Bab 30 : HV

Mystery & Detective Series 29168

~Allah test different people with different trials because everyone has a different level of patience, tolerance and faith.~

'Allah... inikah perasaannya? Perasaan yang KAU janjikan untuk orang-orang yang sabar dengan ujian-Mu?' Tak tau nak luahkan macam mana dengan kata-kata. Satu perasaan yang sangat sukar untuk Eshan bayangkan apatah lagi dia sendiri yakin yang dia tak akan mengalami perasaan ini.

Sarah. Satu nama yang tak pernah luput dari ingatannya walaupun disaat dia mengalami amnesia. Sarah, satu-satunya perempuan yang ikhlas dia sayangkan dengan sepenuh jiwa. Perasaan yang sangat mendalam yang Allah hadirkan untuk dia. Sungguh, pencaturan Allah itu hebat.

Eshan menjarakkan ssdikit kedudukannya dengan Eshal. Tangannya dibawa ke sisi tapi matanya masih melekat, menatap anak mata Eshal yang menjadi igauannya sejak dari hari pertama dia kenal Eshal di taska tempoh hari. Patutlah dia rasa sesuatu tiap kali lihat anak mata itu, rupanya Eshal ini, 'Sarah' dia. Sekarang baru dia faham maksud Baariq,

"Sebab Eshal kekuatan Sarah. Eshal perlu ada dimana saja Sarah berada. Diorang diperlukan antara satu sama lain. Kau tak boleh ambil salah seorang." Ayat Baariq suatu masa dulu dan kini dia sudah faham. Patutlah Baariq letakkan syarat macam tu. Rupanya ada makna yang tersirat disebalik itu.

"Han..." panggil Nafla yang berada disisi Eshal, mengembalikan Eshan kepada tempat di mana dia berada disaat ini.

Eshan menoleh sekilas kepada kakaknya sebelum kembali semula kepada Eshal. Tangan kanannya dicapai oleh Nafla dan sebelah lagi tangan Nafla capai tangan kiri Eshal. Disatukan kedua tangan itu.

"Han... ini Sarah. Cik tahu Han dah ingat Eshal ini Sarah tapi cik tetap jugak nak kenalkan Eshal pada Han. Cik minta maaf sebab rahsiakan semua ni dari Han sejak dari cik tahu siapa Eshal."

Eshan angguk sedikit, bibirnya melukir sekuntum senyuman sambil menggenggam lembut tangan Eshal.

"It's okay, Cik. Han tahu mesti ada sebabnya kenapa cik sembunyikan kebenaran tu dari Han. Thanks cik tolong jaga 'Sarah' Han."

Nafla menepuk lembut tangan yang tengah erat bersatu itu. Perlahan dia lepaskan kedua tangan itu.

"Pegang tangan adik akak ni elok-elok ya, Eshal?" pinta Nafla kepada Eshal. Eshal hanya angguk, malu.

"Han..." Baariq sentuh bahu Eshan lembut. Sebak mahu menyatakannya tapi itulah yang perlu Baariq lakukan. Tugasnya sudah selesai. Eshan mengalihkan tumpuannya kepada Baariq pula. Pasti ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh Baariq.

"Mulai detik ini... aku serahkan Eshal Maisarah kepada kau, sebagai suami dia yang sah. Segala tanggungjawab dan amanah yang aku pegang dari arwah Waeez... aku serahkan kepada kau. Aku harap kau sudi jaga Sarah dengan sebaik dan selayaknya. Aku minta maaf kalau kau rasa tindakan aku selama ni agak kurang ajar dan biadap tapi percayalah apa yang aku buat semuanya bersebab," ujar Baariq sebak. Dia tidak mahu ada salah faham dengan Eshan.

Eshan mengangguk. Terus dia peluk Baariq.

"Terima kasih banyak-banyak Riq sebab kau jaga amanah arwah Waeez dan aku dengan baik."

Baariq angguk. Belakang Eshan ditepuk perlahan seraya meleraikan pelukan mereka.

"Itu tanggungjawab aku, Han. Sarah, tugas abang jaga Sarah dah selesai. Maafkan abang kalau-kalau abang ada buat Sarah sedih sepanjang abang jaga Sarah." Baariq berpaling kepada Eshal pula.

Mata Eshal bertakung. Sedihnya dia mendengar penyerahan tanggungjawab itu.

"Abang... abanglah abang yang terbaik Sarah. Tanpa abang, Sarah tak mungkin boleh ada dekat sini. Terima kasih abang sudi jaga dan terima Sarah selama ni. Sarah dah banyak susahkan abang dan Mak." Eshal menunduk. Setitik air matanya menitis. Sungguh dia sedih dan terharu bila fikirkan segala pengorbanan Baariq sedangkan Baariq itu bukannya sesiapa dengan dia. Cuma sekadar jiran saja.

Baariq sentuh ubun-ubun Eshal. Berlapaik seperti selalu.

"Sarah...Sarah tak pernah susahkan abang dengan mak. Sarah tetap adik abang. Jangan sedih-sedih lagi. Hari ni, hari bahagia Sarah. Jadi isteri yang baik dan taat kepada suami Sarah. Ya?"

Eshal angguk perlahan. Dia berpaling kepada Eshan. Eshan capai jari Eshal lalu diusap lembut.

"Terima kasih Riq." Bibir Eshan melakar senyum. Senyuman bahagia.

"Okay, jom kita bergambar. Jangan sedih-sedih macam ni." Nafla mencelah, cuba menceriakan suasana sambil kesat pelupuk mata, tanpa dapat membendung perasaan sedihnya. Sedih dan gembira, bercampur dan diadun bersama.

Bukan hanya Nafla yang menanggung perasaan itu tapi seluruh jiwa yang ada disitu. Semua yang hadir tahu segala kisah percintaan antara Eshan dan Eshal dan apa yang berlaku disebalik penyatuan dua jiwa pada malam ini.

"Okay-okay jom. Umi, nenda, kak long... jom masuk sekali." Eshan mengamit ahli keluarganya yang lain.

* * *

Kekok. Itulah perasaan yang Eshan dan Eshal rasakan sekarang ni bila mereka ditinggalkan berdua sahaja di dalam bilik Eshan. Bilik yang dihias indah selayak dengan gelaran 'pengantin baru.' Ahli keluarga mereka seakan-akan memahami yang mereka berdua perlukan ruang untuk bersendirian, maka usai selesai akad nikah sebentar tadi Eshan dan Eshal dihantar ke pintu bilik pengantin baru.

Sudahnya, Eshan dihujung sini. Eshal dihujung sana. Tiba-tiba mereka tak tahu apa yang patut dilakukan bila berdua begini. Rasa macam krikk... krikk saja. Blur. Eshal yang masih dalam persalinan serba putih itu meramas jari jemarinya sendiri bagi mengurangkan rasa kekok dan janggal. Sedikit berpeluh tangannya walaupun penghawa dingin sudah sedia terpasang. Sejuk tapi tak terasa dek kerana berdebar hebat. Eshal gigit bibir bawahnya disebalik niqab, tak tahu mahu buat apa sebenarnya.

Eshan dihujung sana juga seperti Eshal. Tiba-tiba diserang rasa kekok dan janggal. Walaupun dia sudah 'biasa' dengan Sarah sebelum ini tapi bila dalam keadaan status halal antara mereka, timbul perasaan lain. Masih tak percaya. Terasa bagaikan ini semua mimpi. Risau dia mahu menutup mata walaupun sekejap kerana dia takut andai dia tersedar nanti, ini semua cuma igauan mimpi saja. Eshan sesekali toleh kepada Eshal yang duduk di birai katil membelakanginya di hujung sana. Eshal cantik dalam persalinan itu. Nampak cantik dan penuh dengan kelembutan. Ya, itulah Sarah yang dia kenal.

Eshan berdeham sikit cuma hilangkan rasa kekok. Perlahan-lahan dia bangun dan menghampiri Eshal lalu melabuhkan duduknya disebelah Eshal. Tapi masih berjarak. Dia perlu memulakan dulu, kalau tidak... sampai ke subuh mereka akan senyap macam ni.

Lihat Eshan duduk di sebelahnya, makin kencang jantung Eshal berdetak. Walaupun dia sudah ada 'pengalaman' dengan Waeez tapi ini bkan Waeez, ini Eshan!

"Eshal.. erkk.. Sarah... Which one?" Itu yang ditanya Eshan. Tak tahu nak panggil Eshal dengan nama Eshal atau perlu diubah kepada Sarah.

Eshal angkat muka dengar pertanyaan Eshan. Tepat mata mereka bersambung, sekejap saja Eshal kembali menekur lantai.

"Han... Han lebih suka yang mana?" Eshal pula bertanya. Mahu juga dia tahu pendapat Eshan.

"Emm... Sekejap." Eshan angkat kedua tangannya mahu tarik tali niqab yang diikat dibelakang kepala Eshal. Ingin dia tatap wajah isterinya itu tanpa sebarang halangan.

"Boleh Han..."

Eshal mengangguk laju. Mengizinkan, lagipun Eshan lebih berhak. Langsung dadanya berdebar. Berdebar lagi hebat dari tadi hingga dia rasa jantungnya seolah-olah sedang cuba untuk melompat keluar dari tempatnya. Eshal pejam mata, takut untuk lihat reaksi Eshan.

Eshan tarik perlahan tali yang tersimpul di situ lalu dijatuhkan dari tempatnya. Eshan tergemap sekejap saat terpandangkan wajah Eshal tanpa niqab. Kelu Eshan. Bibirnya terkunci. Matanya tidak lepas dari meneroka segenap inci anggota yang ada di situ.

Eshal membuka matanya perlahan-lahan bila terasa ada sentuhan di pipinya. Melalui sentuhan itu, Eshal dapat rasakan ada gigilan kecil di hujung jari Eshan. Eshal menanti sebarang kata-kata yang terbit dari mulut Eshan.

Eshan tergemap. Wajah ini, wajah yang dia igaukan siang dan malamnya. Wajah yang saban hari dia mencari-cari dimanakah gerangannya selama ini dan hari ini wajah ini ada di hadapan matanya.

'Ya Allah, terima kasih kerana KAU telah kembalikan dia kepadaku.' Pandangan Eshan terganggu dengan sesuatu, lantas anak matanya dipicing. Berkerut sedikit keningnya.

"Sa... Sarah..." Tak mampu menahan, Eshan dibendung rasa sedih. Lihat satu bekas parut panjang di pipi Eshal, buat Eshan rasa dia gagal. Dia gagal lindungi perempuan yang dia sayang. Mata Eshan panas.

Eshal juga sama seperti Eshan. Kolam matanya penuh semula. Inilah yang dia rasa takut. Takut untuk lihat penerimaan Eshan. Takut untuk dengar Eshan salahkan dirinya sendiri.

"Han minta maaf." Tak semena-mena Eshan mengucap kata maaf. Kedua belah pipi Eshal dipegang lembut, ibu jarinya menyeka air mata Eshal yang sudah berlinangan di kedua belah pipi itu.

"Han tak salah. Ni semua bukan salah Han."

"Han salah. Han gagal jaga Sarah. Kalau bukan sebab Sarah nak pergi Turki cari Han tentu Sarah dan Waeez tak kena macam ni." Jiwa Eshan betul-betul sakit lihat bekas parut itu. Masih nampak jelas walaupun sudah dirawat parut yang asalnya dulu timbul dan bergerutu itu.

Sarah menangis. Betul kata hatinya tadi, Eshan tetap akan salahkan dirinya sendiri.

"Han tak tahu... Han tak tahu Sarah dengan Waeez tak jadi kahwin. Han ingat, bila Sarah lari ikut Waeez pergi Amsterdam, Sarah dah tinggalkan Han dan kahwin dengan dia," Dahinya disatukan dengan dahi Eshal. Tersedu dia.

"Han..."

Eshan menggeleng, biar malam ini dia yang meluahkan. Dia menjarakkan kedudukannya. Tangan Eshal digenggam erat. Kali ini dia akan pastikan tangan ini yang akan dia genggam hingga ke hari tua mereka.

"Han jadi marah dengan Sarah. Han sakit hati bila Sarah pergi tanpa dengar amaran Han. Han tak boleh terima Sarah pilih Waeez dari Han sedangkan Han dah cuba buat macam-macam untuk Sarah. Han kecewa. Han sakit hati,"

"Han hampir putus asa. Han rasa sakit sangat. Nasib baik kak long ada. Dia yang tolong Han sembuh, tolong Han bangkit dari rasa sakit. Kak long minta Han selalu doakan Sarah. Doakan supaya dimana pun Sarah berada, biar Allah jagakan Sarah. Kak long pernah bagitahu Han, kalau betul Sarah jodoh Han, kemana pun Sarah dan Han terpisah pasti akan ada pertemuan. Han simpan kata-kata tu. Han selalu ingat Sarah. Tapi Han juga redha kalau betul Sarah bukan untuk Han. Han dah sedia untuk balik ke sini selepas jumpa walid kali terakhir tu tapi tiba-tiba semua berubah jadi lain lepas Han accident tu."

"Masa Han bawa diri ke Turki tu setiap saat Han ingat Sarah. Han tak boleh lupakan Sarah walaupun dah macam-macam yang Han cuba buat. Sarah dah jadi macam bayang-bayang Han. Han terlalu sayangkan Sarah sampaikan rasa tu, makin lama makin menyakitkan hati Han sendiri. Menghancurkan diri Han sendiri." sambung Eshan, tangan kembali naik ke pipi Eshal.

"Jangan tinggalkan Han lagi. Han tak sanggup hilang Sarah lagi sekali," pintanya. Eshal bawa tangan Eshan ke bibirnya lalu dicium lembut.

"Sarah janji. Maafkan Sarah sebab buat Han tanggung semua tu. Sarah minta maaf Han."

Eshan kucup dahi Eshal.

"Terima kasih sebab kembali pada Han."

* * *

Malam kian larut tapi pasangan pengantin itu masih belum melelapkan mata. Eshal rebahkan kepalanya ke bantal disebelah bantal yang menempatkan suaminya, Eshan. Mereka saling bertatapan. Eshan selit sebelah tangannya di bawah pipi sebelah kanannya. Sebelah tangan lagi bermain dengan rambut Eshal. Pertama kali dia lihat keadaan Eshal begini. Betul kata hatinya, Sarah sangat cantik dan seksi dimatanya walaupun tanpa perlu berpakaian yang menjolok matanya. Macam sekarang, Eshal cuma memakai baju tidur bercorak kotak-kotak yang berlengan panjang dan berseluar panjang tapi itu sudah membuatkan Eshan rasa sesak jiwanya.

"Han tak nak tidur lagi?" soal Sarah, naik segan dengan tenungan Eshan.

"Han nak tengok Sarah. Han rasa takut nak tutup mata."

"Kenapa?"

"Han takut kalau Han buka mata esok, keadaan jadi macam semalam. Back to normal life. Han takut ini cuma mimpi Han saja."

"Han... Han tak bermimpi. Ini Sarah, isteri Han. Isteri Han yang sah." Eshal memberanikan diri, sentuh pipi Eshan dengan telapak tangannya.

Eshan sedikit terkejut dengan perbuatan berani Eshal.

"Selagi Sarah jadi isteri Han, Sarah cuma ada depan mata Han saja. Okay?"

Eshan menerkup tangan Eshal yang berada di pipinya. Bibirnya tersenyum.

"Ini tak mimpi kan?"

"Tak. Ini Sarah. Isteri Han."

Eshan angguk puas hati dengan jawapan itu. Rasa sejuk hatinya bila dengar Eshal gelarkan dirinya sebagai 'Isteri Han'. Rasa sesuatu yang lain.

Eshan tarik Eshal minta isterinya itu baring berbantalkan lengannya. Eshal malu-malu tapi Eshan tetap berkeras, akhirnya Eshal mengalah.

"Tengku Eshan Maisur dan Tuan Eshal Maisarah. T. E. M. Macam mana boleh nama kita dekat-dekat sama? Bukan ke nama sebenar Sarah, Tuan Maisarah? Macam mana boleh ada Eshal?"

Eshal senyum dulu sebelum menjawab pertanyaan suaminya itu.

"Banyak yang Han tak tahu dan Han perlu tahu. Nanti esok Sarah akan ceritakan pada Han, ya?"

"Kenapa tak sekarang?"

"Han kena tidur. Esok kita nak pergi Terengganu, kan?" Eshal mengingatkan tentang apa yang perlu mereka lakukan pada keesokkan hari.

Senyum Eshal makin melebar bila dengar Eshan mengeluh.

"Emm... yelah."

Sesi bergambo sattt... Pesanan ikhlas dr seketul mak TH. Kepada sesiapa yg msih belum follow mak d f.a.c.e.b.o.o.k & I.g... mak jemput korang follow ya... malah tahu ada apa2 rhsia mak nk share kan... Tq to all the readers. HV.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience