Prolog

Short Story Series 3886

Prang!

Pasu yang aku sedang pegang terhempas ke lantai.

Lelaki itu mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke arah aku. Tanpa melengahkan masa, aku cuba meloloskan diri keluar.

Zap!

Terasa angin laju menderu pada wajah. Kedua belah bahu dipegang seseorang.

Dia! Dia yang tadinya berada di sofa kini berdiri di hadapan aku. Sekelip mata sahaja. Tak terkelip mata aku memandang wajah kacak itu. Anak matanya kelihatan merah. Persis seperti pontianak yang aku selalu lihat dalam drama atau filem. Aku tidak nampak taringnya kerana dia menutup mulut namun kesan darah di tepi bibirnya itu menguatkan lagi firasat aku bahawa dia bukanlah manusia biasa.

Serta-merta tubuhku terasa longlai.

"Tolong...jangan bunuh saya." Ucap aku ketika wajahnya mula mendekat pada wajahku.

Sumpah! Aku terasa darah bagaikan disedut. Jantung bukan main berdegup laju lagi. Takut sangat-sangat.

Lelaki itu tergelak kecil.

"I can hear your heart beating so fast."

Suka hati kau je gelakkan aku kan! Huh! Kau tu dahlah monster!

"What? You call me monster? Yes i'm a monster! Now you know my secret. So what should i do to you? Eat you or kill you?"

Aku cuba menjerit sekuat hati. Dia segera memeluk tubuhku. Aku cuba meronta namun sedikit pun dia tidak berganjak. Pelukannya cukup kemas. Kuatnya tenaga dia. Oh dia baru minum darah kan.

Bau haruman tubuhnya membuatkan aku berhenti meronta. Aku dongakkan kepala memandang dia. Dia turut memandang aku. Pandangannya buat aku terpukau dan terasa di awang-awangan.

"Menyibuk je!"

Aku tersentak apabila mendengar suara orang lain. Selepas itu aku tidak sedar apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience