Chapter 53

Romance Completed 35261

Sofia Amelia mengatur langkah perlahan untuk masuk ke dalam rumah. Iskandar Faiz memaut bahu isterinya.

“Sayang, tidur dulu. You look restless.” ujar Iskandar Faiz dengan penuh prihatin.

Baru sahaja mereka berdua balik dari hospital. Iskandar Faiz terus membawa Sofia Amelia ke hospital apabila jatuh pengsan. Nasib baik Sofia Amelia tiada apa-apa yang membimbangkan.

Iskandar Faiz mengambil sehelai baju, short pants and pakaian dalam untuk isterinya. Pakaian Sofia Amelia sudah basah kerana berjalan dalam hujan tadi. Pakaian yang telah diambil untuk isterinya diletak di sebelah Sofia Amelia. Sofia Amelia yang masih lagi pening tidak mempedulikan apa yang Iskandar Faiz sedang buat.

Iskandar Faiz membawa air panas dan juga tuala kecil untuk mengelap badan Sofia Amelia. Biarlah isterinya rasa segar sedikit. Baru sedap tidur.

“Sayang, mari abang tolong tukarkan pakaian. Abang lap badan sayang.” ajak Iskandar Faiz lembut.

“Tak apa abang. I can do it myself.” dengan usaha gigih, Sofia Amelia bangun dari kerusi. Pakaian yang terletak di sebelahnya diambil. Kakinya bergerak ke arah bilik air. Namun, Iskandar Faiz menghentikan langkah Sofia Amelia dari masuk ke dalam kamar mandi.

“Abang nak apa ni? Saya tak ada tenaga untuk argue dengan abang.” lemah suara Sofia Amelia.

“Abang tukarkan baju untuk sayang. Jangan degil!” tegas Iskandar Faiz. Dia bimbang kalau isterinya pengsan di dalam bilik mandi. Dah lah Sofia Amelia tidak sihat.

Tanpa menunggu Iskandar Faiz mengambil pakaian dari tangan Sofia Amelia. Tangan Sofia Amelia diraih dan membawa ke arah katil. Sofia Amelia mengikut suaminya tanpa membantah. Dia hendak tidur. Itu sahaja dalam otak sekarang.


*************************

“Rohani, kau ada call Is tak? Sofi sudah balik ke rumah?” risau Christina. Dari tadi dia berjalan ke hulu ke hilir seperti kucing hilang anaknya.

“Belum. Aku call tadi. Tapi Is tak jawab call aku.” balas Rohani.

“Kurang ajar lah Tiara tu. Kalau kau tak halang aku tadi, sudah pasti muka dia bengkak tahu tak! Geram aku.” merungut Christina. Memang tadi Christina nak tumbuk muka Wahidah Tiara. Nasib baik Rohani halang Christina. Kalau tidak muka Wahidah Tiara telah tampal plaster.

“Aku tak boleh percaya Tiara berubah macam itu. Dulu dia sopan. Kadang-kadang kita tak dapat dengar pun apa dia cakap. Macam wanita melayu terakhir. Tapi sekarang, ya allah. Dia berubah seratus peratus.” Rohani terkejut melihat perubahan pada Wahidah Tiara.

“Itulah. Dulu aku ingatkan Is beruntung sebab dapat Wahidah Tiara jadi teman hidup. Tapi sekarang, aku berterima kasih pada Allah sebab menjodohkan Is dengan Sofi. Walaupun Sofi dulu macam minah samseng, sekarang dia sudah berubah. Lebih-lebih bila dia kahwin dengan Is. Aku berharap sangat jodoh Is dan Sofi kekal hingga ke jannah.”

“Betul Christina. So, adalah hikmah di sebalik challenge aku dengan Sofi.” usik Rohani.

“Yelah. Aku setuju.” tetap Christina setuju. Dulu dia marahkan Rohani sebab challenge mengarut itu. Tetapi sekarang dia sedar ada suatu kebaikan di sebalik challenge itu.


********************

Iskandar Faiz menurun ke bawah setelah selesai menidurkan Sofia Amelia. Dia berasa sebak melihat keadaan isteri yang lemah. Selalunya Sofia Amelia akan aktif sepanjang hari. Tidak pernah Iskandar Faiz melihat Sofia Amelia lemah seperti ini selepas mereka berdua kahwin.

Matanya tertancap makanan yang telah dimasak untuk isteri kesayangannya. Nasi minyak, ayam sambal, daging rendang dan acar nenas dipandang sayu. Sebenarnya Iskandar Faiz ingin memberi kejutan kepada Sofia Amelia. Iskandar Faiz menyediakan semuanya sebelum Sofia Amelia balik ke rumah. Meja makannya dihiasi dengan beberapa lilin warna merah, bunga ros dan lantai masuk ke dalam ruang makan juga bertaburan dengan kelopak bunga ros bagi meningkatkan mood romantik. Tetapi hakikatnya sudah berubah. Semua plan Iskandar Faiz hancur.

Makanan-makanan yang telah dimasak ditutup menggunakan tudung saji. Tadi Iskandar Faiz memang lapar, tetapi apabila melihat keadaan isterinya kelaparan sudah pun hilang entah ke mana. Dengan rasa sedih, Iskandar Faiz menapak ke ruang tamu. Baring di sofa. Muka Sofia Amelia yang pucat itu bermain di minda.

“Sayang, abang janji abang tak akan biarkan sesiapa untuk menyakiti sayang lagi.” tangannya mengepal. Wajah Wahidah Tiara bermain di fikirannya.

“Sampai hati kau buat isteri aku sampai jatuh sakit! Aku tak akan maafkan kau Tia! Kau akan terima balasannya nanti!”


**********************

Hatinya membara apabila mengingat kembali insiden tampar di mall pagi tadi. Dia betul-betul tidak sangka Sofia Amelia akan tampar mukanya.

“Berani kau! Betina sial!!” jerit kuat Wahidah Tiara. Air matanya merembes keluar.

“Aku kena buat sesuatu. I have to separate both of them. Macam mana? Fikir Tia! Fikir!” bebel Wahidah Tiara sambil menarik rambutnya.

Selepas beberapa minit, satu idea muncul di benak fikiran.

“Get it. Aku tak boleh dapat balik Is seorang diri. Family aku kena mainkan bahagian dalam hal ini. So, aku kena berbaik semula dengan family aku. Kali ini kau tak akan lepas dari aku Is. Aku akan pastikan Sofi merana!” kata Wahidah Tiara sambil memetik jari.


******************

Jam menunjukkan jam 8 malam. Sofia Amelia membuka mata perlahan. Biliknya gelap tanpa sedikit cahaya. Kepalanya berdenyut-denyut.

“Pukul berapa dah ni?” telefon bimbit yang terletak di sebelahnya diambil untuk tengok masanya.

“8 malam. Aku tidur lebih 5 jam. Mana Is ?” matanya mencari kelibat suaminya.

Sofia Amelia menyelak selimut dan menurun dari katil. Pintu biliknya dibuka dan keluar dari bilik untuk mencari Iskandar Faiz.

“Mana pula dia ni? Tak ada kat sini pun.” bebel Sofia Amelia. Iskandar Faiz tiada di ruang tamu dan juga bilik mini pejabatnya.

Tiba-tiba hidungnya menghidu satu bau sedap.

“Mesti dia kat dalam dapur.” agak Sofia Amelia dan melangkah laju ke dapur.

Sofia Amelia hanya memerhatikan pergerakan suaminya. Iskandar Faiz sedang masak bubur ayam untuk Sofia Amelia.

“Abang.” Sofia Amelia memanggil lembut dan memeluk Iskandar Faiz dari arah belakang.

Iskandar Faiz terkedu apabila isterinya peluk. Dengan segera Iskandar Faiz memusingkan badannya. Bahang dari tubuh isterinya dapat dirasai oleh Iskandar Faiz.

“Sayang, dah bangun. Sayang demam ni. Abang tengah buat bubur untuk sayang. Lepas makan, sayang ambil ubat, tau!” tutur Iskandar Faiz lembut.

“I’m sorry abang. Sebab saya menyusahkan abang.”

“Sayang, abang tak rasa susah pun jaga sayang. Sayang adalah nyawa abang. Kalau jadi apa-apa kat sayang, abang pun akan ikut sayang. You understand what I meant right.” kata Iskandar Faiz.

Sofia Amelia mengangguk tanda faham. Pada masa yang sama, dia pelik dengan suasana di ruang makan. Kelopak bunga ros dan lilin di atas meja menyebabkan Sofia Amelia untuk berfikir.

“Abang, I want to ask you. Kenapa dining table hias macam candle light dinner?”

“Abang ingatkan nak surprise kan sayang. Tapi, sayang kan tak sihat.” jawab Iskandar Faiz.

“Bukan abang marah dengan saya ke?” tanya Sofia Amelia untuk kepastian.

“Abang sudah maafkan sayang dari hari itu lagi. Cuma abang sengaja nak uji kesabaran sayang.” senggih Iskandar Faiz.

Bulat mata Sofia Amelia. Rasa tidak puas hati dengan suaminya. Mahu merajuk dengan suaminya.

“Sampai hati abang kan. Saya sanggup cuba untuk godakan abang. Saya malu tahu tak!” cakap Sofia Amelia geram. Tangannya memukul dada suaminya.

“Pandai juga sayang goda abang. You know what sayang, you were very hot in that red lingerie.” bisik Iskandar Faiz. Merah wajah Sofia Amelia. Malu!

“Abang, I love you so much. Saya tak boleh bayangkan how I could be without you, abang. I want you to promise me that you won’t leave me whatever happens. You are my world, abang after my dad.” luah Sofia Amelia. Tangan suaminya dicium. Air mata gugur basah pipi.

“Sayang, I won’t leave you. Macam abang cakap tadi, sayanglah nyawa abang. Hanya maut boleh pisahkan kita.”

Mata mereka bertembung. Jantung mereka berdebar laju. Iskandar Faiz menarik pinggang langsing isterinya untuk merapat dengan tubuhnya. Bibir Sofia Amelia seperti memanggil Iskandar Faiz untuk merasa. Tanpa memberi isyarat, bibir mereka bertaut. Agak lama.

“Abang, kenapa bau hangus ni?” soal Sofia Amelia selepas tamat sesi bercium.

“Ya allah, bubur ayam sayang!” bergegas Iskandar Faiz. Hangus bubur ayam Iskandar Faiz.

“Sayang, tunggu sekejap. Abang akan masak untuk sayang lagi.”

“Tak apa abang. I will eat nasi minyak. Saya dah tengok makanan yang abang letak bawah tudung saji.” Sofia Amelia sudah melihat makanan yang ada di atas meja makan sebelum dia masuk ke dalam dapur.

“Sayang kan demam. Lebih baik sayang makan bubur.” Iskandar Faiz bimbang kalau isteri tiada selera untuk menjamah makanan.

“Saya tak kisah abang. I am not choosy abang. Jom, makan.” ajak Sofia Amelia.

“Are you sure?”

“Yes abang.” jawab Sofia Amelia.

“Sayang, lepas makan mesti ambil ubat okay!” Iskandar Faiz mengingatkan isterinya. Dia tahu Sofia Amelia fobia makan ubat.

“Kalau tak makan tak boleh ke?” mengada Sofia Amelia.

“You have to eat!” tegas Iskandar Faiz.

“Kalau saya nak makan benda lain boleh?”

“Benda lain?” mengerut kening Iskandar Faiz.

“Nak makan abang.” bisik Sofia Amelia sambil gigit cuping telinga suaminya. Tiada gaya sakit pada Sofia Amelia.

“Sayang, don’t tease me.” tersekat suara Iskandar Faiz. Nafsu mula bangkit.

“What if I continue teasing you?” tanya Sofia Amelia sambil gigit bibir. Saja nak goda suami!

“Sayang sengaja kan. Come, we do baby now!” tanpa menunggu balasan isteri, Iskandar Faiz mencempung Sofia Amelia ke bilik mereka.

Enjoy reading semua :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience