Bab 10

Vampire Series 4580

Aku berundur beberapa langkah . Vampire ? Tak mungkin ! Vampire tak wujud !

“ Dah kenapa dengan awak ni ? Macam baru nampak hantu saja . ”

Macam baru nampak hantu ? Ya ! Memang aku tengah tengok hantu pun sekarang ni ! Tapi kalau hantu handsome macam ni , semua pun boleh hehe . Uih Emelyn no ! Jangan !
Aku tengok Emelya cool je berdiri dekat sebelah Adryan . Tak ada tanda-tanda nak lari langsung .

“ Vam.. vampire mana wujud . ” kataku perlahan .

Adryan dan Kein saling berpandangan apabila aku berkata seperti itu .
Tiba-tiba Kein mendekati aku dengan senyuman yang susah aku nak faham . Dah apa yang kau nak buat ni ?

“ Awak nak bukti ? ” soalnya apabila dia sudah berdiri betul-betul di hadapan aku .

Eh of course lah ! Tapi kau jangan buat benda pelik pula . Kang aku tembak kau baru padan muka .
Laju saja aku mengangguk . Tapi kenapa rupa diorang tak sama macam makhluk yang aku jumpa hari tu ? Mata diorang macam manusia .
Kalau mata makhluk tu pula , merah habis . Macam mata kiri Cealyn .

“ Tengok ni . ” kata Kein sambil menunjuk bahagian mulutnya .

Kein membuka mulut lalu terserlah kedua taringnya . Ala . Kalau setakat nak tunjuk taring , aku pun ada lah .
Namun tidak aku jangka taring Kein tiba-tiba menjadi panjang . Terbeliak mata aku tengok taring dia yang tajam tu .
Cepat-cepat aku tutup mulut dia guna kedua tangan aku .

“ Awak jangan tunjuk taring awak lagi . Mimpi ngeri saya nanti . ”

Betul apa . Aku tengok makhluk tu pun dah
buat aku mimpi ngeri , inikan lagi tengok taring diorang .
Kein ketawa kecil sebelum membuka tangan aku dari terus menekup mulutnya . Huih ketawa dia tu buat iman orang runtuh tauuu . Okay tak , main-main je hihi .

“ Habis nak buat apa sekarang ni Ad ? Tak kan nak tinggalkan diorang dekat sini ? ”

“ Apa kata kita bawa diorang pergi dunia kita buat sementara . ”

Hah ? Dunia korang ? Gulp .. Memang confirm banyak Vampire kan ? Aku tak nak !

“ Diorang tinggal dekat mana nanti ? ”

Adryan mengalihkan pandangannya ke arah aku . Lama dia memandang aku . Apa ?

“ Tempat Cleo . ” kata Adryan perlahan .

Cleo ? Kenapa macam aku pernah dengar nama tu ? Tapi di mana eh ?
Kein mengeluh perlahan lalu memandang aku semula .

“ Jom . ” kata Kein lalu menarik tangan aku .

“ Pergi mana ? ”

“ Dunia kami . ”

Laju saja tangan aku memaut di dinding pintu . Tangan aku yang digenggamnya aku tarik semula . Tapi dahsyat betul kekuatan Vampire ni , tangan aku tak bergerak langsung masa aku cuba untuk tarik tangan aku balik .

“ Saya tak nak ! ” jeritku lantang .

“ Tempat awak bahaya tau tak ? Awak tak rasa kah yang demon tu akan cari awak semula ? Lebih-lebih lagi rupa awak sama macam Cealyn . ” kata Kein dengan tegas .

Jap apa kau cakap tadi ? Demon ? Oi kau ingat ni Demon Slayer kah ?

“ Saya boleh jaga diri sendiri ! Saya rasa tempat awak lebih berbahaya dari tempat saya . Lagipun saya tak ada kena mengena dengan Cealyn . So please , lepaskan saya ! ”

Kein memandang aku tajam . Degil betul !

“ Listen . Awak memang boleh jaga diri awak , tapi awak tak akan dapat jaga keselamatan adik awak . Awak tak nampak ke apa yang dah jadi dengan kedua ibu bapa awak ? Adik awak pun hampir jadi mangsa . So dengar cakap ! ”

Ui pandai kau pujuk ye . Aku pandang ke arah Emelya . Banyaknya kesan luka dekat badan dia .
Memang betul . Aku tak dapat nak jaga keselamatan dia . Tapi aku tak dapat nak percaya dua makhluk Tuhan ni .
Diorang pun Vampire kan ? Nanti dia hisap darah aku macam mana ? Memang fly away terus lah kan .

“ Jangan risau , kami tak akan apa-apa kan awak dan adik awak . ” kata Adryan perlahan .

Aik kau baca isi hati aku ke apa ni ?

Aku mengeluh perlahan . Tangan aku tarik semula dengan kuat sehingga terlepas .

“ Saya boleh jalan sendiri . ”

Aku menggengam tangan Emelya dengan erat lalu mengikut langkah kedua Vampire ni sehingga masuk ke dalam hutan .

Jauh betul perjalanan kami masuk dalam hutan ni . Sampai lenguh kaki . Lain lah macam dua Vampire dekat depan ni , kuat tak terkira .
Namun langkah mereka terhenti apabila mereka ternampak jalan mati . Hutan pun ada jalan mati ek ? Habis apa sekarang ? Mereput dekat hutan ?
Tiba-tiba Kein berdiri dekat belakang aku , Adryan berdiri dekat belakang Emelya . Nak buat apa ?

“ Jangan buka mata kau . ” bisik Kein tepat di telinga aku .

Aku menutup mata aku dengan rapat . Namun dapat aku rasakan tangan Kein sedang menutup mata aku . Lah , baik kau tak payah cakap macam tu kalau tangan kau nak tutup mata aku .
Tangan dia sejuk . Sesejuk tubuh badan mama dan papa masa aku peluk diorang . Aku rindu diorang .
Ma.. Pa.. Rehat dengan tenang ya . Lyn selalu doakan mama dan papa . Tunggu Lyn dan Lya..
Air mata aku mengalir dengan deras . Aku dah tak kisah tangan dia basah sebab air mata aku . Aku cuma harap semuanya baik-baik saja di sana .
Lya , jangan tinggalkan kakak ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience