"Wei Amirul! Akhirnya balik jugak kau... Ingatkan dah tak reti balik sini. Urusan kau dah selesai ke?" sapa Haiqal Iskandar mesra.
Mereka berpelukan bagai setahun tak berjumpa. Padahal baru beberapa hari Amirul menguruskan urusannya. Dia mengukir senyuman.
"Alhamdulilah semua dah selesai. Terima kasih Is sebab kau sanggup tolong aku." ucap Amirul sambil meleraikan pelukan.
"Tak ada masalah la wei. Aku tolong mana yang mampu. Tapikan aku kesian dekat kau. Tak sangka susah betul nak jadi CEO rupanya." balas Haiqal Iskandar pula.
Sibuk sungguh dia sepanjang ketiadaan Amirul. Pelbagai meeting yang dia perlu hadiri bagi mewakilkan sahabatnya.
Itu belum lagi dengan menggantikan tugas Amirul untuk mengesahkan beberapa proposal. Nasib baik Encik Ehsan banyak membantu.
"Hahaha...baru kau tahu perasaan aku macam mana kan? Kau ingat aku goyang kaki je eh." usik Amirul selamba.
"Eh tapikan sepanjang kau jaga syarikat ni, makin banyak pelabur yang nak melabur untuk syarikat kita. Kau buat apa hah?" soal Amirul ingin tahu.
Terkejut dia dengan sejumlah wang yang dilaburkan kepada syarikat miliknya. Bilangan pelabur makin meningkat dari hari demi hari.
"Oh aku tak buat apa sangat lah wei. Aku cuma bagi cadangan dalam mesyuarat. Sejak tu, ramai pelabur yang berminat untuk melabur dengan syarikat kau ni." balas Haiqal Iskandar merendah diri.
"Lepas ni kau boleh la ajar aku pulak. Aku rasa kau sesuai lah dalam bidang ni." kata Amirul yakin.
"Eh, mana ada. Kalau bukan sebab Encik Ehsan mungkin lingkup terus syarikat kau wei." nafi Haiqal Iskandar.
"Hahaha...tak nak mengaku pulak. Kau nak dengar berita gembira tak?" balas Amirul teruja.
"Gila ke tak nak. Mestilah nak. Cakaplah cepat." gesa Haiqal Iskandar yang tak reti menyabar.
Makin geram Haiqal Iskandar apabila Amirul masih tak membuka mulut. Ada yang kena sekeh kepala jugak ni.
"Oi, Mirul. Cakaplah. Apa berita gembira tu." kata Haiqal Iskandar tak puas hati.
Amirul tersengih kerang apabila melihat reaksi Haiqal Iskandar yang seperti cacing kepanasan tu. Belum bagitahu dah macam ni. Haih.
"Aku dah bincang dengan Encik Ehsan untuk..."
"Untuk apa? Cakaplah woi!" nada suara Haiqal Iskandar mula meninggi.
"Untuk tukarkan kau ke Perak balik bulan depan." balas Amirul selamba.
Haiqal Iskandar terlopong. Tidak percaya dengan kata-kata Amirul sebentar tadi. Amirul hanya tersenyum lebar.
"Kau tak tipu aku kan Mirul?" soal Haiqal Iskandar mahukan kepastian.
"Betullah. Takkan aku nak tipu pulak. Permohonan pertukaran kau ke Perak bulan depan pun dah diluluskan tau. Bukan itu je wei, kau dapat kenaikan pangkat dengan gaji jugak." terang Amirul tenang.
Haiqal Iskandar memanjatkan rasa syukur kepada Ilahi apabila diberikan rezeki ini. Tak sangka dia mendapat peluang seperti ini.
"Alhamdulilah. Tapi Mirul, kenapa perkara ni macam tiba-tiba je." luah Haiqal Iskandar tiba-tiba.
Bukan nak persoalkan rezeki yang diberikan oleh Tuhan. Tapi, dia rasa seperti ada udang disebalik batu.
"Sebenarnya dah lama aku nak tukarkan kau ke Perak balik. Yelah, dulu kau sendiri yang cakap kau nak balik Perak kan. Jadi aku tolonglah kau.
Memandangkan kau dah tolong aku. Anggap je aku bayar balik budi kau ni. Aku tahu kau memang sesuai dengan bidang ni. Semuanya terbukti dengan kejayaan yang kau bawa untuk syarikat aku. Aku yang sepatutnya berterima kasih dekat kau." jelas Amirul panjang lebar.
Haiqal Iskandar tersentuh dengan kata-kata Amirul. Tak sangka begitu baik niat Amirul terhadapnya. Dia mengukir senyuman.
"Apapun aku nak cakap terima kasih jugak Mirul." balas Haiqal Iskandar ikhlas dari hati.
"Dah cukuplah dengan drama terima kasih ni. Aku naik muak pulak. Malam ni kita celebrate. Aku belanja. Amacam?" kata Amirul selamba badak.
"Hahaha...malam ni biarlah aku yang belanja. Asyik kau je belanja aku kan." kata Haiqal Iskandar diselangi dengan tawa.
"Boek! Kau set time dengan tempat. Aku sambung buat kerja dulu eh. Jumpa malam ni." balas Amirul sebelum beredar pergi.
Haiqal Iskandar mengeleng kepala. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.
Hatinya melonjak kegembiraan kerana lagi sebulan dia bakal kembali ke Perak. Hanya sebaris nama yang sedang berlegar-legar di fikiran pada ketika ini.
Anis Raihanna.
???
"Mama!" jerit Aidil gembira. Dia berlari-lari anak mendapatkan Fiqa. Fiqa mengukir senyuman.
Anis Raihanna dan Afiq Raihan hanya menjadi pemerhati. Seronok melihat drama jejak kasih secara langsung. Hahaha.
"Abang, Aidil nakal tak duduk dengan kau?" soal Fiqa kepada Afiq Raihan.
"Dia tak nakal pun. Tengoklah anak buah siapa." balas Afiq Raihan bongkak.
Pak!
Satu pukulan kuat dikenakan pada lengan Afiq Raihan. Dia meringis kesakitan.
"Padan muka kau. Akak pukul je abang ni. Biar sedar diri sikit. Suka sangat perasan." celah Fiqa.
"Tahu tak sakit! Pernah ke aku pukul kau hah? Kau, Fiqa diam. Jangan kacau rumah tangga aku. Aku cakap benda betul pun salah ke hah?" marah Afiq Raihan tak puas hati.
"Memang padan muka kau lah. Yang perasan sangat kenapa. Memang kau tak pernah pukul aku pun. Sebab kalau kau pukul itu namanya dayus! Faham?" bidas Anis Raihanna.
"Yelah perempuan je betul. Aku yang salah kan? Jomlah Aidil. Kita yang lelaki ni je salah. Mama dengan Mak Long yang betul." kata Afiq Raihan pura-pura merajuk.
Fiqa dan Anis Raihanna tersenyum kemenangan. Pada masa yang sama menahan tawa. Lawak betul bila tengok muka Afiq Raihan ketika merajuk. Hodoh! Hahaha.
"Pergilah merajuk. Siapa entah nak pujuk kau." kata Anis Raihanna dengan nada memerli.
"Diamlah. Siapa pulak yang merajuk? Eh, Fiqa. Syafiq mana? Dia dah mintak tolong aku hari tu. Tiba-tiba, hari ni tak ada. Cari gaduh ni." kata Afiq Raihan geram.
Anis Raihanna menjeling suaminya. Saja lah tu nak tukar topik! Merajuk konon. Ceh.
"Syafiq tak ada. Dia balik Langkawi dulu. Sebab nak tengok syarikat katanya. Aku pun tak tahulah." balas Fiqa.
"Kau yakin dia balik Langkawi tengok syarikat? Bukan tengok isteri kedua dia dekat sana?" usik Afiq Raihan.
Pak! Pak! Pak!
Lengan Afiq Raihan menjadi mangsa pukulan Anis Raihanna dan Fiqa. Siapa suruh mulut longkang sangat.
"Woi, sakitlah! Patah tangan aku ni nanti tahu tak?" balas Afiq Raihan yang sedang menahan kesakitan.
"Abang jangan nak lagakan Fiqa dengan Syafiq eh. Dia baik daripada kau tahu tak. Eiii, aku cili jugak kang mulut kau bang!" marah Fiqa.
"Kau ni Afiq. Mulut tu memang tak ada insurans ke apa?" celah Anis Raihanna pula.
"Yelah...aku gurau je. Tak payah la serius sangat. Cakap macam aku ni jahat sangat pulak." kata Afiq Raihan sayu.
"Memang pun!" kata Fiqa dan Anis Raihanna serentak.
Afiq Raihan mengeluh. Silap dia jugak cari pasal.
"Akak, Fiqa dengan Aidil pergi dulu eh. Lepas ni nak lawat mama papa pulak." kata Fiqa mahu meminta diri.
"Tak apalah akak faham. Kirim salam dekat dia orang jugak tau." balas Anis Raihanna memahami.
"Abang aku pergi dulu. Jaga kak Anis elok-elok. Kalau aku tahu kau sakitkan hati akak, mati kau aku kerjakan." kata Fiqa berbaur amaran.
Anis Raihanna tergelak kecil. Afiq Raihan pula hanya mempamerkan riak muka menyampah. Dia menjeling sekilas isterinya di sebelah.
"Yelah. Kau tu jaga Syafiq elok-elok. Risau cari lain je nanti." kata Afiq Raihan yang masih mahu mengusik.
Jelingan tajam daripada Anis Raihanna dan Fiqa disedari oleh Afiq Raihan. Dia menelan air liur.
"Okay gurau. Pergilah balik cepat." balas Afiq Raihan.
"Bye!" ucap Aidil sambil melambaikan tangan. Segaris senyuman menghiasi raut wajah kanak-kanak itu.
Anis Raihanna dan Afiq Raihan membalas lambaian tersebut. Mereka turut mengukir senyuman.
Usai itu, mereka berdua masuk ke dalam rumah. Terasa sunyi apabila tiada lagi tawa dan rengekan daripada Aidil.
"Kau bila ada Fiqa, uishh dia punya kamcing tu tak boleh nak cakap dah. Sekepala je korang eh." kata luah Afiq Raihan.
"Mestilah nama pun perempuan. Lagipun tak ada masa aku nak layan kau. Dah la jahat!" bidas Anis Raihanna.
"Oh kau cakap aku jahat eh?" soal Afiq Raihan geram.
"Telinga tu dah pekak ke?" perli Anis Raihanna.
Afiq Raihan tersenyum nakal. Dia mula menghampiri Anis Raihanna.
"Kau kenapa? Tiba-tiba datang dekat-dekat." soal Anis Raihanna yang mula cuak.
"Eh, aku nak tunjuk yang aku jahat la ni. Aku kan jahat..." bisik Afiq Raihan pada telinga Anis Raihanna.
"Afiq! Jauhkan diri kau dari aku sekarang!" bentak Anis Raihanna.
"Tak nak...aku kan jahat." balas Afiq Raihan manja.
Kedudukan mereka makin dirapatkan. Hembusan nafas Afiq Raihan menerpa wajah Anis Raihanna.
"Takut? Biar aku tunjuk aku jahat mana ya?" sambung Afiq Raihan lagi.
Anis Raihanna memejamkan mata. Tak sanggup bertembung mata dengan Afiq Raihan.
Afiq Raihan menahan tawa. Namun rancangannya masih diteruskan. Tiba-tiba...
Tit! Tit! Tit!
Telefon pintar milik Afiq Raihan berbunyi. Dia segera menyeluk poket seluarnya.
"Siapa pulak ni? Kacau betul!" gumam Afiq Raihan perlahan.
Dengan kesempatan itu, Anis Raihanna melarikan diri. Dia menyiku perut Afiq Raihan.
"Padan muka!" kata Anis Raihanna geram.
Afiq Raihan hanya mengeleng kepala. Dia menjawab panggilan daripada Fakhrul.
"Hello, Fakhrul. Kenapa ni?" soal Afiq Raihan sebaik panggilan disambungkan.
"Hello ni Encik Afiq Raihan ke?" soal seseorang daripada corong telefon.
"Ya saya. Ni siapa? Macam mana phone kawan saya ada dekat awak?" soal Afiq Raihan pula.
"Oh saya dari pihak hospital. Kawan awak cedera parah. Dia suruh saya dail nombor ni. Boleh tak encik datang sini?" jawab petugas perubatan itu.
"Saya datang secepat mungkin. Tolong bagi alamat hospital sekali ya." balas Afiq Raihan cemas.
Sebaik menerima alamat tersebut, Afiq Raihan menamatkan panggilan. Dia menuju ke bilik Anis Raihanna.
"Hana, aku keluar kejap. Jangan pergi mana-mana." pesan Afiq Raihan.
"Kalau aku ajak Aira datang rumah boleh tak?" soal Anis Raihanna.
"Tak kisahlah. Janji yang kau ajak tu perempuan. Kalau kau ajak Adam siap kau eh. Aku pergi dulu." balas Afiq Raihan.
Dahi isterinya dicium sekilas. Dia mengatur langkah keluar rumah. Enjin kereta dihidupkan. Lalu, keretanya laju meluncur diatas jalan raya.
???
"Cik boleh saya tahu wad pesakit nama Fakhrul Razi? Saya kawan dia." soal Afiq Raihan kepada seorang jururawat bertugas.
"Sekejap ya Encik." balas jururawat tersebut.
Afiq Raihan hanya menunggu dengan sabar. Dia risau apabila mengetahui Fakhrul cedera parah.
"Kawan encik ada dalam wad 3A" balas jururawat itu.
"Terima kasih." balas Afiq Raihan sebelum segera menuju ke wad tersebut.
Langkahnya dipercepatkan. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling. Mahu mencari susuk tubuh Fakhrul.
Baru beberapa langkah, susuk tubuh yang dikenalinya sedang terbaring lemah diatas katil. Afiq Raihan mendekati figura itu.
"Fakhrul...apa jadi dengan kau? Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Afiq Raihan prihatin.
"Aku okay jerlah Afiq. Cuma tulah aku cuai sampai kena tikam." balas Fakhrul lemah.
"Kau cakap ini okay? Kau kena tikam wei! Bukan kena suntik! Siapa buat kau macam ni?" balas Afiq Raihan.
"Aria..." balas Fakhrul ringkas.
Afiq Raihan meraup muka. Aria makin melampaui batasan.
"Afiq...ada benda yang kau perlu tahu tentang Aria dengan Aira." sambung Fakhrul lagi.
Dia mengambil telefon pintarnya. Galeri dibuka sebelum dihulurkan kepada Afiq Raihan. Gambar Aria dan gambar Aira dipaparkan.
"Kenapa muka dia orang sama?" soal Afiq Raihan pelik.
Belum sempat Fakhrul menerangkan hal sebenar, Afiq Raihan telah membuat kesimpulan sendiri.
"Maksudnya, Aria dan Aira orang yang sama lah kan?" sambung Afiq Raihan lagi. Dia terlopong.
"Bukan. Kau salah faham ni-"
Kata-kata Fakhrul dipotong oleh Afiq Raihan. Afiq Raihan bingkas berdiri.
"Ya Allah, Fakhrul. Hana dengan Aira sekarang ni. Aku pergi dulu. Nanti aku datang lagi." balas Afiq Raihan tergesa-gesa meninggalkan Fakhrul.
Fakhrul mengeluh lemah. Nampaknya Afiq Raihan telah salah faham.
???
"Hana! Kau okay tak? Mana Aira? Dia dah balik ke?" soal Afiq Raihan cemas.
Dia memusingkan badan Anis Raihanna untuk memeriksa keadaan isterinya. Lega apabila tiada apa-apa yang berlaku pada Anis Raihanna.
"Kau kenapa ni? Aku okay lah. Aira tak jadi datang." balas Anis Raihanna pelik.
"Syukurlah kau tak apa-apa." kata Afiq Raihan lega.
Ditarik Anis Raihanna ke dalam dakapan. Dia betul-betul risaukan Anis Raihanna sebentar tadi.
"Lepas ni aku tak benarkan kau kawan dengan Aira lagi. Please, stay out from her. Jangan percayakan dia lagi. Just trust me only. Faham?" arah Afiq Raihan sambil memeluk Anis Raihanna.
Anis Raihanna meleraikan pelukan. Dia mula bengang dengan arahan suaminya.
"Kenapa dengan Aira? Dia kawan aku, Afiq. Takkan aku nak putuskan persahabatan kita orang. Bagitahu sebab yang munasabah untuk aku putus kawan dengan dia." bidas Anis Raihanna tak puas hati.
"Sebab dia sebenarnya Aria, Hana. Tolonglah percayakan aku. Kau nak bukti? Aku boleh bagi." kata Afiq Raihan yakin.
Dia menghulurkan gambar Aria dan Aira. Anis Raihanna menyambut huluran tersebut tanpa teragak-agak. Dia mengukir senyuman sinis.
"Hanya dengan satu gambar ni kau kata Aria tu Aira, Afiq? Please lah zaman sekarang dah maju. Semua benda boleh jadi fitnah. Aku nak kau siasat perkara ni betul-betul dulu. Bukan terus percaya bulat-bulat." kata Anis Raihanna sebelum meninggalkan Afiq Raihan.
Afiq Raihan terpempan. Dia terduduk. Fikirannya bercelaru. Tak tahu mana perkara yang betul dan sebaliknya.
Sekali lagi telefon pintarnya berdering. Afiq Raihan terus menjawab panggilan tanpa melihat nama pemanggil.
"Hello, Afiq. Ni aku, Fakhrul." sapa Fakhrul lemah.
"Kenapa Fakhrul? Kalau kau nak tanya keadaan Hana, dia okay. Cuma dia tak boleh terima kenyataan yang Aira sebenarnya Aria." ucap Afiq Raihan sayu.
"Aku bukan nak tanya pasal tu. Aku nak terangkan perkara sebenar. Tolong dengar dulu, Afiq." arah Fakhrul terlebih dahulu.
Panggilan ditamatkan selepas Fakhrul selesai menjelaskan perkara sebenar. Afiq Raihan mengeluh buat kesekian kalinya. Dia telah membuat kesilapan yang besar.
Apa kau dah buat ni, Afiq?
???
"Hana...Hana...bukak pintu. Aku nak cakap something. Please?" rayu Afiq Raihan.
Tidak lama kemudian, tombol pintu dibuka oleh Anis Raihanna. Afiq Raihan makin serba salah.
"Kau nak apa lagi, Afiq? Tak puas lagi nak tuduh Aira macam-macam?" perli Anis Raihanna.
Afiq Raihan melepaskan keluhan berat. Dia tahu dia salah kerana menuduh Aira secara melulu.
"Aku...nak mintak maaf. Aku tahu aku salah. Aku dah siasat tentang Aria. Dia gunakan wajah Aira untuk sorok identiti dia yang sebenarnya." terang Afiq Raihan serba salah.
Anis Raihanna seakan tak percaya. Licik betul Aria. Sampai Afiq Raihan sendiri ditipu hidup-hidup oleh gadis itu.
"Aku maafkan kau. Cuma kau pun kena minta maaf dengan Aira faham?" arah Anis Raihanna.
"Ya nanti aku minta maaf dekat dia. Thanks sebab sudi maafkan aku. Aku keluar dulu." balas Afiq Raihan.
Kau kena cuba bagitahu dia. Sekurangnya, dia akan tahu perasaan kau.
Kata-kata Aira mula menerjah fikiran Anis Raihanna. Anis menarik nafas panjang.
"Afiq, aku nak cakap something jugak boleh?" soal Anis Raihanna kepada Afiq Raihan.
"Kau nak cakap apa?" balas Afiq Raihan lembut.
Anis Raihanna menenangkan diri terlebih dahulu. Rasa gemuruh menyelubungi dirinya.
"Aku nak cakap...
boleh tak kalau kita tak berpisah lepas tiga bulan ni?"
Terluah juga akhirnya kata-kata itu dari mulut Anis Raihanna.
Permintaan Anis Raihanna menyentakkan Afiq Raihan. Dia langsung tak menduga itu akan terkeluar daripada mulut isterinya.
"Hana, sorry. Tapi aku tak boleh tunaikan permintaan kau. Kita dah janjikan? Kau sendiri yang setuju." balas Afiq Raihan tanpa riak.
"Tapi kenapa Afiq? Kenapa kita kena berpisah?" gesa Anis Raihanna.
Dia menahan diri daripada menangis. Sudah lama dia mahu menanyakan perkara tersebut kepada Afiq Raihan. Dia sering tertanya-tanya akan sebab utama mengapa mereka perlu berpisah.
"Sebab...kita tak mencintai satu sama lain, Hana." balas Afiq Raihan dingin.
"Macam mana kalau aku kata aku cintakan kau, Afiq?" sambung Anis Raihanna lagi.
Dia sedikit terkilan dengan sikap dingin Afiq Raihan terhadapnya.
"Aku tak pernah cintakan kau Hana. Tolong jangan berharap dengan perkahwinan kita. Kita tetap akan berpisah. Titik." kata Afiq Raihan tanpa teragak-agak.
Kata-kata Afiq Raihan bagai menghiris sekeping hati Anis Raihanna. Anis mengawal riak mukanya sebaik mungkin.
"Kalau itu yang kau nak, aku akan ikut. Dan untuk pengetahuan kau, aku sendiri tak pernah cintakan kau Afiq. Apatah lagi, nak berharap dengan perkahwinan kita." tipu Anis Raihanna.
Entah mengapa, hati Afiq Raihan bagai disiat-siat apabila Anis Raihanna menuturkan kata-kata itu. Dia berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Baguslah. Aku keluar dulu." kata Afiq Raihan lalu segera beredar.
Sebaik saja Afiq Raihan keluar, Anis Raihanna menangis teresak-esak tanpa henti.
Hatinya sakit yang teramat. Harapannya selama ini musnah begitu saja. Usahanya juga hanya sia-sia.
Tanpa dia sedari, Afiq Raihan mendengar esakannya disebalik pintu. Afiq Raihan menahan diri daripada memujuk isterinya. Sedangkan hatinya sakit apabila Anis Raihanna menangis sebegitu sekali.
“Maafkan aku, Hana...”
Share this novel