Fea mengambil jalan untuk tidur seketika.
Matanya perlahan tertutup sebelum dia mendengar satu suara memanggilnya,
"Fea"
Fea membuka matanya. Dia memandang ke sekeliling. Dimanakah dia berada sekarang?
Ternyata, dia sekarang sedang berdiri di sebuah ladang rumput yang terhampar luas mata memandang. Jauh 100 meter ke hadapan, ada sebuah pohon rendang. Dan disitu ada seorang wanita sedang duduk melutut sambil membelakanginya. Rambutnya terurai separas pinggang, berdress separas lutut dan berlace, manakala kakinya tidak bersepatu.
"Fea"
Fea tersentak. Sungguh, wanita itu duduk sangat jauh darinya, tapi dengan hanya nada bisikan sahaja, Fea dapat mendengar panggilan itu seolah-olah begitu dekat, seperti suara itu berada disisi cuping telinganya sahaja.
"Fi" panggil Fea pendek seraya melangkah laju menuju ke arah pohon rendang itu. Dia kenal suara itu.
Disaat dia semakin hampir, angin tiba-tiba bertiup dengan kencang. Larian Fea yang tadinya terasa laju, kini kian berat seolah-olah tubuhnya ditarik semula kebelakang.
"Fea" ada esakkan dihujung panggilan itu. Fea tersentuh. Dia cuba melawan dan bertahan untuk mara lebih hampir.
Perlahan wanita itu menoleh dan disaat itu juga, langkah Fea mati serta merta.
Angin kencang langsung tidak menghalang pandangan Fea terhadap wanita itu.
"Fi!!" panggil Fea lantang. Dengan sekuat tenaga, dia melangkah walaupun kakinya terasa sangat berat.
"Fi, tunggu. Aku akan selamatkan kau" Fea bersuara lemah. Tubuhnya sudah tidak bertenaga lagi. Dari berlari, dia cuba berjalan walaupun perlahan.
Fea terkedu. Bola matanya mula memerah dan basah.
Saat dia hampir dengan Fiona, baru dia lihat ada tebing tinggi yang berada tidak jauh dengan Fiona. Pada saat itu juga, muncul susuk seorang lelaki berpakaian hitam lengkap berhoodie dan bertopi yang muncul dari belakang pohon rendang, menghampiri Fiona lalu menolak wanita itu jatuh ke dalam gaung.
"No, no, no!!! Fi!!!!!" jerit Fea lantang. Fea melangkah laju menghampiri pohon rendang itu.
Lelaki tadi sudah tiada disitu. Fea memandang ke bawah. Dia langsung tidak dapat melihat apa-apa dibawah sana kerana diselaputi dengan kabus tebal.
"Fi!!!" jerit Fea bersiap untuk ikut terjun. Dia sudah tidak fikir lagi apa yang bakal berlaku pada dirinya. Yang penting, Fiona dapat diselamatkan.
"Fea. Hey, hey.." Taylor menepuk lembut pipi Fea guna untuk menyedarkan Fea yang tertidur.
Fea membuka mata. Dengan nafas yang terburu-buru, dia memandang ke sekitar.
"Fi, mana Fi!? Tadi saya nampak Fi." Fea mencengkam pergelangan tangan Taylor dengan kuat sambil menggoyangnya laju. Riak wajahnya kelihatan sangat resah seperti bimbangkan sesuatu.
"Kita masih belum jumpa Fi. Awak mengigau ni" tegur Taylor lembut.
Fea menggeleng pantas.
"Tak.. Betul, Fi ada tadi. Saya sendiri nampak dia jatuh ke dalam gaung. Hah! Ada lelaki berpakaian serba hitam menolak Fi jatuh ke dalam gaung" Setelah usai dia bercerita, Fea menangis.
Taylor menarik tubuh Fea ke dalam pelukkan, cuba untuk menenangkan wanita yang sangat dicintainya. Dia tahu, Fea tertekan dengan kehilangan Fiona. Tapi, dia juga tidak mahu kesihatan Fea ikut terjejas.
"Kita pulang dulu ya" pujuk Taylor.
Fea yang mendengar ungkapan pulang dari Taylor, menolak tubuh Taylor dengan pantas.
"Tidak. Fea takkan pulang selagi Fea tak jumpa dengan Fiona" selanya dengan nada sedikit tinggi.
"Baiklah. Kita sambung cari Fiona. Tapi, kita harus mulai dari mana?" soal Taylor seperti memujuk.
Tangisan Fea serta merta terhenti. Fea kelihatan berfikir sebelum bersuara.
"Kita ke tempat saya diculik dulu" cadangnya.
Fea sudah mula berfikir dengan waras. Emosinya sedikit terganggu bila melibatkan teman baiknya sendiri. Tapi mujurlah Taylor berjaya menyedarkannya kembali.
Taylor mengangguk. Dengan pantas dia berpatah balik menuju ke arah yang dimaksudkan Fea.
*
"Errmmm"
"Errrmmmm!!!"
Fiona tersedar. Dia meronta ketakutan disaat melihat kaki, tangan dan mulutnya diikat.
"Baguslah kalau kau dah sedar" sapa seorang lelaki berpakaian serba hitam, berambut lurus separas bahu, mengenakan topi dan memakai mask.
Fiona yang berasa takut, langsung beranjak dan bersandar pada bucu dinding.
Lelaki itu ketawa sambil melangkah mendekati Fiona lalu menanggalkan kain yang mengikat mulutnya.
"Kau siapa, hah!? Kenapa kau culik aku? Siapa yang upah kau, cakap!" bentak Fiona sebaik sahaja ikatan kain dimulutnya dibuka.
"Huuuu.. aku tak sepatutnya buka ikatan mulut kau tu" dengan selamba lelaki itu bersuara.
"Memang! Tolongggg!!!!!!" Fiona mengambil peluang untuk meminta pertolongan. Dia menjerit sekuat tenaganya dan berharap seseorang di luar sana akan mendengarnya.
Lelaki itu ketawa.
"Tak guna kau melalak minta tolong, takkan ada sesiapa pun yang akan dengar suara kau"
Fiona terdiam.
"Brengsek!" tempik Fiona geram.
"Tsk! Tsk! Tsk! Aku tak sangka, kau masih cantik, malah lebih cantik dari dulu. "
Fiona terdiam. Lelaki ini mengenalinya? Adakah dia juga mengenali lelaki dihadapannya ini? Fiona cuba mengamati wajah lelaki disebalik mask dan topi yang dipakainya.
Ah! Sialnya, dia sukar untuk mengenali jika lelaki ini berpenampilan seperti ini.
"Kau siapa, hah!?" tanya Fiona dengan nada memberontak.
"Seperti yang sudah aku jangkakan, kau takkan mengenali aku. Tapi sayang, aku tidak akan sesekali lupakan wajah kau ini" suara lelaki itu lantas duduk mencangkung di hadapan Fiona.
Fiona cuba meronta. Dia berharap sangat ikatan pada tangannya terlepas. Dan saat itu, perkara pertama yang akan dia lakukan adalah menarik mask yang dipakai lelaki itu. Dia mahu tahu, siapakah lelaki yang telah menculiknya.
"Tanggalkan mask diwajah kau, pengecut!" Fiona bersuara lantang.
"Kau takut jika aku mengenali kau? Setelah itu, apa yang mampu aku lakukan? Lihat saja keadaan aku sekarang ni, tak mungkin aku dapat larikan diri. Jika aku masih disini, tidak ada sesiapa pun yang tahu, siapa kau yang sebenarnya. Atau...kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri" Fiona mula bermain emosi dengan lelaki itu. Dia mahu tahu, sejauh mana lelaki ini mahu bermain dengannya.
Lelaki itu bangun lalu menapak pergi dari situ.
"Pengecut! Kau memang lelaki dayus!" bentak Fiona lagi, sekadar mahu menyimbah minyak ke dalam api. Namun, perbuatannya hanya sia-sia.
Lelaki itu pergi begitu sahaja.
Fiona tidak tahu dimana dia berada sekarang. Dia cuba untuk bangun, tetapi usahanya untuk berdiri, gagal.
*
Fea dan Taylor tiba di pondok terapung milik Ed.
"Tak mungkin Fiona ada di sini" suara Taylor sambil memandang sekitar.
Betul seperti yang dikatakan Taylor. Pondok itu kosong.
Fea mengeluh berat. Fikirannya buntu. Dia tak tahu, dimana lagi mereka harus mencari Fiona.
"Kita pulang dulu ya" ajak Taylor lembut.
Berat rasa hati Fea untuk pulang. Jika diikutkan, dia mahu meneruskan pencarian, tapi dimana?
Fea akhirnya akur dengan ajakkan Taylor.
*
Drake tidak senang duduk. Dia langsung tidak risaukan Fiona. Yang dia risaukan adalah adiknya sendiri.
"Hardin, masuk sekejap" arahnya.
Ceklek
Hardin melangkah masuk, maju ke hadapan meja kerja Drake.
Drake kelihatan termenung jauh disaat Hardin tiba.
"Kita baru merancang, tapi ada yang lebih mendahului kita. Cari tahu, siapa orang itu" arahnya tegas.
"Maksud Tuan?" soal Hardin kurang mengerti.
Drake menatap tajam ke arah Hardin.
"Fiona diculik"
Wajah Hardin nampak terkejut.
"T-tapi.. Tuan belum keluarkan arahan untuk lakukan itu, bukan?" tanya Hardin gugup.
"Ye la. Sebab tu aku suruh siasat, siapa orang yang berani memintas kerja kita" sela Drake sebal dengan sikap Hardin.
"Baik" jawabnya patuh.
"Ada apa-apa lagi?" soalnya lagi.
Drake sekadar menggeleng.
"Kalau macam tu, saya keluar dulu"
Sebaik sahaja tiba di luar pintu bilik Drake, Hardin menghubungi seseorang.
*
Fea melangkah masuk ke dalam rumah dengan memasang wajah kecewa.
"Dapat cari Fiona?" tanya Rey yang menerpa ke arah anak gadisnya.
Fea tidak memberi apa-apa riaksi, malah Taylor yang mencelah,
"Negative, Tuan" balas Taylor.
Rey memandang sayu kearah Fea yang berjalan masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu rapat.
"Tuan.." Rey menoleh memandang Taylor.
Taylor awalnya serba salah untuk beritahu, tapi dia rasakan yang dia tidak harus merahsiakan apa-apa pun dari pengetahuan majikannya.
"Fea menghubungi Tuan Drake"
Dahi Rey berkerut. Ini pertama kali dia mendengar hal itu. Fea tidak pernah berbual dengan Drake di dalam talian sama ada perbualan mahupun pesanan ringkas, Whatsapp.
"Fea menghubungi Tuan Drake bertujuan untuk minta pertolongan, mencari Fiona."
Rey mengangguk faham. Fea tak akan lakukan sesuatu hal itu jika itu tidak terlalu mendesaknya. Demi rakan baiknya, Fea sanggup rendahkan egonya menghubungi Drake, meminta pertolongan. Benar, Fea terlalu sayangkan persahabatannya.
Bersambung....
Persahabatan sejati itu selayaknya dihargai, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.
Share this novel