BAB 18

Drama Completed 5869

“Issabella !!!” panggil Mahfis ketika Laila hendak melangkah masuk kedalam pejabat.

“Eh,Is. Masuklah,”pelawa Laila. Mahfis menuruti langkah Laila.

Mahfis memandang wajah Laila tanpa mengeluarkan sebarang suara. Tindakannya menyebabkan Laila berasa tidak senang duduk.

“ Ada apa Is?”

“ La kenapa panggil macam tu? Abang Is please? Dari dulu lagi nama tu yang Issabella panggil abangkan,” rayu Mahfis.

“ Semuanya dah berubah Is. Sejak atuk buang Issabella,no more ‘abang’ for you. Lagipun Issabella dah kahwin,” jelas Laila.

Mahfis mengeluh mendengar jawapan Laila,menyesal rasanya mengikut arahan atuk mereka dahulu. Jika dulu dia mempercayai Laila,sudah tentu mereka telah berkahwin kini.

“Issabella, tolong terima abang balik. Abang sanggup terima Issabella balik,” rayu Mahfis. Dia cuba mencapai tangan Laila tetapi Laila sempat melarikan tangannya.

“Is please lah,Issabella dah kahwin,”

“Abang tahu yang Issabella tak cintakan Airel. Cinta Issabella hanya untuk abang sorang je,” Mahfis merayu lagi. Dia berharap agar Laila menerima cintanya semula.

Laila mengucap panjang mendengar kata-kata Mahfis. Menyesal rasanya mempelawa Mahfis masuk kedalam pejabatnya. Bertapa lemahnya iman Mahfis kerana sanggup merayu kepada wanita yang sudah menjadi isteri orang.

“Mahfis,Issabella dah jadi isteri orang dan cinta Issabella hanya untuk suami Issabella. Cinta kita dah lama terhapus dalam hati Laila,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience