BAB 4

Humor Completed 734

“Ya. Betul. Awak mengandung dua minggu. Terima kasih sebab buat saya jadi daddy. Hehe, seronoknya saya!” balas Nazeem teruja. Farhana menitiskan airmata gembira. Dia pantas memeluk Nazeem .

“Alhamdulillah,” ucap Farhana gembira tidak terhingga.

SEBAIK sahaja Farhana terjaga dari tidur, dia merasa aneh kerana Nazeem tidak berada di sebelahnya. Selalunya pada jam 8:00 pagi begitu Nazeem masih lagi berair liur basi. Farhana bingkas bangun. Dia membuka pintu tandas.

“Eh, tak kunci?” gumam Farhana pelik. Jika Nazeem berada di dalam tandas, sudah pasti lelaki itu akan mengunci pintu. Ke mana pula perginya suaminya itu seawal pagi begitu? Farhana duduk semula di atas katil. Pening pula kepalanya.

“Dia pergi jogging ke? Ish, mustahil. Biasanya dia jogging malam,” Farhana berteka-teki sendiri. Dia mencapai minyak angina yang berada di meja kecil bersebelahan katil. Lega sedikit kepalanya sebaik sahaja menyapu minyak itu di dahinya. Tidak semena-mena, Farhana terbau asap. Hangit. Dia bingkas bangun lalu meluru ke luar. Bau hangit itu datangnya dari arah dapur. Pantas Farhana berlari ke dapur.

Sebaik sahaja sampai di dapur, Farhana tergamam. Dia melihat Nazeem sedang terkocoh-kocoh meletakkan kuali di dalam sinki. Satu ruang dapur itu dipenuhi asap yang berbau teramat hangit. Terbatuk-batuk dibuatnya Farhana .

“Awak. Awak buat apa ni?” tanya Farhana. Nazeem menoleh Farhana kaget. Dia terdiam seribu bahasa. Farhana memandang Nazeem Apakah yang dilakukan suaminya itu? Baru dia perasan Nazeem memakai apron. Matanya tidak berkelip melihatkan suaminya memakai apron yang tidak pernah dipakai lelaki itu sepanjang mereka kenal dan sepanjang mereka bergelar suami isteri. Perut Farhana terasa bagaikan digeletek.

“Suami aku pakai apron!” jerit Farhana di dalam hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience