Bab 22

Crime Series 28563

"Anna..."

Apa benda semua ni? Macam dalam drama. Aku bukanlah heroinnya.

"Ap... Apa semua ni?"

Aku jadi gagap.

"Lee, meh masuk rumah maksu Senah."

Mak da mula. Kejap lagi start la tu memuji. Abang Lee tu anak yang baik. Dengar kata.

Padan muka aku juga. Masa mak ajak datang menziarahi keluarga Mak Ngah aku memekakkan telinga. Membisukan mulut. Membutakan mata.

Taknak kenal langsung dengan saudara-mara. Sebab mak lebih mengagungkan anak orang dari anak sendiri.

Mak, anak sedara mak yang bijak ni la yang culik Anna.

Kurung Anna dalam bilik gelap.

Qarl Lee ni setan, mak. Grr.
. .
. "Anna..."

Ada satu suara mengejutkan aku dari lena.

"Anna Adriana, bangunlah!"

Ada tangan mengelus pipi aku.

"Kalau kau tak bangun dalam masa lima saat, aku cium bibir kau."

Ishh, macam suara Qarl Lee je.

"Satu... Dua... Tiga... Empat... Lima..."

Ada desahan nafas di pipi aku.

Aku membuka mata.

"Makkk!"

Aku terkejut. Qarl Lee sudah bersiap sedia mahu mencium bibir aku.

Tidak. Aku tidak sudi ada feeling dengan sepupu sendiri.

Aku menolak kepala dia kasar.

"Pergilah kau, setan. Keluarlah kau dari jasad Abang Lee."

"Aduh! Kau ni kan. Sakit kepala aku. Kalau terkehel leher aku tadi macam mana?"

"Apa Abang Lee nak buat ni?"

Aku jadi seram dengan perangai Qarl Lee.

"Aku kejutkan kau. Kau tu tidur mati. Dahlah ada air liur basi meleleh. Sedap kau tidur eh? Penat aku drive sorang."

Aku memandang luar tingkap.

Qarl memberhentikan keretanya di simpang jalan.

"Kita dekat mana? Kenapa tak sampai rumah lagi?"

Aku memandangnya curiga.

"Sebab tu aku kejutkan kau. Aku tak tahu nak kena jalan lurus ke, bengkang bengkok ke. Kau tengoklah depan ni ada simpang empat."

Aku jadi terpinga. Eh, bukankah tadi aku tengah bersalaman dengan mak ayah? Kenapa aku kat sini pulak?

"Abang Lee, kita buat apa kat tepi jalan ni?"

Qarl memandang aku pelik. Seraya meletakkan tapak tangan di dahi aku.

"Kau tak demam pun."

Dia merungut kecil.

"My dear, aku rasa kau mengigau ni."

Aku menggosok mata. Air liur basi aku kesat dengan tisu yang dihulurkan.

Aahlah, ada air liur basi. Ceh, buat malu depan Abang Lee je.

"Abang Lee lupa jalan balik rumah Anna ke?"

Semakin pelik Qarl memandang aku.

"Kau ni, memang sah mimpi bukan-bukan."

Aku mencemik.

"Aku bukan Abang Lee kau."

"Ala, tak payahlah nak pura-pura. Saya tahu awak sepupu saya. Dah lama tak balik kampung jenguk mak saudara awak." balas aku dengan wajah selamba.

Qarl gelak tiba-tiba.

"Anna, kau ni comel la. Hahahahahaha. Lawak betul."

Apa yang lawaknya? Aku memandangnya mencuka.

"I'm not your cousin. Dan aku bukan Abang Lee kau. In your dreams. Hahahahaha."

Aku menggaru kening. Eh, bukan ke? Habis tu aku mimpi?

Aku tersedar. Aku mimpi rupanya. Terpandangkan baju yang aku pakai. Tidak sama warna seperti situasi ketika aku bersalam dengan Mak.

"Anna... Anna... Dahlah comel, kuat berangan, kuat bermimpi, kuat tidur pulak tu. Kesian aku kena drive sorang."

Qarl membuat muka.

"Jalan mana nak kena ikut ni? Depan? Kiri atau kanan?"

"Jalan je depan. Nanti jumpa satu simpang belok kiri."

Aku menyorokkan muka di balik shawl hitam. Nasib baik aku masih bawa shawl hitam ni, Qarl Lee sorokkan kat mana entah beg baju aku.

Yang ni pun aku selongkar dalam almari baju. Nak kena rotan tak pakai tudung balik kampung?

"Okay."

Dia menjawab sepatah.

"Saya ingat awak tahu jalan nak balik rumah saya."

"Aku bukan ahli nujum. Dan aku bukan sepupu kau. Bear in mind."

"Alaa..."

"Apa alaa? Kau suka ke aku jadi sepupu kau?"

Aku angguk. Perlahan.

"Ishhhh... Taknak aku. Nanti tak dapat kahwin dengan kau. Aku nak jadi suami kau. Bukan saudara mara, sepupu sepapat."

Hmm. Qarl sudah mematikan angan aku.

"Okay, kejap lagi kita sampai. Selamat pulang ke kampung halaman, Anna Adriana."

Aku takut. Apa aku nak jawab dengan Mak?

"Diam je?"

Takde apa nak sembang. Lebih baik aku layan perasaan.

Aku tidak menjawab.

"Okay, fine."

Qarl membuka radio. Mahu melayan perasaan juga la tu.

Lagu Green Day - When September Ends memecah kesunyian.

Aku rasa berdebar.
. .
. "Yuhuu... Kita da sampai, Anna."

Aku memandang perkarangan rumah. Rindunya nak balik sini.

"Jom, Anna. Aku tahu kau rindu dekat family kau. Dua bulan kau tak jumpa mereka."

Aku memandang Qarl. Dialog yang sama seperti di dalam mimpi.

Benarkah Qarl Lee bukan abang sepupu aku?

Tidak, kau mimpi je.

"Jom."

Qarl membuka pintu kereta. Aku sempat menahan.

"Saya takut. Apa saya nak jawab kalau mak ayah tanya saya?"

"Chill. Kau cakap je kau pergi bercuti. Lagipun itu yang diorang dengar."

"Yup, dengar dari awak. Sesuka hati je mesej bukan-bukan."

Wajah Qarl selamba.

"Kalau diorang tanya awak tu siapa, saya nak jawab apa?"

"Cakap jela yang aku ni kekasih hati kau."

Mudahnya. Aku yang nak kena cakap, bukan dia. Tak membantu langsung.

"Dahlah, Mak kau tu tengah tengok kita. Terjenguk dari tadi."

Aku memandang jendela rumah. Nampak bayang mak. Sedang mengintai kami.

Aku keluar dari kereta dan menuju ke pintu rumah.

"Assalamualaikum. Mak! Ayah!"

Mak berdiri di muka pintu.

"Anna..."

Aku meluru ke arah Mak. Memeluk mak. Rindu sangat dekat Mak.

Wajah Mak masam mencuka.

Mak sepertinya marahkan aku.

"Anna, buat apa balik?"

"Mak... Kenapa cakap macam ni?"

Mata Mak berair. Wajah tua itu aku tatap lama.

Mak memandang Qarl.

"Ni jantan mana kau bawa balik?"

Mak memandang Qarl lama.

"Assalamualaikum, makcik. Saya kawan Anna. Teman lelaki, Anna."

Aku menjegilkan mata.

Selamba badak dia je perkenalkan diri macam tu.

"Hmm. Masuk dalam cepat."

Mak tak layan aku. Marahkan aku. Ayah muncul di belakang Mak.

"Ayah..."

Aku menyalami tangan kedut ayah.

Ayah cuma tersenyum.

"Mana Anna menghilang? Kami rindukan Anna."

Aku duduk di sofa kayu.

"Sebenarnya, Anna... Anna kena..."

Anna kena culik. Dengan orang sebelah Anna ni.

Aku menjeling Qarl. Marah.

"Pakcik dan Makcik. Saya Lee. Saya minta maaf, sebab Anna bukan sengaja taknak balik. Tapi saya minta dia temankan Auntie saya yang sedang sakit."

Auntie? Qarl mereka cerita.

Aku mengerutkan dahi tanda tak puas hati. Penipu besar.

Cakap jela kau culik aku.

Mak memandang wajah aku semula.

"Betul ke, Na?"

Aku mengerling Qarl di sebelah. Lalu mengangguk.

"Aah."

"Kami risaukan Anna. Mira call mak. Tanya pasal Anna. Kamu kata kamu tengah bercuti tenangkan diri. Stress sangat ke belajar kat tengah bandar tu?"

Anna minta maaf. Anna buat Mak risau.

"Maaf, Mak. Memang Anna tertekan pun belajar kat sana."

"Takpela, janji kamu selamat. Terima kasih, Lee. Bawa anak makcik pulang dengan selamat."

Qarl senyum.

Buat pertama kalinya, aku melihat Qarl tersenyum manis begitu di depan mak ayah aku.

"Hari dah malam, tidurlah sini Lee. Boleh temankan pakcik bersembang. Makcik kamu ni asyik bersedih je bila Anna hilang."

"Boleh jugak tu. Saya nak mintak izin tidur sini sehari dua."

"Nak lama-lama pun boleh. Nasib Lee ada, boleh jaga Anna."

Aku pelik dengan mak ayah. Tersenyum pula melihat Lee.

"Anna masuk bilik dulu. Rindu katil."

Sampai saja ke dalam bilik, aku merebahkan diri ke atas tilam.

Bestnya dapat pulang ke rumah.

Terima kasih, Qarl Lee. Bawa saya pulang ke rumah dengan selamat.

Aku terdengar gelak ketawa di ruang tamu. Suka benar mereka menerima tetamu. Nampaknya kedatangan Qarl ke mari dialu-alukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience