2 bulan kemudian...
tok! tok! tok! pintu dibuka
"Assalamualaikum!" quama dan nisa masuk kedalam bilik ku lalu memeluk ku.
"cantiknya kau Liya!" Nisa mencubit pipiku
"hehe.. kau pun samalah" lalu tercetuslah ketawa kami bertiga.
"wei, macam mana ek rupa laki engkau. kau tak pernah nak tunjuk. tengok gambar pun tak pelah" tanya Quama. Nisa mengangguk mengiakan
"haaa.. harini la kauorang tengok real." aku mencuit dagu mereka berdua.
terdengar lagi ketukan pintu lalu secara automatik ketawa kami terhenti dan menoleh kepala
"dik, pengantin lelaki dah sampai tu. dah siap ke belum?" kak Lina menghampiri kami, kakak kedua ku yang aku sayang.
"dah, na." aku hanya memanggilnya lina kerana sudah terbiasa sejak kecil.
"jom" dia berjalan di sebalah kanan ku manakala quama dan nisa berjalan dibelakang ku.
terasa laju jantungku berdegup. alahai, semua mata menumpu padaku. 'dah kau yang kawen, mestilah orang nak tengok pengantin.' aku paksa bibirku untuk senyum dan aku hanya memandang bawah ketika berjalan.
sebuah kusyen besar untuk ku duduk. mak dan bakal mak mertua ku duduk disamping ku. aku memberi salam kepada mak mertuaku lalu dia memeluk ku. kemudian ku melihat mak ku pula. mak mencubit manja pipi ku.
"dah sedia semua" ayah ku berkata menggunakan mikrofon.
seraya itu ruang tamu rumah ku senyap. akad nikah dilafaz sekali dengan lantang olehnya. lalu disahkan oleh para hadirin.
"Alhamdulillah" air mata ku menitis ke pipi. aku bersalaman dan berpelukkan dengan mak dan mak mertuaku. betapa bersyukurnya aku kini aku mempunyai seorang suami dan bertambah keluarga ku. ku lihat Amir jalan menghampiri ku membawa sebentuk cincin yang telah kami pilih. dia duduk melutut dihadapan ku dan mencapai tangan ku lalu menyarung cincin tersebut di jari ku. lalu terus aku kucup tanganya. tangannya mengusap air mata yang mengalir di pipi dan terus memegang dagu ku. dan satu kucupan hangat didahi ku lama. indah sungguh saat itu tidak sanggup ku katakan.
terasa lama dia mengucup dahiku lalu aku mengeluarkan suara emas ku. "awak kucup dahi saya atau ukur dahi saya?" tanya ku sambil tersenyum.
orang lain yang mendengar ketawa. Amir yang baru tersedar pun turut ketawa. " hehe, saya menikmati anugerah yang Allah bagi" senyumnya meleret.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"kenapa makan sikit sangat" aku bertanya hairan. takkan la laki aku makan sikit jer. 'atau nak aku suapkan?' hatiku bertanya
"saya seganlah, dari tadi diperati orang. ada yang ambil gambar " kata katanya itu membuatkan aku tersenyum menahan ketawa. 'pemalunya laki aku ni'
tiba tiba mukanya menghampiri sebelah telinga kanan ku " kalau awak suap, 3 pinggan pun saya tak kenyang" dia tersenyum. alahai awak! jangan la senyum macam tu. cair saya tau! nakalnya !
aku tersenyum. lalu ku gumpalkan nasi dan menyuapnya. dia tersenyum malu. mungkin tidak percaya yang aku akan melakukan perkara tersebut. merah mukanya. hahaha
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"kami balik dulu tau" manja bunyi suara Quama
"kau jaga diri elok elok. jangan bantah cakap suami" sambung nisa pulak. lalu kami berpelukan.
"bye" serentak kami melambai. aku berdiri di luar rumah sambil mata ku mengekori kereta yang semakin hilang dari pandangan. 'hmm.. lepas ni susahlah aku nak keluar dengan kauorang' setus hati ku sedih. tiba tiba seseorang memegang bahuku.
"opocot mak engkau kat dalam!" tangan ku menekuo mulut sendiri. malunya . inilah pertama kali aku melatah depan dia. "eee awak ni kan. cuba lah jangan terkejutkan orang" suaraku sedikit tinggi dengan nada yg sedikit marah. dia mengundur selangkah.
"urm, sorry. saya tak sengaja" nada suaranya sedikit perlahan. lalu dia melangkah pergi masuk kedalam rumah. 'aik, merajukkan'
"alamak apa aku nak buat ni" aku memegang kedua belah pipiku. 'pujuk lah liya oi! laki engkau tu bukan kawan kau!' tangan ku mengetuk sendiri kepala.ku hampiri dia yang sedang duduk di buaian tepi rumah.
"awak, saya minta maaf. saya tak sengaja. cuma saya terkejut sangat tadi." suara ku manjakan dengan harapan rajuknya hilang. tetapi hampa. muka lagi tak berpaling. 'apa aku nak buat ni' kepala aku pening. lalu aku duduk disebelahnya. aku peluk lengan sasanya. "awak... sorry la" pipinya ku kucup lembut. walaupun wajahnya tidak dapat ku lihat tetapi gerakkan pipinya jelas menunjukkan dia senyum. 'amboi, main kasar nampak. meh aku kenakan kau' . tangannya ku capai .
"sorry ek" lalu tangannya ku kucup lama. dan terusku mulakan idea cikai ku. ibu jarinya aku gigit sehingga dia menjerit. 'tu lah susah sangat nak dipujuk' hatiku tergelak riang. terus aku bangun dan lari. dia mengejar ku dan dengan mudah dia menangkap badan ku.
aku menjerit pendek. lalu berpusing menghadapnya. "hehehe" pipiku dicubit manja. aku ingin melihat muka nya tapi cahaya matahari yang terpancar terang membuatkan mata ku berpinar pinar. badan ku terasa kebas dan lemah. tiba tiba semuanya gelap.
Share this novel