah isterinya sudah makan, adakah isterinya sedang menunggunya pulang persoalan itu bermain-main dalam otaknya sejak tadi
"Kenapa Farid?,"
Tanya Datin Sri Sahara berpura-pura tidak mengetahui apa yang di fikirkan anak bongsunya
"Takde apa-apa mak,"
Jawab Farid Husin tersengih nipis
"Tak akanlah rindu isteri kot,"
Celah Fuad sobri cuba mengusik
"Heyy Along.., Kan Farid dah beritahu, dia cuma bergurau je,"
Kata Dato sri Hassan kamarudin dengan wajah masam
Datin sri Sahara mengeleng kepala sambil memandang suaminya, malas dia nak beritahu pada suaminya tentang anak bongsunya benar-benar sudah berkahwin, dia fikir lebih suaminya tahu ketika jamuan makan nanti
Farid Husin mengeluh lagi kemudian menyuap makanan di mulutnya, wajahnya terlihat gelisah sejak tadi
"Bukan ke lebih baik aku lepaskan je dia, dari terus hidup macam nie,"
Bisik farid Husin dalam hatinya, bila dia memikirkan sedang menyeksa kehidupan Fazura
**************
Selepas selesai makan malam Farid Husin duduk di kerusi meja di biliknya sambil melihat berita-berita berkenaan tentang dirinya di laman sosial, ada yang memuji dan ada juga yang mengutuknya atas kejayaannya memperolehi tiga projek besar
dia menonton pula rakaman video di ruangan lobi ketika kali pertama dia berjumpa dengan Fazura, yang tersebar luas di laman sosial, sambil membaca komen- komen dari netizen ada yang memuji dan ada juga kesihankan Fazura namun ada juga beberapa komen mengatakan betapa hodohnya Fazura kerana tidak layak menjadi isterinya, Farid Husin duduk menyandar sambil mendongak kepala menatap kosong siling bilik
"Kenapalah aku buat macam tu pada Fazura, sampai sekarang pun, aku cuma kesihan je kat dia, nak kata aku ada perasaan kat dia macam takde,"
keluh Farid Husin
"Baik aku ceraikan je dia, lepas tu aku bantu keluarga dia, aku rasa tu dah lebih cukup untuk aku tebus perbuatan aku,"
"Tuk.. Tuk..,"
Farid Husin lantas memusingkan kerusinya bila mendengar ketukan pintu biliknya dari luar
"Masuk,"
Datin sri Sahara kelihatan membuka pintu bilik dari luar sambil menjenguk di dalam bilik saat daun pintu terkuak sedikit
"Boleh mak masuk,"
Tanya Datin Sri Sahara
"Masuklah mak,"
Balas farid Husin
Datin sri Sahara lantas masuk ke dalam bilik anak bongsunya, selepas dia menutup pintu bilik dia menapak ke arah katil lalu melabuhkan punggungnya
Farid Husin tersenyum-senyum memandang ibunya
"Kenapa Farid tersenyum tengok mak?,"
Tanya Datin Sri Sahara dengan wajah hairan
"Farid tertanya-tanya, macam mana mak boleh tau rumah farid kat Ampang?,"
Tanya Farid Husin pula
"Farid tak kenal mak lagi ke?, tu kereta yang farid guna, kan ada GPS, mak just tanya je kat Farah, dia boleh periksa kat handphone dia, kat mana Farid selalu pergi,"
Farid Husin menepuk dahinya selepas mendengar perjelasan dari ibunya
"Ada GPS rupanya,"
"Lain kali, jangan main suka-suka je ambik kereta orang,"
"Hiss bukan Farid ambil lah mak, Farid mintak,"
Datin sri Sahara mengeleng kepala
"Farid tak balik Ampang ke?,"
"Laa.. mak kan suruh farid balik lepas jamuan,"
Jawab Farid Husin
"Habis tu kenapa farid tak jemput isteri Farid untuk datang jamuan nanti,"
Tanya Datin Sri Sahara berpura-pura bertanya untuk mendengar jawapan dari anak bongsunya
Farid Husin mengeluh berat sambil mengusap-ngusap rambutnya
"Manalah dia layak nak bergaul dengan tetamu-tetamu yang datang nanti mak, lagi pun mak dah tengok macam mana rupa isteri Farid tu kan?,"
"Kenapa? tak cantik ke isteri Farid tu?,"
"Aduhaii.. bukan macam tu maksud Farid,"
"Habis tu, apa masalahnya?,"
"Dia kan cleaner, budak pulak tu, nanti buat malu je mak dengan ayah, kalau dia datang ke jamuan tu,"
Jawab farid Husin bersahaja tanpa sedikit pun rasa bersalah
Wajah Datin Sri Sahara kemerahan menahan marah
"Habis tu, kenapa farid kahwin dengan dia?,"
Farid Husin diam seketika wajahnya terlihat serba salah
"Pasal ayahlah, paksa farid kahwin dengan perempuan murahan tu,"
"Habis tu, apa bezanya kalau farid kahwin dengan Fazura, sama jekan terpaksa?,"
Tanya Datin Sri Sahara dengan wajah marah
Sekali lagi Farid Husin mengusap-ngusap rambutnya
"Kalau dia lainlah mak, Farid boleh ceraikan dia bila-bila masa je"
"Pak!,"
Farid Husin tergaman setelah ibunya menampar pipinya secara tiba-tiba sambil anak matanya melirik memandang ibunya menapak keluar dari bilik
*********************
Teguh holding
Suasana majlis tandatangan kerjasama antara department advertising marketing Teguh holding dengan syarikat automotive Tesla berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah, para wartawan berkerumun di hadapan wakil tesla bertanyakan beberapa soalan, Manakala Teguh holding pula di wakili Fuad Sobri sebagai pengurus besar menjawab soalan-soalan yang di ajukan para wartawan
Farid Husin pula kelihatan hanya termenung di atas kerusi lansung tidak mempedulikan soalan-soalan yang di ajukan padanya, otaknya ligat memikirkan punca ibunya menampar wajahnya malam tadi, dan ketika serapan pagi tadi, ibunya tidak berserapan sekali dengannya
Farid Husin lantas bangun dari kerusi, terus sahaja menapak ke arah pintu dewan,
"Tak akanlah mak aku dah suka pada si Fazura tu?,"
Bisik Farid Husin dengan wajah gelisah sambil menapak ke arah Lif
"Susahlah macam nie, nak cerai ke tak nak nie,"
Bisik hati farid Husin lagi kemudian masuk ke dalam lif Vip
*******************
Ampang
"Fazura dah mandi ke?,"
Tanya Farah selepas masuk ke dalam bilik sambil membawa Beberapa helai jubah
Fazura mengangguk sambil tersenyum, berdiri di depan farah
"Dah,"
"Dah sapu losyen kat semua badan?,"
Tanya Farah lagi
Fazura mengangguk lagi
"Dah,"
"Good,"
Fara lantas menaruh beberapa jubah di atas katil,
"Okay.. mari kita tengok jubah mana yang sesuai untuk fazura pakai malam nie,"
Fazura menatap wajah Farah, dengan riak wajah terharu, dari dulu lagi dia inginkan seorang kakak yang akan mengambil berat tentang dirinya, tempat dia mengadu, tempat dia meminta pertolongan saat susah namun dia harus memberitahu kepada Kakak suaminya itu tentang perkahwinannya dengan Farid Husin bukanlah kerana cinta dan dia tidak mahu segala usaha penat lelah kakak ipar dan ibu mertuanya itu berhujung kekecewaan
"Kak farah,"
Ucap Fazura sambil memegang kedua tangan Farah lalu kedua tangannya menarik kakak iparnya ke sisi katil
"Kenapa nie Fazura?,"
Tanya Farah dengan wajah hairan setelah duduk bersama Fazura di atas katil
Fazura menarik nafas panjang
"Saya nak cakap sesuatu pada kak farah, tapi kak farah jangan terkejut ataupun marah,"
Wajah Farah telihat terpinga-pinga hairan dengan raut wajah Fazura kelihatan sedih, kemudian mengangguk kepalanya
"Sebenarnya dari dulu fazura tak ingin berkahwin dengan encik farid, tapi encik farid yang perangkap Fazura di hotel,"
"Apa Fazura?,"
Kata Farah dengan wajah terkejut
"Tolonglah kak farah, dengar dulu Fazura cerita,"
Rayu fazura
Farah kelihatan serba salah untuk mengangguk
"Cerita jela Fazura,"
"Kalau kak farah nak tahu, fazura di perangkap untuk berkahwin dengan encik farid, walaupun hati Fazura berat untuk setuju sebab encik Farid selalu hina, maki, dan marah fazura, membuatkan fazura sangat benci pada encik Farid,"
Fazura mengesat-ngesat air mata yang mula mengalir
"Tetapi lama kelamaan perasaan benci tu berubah jadi cinta, bersama dengan encik farid membuatkan Fazura rasa selamat, seperti di lindungi, fazura dah tak kisah di hina atau di maki, yang fazura inginkan hanya berada di sisi encik Farid,"
"Habis tu apa masalahnya fazura?,"
Tanya Farah sambil mengesat air mata yang membasahi pipi adik iparnya itu
Fazura sekali lagi menarik nafas
"Encik Farid berkahwin dengan fazura bukan kerana dia cintakan fazura, kak, tetapi dia seperti terpaksa, cuma Fazura tak tahu apa sababnya,"
Farah lantas bangun dari duduknya sambil menatap wajah Fazura, dia mula teringatkan tentang rancangan ayahnya yang memaksa adik bongsunya supaya berkahwin dengan anak Tan seri Omar
"Itu puncanya, mengapa Farid berkahwin dengan Fazura,"
Bisik Farah
"Kenapa kak farah?,"
Tanya Fazura dengan wajah hairan dengan tingkah kakak iparnya
Farah mengeleng kepala, lalu duduk semula menatap wajah Fazura
"Fazura tak perlulah bimbang lagi, kan sekarang fazura dah jadi isteri Farid,"
Ujar Farah cuba menenangkan hati Fazura
Fazura tersenyum
"Sebenarnya fazura tak kisah pun kalau jadi isteri encik Farid cuma seminggu atau dua minggu sebab fazura nak sangat merasai bagaimana menjadi seorang isteri kepada lelaki yang fazura cintai,"
"Kenapa pulak cakap seminggu, dua minggu, jadi jelah isteri farid sampai mati,"
Kata Farah sambi mengusap pipi Fazura
"Itu tak mungkin kak,"
"Kenapa pulak cakap macam tu?,"
Fazura lantas memegang tangan farah yang sedang mengusap pipinya
"Sebab, encik Farid dah beritahu niatnya dari awal lagi, dia akan menceraikan fazura selepas dia berkahwin dengan fazura, sebab itulah fazura cerita semua nie pada kak farah, supaya kak farah tak berharap encik Farid akan menyukai perubahan fazura, walaupun Fazura dah berubah, fazura tetap dahulunya seorang cleaner, kak,"
Jawap fazura dengan wajah mengigil-gigil cuba menahan diri dari menangis
Farah menatap wajah Fazura dengan tatapan simpati, sehingga kelihatan kelopak matanya berair lalu memeluk erat tubuh Fazura
"Kira serahkan saja semua itu pada yang maha esa,fazura, semoga di bukakan hati farid tu nanti bila melihat perubahan Fazura,"
Ucap Farah sambil mengusap belakang fazura
Fazura mengangguk lemah dengan wajah mengharap untuk menjadi isteri Farid Husin selamanya
**********************
Bukit Antarabangsa
Selepas isyak, suasana di belakang banglo mewah milik Dato sri Hassan kamarudin kelihatan meriah, beberapa tetamu yang hadir terlihat berpakaian segak dan para tetamu wanita pula berpakaian sopan atas permintaan tuan rumah,
Fuad sobri kelihatan asyik di kepit isterinya setiap kali di menegur para tetamu, lansung tidak mahu berenggang dengan suaminya, Fadil Fitri pula sentiasa di sisi kekasihnya, manakala Fazilah hanya duduk di kerusi terpaksa menjaga babynya sambil menatap garang suaminya sedang berbual dengan para tetamu
Farid Husin berdiri keseorangan sambil menatap dada langit, dia tidak berminat untuk menegur para tetamu yang datang, malah tetamu yang datang pula cuba mengelak dari bersua dengannya,
Di hadapan halaman banglo pula kelihatan sebuah kereta BMW berwarna biru berhenti di hadapan pagar banglo, dua orang wanita yang kelihatan angun dan cantik keluar dari kereta, Farah tersenyum memberi kunci kereta kepada lelaki yang menjaga parkir kemudian memegang tangan Fazura yang terlihat begitu anggun bertudung Shawl cotton berwarna merah sedondon dengan jubah gaya dress muslimah berwarna merah
Farah berjalan bersama Fazura melalui bahagian tepi banglo untuk ke halaman belakang rumah namun kelihatan Datin sri Sahara sudah menunggu Farah dan Fazura di tepi banglo
"Wow,"
Datin sri Sahara mengeleng kepala dengan senyuman lebar bila melihat betapa cantik menantunya
"Cantiknya Fazura,"
Fazura tersipu malu bila di puji Datin Sri Sahara
Dating Sri Sahara menoleh ke belakang seakan mencari sesuatu kemudian memandang semula pada Fazura
"Ingat Fazura, nanti bila kita jumpa Farid, Fazura diam je tahu,"
Fazura terangguk-angguk
"Jom, mari kita pergi usik si Farid tu,"
Ketiga anak beranak bersama menantu, sama cantik sama anggun berjalan bersama-sama sambil di perhatikan beberapa tetamu dengan wajah hairan
Farid Husin mengeluh perlahan sambil melihat ke arah kasutnya sedang menguis-guis rumput tiruan, sejak tadi memikirkan cara untuk memberitahu pada Fazura niatnya untuk menceraikan wanita muda itu bila dia pulang ke rumah
"Peningnya kepala,"
keluh Farid Husin
"Dah kenapa Farid berdiri kat sini sorang-sorang?,"
Farid Husin lantas memalingkan tubuhnya bila mendengar suara ibunya menegur, kedua anak matanya melirik-lirik memandang ibunya dan juga farah sedang tersengih namun anak matanya terpaku bila melihat ke arah fazura, sehingga wajahnya tersipu malu bila Fazura menatap wajahnya
"Farid tengok siapa tu, lama-lama?,"
Tegur Datin Sri Sahara berpura-pura buat tak tahu
Farid Husin seperti tersedar dari lamunan bila ibunya menegur, cepat-cepat dia mengalih pandangan ke arah ibunya
Farid Husin tersenyum namun anak matanya diam-diam menjeling ke arah fazura
"Takde apa-apa mak, farid malaslah nak bercampur dengan diaorang,"
"Sebab tu mak suruh Farid bawa isteri farid, supaya ada teman,"
Kata Datin sri Sahara segaja mengusik sehingga terlihat riak wajah Farid Husin berubah sambil menjeling ke arah Fazura
"Kau nie farid, sejak tadi jeling perempuan sebelah mak tu, ingat kau tu dah kahwin,"
Celah farah pula sehingga berkerut wajahnya cuba menenangkan dirinya supaya tidak terlepas cakap
"apa nie kak farah, mana ada farid jeling,"
Balas farid Husin tersipu-sipu malu namun tetap sempat menjeling pada Fazura
"Ha.. jeling lagi, Farid ingat kak farah tak perasan ke,"
Farid Husin mengeleng kepala
"Tengoklah mak kak farah tu, merepek jelah,"
"Apa yang merepeknya Farid, mak pun perasan dari tadi Farid asyik jeling kat dia,"
Kata Datin sri Sahara pula
Farid Husin menghembus nafas kemudian mengusap dahinya
"Cantik tak?,"
Farid Husin tersentak dengan pertanyaan ibunya
"Siapa?,"
Datin sri Sahara tidak menjawab, hanya memuncungkan bibirnya, menunjuk ke arah Fazura dari tadi hanya mendiamkan diri
Farid Husin tersengih dengan wajah kemerahan
"Dah kenapa mak nie, kenapa pulak tanya Farid?,"
"Mak tanya, cantik ke tak?,"
Wajah farid Husin terlihat serba salah membuatkan tingkahnya serba tidak kena sambil mengalih-ngalih wajahnya ke arah fazura dan ibunya
"Cantik ke tak?,"
Tanya Datin Sri Sahara lagi
"Cantik..,"
Jawab Farid Husin Selepas di tanya ibunya terus menerus
Farah tersengih
"Habis tu, isteri farid tak cantiklah,"
"Isteri aku lagi cantiklah,"
Jawab farid Husin membuatkan kedua mata fazura terbeliak
"Kalau cantik kenapa farid nak ceraikan dia?,"
Kata farah lagi membuatkan Datin Sri Sahara agak terkejut lebih-lebih lagi farid Husin kelihatan tergamam
"Kanapa dengan kak farah nie?,"
tanya Farid Husin dengan nada bergetar, dia hairan mengapa kakaknya boleh mengetahui niatnya
"Farid,"
Tegur Datin sri Sahara kemudian menghela nafas tenang
"Kalau farid memang ada niat nak ceraikan Fazura, lebih baik ceraikan dia sekarang, jangan buat hidup dia menderita,"
Farid Husin tidak menjawab, kedua matanya menatap fazura
"Ah, ah betul cakap mak tu, kalau Farid bercerai, wanita sebelah mak tu boleh jadi penganti fazura, itu memang mak bawa khas untuk Farid"
Kata Farah pula sambil memeluk tubuh
"Betul ke mak?,"
Tanya Farid Husin
"Betullah, sekarang nie mak nak tahu keputusan farid je, mak offer Farid sekali je,"
Jawab Datin Sri Sahara dengan wajah serius
"Tapi dia nie siapa mak?,"
Tanya Farid Husin lagi,
"Ini anak kawan mak tinggal di Singapore, tapi dia cuma nak kan farid kalau farid ceraikan isteri Farid dulu, barulah dia sudi jadi isteri farid,"
Jawab Datin Sri Sahara sambil memeluk bahu Fazura
"Buat keputusan cepat,"
"Ha..?,"
Farid Husin menarik nafas panjang, memang dia mengaku jika wanita di sebelah ibunya itu sangat cantik, bertudung dan berpakaian sopan memang kena dengan citarasanya namun bila memikirkan Fazura pula, saat-saat pertama kali dia bertemu fazura sehinggalah sekarang, bila dia fikirkan kembali tiada wanita yang mampu bertahan dengan mulutnya kecuali Fazura, andai kata dia menceraikan fazura semata-mata inginkan wanita di sebelah ibunya dia pecaya perkahwinan dengan wanita itu tetap akan berakhir dengan penceraian, namun tidak dengan Fazura
Farid Husin tersenyum, hatinya telah membuat keputusan
"Farid nak balik mak,"
"Nak balik?,"
Tanya Datin Sri Sahara dengan wajah bingung begitu juga dengan Farah bertaut keningnya memandang adik bongsunya
"Tak sabar nak ceraikan Fazura ke?,"
Tanya Farah segaja mengusik
Farid Husin mengeleng kepala sambil bibirnya tersenyum lebar
"Tak.. farid nak pergi jumpa isteri Farid, nak minta maaf pada dia, lepas tu farid nak buat anak dengan dia,"
"Bodohlah kau nie farid,"
Kata Farah sambil tergelak bersama Farid Husin, namun tidak pada Fazura sejak tadi kelihatan menahan diri untuk menegur suaminya itu
"Okay mak, kak farah, Farid balik dulu,"
Farid Husin segera memusingkan tubuhnya untuk bertemu isterinya
"Encik Farid"
Panggil Fazura sambil mengesat-ngesat air matanya
Farid Husin segera memalingkan tubuh, dia seakan-akan kenal dengan suara yang memanggil namanya
"Ini Fazura,"
Ucap fazura sambil menangis teresak-esak bila farid Husin memandang ke arahnya
"Fazura?,"
Share this novel