"Mana perginya hafiz eh ? Aku call , mati fon dia. Dah la dia tinggalkan aku masa perkahwinan , ni semua sebab zarif !" Pida duduk di ruang tamu rumah zarif . Dah dua minggu dia ambil cuti di kedai dan butiknya, Nasib baik Asyikin faham keadaannya.
"Assalamualaikum. " pida berdiri bila dengar pemilik suara tu. Zarif muncul di depan pintu banglonya dengan memakai baju seragam polis. Dia pun tak menjangka rupanya zarif ni Inspektor. Tu pun dia tahu dari umi zarif.
"Waalaikumussalam." Mendatar sahaja suara pida , Zarif tersenyum tapi senyum tu jijik bagi pida. Pida hanya menjeling zarif. Baginya dalam hatinya tiada zarif selain hafiz!
Zarif hanya menghelakan nafas , Tak sangka pida yang dulu happy go lucky jadi macam ni sebab dia. Salahkah dia buat semua ni?
"Sayang dah makan ? " tanya Zarif dengan lembut. Semenjak malam pertama tu , zarif cuba membaiki hubungannya dengan pida walaupun perkara tu sia-sia.
"Jangan nak panggil aku sayang boleh tak ? Kau tak layak panggil aku sayang , Sebab kau ! Aku kena kawin dengan kau tahu tak . Aku jijik " Pida berkata dengan tenang. Hilang semua kesabarannya terhadap zarif.
Zarif cuba bersabar. Dia pun jenis panas baran jugak. Tapi sejak dia kawin dia cuba bersabar , Cepat-cepat dia beristifar.
Pida naik ke atas , Dia Malas mahu tengok muka zarif ! Sudahnya dia naik keatas .
Zarif pun naik keatas , masuk sahaja ke bilik dia nampak pida baru habis mandi. Serta merta hatinya berdebar, "cukup la kau buat dengan masa malam pertama tu. Hati kau kena kuat !" Zarif istifar banyak -banyak . Pida hanya memakai baju dengan selamba. Dah takda dimalunya , biar zarif menderita.
Kini giliran zarif pulak untuk mandi , dia membuka unifromnya. Mengambil tuala dan masuk ke bilik mandi. Sebaik sahaja masuk dia memengang dadanya , Imannya betul betul tak kuat !
**********
"Asyikin." Seru pida , asyikin tersentak. Pida panggil dia ke ?
"Kau panggil aku ?" Tanya Asyikin.
"Tak laaa, aku tengah cakap dengan anak kau. Sah sah la cakap dengan kau , lahai. " asyikin menepuk dahinya . Lahai ni laa nak jadi ibu ni , Asyik pilih baju baju baby.
"Hahaha , aku tengah rambang mata tengok pakaian baby ni haa. Banyak mel mel. " Asyikin masih tidak lepas memengang baju baju baby.
"Cehh. Mentang -mentang la umu ti be." Kata pida , Dia pun teringin ada anak. Tapi takkan dengan Zarif ? Memang Tak Laaa !
"Kenapa panggil aku ?" Kata Asyikin.
"Aku tak boleh sayang zarif tau tak." Setiap kali pandang dia , hatinya sakit. Bencinya meluap luap.
Asyikin hanya tersenyum.
"Takpa laa. Cuba sayang , jangan benci." Kata Asyikin lagi.
Pida diam. Mampu ke dia sayang zarif ? Mampu ke dia lupakkan bencinya yang bertimbun timbun , bertan tan tu ?
Share this novel