Episode 26

Adventure Series 25852

Episode 26- eyka_aqua

Malam, di bilik Arsh.

Arsh sedang bersandar di atas kerusi biliknya sambil menghalang pandangan matanya dengan lengannya. Arsh melepaskan nafas perlahan-lahan. Angin bertiupan. Langsir dibilik Arsh berterbangan kerana tidak menutup tingkap dengan rapat.

"Siapa?" Arsh menjeling kearah tingkap. Tiada siapa yang menyahut.

Arsh membuka cermin matanya lalu diletak diatas buku sejarah yang dia pinjam dari perpustakaan sekolah.

"Aku dapat rasa aura seseorang tadi." Bicara Arsh dalam hati sambil bergerak kearah tingkap lalu menyelak kain langsir. Sepi.

#################

Arsh memandang bulan ditingkap kayunya tanpa membuka cermin. Dikaki langt, mula nampak kelibat dua bulan berlain warna disebalik awan serdahana tebal. Aqua sememangnya dikelilingi dengan dua planet kecil atau lebih dikenali sebagai bulan kerana planet itu tidak berpenghuni. Bulan akan keluar berselang-seli mengikut musim.

Dua bulan tidak akan bertembung satu sama lain di angkasa kerana perbezaan orbit bulan yang bertentangan dan jauh satu sama lain. Orbit bulan yang menggelilingi bintang Aqua agak unik dimana orbitnya seperti landasan roller coaster, terdapat turun dan naik menyebabkan mereka tidak akan bertembung namun begitu mengikut sains angkasa yang sudah lama tercatat sejak dua ribu tahun yang lepas akan laluan orbit tersebut yang mengatakan dua bulan mampu bertembung satu sama lain.

Hal ini, dinamakan sebagai Bulan Bertembung dimana perkara tersebut dikategorikan sebagai keajaiban Aqua yang akan berlaku setahun sekali. Ketika hari berlakunya fenomena Bulan Bertembung akan berlaku sesuatu keunikkan dimana terdapat salji akan turun pada musim panas.

Fenomena Bulan Bertembung diraikan oleh penduduk Aqua setahun sekali dengan perayaan yang meriah.

Perayaan ini ada hubung kait dengan mitos dahulu. Walaupun dikatakan hal itu sebagai mitos tetapi sejak 20 tahun lepas sudah terbukti mitos itu adalah perkara sebenar yang pernah terjadi dan sudah dibukukan sebagi sejarah mitos.

Sejarah mitos adalah gelaran diberikan kepada mana-mana cerita mitos yang sudah dibuktikan kesahihannya oleh pakar-pakar Aqua dalam beberapa bidang.

Perayaan itu dikenali sebagai:-

"Pesta perayaan manisan..." Arsh bertutur perlahan sambil keluar dari biliknya melalui tingkap lalu duduk diatas bumbungnya.

Angin lembut dan sejuk menyapa tubuh Arsh dengan sempoi-sempoi bahasa. Arsh menutup seketika wajahnya menghayati angin yang menyapa dirinya. Bau salji mula terasa dirongga hidungnya.

Tiba-tiba,

Muncul pusaran cahaya yang berdekatan tempat dia duduk sambil memeluk kaki kirinya. Arsh terkejut dengan kehadiran manusia berjubah kelabu yang berkerudung yang tidak menampakkan wajahnya. Dia tersenyum kepadanya tetapi senyumannya sungguh menyeramkan. Arsh berdiri apabila merasakan benda tak baik akan berlaku, segera dia membuka kuda-kuda bersedia untuk menyerang.

Ada pusaran angin sejuk bergerak berpusing ditangan Arsh sebelum muncul pedang miliknya. Arsh memandang manusia yang berjubah kelabu itu dengan tajam. Dia bagaikan mengenali manusia disebalik kerudung itu.

Siapa?

Pernah jumpakah?

Dimana?

"Kau siapa?" Arsh bersuara keras. Manusia tersebut tidak menyahut tetapi tersenyum sinis.

Senyuman sinis itu kelihatan jelas apabila cahaya dua bulan mula menyinari sekeliling.

"Kau nak apa?" Arsh menanyakan soalan lain selepas manusia berjubah tidak menjawab soalannya tadi.

Manusia berjubah tadi tiba-tiba menghilang dan muncul dihadapan Arsh dalam masa sekelip mata. Arsh terkejut melompat kebelakang dengan lompatan lipat kebelakang. Arsh mengerakkan pedangnya ke belakang bagaikan mahu menyerang. Pedang Arsh mula mengeluarkan cahaya seperti menyerap cahaya bulan.

"Kau tak ingat siapa aku ke, ha?" Suara perempuan kedengaran. Dia menunjuk jari telunjuknya kearah Arsh.

"Tak.”

"Adakah engkau betul-betul tak ingat siapa aku?”

“Tak.”

“Kau… Hilang ingatan?”

“Apa kau merepek? Bila masa aku hilang ingatan?”

“Jadi, nama kau?”

Arsh tergamam seketika.

“Arsh! Nama aku Arsh.”

“Sejak bila kau bernama?” Suara itu sinis kedengaran.

Arsh tidak menjawab soalan gadis dihadapannya. Dia dapat rasa gadis berkerudung ini sengaja menaikkan marah hatinya. Dia masih merenung gadis dihadapannya dengan mata yang tajam.

“Kau pasti sudah lupa apa yang berlaku ketika dahulukan, Arsh?”

“….”

“….”

“….”

Sepi. Tiada perbualan antara mereka hanya angin yang menyapa mereka lembut.

“Menyedihkan.”

“Apa maksud kau ha, perempuan?”

“Nampaknya kau sekarang bukan kau yang dulu.”

“?”

“Kau yang dulu sangat hebat sehinggakan berjaya hancurkan puak aku. Kau yang aku kenal makhluk yang kejam dan keji.”

Arsh tidak memberi reaksi marah atau terasa dengan perkataan yang dilemparkan oleh gadis berkerudung itu. Entah mengapa hatinya terasa apa yang diperkatakan oleh adalah benar.

Tidak mungkin! Pasti ini sihir pukau.

Arsh mula mengenggam pedangnya dengan kemas.

“Kau hilang ingatan… Aku terasa nak cuba uji kekuatan kau!” Usai sahaja perempuan berkerudung itu berkata begitu dia mula mengaktifkan pentagram dihujung jarinya.

Arsh bergerak dengan pantas ke arah wanita berkerudung lalu menyunus pedangnya dengan tangkas akan tetapi wanita itu mengelak bagaikan pergerakkan Arsh hanya pergerakkan biasa. Wanita berkerudung tersebut terus menggelak setiap hunusan pedang Arsh. Setiap hunusan pedang diselangi dengan serangan pentagram dari wanita itu. Perlawanan agak sengit dimana Arsh perlu menghacurkan kuasa pentagram bagi menggelakkan berlaku kekecohan disekeliling.

Ada sesekali tubuh Arsh terkena sihir hitam yang dilancarkan oleh wanita itu. Arsh tetap terus menghancurkan setiap serangan dengan wajahnya sudah digetap bibir.

Kalau berterusan macam ni aku tak mungkin mampu menghalang setiap serangan yang dia bagi.

Wanita itu melancarkan serangan gagak hitam. Gagak itu bukanlah gagak betul kerana bentuknya seperti angin yang berwarna hitam. Gagak itu bergerak menyerang Arsh. Arsh yang sibuk menghalang serangan hitam bertidak menendang gagak hitam itu dengan pusingan 180 darjah pusingan.

Akibatnya gagak itu terbelah dan meletup. Letupan itu tidaklah kuat tetapi tetap mampu mencederakan sesiapa sahaja yang berada dijarak yang dekat dengan letupan itu.

Letupan itu telah memgakibatkan jiran tertangga terjaga apabila melihat kebanyakkan rumah mula membuka lampu semula selepas mendengar letupan tersebut.

Wanita itu melompat turun ke tanah dan berlari meninggalkan Arsh yang tenggelam dalam asap letupan.

Arsh dapat menangkap bahawa wanita itu berlari pergi, dia berdecit sebelum bertindak mengejar wanita itu.

Arsh melompat turun melalui dahan pokok besar. Dari dahan paling hampir dengan kawasan atap bumbung ke daham yang lebih rendah. Dia lompat sehingga dia berjaya mencecah jalan raya.

#####################

Wanita berkerudung tersebut mengaktifkan sihir disekelilingnya. Satu kuasa hitam bagaikan banyak tangan bergerak ke arah Arsh. Arsh terkejut, segera pantas melompat kebelakang untuk mengelak dari tangan kegelapan tersebut menangkapnya.

Arsh terus melompat apabila tangan tersebut tidak putus-putus menangkap kakinya. Sesekali Arsh melibas tangan tersebut tetapi semakin dilibas semakin banyak pentagram yang diaktifkan oleh wanita itu menyebabkan Arsh terus melompat kebelakang.

Apabila jarak mereka jauh, wanita tersebut bertindak berlari meninggalkan Arsh.

"Nanti!" Arsh mengejar wanita berkerudung itu. Mereka berkejaran sehingga ke tempat tidak ada perumahan dan jauh dari orang ramai.

######################

Di Taman Sungai Bulan,

Taman Sungai Bulan terletak kira-kira 30 kilometer dari rumah Arsh menjadi lokasi wanita berkerudung itu berhenti.

Arsh tercunggap-cunggap kerana berlari tanpa menggunakan cara penafasan yang betul.

Giler penat!

"Penat?" Suara wanita tersebut bagaikan menyindir Arsh.

"Ha...ha..ha..ha...haaa.." Arsh masih lagi melepaskan lelah dari larian jauh.

Arsh memandang wanita tersebut dengan nafas yang cuba dibetulkan. Wanita dihadapannya masih tenang awal pun jelas dimata Arsh wanita itu cuba mengawal nafas supaya tidak nampak dia tidak berasa penat selepas 30 Kilometer berlari tanpa henti.

Wanita itu mengaktifkan pentagram dan muncul cahaya bagaikan tornado tajam menghala ke arah Arsh. Arsh yang masih kepenatan berjaya melompat ke tepi dan jatuh terbaring ke tanah. Arsh cuba berdiri walaupun dia masih lagi penat. Dia berdiri dalam keadaan bersedia, pedang ditangannya digenggam kemas. Kepala Arsh terasa berdenyut-denyut dan pandangan mata Arsh sedikit kabur. Arsh tidak memberi reaksi apa yang dirasai ketika itu.

Wanita tersebut mengaktifkan serangan yang sama kearah Arsh. Arsh menggerakkan pedangnya kebelakang sedikit lalu bertindak melibas cahaya hitam tornado tersebut. Pergeseran antara pedang Arsh dengan cahaya tornado tersebut telah mengencangkan pokok-pokok disekeliling. Cahaya tersebut pecah dan terkena sedikit pipi Arsh.

"Kau siapa? Apa kau nak?" Arsh menanyanya dengan nada sedikit bengang.

"Aku.. Nak balas dendam! Aku nak kau bayar balik perbuatan kau yang menghancurkan puak aku ketika dahulu!”

"Aku nak jantung kau!" Kata wanita tersebut sambil menunjukkan jantung Arsh dengan jari runcingnya.

Arsh terkejut dengan kata-kata wanita tersebut.

Dia siapa?

Aku kenal dia ke?

Puak dia?

Hancur?

Aku ke yang hancurkan?

Kejap! Bila masa?

Tak! Paling penting adalah siapa aku sebenarnya?

Apa yang aku dah buat?

"Kenapa kau nak jantung aku?" Arsh berani menanya.

"Jantung kau akan buat aku kuat dan berkuasa." Jawab wanita tersebut sambil mengaktifkan sihir. Muncul angin panas dari arah bertentangan dengan Arsh lalu menerbangkan Arsh yang terleka

Arsh berpusing sebelum terlanggar pokok besar di pinggir sungai selepas melanggar beberapa pokok berdahan serdahana besar sepanjang dia melayang. Pokok tersebut berlubang besar kerana Arsh melanggarnya dengan kuat. Arsh muntah darah sebelum jatuh terjelumpok ke tanah. Tubuh Arsh tercedera, ia cuba berdiri menggunakan pedangnya ditangan.

"Kau!" Pergerakkan Arsh terhenti. Arsh memandang kakinya dan nampak pentagram dikakinya. Tangan yang banyak sedang memegang kakinya.

"Bila masa dia aktifkan sihir dia??" Arsh terkejut. Arsh tak boleh bergerak walaupun dia cuba meronta.

Wanita tersebut tersenyum kemenangan kerana berjaya membuat Arsh sebegitu. Sebelum mengaktifkan sihir tangan dikiri kanan Arsh. Muncul tangan yang banyak cuba memegang kedua-dua belah tangan Arsh. Arsh menghunus pedang dengan memotong tangan-tangan tersebut. Arsh mahu memotong sihir tangan yang memegang kakinya tetapi tidak berhasil. Kakinya bagaikan terpijak pasir jelus kerana tangan tersebut mula cair seperti pasir jelus. Arsh tetap mencuba melepaskan diri.

"Kau tak akan berjaya." Kata wanita tersebut yang hanya nampak bibirnya itu dengan perasaan yakin.

Muncul pisau kecil yang berkilat ditangan wanita berkerudung sebelum bergerak ke arah Arsh untuk menikam jantung Arsh. Kehadiran banyak tangan telah menyebabkan Arsh mengalami kesukaran untuk bersedia menyerang balas terhadap wanita tersebut.

"Kenapa..kau...nak..jan..tung aku? Menyusahkan betullah tangan-tangan ni!" Tanya Arsh sambil menepis tangan-tangan tersebut dengan melibas menggunakan pedang.

"Aku dah bagitau kau tadi. Jantung kau buat aku berkuasa. Walaupun ni rahsia tapi kau pun akan mati nanti jadi aku bagitau, aku ada matlamat untuk menjadikan dunia ni dibawah pemerintahan aku. Aku perlukan jantung kau untuk mengaktifkan sihir terkunci!" Jawab wanita tersebut sambil bergerak perlahan ke arah Arsh.

"Sihir terkunci?" Arsh tertanya-tanya apa yang wanita ini sampaikan.

"Ya! Sihir terkunci yang ayah kau sorokkan dijantung kau!" Kata wanita tersebut sambil mengaktifkan sihir pentagram muncul sesuatu yang hitam tetapi bersinar bagaikan api bergerak menyerang Arsh, dan berpecah menjadi tiga, kemudian lima sebelum sampai ke Arsh.

Ayah?

Arsh keletihan dan badannya luka tak mampu bergerak lagi. Tubuhnya seratus peratus dipegang oleh sihir tangan. Arsh memandang wanita tersebut lesu. Tangan-tangan tersebut bagaikan menyerap tenaganya.

Sebelum sempat sihir tersebut mengena tubuh Arsh, tiba-tiba ada sesuatu yang pantas memotong tangan-tangan dari terus memegang Arsh. Arsh terjatuh tetapi dirinya disambut oleh seseorang. Pandangan Arsh sebelum menjadi kabur sepenuhnya sempat menangkap ada seseorang yang memakai jubah hitam dan berkerudung serta ada lambang bunga sakura biru di lengannya. Manusia yang berdiri didepannya menjeling ke arah Arsh yang sudah terduduk dengan wajah lesu.

"Tuan?" Manusia dihadapannya bagaikan menunggu arahan.

"Serang dia." Arah lelaki yang menampung tubuh Arsh.

"Suara ni..." Pandangan Arsh semakin kabur sebelum hilang dari pandangannya.

"Arsh!" Manusia berbaju jubah tersebut memanggil tubuh si tampan yang sudah tidak sedar diri itu.

Arsh tidak menyahut kerana dirinya bagaikan sudah terlena.

#######################

Di suatu tempat yang tidak diketahui, Arsh..

Arsh sedang terapung-apung dalam tidak keadaan tidak sedar. Roh Arsh bagaikan keluar dari tubuhnya dan melihat dirinya yang tidak sedar diri yang sedang terapung.

"Dekat mana ni?" Asrh bermonolog. Matanya melilau memandang sekeliling yang bagaikan tiada penghujung.

Muncul sebuah jalan yang indah dengan pokok menghijau di hadapannya sebaik sahaja dia berkeluar dari tubuhnya.

"Jalan? Aku dah mati ke?" Arsh bergerak ke taman tersebut.

Arsh berjalan dan terus berjalan tanpa memandang belakang.

"Dah lama aku berjalan. Asal tak jumpa-jumpa jalan keluar?" Kata Arsh, dia berhenti dan melihat belakangnya.

Apa yang dia terkejutkan adalah dia bagaikan tidak bergerak dari tempatnya tadi. Bukan! Memang tidak bergerak langsung!

"Apakah?! Punya lama aku bergerak rupanya aku langsung tak berganjak dari kedudukan asal??" Nada suara Arsh jelas menunjukkan empunya badan terkejut dengan apa yang dilihatnya. Arsh memandang disekelilingnya.

Kawasan ini luas tetapi dirasainya kawasan ni bagaikan sempit. Dia masih berjalan ke di laluan taman tersebut walaupun dia tahu dia tak bergerak langsung dari kedudukan asal hanya pandangan depannya seoleh-oleh bergerak.

"..." Arsh bagaikan memikir sesuatu.

Arsh berhenti dari bergerak lalu memandang belakang semula dan ternyata dia masih tidak bergerak walaupun seinci dari kedudukan asal.

"..." Arsh memandang semula sekelilingnya.

"..." Wajah Arsh serius.

Arsh berhenti bergerak dan menandang kakinya. Jalan berumput hijau yang indah ditetap Arsh tenang.

"Tiada guna aku terus bergerak sebab memang tak akan bergerak walaupun seinci." Ucap Arsh bersendirian.

#####################

Dalam keadaan matanya masih memandang kakinya, muncul seorang budak kecil hadapannya dalam keadan terapung. Arsh merasakan ada sesuatu dihadapannya yang sedang terapung-apung lantas mendonggak kepala.

"Eh?" Arsh terpaku.

Budak lelaki yang memakai baju kasual dan berseluar pendek rambutnya pendek. Wajahnya ditutup dengan rambut depannya menyebabkan Arsh tidak nampak mata budak lelaki tersebut.

"Tumpang tanya ni apa? Maksud saya ni dekat mana?" Tanya Arsh selepas hilang perasaan terpaku.

Budak lelaki tersebut menunjuk ke belakang Arsh. Arsh memandang belakangnya, apa yang dia nampak hanya tubuhnya yang sedang terapung.

"Tempat ni apa namanya?" Tanya Arsh sekali lagi. Matanya memandang semula budak lelaki tersebut.

"Kau tak sepatutnya berada disini. Bukan masanya lagi." Arsh terkejut dengan ganti diri yang diguna oleh budak lelaki tersebut.

"Apa maksud kau?" Arsh menggunakan kata ganti diri yang sama.

"Balik." Jawab budak lelaki tersebut dingin.

Arsh hanya mendiamkan diri.

Arsh... Arsh... Arsh...Arsh!!!!!

Arsh terkejut dengan suara tiba-tiba yang kedengaran dari pelusuk yang tidak diketahuinya.

"Suara ni lebih dari seorang." Jawab Arsh. Sebaik dia berkata begitu tubuhnya bercahaya, jantungnya tiba-tiba terasa menyucuk dan sakit. Dia disedut semula oleh tubuhnya. Sebelum dia bercantum dengan jasadnya dia sempat bertanya.

"Ni dekat mana?? Macam mana aku nak datang sini balik?!"

"Kaulah jalan untuk ke sini." Jawab budak kecil tersebut.

Arsh bercantum dengan tubuhnya. Jantungnya berdegup kecil. Sakit, sejuk dan panas bergilir-gilir menyerang Arsh. Arsh mencekam dadanya dalam keadaan dia tidak membuka matanya. Wajahnya bagaikan menahan sakit yang teranat sangat. Budak lelaki tersebut bergerak ke sisi Arsh yang sedang menahan sakit yang tidak terhingga, dia meletakkan tangannya ke jantung Arsh dan ada satu cahaya yang berkilau bagaikan belian 96 karat telah menenangkan Arsh. Tubuh Arsh mula menjadi pudar sebelum hilang sepenuhnya.

"Datang bila kau dah bersedia." Kata budak lelaki tersebut.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience