SCENE 26

Drama Completed 7675

Malam itu, Faris tidak dapat melelapkan matanya. Masakan tidak, hampir saja dia mahu memejamkan matanya, muncul rupa Letizia dengan suaranya yang manja itu. Faris cuba menepiskan perasaannya itu sejauh-jauhnya namun sungguh kuat aura wanita itu. Ditambah lagi dengan chat yang dihantar Letizia itu kepadanya.

Nediya yang sedari tadi mahu melelapkan matanya terperasan akan suaminya itu. "Kenapa ni abang. Dari tadi tengok awak kejap-kejap tersenyum seorang diri ni. Pelik. Selama ni tak de pula macam ni." kata Nediya. Setakat ini dia tidak mengesyaki sesuatu akan suaminya itu. Faris dengan segera membalas kepada isterinya itu. "Takde apa-apa. Ni abang nak tido dah. Good night, sayang." balas Faris semula.

Nediya membalas ucapan selamat malam kepada suaminya kembali. Tidak lama selepas itu, Nediya sudah pun lena dibuai mimpi. Faris masih lagi tidak dapat tidur teringatkan perbualannya dengan Letizia di restoren dan melalui chat itu. Dia melihat ke skrin telefonnya. Dalam hati berharap agar Letizia akan menghantar chat kepadanya. Namun, tiada pula notifikasi yang masuk.

Beberapa minit kemudian, telefon Faris berdering dengan panggilan daripada Letizia. Faris cepat-cepat keluar daripada biliknya dan segera ke balkoni rumahnya untuk bercakap dengan Letizia.

Masa kian berlalu. Tanpa disedari, hampir sejam Faris dan Letizia rancak berbual melalui panggilan telefon itu. Bermacam segala hal mereka berborak tanpa menyedari waktu sudah pun beranjak. Faris berasa puas dapat berbual panjang dengan Letizia. Sesudah itu, dia kembali ke kamar tidurnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience