BAB 29

Romance Completed 67139

            SENYUMAN tak lekang dari bibir Adara sehingga ke hari ini. Hatinya senang memikirkan tentang hubungan dia dengan Aiden yang semakin baik. Bangga dengan Aiden yang mula berkongsi perasaan apa yang dirasakan terhadapnya walau sedikit.

Sekurangnya dia tak bertepuk sebelah tangan. Nampaknya betullah cakap ibu mertuanya, Aiden suka memendam perasaan.

Tapi dia kisah apa? Dia tahu dia sayangkan Aiden pun sudah cukup. Iqbal pulak?

Sekali pun Adara tak ingat pada bekas tunangnya itu. Apatah lagi mengetahui tentang kenyataan bahawa Iqbal masih memendam perasaan pada dia sekarang.

Adara menyapu pandangan pada luar bilik. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menerpa wajahnya. Rambutnya pula beralun lembut bersama arah angin. Dia menyandarkan badan pada balkoni luar kamar tidurnya bersama Aiden.

Adara menghalakan pandangannya pula pada figura Aiden yang sedang berenang dalam kolam renang di halaman rumah agam milik Puan Rossa. Tubuh tegap Aiden yang tak berbaju itu dipandang.

Tak ada apa pun kekurangan Aiden di mata Adara. Dalam diam, sudah lama dia benarkan Aiden mengambil tempat di dalam hati selepas  Iqbal. Cuma baru sekarang dia sedar, dia betul sayangkan Aiden.

“Aku sayang kau.” Gumam Adara perlahan sambil memandang Aiden yang leka berenang.

Adara lantas menahan senyuman apabila Aiden secara tiba-tiba menoleh ke arah dia seolah mengetahui Adara memandang ke arahnya.

She's his soulmates.
Of course, he knows what ever she do.

“Come, join me.” Panggil Aiden mengajak Adara turun ke bawah bersamanya. Aiden meraup rambutnya yang basah ke belakang. Kelihatan titisan air menitik pada tubuhnya yang disinari cahaya matahari.

Adara mengeleng kepala tanda tak mahu. Bibirnya mengukir senyuman dengan sengaja. Dia kembali duduk di tempatnya tadi. Pandangan Aiden padanya sekarang dipandang dari ekor mata.

Adara menala pandangan pada cincin perkahwinannya. Membaca tulisan yang diukir disitu sebelum kembali memandang ke arah suaminya semula. Bibir mencarik senyuman lebar. Dia harap hanya satu.

Supaya Aiden takkan tinggalkan dia sepertimana yang Iqbal lakukan dahulu. Dia tak kuat kalau kali ini Aiden yang pergi.

“Adara,” Panggil Aiden yang kini sudah berada di hadapannya. Wajah jengkel suaminya membuatkan Adara tersengih sampai ke telinga. Bila naik pun dia tak perasan.

“What?” Balas Adara dengan muka tak bersalah. Dia menayang sebaris giginya yang putih.

“Stop smiling like that, woman.” Aiden mengelap rambutnya yang basah dengan tuala yang disangkut pada bahu. Adara menyilangkan tangan ke dada. Dia semakin melebarkan senyuman.

“Why hmmm?” Adara membetulkan rambut Aiden yang kini jatuh menutupi dahinya yang putih bersih. Dia menjengketkan badan mahu menyamai ketinggiannya dengan suaminya.

Aiden pula menundukkan badan sedikit membenarkan Adara membetulkan rambutnya.Tangan kekarnya menarik sedikit tubuh isterinya rapat pada tubuhnya.

Adara mendongak melihat wajah Aiden yang kini merenung dirinya. Sekilas, Aiden mencuit puncak hidung Adara sebelum pergi. Mulutnya sempat menjawab soalan Adara tadi.

“Because your smile make my heart melt. And I hate that.”

?•????? ?????•?

       
              “DAH, siap?” soal Dani kepada Ray yang sedang memasang bom tangan pada beberapa tempat tersorok di gudang senjata milik Aiden. Ini merupakan gudang terakhir sebelum dia menjalankan rancangannya yang seterusnya. Ray mengangkat ibu jarinya sebagai isyarat semuanya sudah siap. Dia menepuk tangan menghilangkan debu kotor yang melekat.

“Kau yakin ini yang terakhir?” Soal Ray memandang ke arah Dani. Dani sekadar mengangguk. Tangannya mengambil beberapa senjata haram milik Aiden yang berada di situ. Puas hatinya melihat satu persatu perniagaan haram Aiden hancur satu demi satu.

Dia semakin tak sabar mahu melihat Aiden jatuh di depan matanya sendiri sementara Adara akan kepada dia semula. Beberapa buah cctv yang merakam perbuatannya sudah digodam oleh Ray supaya tak diketahui oleh Aiden.

Tetapi semua itu hanya sia-sia kerana pada akhirnya Aiden akan tahu juga itu ulah Dani.

Anak-anak buah Aiden yang bertugas menjaga gudang itu semua di tembak mati oleh Dani. Langsung tak membenarkan seorang pun daripada mereka menghubungi Aiden.

“Dah lama kau kenal King?” Soal Dani kepada Ray ingin tahu. Tertanya-tanya dengan identiti lelaki yang bergelar King itu. Ray yang sibuk mengemas peralatan menghentikan tindakannya.

“Tak kenal sangat.” Balas Ray tanpa menoleh ke arah Dani. Dia mengunci kotak peralatan sebelum dibawa di sebelah tangan kirinya.

“Siapa King? Kenapa dia nak Aiden? Selama aku kerja dengan Aiden, aku tak pernah tahu dia bermusuh dengan King.” Dani menyelitkan kembali pistol yang dipegang pada pinggangnya. Kakinya menolak beberapa mayat bergelimpangan yang menghalang laluannya.

Konco-konco King yang turut datang bersama mereka sudah diarahkan oleh Dani untuk pulang terlebih dahulu. Meninggalkan dia dan Ray sahaja di situ.

“Aku tak tahu. Tapi...” Belum sempat Ray menghabiskan kata-katanya, suatu bunyi benda yang terjatuh menarik perhatian mereka.

Dani memberi isyarat kepada Ray untuk diam tak berkata apa-apa. Ray segera menutup mulut. Tangan sudah memegang pistol yang masih tersarung di pinggang. Dani memakukan pandangan pada suatu sudut yang kelihatan mencurigakan. Kelihatan bayang seseorang berada di situ.

Tanpa ragu-ragu, dia mengangkat pistol seraya melepaskan tembakan berkali-kali. Kakinya melangkah ke hadapan setiap kali tembakan  dilepaskan.

Bang! Bang! Bang! Bang!

Bunyi kuat memenuhi ruangan gudang yang kosong itu. Dani melirikkan pandangan pada sekolam darah merah yang kini mengalir di sebalik kotak-kotak yang dihalakan tembakan tadi. Dani mengacukan pistol dengan tangan kanannya. Tangan kirinya pula menolak semua kotak itu jatuh. Menyerlahkan gerangan di sebalik kotak itu.

Tch. Dani berdecit apabila mendapati hanya sekujur mayat yang tak bernyawa yang berada di situ. Pistolnya diturunkan di sisi selepas menembak tubuh lelaki tak bernyawa itu lagi bagi memastikan dia betul-betul mati.

Ray hanya merenung kosong pada perbuatan Dani. Sudah terbiasa melihat perkara sebegitu di hadapannya. Dia menala matanya ke arah lain apabila terdengar bunyi sesuatu yang bergolek.

“Shit, Dani! Lari!” Jerit Ray memberi amaran kepada Dani apabila menyedari sebuah bom tangan yang bergolek menuju ke arah mereka.

Boom!

Letupan kuat berlaku dalam sekelip mata meletupkan gudang tersebut. Kelihatan api hitam mula berkepul-kepul di udara. Aris melepaskan tawa sinis. Dia menepuk dadanya tanda bangga.

“Dasar manusia bodoh. ” Ejek Aris, cap yang dipakai menutup kepalanya dibuka. Lalu, dibaling ke dalam semak samun yang berdekatan. Hoodie yang dipakai turut dibuka sebelum dibuang bersama cap tadi.

Minyak tanah dituang pada semua pakaian tersebut. Lalu, sebatang mancis dinyalakan seraya dicampak ke arah tempat pakaiannya berada. Menghapuskan bahan bukti.

Riak mukanya jelas menunjukkan kepuasan usai menyempurnakan arahan Aiden. Rakaman suara yang mengandungi perbualan Dani dan Ray dihantar kepada Aiden tanpa membuang masa. Nombor Aiden ditekan untuk dihubungi.

“All done.” Ujar Aris sambil menoleh ke arah gudang senjata milik Aiden yang kini terbakar bersama Dani dan Ray di dalamnya.

“Good. Call Dayyan. Dia yang akan bagi apa yang kau nak.” Suara garau Aiden membalas dari hujung talian. Aris tersenyum kepuasan.

Klik!

Kedengaran bunyi picu pistol ditarik dari belakang Aris. Panggilan ditamatkan serta-merta. Tak lama selepas itu, dia melepaskan tawa sinis.

“Well, looks like I have a guest.” Ucap Aris dengan nada sinis. Tubuhnya dipusingkan perlahan-perlahan menghadap figura yang sedang mengacukan pistol kepada dia sekarang.

“Who the hell are you, dude?” Soal Aris dengan nada memerli apabila melihat lelaki di hadapannya memakai sebuah topeng menyorokkan wajah sebenarnya.

King hanya diam tak mengatakan apa-apa. Bibirnya sekadar mengukir senyuman sinis disebalik topeng wajahnya. Pistol yang dipegang kemas pada tangannya diacukan pada Aris tepat pada jantung lelaki itu berada.

“Pengkhianat.” Celah satu suara mengejek kepada Aris. Tak semena-mena, kaki Aris ditembak membuatkan Aris hampir terjatuh. Dia menoleh ke arah Dani yang berjalan ke arahnya dengan pandangan penuh benci dan dendam.

“Kenapa kau liat sangat nak mati?” Sinis saja suara Aris kepada Dani yang kini menarik kolar bajunya. Pandangan tajam membunuh Dani terhadapnya sedikitpun tak mengentarkan hatinya.

He doesn't give a damn to no one.

“Aku suruh kau jaga Adara. Tapi kau serahkan dia dekat Aiden? Bodoh! Sekarang kau tikam belakang aku dengan cuba bunuh aku pulak? Dasar pengkhianat macam kau ni tak layak hidup!” Wajah tampan Aris kini penuh dengan darah dek kerana tumbukan padu daripada Dani.

Aris melepaskan tawa sinis apabila mendengar kata-kata itu meluncur keluar daripada mulut Dani. Bibirnya yang pecah berdarah itu kini mengukir senyuman menyeringai. Darah merah yang berada dalam mulutnya di ludah pada baju Dani.

Membuatkan Dani semakin menyirap dengan api amarah di dada. Ray menahan Dani daripada melakukan apa-apa.

“Are you describing yourself just now, Iqbal Danial? You're the one who betray Aiden and even your fiance, Adara. Not me. So stop talking to me and check yourself at the mirror.” Sinis dan keras saja nada Aris kepada Dani.

“Sial!” Tempik Dani kuat menolak tubuh Aris ke tanah. Tangannya melayangkan penumbuk pada wajah Aris bertubi-tubi. Marah kerana kata-kata Aris benar belaka.

“Stop!” King menolak tubuh Dani yang sedang membelasah Aris. Mahu menghentikan tindakan bodoh Dani yang bertindak dengan rasa amarah yang hanya seketika.

“Jangan buat benda bodoh. Tak dapat apa kalau kau pukul dia sampai mati sekalipun.”

Tenang nada King bersuara. Tetapi langsung tak menghilangkan api kemarahan yang menjulang dalam diri Dani sepertimana api yang kian marak menjilat gudang yang terbakar di situ.

“Kau diam.” Dani menudingkan jarinya pada King. Dia melemparkan senyuman sinis apabila King menepis tangannya.

“Kenapa aku kena dengar cakap kau sedangkan kau tak boleh bagi apa yang aku nak? Aku dah buat semua benda untuk hancurkan Aiden macam yang kau nak. Tapi kau...” Dani mengacukan pistol pada King.

“Dani,” Ray cuba menghalang apabila melihat Dani sudah hilang kawalan.

“Kau diam! Sebelum aku bunuh kau sekali.” Ujar Dani, dia menjeling Ray dengan tajam.

Aris perlahan-lahan bangun apabila melihat keadaan yang mula menjadi huru-hara kerana amukan daripada Dani.

“Bukak topeng kau. Buktikan dekat aku yang kau tak gunakan aku untuk hapuskan Aiden. Kalau tak, jantan tak guna ni mati. Kalau aku tak dapat Adara, kau takkan dapat Aiden. End of the story.” Dani menatap tajam pada topeng wajah King. Ingin tahu siapa gerangan yang menyorok seperti pengecut di belakang topeng itu.

“Wrong move, Dani.” Ucap King perlahan. Dalam suaranya membuatkan Dani seolah pernah mendengari suara itu sebelum ini.

Perlahan-lahan, topengnya dibuka. Wajah diangkat menghadap Dani yang kini sudah terpempan tak percaya. Aris turut tersentak.
King mengukir senyuman sinis.

“I already told you, wrong move.”

?•????? ?????•?

    “SIAPA call kau?” Soal Aryan yang melihat wajah berkerut Aiden sejak dari tadi. Aiden menyimpan kembali iphone miliknya ke dalam poket. Matanya mencari kelibat Adara.

“Aris.” Jawab Aiden sepatah, dia mengambil tempat di sebelah Aryan. Secawan kopi pekat Americano dihirup sedikit demi sedikit oleh Aiden.

“Siapa Aris?” Soal Aryan tak mengenali gerangan yang dimaksudkan oleh Aiden. Langsung tak mengetahui apa-apa yang berlaku pada Aiden sepanjang dia menjaga syarikatnya dan Aiden di Itali.

Dia hanya tahu tentang Dani sahaja yang mengambil langkah untuk berpaling tadah.

“Spy aku. Aku upah dia follow Dani.”

“Kau percaya dia?” Aiden mengeleng kepala.

“I don't trust him. But, Dani did before.” Terang Aiden ringkas memendekkan cerita. Aryan tak menanyakan apa-apa lagi. Nanti dia tanya pada Dayyan sajalah.

“Aku kena balik.” Serius nada Aiden menunjukkan dia langsung tak bermain-main. Aryan menoleh ke arah Aiden semula.

“Kenapa pulak? Macam mana dengan mama kau dengan Adara?” Aryan memeriksa terlebih dahulu sekiranya Adara turut berada bersama mereka. Takut perbualan mereka didengari oleh Adara.

“Dani. Dia bom markas aku. Aku kena balik.  Kau jagakan mama sementara aku tak ada dekat sini.” Aiden bangun dari duduknya. Mata menilik skrin telefon takut sekiranya terlepas pandang panggilan daripada Irsyad dan Dayyan.

“Tapi Adara--”

“Kau nak tinggalkan aku ke?”

Suara lunak Adara yang berbaur nada kecewa itu mencantas perbualan mereka berdua. Aiden menoleh ke arah Adara yang muncul bersama sepinggan lasagna yang dimasak khas untuk dia.

Adara menatap wajah Aiden mahukan jawapan. Dulang yang dipegang diletakkan pada meja kecil yang berada di situ. Niat mahu mengejutkan Aiden dengan masakan kegemaran suaminya itu.

Tapi tak sangka pula, dia yang mendapat kejutan daripada Aiden dengan berita Aiden mahu balik ke Malaysia tanpa dia.

“Adara,” Panggil Aiden lembut. Aryan meraup muka. Tak sanggup melihat pasangan suami isteri itu berbalah. Dia terlebih dahulu berlalu pergi.

“Aiden, jawab soalan aku. Kau nak tinggalkan aku?” Nada Adara kini mula perlahan dari tadi.  Dia sendiri tak sanggup mengucapkan kata-kata itu. Aiden segera mendekati Adara.

“Adara, listen--”

“No!”

Adara menapak langkah ke belakang. Menjauhi Aiden. Sakit. Pedih. Pilu. Sebak. Semua perasaan itu bercampur baur menjadi satu. Aiden yang melihat perubahan wajah Adara semakin mendekatkan diri.

“Sayang...”

“No, jangan panggil aku sayang kalau kau tak sayang aku pun sebenarnya.”

Adara memalingkan wajah tak mahu melihat Aiden. Dia mengorak langkah masuk ke dalam bilik tanpa menoleh ke arah Aiden yang sejak dari tadi memanggil namanya.

“Adara, please open the door.” Gesa Aiden seraya cuba membuka tombol pintu bilik mereka. Adara membenamkan wajah pada lututnya. Belakangnya disandarkan pada katil.

“Adara...” Panggil Aiden dari luar bilik. Terdesak mahu bercakap dengan Adara sekarang. Puan Rossa menyerahkan kunci bilik kepada Aiden.

“Pujuk dia, Leo.” Pesan Puan Rossa menepuk lembut bahu anaknya. Aiden mengangguk kecil. Pintu yang sudah terbuka dia masuk mahu berjumpa dengan Adara.

Wajah Adara yang kini berlinangan dengan air mata membuatkan dia hampir gila di saat itu juga. Sakit sekali hatinya apabila melihat keadaan Adara sebegitu.

“Sayang,” Panggil Aiden lembut. Perlahan-lahan, dia menarik tubuh Adara ke dalam pelukan. Adara hanya akur tak mampu berbuat apa-apa.

“Aku benci kau.” Ucap Adara memukul dada Aiden berkali-kali. Melampiaskan rasa geramnya yang terbuku di dalam hati. Aiden menerima segalanya. Dia memeluk tubuh Adara menghentikan tindakan isterinya serta merta.

“I'm sorry. So sorry. I don't mean to hurt you, never.” Ucap Aiden dengan nada kesal. Wajah Adara yang menangis sudah cukup menjadi alasan dia membunuh seseorang sekarang.

“Stay.”

“I will. But please sleep, you need to rest hun.”

?•????? ?????•?

     
        “KAU kena pergi jugak ke?” Ucap Adara yang masih berada dalam pelukan Aiden. Tubuh Aiden dipeluk seerat-eratnya yang boleh. Tak mahu dilepaskan. Mahu berada di dalam pelukan lelaki itu untuk selamanya.

“I have to, sweetheart.” Aiden mengetatkan pelukan. Pinggang Adara dipeluk. Kali ini pelukan mereka berdua terlalu berbeza dengan yang lain. Kerana ini yang terakhir sebelum mereka berpisah untuk seketika.

“I'm gonna miss you insanely. Trust me.” Adara memejam mata. Ingin memahat kata-kata itu di dalam memori. Wajahnya disembamkan pada tubuh Aiden mahu menghidu bauan maskulin Aiden yang selalu membuatkan dia terasa tenang.

“Aiden...” Panggil Adara merayu. Merayu mahu Aiden tak pergi tinggalkan dia. Walau macam mana sekalipun Aiden memujuk dia. Dia tetap takut. Takut kehilangan Aiden.

Aiden mengangkat wajah Adara. Ibu jarinya naik menyeka air mata isterinya.

“Baby, don't cry please. I want to see your beautiful smile before I go. Not your tears.”

Aiden mengucup kedua-dua belah mata Adara. Membuatkan Adara semakin sebak. Tolong jangan pergi. Tolong sesiapa. Tolong halang Aiden sekarang.

“Aiden, jangan. Jangan tinggalkan aku.” Rayu Adara tak mahu melepaskan Aiden. Aiden mencium kepala Adara penuh kasih. Tubuh Adara dipeluk sebelum dileraikan.

“Aku tak pergi lama. I will be back here with you in my arms before you even know it.” Pujuk Aiden memujuk Adara. Dia sendiri terasa berat untuk pergi. Apatah lagi meleraikan pelukan mereka.

Aiden menghadiahkan ciuman hangat pada dahi  Adara lama sebelum pergi. Adara mengukir senyuman nipis. Rasa terasa disayangi dan dihargai.

“See you soon, my love.” Bisik Aiden pada telinga Adara. Pipi isterinya turut dicium sekilas. Adara mengelap air mata yang ingin jatuh berlinangan lagi.

Matanya memandang figura Aiden yang sudah memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Kelihatan Aiden tak lepas memandang Adara. Telefon Adara yang berdering diminta mahu diangkat. Adara segera menerima panggilan tersebut yang daripada Aiden.

“Dah rindu ke?” Soal Adara sambil merenung Aiden yang berada di dalam kereta. Aiden tersenyum kecil.

“I miss you so much.” Luah Aiden membuatkan Adara mula beremosi kembali. Bibir digigit tak mahu Aiden mendengar suaranya kini sudah sebak melihat Aiden pergi.

“I miss you too.” Balas Adara sedaya upaya. Kolam air matanya bertakung. Bila-bila masa sahaja akan pecah. Nafas ditarik panjang.

“I love you, Adara.” Ucap Aiden dengan sekali nafas. Pandangannya sarat dengan kasih sayang.

Adara tak dapat menahan lagi. Kolam air matanya pecah jua. Jatuh berjujuran berlinangan pada pipinya yang bersih. Kakinya berjalan mahu mendekati Aiden yang masih berada dalam kereta.

“I love you, more.”

Boom!

Satu letupan kuat membuatkan Adara jatuh terduduk. Matanya dibuntangkan tanda tak percaya. Bibir terketar-ketar, kakinya lemah tak boleh berdiri.

Telefonnya sudah terlepas dari genggaman tangan. Adara tersentak. Kepala digelengkan tak percaya apa yang berlaku. Mata dipejamkan tak sanggup melihat imej di hadapannya lagi.

Laju air mata berlinangan. Esakan tangisan Adara semakin kuat. Tangannya menutup mulut kerana terlalu terkejut. Bahu terhenjut tanpa henti.

“Aiden...” Adara menangis, dia bangun mengagahkan diri ke arah suaminya. Kelihatan  api marak menjilat kereta yang dinaiki Aiden di dalamnya.

“No, Aiden!” Jerit Adara mahu mendapatkan suaminya. Puan Rossa segera menarik Adara ke dalam pelukan. Kepala Adara dibenamkan pada dadanya.

“Mama... Aiden mama. Aiden.” Rayu Adara mahu dilepaskan. Suaranya kini sudah serak semakin pilu. Puan Rossa mengangguk bersama kolam air mata yang bertakung.

“Aiden...” Panggil Adara pilu. Kenapa? Kenapa Aiden perlu tinggalkan dia sebegini sekali? Kenapa Aiden perlu pergi macam yang arwah ayahnya dulu?

“I love you, Adara.”

Kata-kata terakhir Aiden membuatkan dia semakin sebak. Hujung matanya melihat seseorang yang tersenyum bahagia terhadapnya, Iqbal. Adara memegang dadanya yang terasa sakit.

“I love you more, Aiden.”

Updated! Aiden dah lama rancang, kita je yang lalai. *lap air mata sendiri*

Share this novel

norsila
2022-03-09 23:34:04 

sedih yooo .kesian adara..huuu..tggu next cpt


NovelPlus Premium

The best ads free experience