BAB 8

Romance Completed 4031

Suasana yang sunyi sepi telah memaksa Shafie untuk membuka matanya. Dia melilau mencari Rania tetapi kelibat Rania tiada di bilik tersebut. Lalu Shafie keluar dan mencarinya di sekitar persekitaran bangunan pejabat tersebut. Shafie sangat terkejut melihat Rania sedang menangis seorang diri di ruang rehat atas bumbung bangunan pejabat. Shafie segera menghampiri Rania dan cuba menenangkannya.

“Amirul akan berkahwin. Dengan Syalia.” Rania berkata dengan nada yang tersekat-sekat. Tahulah Shafie punca tangisan Rania. Dia turut bersimpati dengan Rania. Hatinya sedih setiap kali melihat Rania dalam kesusahan. Dia tidak pernah menolak setiap kali Rania memerlukan bantuan. Tetapi bila ia melibatkan percintaan, Shafie terpaksa akur. Dia sudah penat memujuk Dato’ Rashid untuk merestui hubungan Rania dengan Amirul. Tetapi Dato’ Rashid tetap tegas mengatakan bahawa Rania tidak perlukan Amirul dalam hidupnya.

“Nia, aku hantar kau balik rumah. Kau berehat di rumah yea.” Pujuk Shafie. Rania hanya mendiamkan diri. Dia masih tetap menangis. Tanpa menunggu jawapan dari Rania, Shafie terus mendirikan Rania dan menarik tangannya untuk mengikuti langkahnya. Tanpa kerelaan, Rania terus mengekori langkah Shafie menuju ke basement.

“Nia, mungkin sudah tersurat jodoh mereka berdua. Redhalah.” Shafie tidak putus-putus memujuk Rania. Namun Rania masih tetap menangis. Keadaan dirinya yang terlalu kecewa mendengar berita perkahwinan Amirul benar-benar merunsingkan hati Shafie. Pemanduan Shafie sedikit terganggu kerana dia kerap berpaling untuk melihat keadaan Rania di sebelahnya.

“Sudahlah. Lap air mata tu.” Pujuk Shafie lagi.

“Aku tak sangka hubungan dorang akan serius macam ni Shafie. Aku tak sangka sangat. Kenapa cepat sangat Amirul decide nak berkahwin? Mana rasa cintanya tuk aku?” Soal Rania dalam esak tangisnya. Shafie hanya mampu mendengar. Dia sendiri sudah hilang kata-kata untuk memujuk Rania.

“Aku tak kan benarkan dorang kahwin!” jerit Rania secara tetiba. Shafie yang sangat terkejut dengan jeritan Rania tersebut mula hilang kawalan. Akibatnya kereta yang dipandunya itu terbabas dan terus melanggar pembahagi jalan.

“Shafieeeeeeeeeeeee.!” Shafie yang menyedari dia tidak mampu mengawal stereng keretanya, terus memeluk Rania di sebelahnya. Sedaya upaya dia cuba untuk melindungi Rania dari sebarang kecelakaan.

“Nia dah sedar. Alhamdulillah. Rehat dulu, papa panggilkan doktor sekejap.” Rania yang masih kebingungan hanya memandang sekeliling. Aku di hospital. Hospital? Ya. Dia teringat semula. Dia dan Shafie telah mengalami kemalangan. Shafie. Di mana Shafie. Rania resah. Dia segera mencabut semua benda yang melekat dibadannya. Dia mahu mencari Shafie. Hatinya benar-benar kerisauan.

“Nia, kenapa ni?” tegur Dato’ Rashid. Dia terkejut melihat Rania yang sedang berusaha untuk mencabut tiub di lengannya.

“Nia nak cari Shafie, papa. Mana Shafie papa? Dia ok ke?” tanya Rania dengan penuh kerisauan. Dato’ Rashid memandang doktor yang berada di sebelahnya. Dia serba salah untuk menjawab pertanyaan Rania itu. Doktor Aziz yang bertanggungjawab merawat Rania hanya mendiamkan diri. Kelihatan wajahnya juga serba salah untuk memberikan jawapan. Lalu Rania terus berlari keluar sebaik sahaja dia berjaya mencabut semua benda tersebut. Rania memeriksa setiap bilik pesakit di aras berkenaan. Tetapi hampa. Shafie tiada. Dato’ Rashid dan Doktor Aziz hanya mampu melihat sahaja tindakan Rania dari kejauhan. Tidak mampu untuk memberitahu keadaan Shafie yang sebenarnya. Biarlah Rania mencari sendiri.

Akhirnya Rania berhenti di kaunter. Dia bertanya tentang Shafie. Jururawat yang sedang bertugas di situ mengangguk tanda dia tahu mengenai pesakit yang bernama Shafie. Dia mengajak Rania untuk mengikutnya ke aras bawah. Rania yang masih kebingungan dan risau hanya mengikut sahaja. Setiap langkahnya dia sentiasa berdoa agar Shafie selamat dan dalam keadaan baik.

“Puan, pesakit tu kat sini. Puan boleh masuk untuk tengok, tapi sekejap je yea.” Rania mengangguk dengan arahan jururawat tersebut. Dia perhatikan keadaan sekeliling. Tetiba hatinya tersentap. Wad Pesakit Kritikal. Rania hampir pengsan membacanya.

“Nurse, kenapa dengan Shafie?” Jururawat yang sedang mencatat nama pelawat tersebut mengangkat wajahnya ke arah Rania. Terberhenti tugasnya. Wajah pucat Rania menerbitkan rasa simpati dalam dirinya.

“Pesakit nama Shafie tu suami puan ke?” Rania hanya mendiamkan diri. Dia hanya mahu tahu keadaan Shafie sahaja. Melihatkan tiada respon dari Rania, jururawat itu mengajaknya untuk masuk ke dalam wad berkenaan. Perlahan-lahan, Rania mengatur langkah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience