Bab 40

Romance Completed 207871

Perlahan mata dibuka. Silau menerjah masuk ke anak mata. Terkelip-kelip mata Intan menahan cahaya.

"Abang.." panggil Intan pada Caden yang sudah terlena si sisinya.

Perlahan tangan naik mengusap rambut hitam Caden. Pasti penat dan tidak cukup rehat.

Caden terasa seperti ada tangan yang mengusap rambutnya. Lantas kepala diangkat dari katil dan mata dibuka.

"Sayang, sayang dah bangun. Kenapa tak kejut abang" ucap Caden lalu tubuh Intan dipeluk.

"Auch!" Intan mengaduh, terasa berdenyut apabila luka disentuh.

"Sorry sayang, abang risaukan sangat pada sayang" pantas Caden melepaskan pelukan.

"Sayang tunggu sekejap, abang panggilkan doktor" ucap Caden lalu melangkah pantas mencari doktor yang merawat Intan.

Tidak lama Caden masuk semula ke wad bersama Doktor Dani.

"Hai Intan. Macam mana, ada rasa pening, sakit kepala atau apa-apa yang Intan rasa tidak selesa?" Doktor Dani bertanya.

"Er.. Saya rasa okey. Tak ada pening atau nak muntah dan juga tak ada rasa yang lain. Biasa sahaja" jawab Intan.

"Lama ke saya tertidur?" soal Intan pada Doktor Dani.

"Lebih 24 jam juga. Intan tak tengok orang tu, dia punya risau, sampai kita yang tengok pula, jadi risau kat dia" kata Doktor Dani sambil memandang Caden.

"Tunggu la kau kahwin nanti, masa tu baru kau rasa" marah Caden.

Tiba-tiba Intan terdiam. Caden dan Doktor Dani yang sedang bergurau juga terhenti kata-kata mereka.

"Doktor Dani tahu pasal ni? Soal Intan.

"Abang yang beritahu pada Dani." terang Caden.

"Awak tak payah risau lah Intan. Qi ni kawan saya dari U lagi. Tak ada apa-apalah" ucap Doktor Dani sambil tersenyum.

Doktor Dani adalah satu-satunya rakan yang dia ada di Malaysia. Dani dikenali ketika lelaki itu melanjutkan pelajaran di universiti yang sama di luar negara.

Sejak itu hubungan mereka akrab hinggalah sekarang. Sebab itulah Caden membawa Intan ke hospital ini untuk menerima rawatan.

"Sekarang ni, kita periksa tekanan darah dan jantung. Kalau tak ada masalah, esok atau lusa dah boleh keluar tapi tak boleh kerja lagi. Saya bagi dua minggu cuti sakit" kata Doktor Dani sambil mengarahkan jururawat membuat pemeriksaan.

"Dua minggu? Lamanya" kata Intan.

"Ye dua minggu tapi bergantung pada keadaan Intan juga, kalau sepanjang dua minggu ni, tangan dijaga rapi, tidak bergerak aktif, mungkin cuti sakit tidak disambung" tambah Doktor Dani sambil tersenyum.

"Ha, dua minggu ni jangan nak mengada-ngada sangat dengan Intan ye. Control sikit. Kau tu bukan aku tak tahu, asyik nak melekat.. je dengan isteri" usik Doktor Dani pada Caden.

Merah wajah Caden diusik begitu. Menjeling tajam Caden pada Doktor Dani.

"Doktor kecederaan saya bagaimana sebenarnya?" soal Intan ingin tahu.

"Intan bernasib baik kerana luka tembakan hanya terkena di bahagian kulit luar sahaja, tidak serius. Kalau terkena tulang atau saraf, mungkin akan mengganggu fungsi tangan."

"Luka tembakan tidak dalam tetapi parut tetap ada dan bagi luka begini, jika pemakanan dijaga dan pergerakan dihadkan, in sha Allah boleh sembuh cepat disamping pengambilan supliment" terang Doktor Dani.

"Alhamdulillah.. Terima kasih Doktor Dani" ucap Intan.

Doktor Dani mengangguk.

"Okey, take care. Saya keluar dulu. Qi, aku keluar dulu. Ada apa-apa call je" pesan Doktor Dani.

"Dah lama ke abang kenal Doktor Dani tu?" soal Intan.

Soal Intan sebaik Doktor Dani meninggalkan bilik itu.

"Kawan dari U. Abang dan Dani ambil cours yang berbeza tapi disebabkan tak ramai stendent Malaysia, itu yang abang jadi rapat dengan Dani"

"Itu sebab abang bawa sayang ke sini" terang Caden.

"Tapi sini mahal la kos rawatan. Belum kira masuk wad dengan buat pembedahan lagi" perlahan sahaja suara Intan.

Dia tidak mahu Caden membazir. Hospital kerajaan pun apa kurangnya.

"Sayang.. Duit banyak tapi isteri sakit buat apa" ucap Caden lalu melabuhkan duduk di kerusi si sebelah Intan.

"Sayang nak makan ke?" sola Caden. Bimbang Intan lapar kerana pagi tadi semasa sarapan dihantar, Intan masih lagi tidur akibat kesan ubat bius.

"Nak, lapar. Dari semalam tak makan. Abang nak beli apa?" soal Intan.

"Eh, sayang la nak makan apa. Bukan abang" kata Caden pula.

"Sayang nak makan beriani daging la. Rasa teringin pulak" pinta Intan.

Baru sebut dah kecur air liurnya. Sudah lama tidak makan beriani daging, kalau dapat sebungkus, kenyang sampai malam.

"Kalau macam tu abang turun sekejap" kata Caden lalu berdiri dan bersedia untuk melangkah.

"Carlos mana? Tak nampak dari tadi" tegur Intan.

Terhenti langkah Caden dan tubuh dipusingkan ke belakang.

"Carlos ada hal yang perlu diuruskan. Kenapa, tiba-tiba tanya Carlos pulak" soal Caden.

Aduh.. Takkan jelous kot.

"Tak ada la, biasanya ada abang, ada la Carlos. Itu yang sayang tanya. Abang tak payah nak fikir yang bukan-bukan" marah Intan. Muncung bibir Caden mendengarnya.

"Sayang rehat dulu, abang turun sekejap" kata Caden lalu bibir Intan dicium sekilas.

Sebaik Caden menghilang disebalik pintu. Intan perlahan membetulkan badannya supaya dapat berbaring dengan lebih selesa.

"Hai sayang. Kesiannya dia. Lama tunggu ya sampai terlena" kata Caden apabila melihat Intan sudah terlena.

Apabila mahu meletakkan makanan di atas meja. Mata Caden terpandang sekeping gambar. Seperti gambar lama.

Caden mengambil gambar tersebut dan ditilik. Gambar siapa ni. Gambar budak-budak pulak tu.

Belakang gambar dibelek. Kosong. Siapa punya.

"Eh.. Abang dah sampai." tegur Intan lalu perlahan bangun dan membetulkan duduk.

Caden yang melihat Intan bangun membetulkan duduknya, laju meletakkan kembali gambar tersebut di atas meja dan membantu Intan.

"Abang pegang kertas apa tadi?" soal Intan.

"Oohh.. Ada gambar tapi macam gambar lama. Gambar budak-budak" beritahu Caden lalu gambar itu diserahkan pada Intan.

Sebaik gambar itu dilihat Intan. Berubah terus wajahnya.

"Abang ambil di mana gambar ni?" soal Intan pelik.

"Abang jumpa atas meja ni. Masa abang keluar, ada orang yang datang ke?" soal Caden pada Intan.

Intan masih lagi dengan gambar di tangannya.

"Sayang.." panggil Caden sambil menyentuh lembut tangan kanan yang memegang gambar.

"Abang tanya apa tadi?" soal Intan.

"Abang tanya, ada yang datang ke masa abang keluar tadi?" soal Caden semula sambil tangan mengeluarkan makanan dari bungkusan supaya mudah Intan nak makan.

"Sayang tak sedar. Sayang terlena tadi" jawab Intan.

Berkerut wajah Caden.

"Tapi sayang kenal ke budak-budak dalam gambar ni? soal Caden ingin tahu.

Dapat dirasakan Intan tahu sesuatu mengenai gambar itu. Dari tadi asyik memegang gambar tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience