Hari ini , aku masih dibelenggu rindu
Terperangkap dipenjara cebisan memori
Aksara demi aksara aku cantum
Hingga membina ucapan dipenuhi cinta.
Buat kesekian kalinya , aku tersenyum sendiri.
Mengenangkan bagaimana cerita ini bermula
Pagi-pagi lagi , berita gembira didengar aku.
Manisnya , terasa hingga ke dasar hati.
Senyuman diwajah tak bisa aku padam lagi.
Bahagianya aku , tak tahu bagaimana mahu diungkap.
Ternyata benar ya apa yang sering didengar dulu.
Tuhan itu , tidak akan menggerakkan satu hati
Malah keduanya , untuk merasa getaran cinta.
Meski ceritanya 10 bulan berlalu
Manisnya, bahagianya tetap membuat ku terdiam kaku.
Untung saja perasaan ini mampu aku kawal
Walau jantung terasan ingin pecah.
Sayang , andai saja kamu disini.
Pasti rasanya berbeza.
Pasti , nafasku tak cukup dihirup.
Kerna bahagianya yang dirasa.
Sayang , tolong tahu.
Bahawa aku cinta sesungguhnya cinta.
Aku ikhlas seikhlasnya sayang.
Dan aku rindu serindu-rndunya
Hanya , pada kamu seorang.
Tolong tahu , aku masih disini.
Tanpa berganjak dari pintu memori.
Menantikan kita, bersama perasaan yang sama
Sama, seperti diwaktu pertama getaran cinta dirasa
Khusus , teruntuk kamu.
Share this novel