BAB 4

Romance Completed 31277

"Saya dah sampai. Awak tak nak masuk dulu?"

"Eh, tak nak lah maghrib-maghrib ni."

"OK, kalau macam tu saya masuk dulu ya. Elok-elok bawak kereta. Saya tak tahu macam mana nak balas budi awak Fifa"

"Ha ingat pun nama aku, ingatkan dah hilang ingatan mamat ni sebab lama sangat berdiri dalam hujan. Takpe hari ni hari awak, esok lusa siapa tahu hari saya,"

Anas memerhatikan kereta Fifa sehingga hilang dari pandangan.

Fifa masuk setelah memberi salam dan terkocoh-kocoh menunaikan solat Maghrib yang masih berbaki 5 minit.

Selesai memberi salam, Fifa mula teringatkan Anas. Cepat-cepat dia istigfar. Dari teringatkan lelaki yang tidak langsung mempunyai kaitan dengan dirinya, lebih baik Fifa memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi sambil mendoakan kesejahteraan ibu-bapa, abang dan adiknya di kampung halaman.

"Kruuukkk, krakkkkk" bunyi perut Fifa yang lapar. Dia menuju ke dapur dan hanya memandang sepi roti dan tuna yang ada. Jelak tekaknya apabila hari-hari menjamah benda yang sama.

Makan ni je pun, badan tetap lah berisi. Tak kan aku nak minum air dan makan udara je.

Rungutnya dalam hati kerana ramai teman-teman yang mula memberikan komen terhadap perubahan bentuk badannya.

Tanpa rasa bersalah habis sebungkus mee goreng basah dia bedal. Perut yang kenyang mengudang mata yang layu. Setelah selesai mengemas bilik, Fifa menuju ke katil dan bersedia menghadapi hari esok.

"Awak....awak....tunggu. Fifaaaaa....Fifaaaaa.....tunggu." Tercunggap-cunggap Anas mengejar Fifa untuk memulangkan jumper kereta.

"Nah saya pulangkan. Awak masuk kerja pukul 9 kan? Awal lagi ni. Jom saya belanja awak breakfast."

"Mak datuk sampai KL Sentral dia usung jumper kereta ni nak bagi. Sudahnya aku lah kena angkut jumper ni ke hulu ke hilir?"

"Kenapalah awak tak tinggal dulu dalam kereta awak Anas? Ni mesti kes sel-sel otak tak berhubung kan? Dah terpaksa saya angkut benda ni masuk office."

"Bukan apa saya kena outstation esok, saya takut saya tak sempat nak pulangkan. Lagipun saya bukannya ada nombor telefon awak Fifa," jujur penjelasan dari mulut Anas.

Serta -merta wajah Anas mendung. Sudahlah kereta rosak. Pepagi kena bebel. Terpaksa ke Serawak menghadiri kursus. Semua perkara yang saling tidak berkait ini mengundang kusut di kepalanya.

Fifa yang sedar perubahan kepada lelaki di hadapannya cuba menukar topik supaya situasi tidak terasa begitu janggal.a

"Jomlah tadi kata nak belanja saya breakfast. Kita kena cepat sebelum boss mata bulat saya datang," seraya tersenyum menayangkan barisan gigi putih kepada Anas.

Satu kelemahan Anas adalah dia tidak dapat berfikir secara rasional apabila terlihat senyuman manis insan di hadapannya. Walaupun sudah diajak, Anas tetap berdiri terpaku tidak berganjak.

"Anas awak dengar ke tak ni? Orang kata biar tak handsome, janji jangan pekak," sindir gadis bertudung biru itu.

"Masalahnya saya handsome dan saya tak pekak. Saya tengah fikir nak makan apa dengan awak ni. Kang saya ajak makan bawah pokok ketapang tu awak tak nak pulak. Yelah manalah tau perempuan macam awak ni nak makan kat tempat ada class je," giliran Anas mengenakan Fifa.

"Excuse me, saya perempuan normal yang makan 3 kali sehari ok. Kalau tak cukup boleh jadi 4, 5 kali bergantung kepada keadaan. Saya tak kisah lah makan tepi jalan pun. Kalau tak, takdelah saya pergi tapau nasi lemak sampai nak kena langgar itu hari."

Fifa merajuk dan berjalan lebih laju.

"Buang masa aku je. Tak payah la makan free. Nanti dah makan free, terhutang budi tergadai body. Cewahhhhh...."

Anas yang merasa terperangkap cuba mengejar Fifa.

"Awak saya lawak je, berhati kaca rupa-rupanya. Nampak je gagah perkasa, tak boleh kena usik rupa-rupanya."

"Jom kita makan kat sana," Anas menuding jari ke arah restoran mamak tidak jauh dari tempat kerja mereka berdua.

Fifa yang masih lagi merajuk hanya berjalan terus tanpa menuju ke arah restoran berkenaan.

Sekali lagi pinggangnya di peluk kuat dan di tolak kasar.

Fifa hampir dilanggar kereta yang dipandu laju. Tetiba suasana bertukar menjadi gamat apabila orang sekeliling menjerit.

Dia cuba bangun, namun gagal. Anas Hakimi terasa pening lalu rebah semula.

Dalam keadaan terketar-ketar Fifa berdoa agar segalanya selamat.

"Kenapalah aku nak buat perangai? Kenapalah jugak kereta tu kena bawak laju? Paling penting ini dah kali kedua Anas selamatkan aku," Ya Allah selamatkanlah Anas.

Menurut doktor yang merawat, Anas kehilangan banyak darah kerana terhantuk di bahu jalan.

Jururawat dan doktor saling berkejar-kejaran memasuki bilik ICU, tempat di mana Anas dirawat.

"Anas....Anas....kenapa dengan anak mama? Macam mana sampai boleh kena langgar? Rintih Datin Suzana mengenangkan nasib anak lelakinya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience