bab 11

Romance Series 423079

“Tarik nafas Ayriz. Kau boleh. Kau mesti boleh punya.” Ayriz memberi kata kata semangat kepada dirinya sebelum turun ke bawah. Dia menarik nafas dalam dan menghembusnya. Perlahan lahan dia turun. Hampir semua mata memandangnya. Mengenakan baju kemeja dan seluar hitam yang kembang dibahagian bawah. Baju dimasukkan ke dalam baju. Rambut pula diabiarkan lepas. Solekan juga natural tidak berlebihan sudah nampak kecantikan Ayriz. Barang makeup dipinjam kakak saudaranya. Ayriz tidak lengkang dengan senyuman manisnya.

Tidak berkelip Fariz memandang isternya. Abang sepupunya mereka juga turut tersenyum memandang adik mereka. Cantik dan ringkas!

“Macam mana? Baby boleh ikut tak?” saja Ayriz meletak tangan di pinggang ala ala model. Mereka tertawa sesama sendiri.

“Boleh boleh…. ni mana dapat barang semua ni? Bukan tadi sehelai sepinggang.” tanya Am.

“Apa guna ada kakak sedara kalau tak guna perkhidmatan diaorang.”

“Eleh sudahlah. Dah kitaorang nak pergi makan.” Mereka terus beredar meninggalkan Ayriz dan Fariz.

“Pergi mana hah? Tahu tak saya sorang sorang dekat sini?” Ayriz mengerutkan dahi sebelum tersenyum senget.

“Saya? Kenapa awak dah terpikat dengan saya ke Fariz?”

Berubah riak Fariz apabila dia tersalah cakap. Fariz berdehem sebelum memandang Ayriz semula.

“Tak nampak ramai orang? Kang apa pula diaorang cakap.”

“Eleh…. cakap jela wife awak ni cantik. Kan….” saja Ayriz ingin mengusik suaminya.

“Dah jangan perasan sangat… jom wife kita pergi dekat mama papa.” Fariz terus meletakkan tangan dibahu Ayriz dan memaksa gadis itu berjalan dengannya. Ayriz sedikit terkedu ketika itu.

“Malulah tu… tu muka merah.” Ayriz masih mengusik suaminya. Cakap orang muka dia pun apa kurangnya. Fariz tersenyum menampakkan gigi sebelum dia menutup mulut Ayriz .


Ayriz mengundur diri untuk bersendirian. Dia memilih tempat di tepi kolam. Perasaannya ketika itu sakit, sedih bercampur mengingatkan kejadian kejadian yang membuatkan dirinya berubah.

“Termenung apa tu?” tegur seseorang. Ayriz memandang di sisi lalu dia terus pandang ke hadapan semula.

“Boleh I duduk?” sepi. Dia hanya duduk tanpa disetujui oleh Ayriz.

“Tak sangkakan… You pakai macam ni pun still cantik. So how are you?” Dia membuka cerita untuk berborak. Namun masih Ayriz mendiamkan diri.

“You memang tak nak borak dengan I ke?”

“Kau nak apa? Kau boleh berambus tak? Semaklah.” Halau Ayriz kasar. Malas dia ingin melihat wajah lelaki yang paling dia benci.

“Hey chill. I nak borak dengan you je.”

“Kau nak apa lagi? Buat apa kau tunjuk muka depan aku?” Lelaki itu tersenyum.

“I dengar you dah kahwin. Tak ajak I pun? Mana suami you? Tak nampak pun.”

“Kau sibuk kenapa? Asal nak jumpa laki aku? Silap kau juga tergugat tengok dia.” sinis kata kata Ayriz. Lelaki itu tertawa sejenak.

“You ni kelakarlah Ayriz…. Sama macam dulu. Suka buat I senyum.”

“Eh kalau tak ada benda baik kau blah lah… Kau tak nampak ramai orang kat sini… blah la.”

“Biarlah… bukan I buat apa apa pun. You tak nak kenalkan husband you dekat I ke? I nak tengok juga lelaki yang beruntung tu.” perkataan beruntung saja disebebut mengikut suku kata. Ayriz memandang tajam wajah lelaki yang daripada tadi senyum memandangnya. Ayriz terus bangun. Belum sempat Ayriz ingin beredar, tangan lelaki itu memegang lengannya.

“Lepaslah!” Ayriz menepis tangan itu. Suaranya tegas namun masih dia mengawal kerana tidak mahu membuat kecoh. Lelaki itu mengangkat tangan mengalah.

“Yayang.” panggil seseorang. Ayriz memandang si pemanggil. Lelaki itu terus beredar sambil tersenyum sinis.

Ayriz memandang ke arah kolam. Air mata sudah pun bertakung. Fariz masih lagi melihat lelaki itu. Lalu pandangannya terhala ke arah isterinya yang daripada tadi hanya diam.

“Dia siapa?” tanya Fariz yang daripad tadi memandang isterinya. Fariz menarik Ayriz supaya berhadapan dengannya.

“Pandang sini.” arah Fariz. Perlahan lahan Ayriz mendongak memandang suaminya. Fariz sedikit terkejut apabila air mata Ayriz bertakung. Kemudian Ayriz menunduk kembali. Dia mula rapat dengan suaminya lalu mukanya disembam ke dada suaminya. Tiada esakkan namun Fariz sudah rasa yang bajunya basah. Mulanya Fariz tidak memegang isterinya namun melihat keadaan isterinya itu lantas dia membalas pelukan isterinya. Tangan diletakkan di kepala Ayriz. Satu kucupan hinggap di ubun ubun Ayriz bagi menenangkan isterinya, Dia sendiri tidak tahu mengapa isterinya menangis namun dia merasakan ia berkaitan dengan lelaki tadi.


Mulanya memang Ayriz tidak sabar ingin ke Genting namun bila dia tahu yang Sya dan lelaki keparat itu ingin turut serta dia mula tiada mood. Lelaki itu siapa? Adalah….

“Baby rasa malaslah nak ikut. Baby nak balik.” kata Ayriz kepada Ayie. Ayie memandang adik sepupunya. Dia tahu mengapa adik sepupunya tidak mahu ikut.

“Ala jomlah baby. Bukan selalu kita keluar pun. Fariz pun dah on tadi. Jomlah.”

“Tapi….”

“Sayakan ada. Jom?” ajak Fariz tersenyum memandang isterinya. Senyuman Fariz membuatkan Ayriz terkaku seketika.

‘Ya allah, kalaulah hari hari dia senyum macam ni, memang jatuh cinta hari hari.’

“Betul ke ni? Husband nak pergi?” tanya Ayriz inginkan kepastian.

“Yelaaa lagipun, Am yang bawak keretakan. Jom.”

“Fine. Ayriz pergi sebab husband je tau.”

“Elelelele… bersweet pula dekat sini.” usik Andy. Sempat Ayriz menjelirkan lidah.

“Jom, Sya dah siap. Cantik tak abang Andy?” tanya Sya sambil membuat gaya di depan abang sepupunya. Ayriz sudah menjeling menyampah.

“Cantik Sya. Dah jom. Sya naik dengan abang okay.”

“Siapa je naik sama?”

“Yang penting bukan aku.” kata Ayriz selamba. Fariz disebelahnya mencuit Ayriz supaya jangan mula. Sya membuat riak menyampah lalu kembali tersenyum.

“Fariz naik mana?” Ayriz sudah cekak pinggang.

“Dah laki aku, naik dengan akulah. Tu laki keparat tu kau bawak sekali kan… naik dengan dia.” laju sahaja Ayriz bercakap.

“Eh aku tanya je kan… Laki keparat kau cakap. Hey itu boyfriend aku tau! Sedap sedap mulut kau je. Jealous la tu.” Ayriz tertawa mengejek.

“Aku? Jealous dengan kau? Hey excuse me, HUSBAND aku dah cukup hensem nak banding dengan apa tadi boyfriend? Hah boyfriend kau tu.” Ayriz tidak mahu kalah. Fariz disebelahnya sudah menahan senyum apabila dipuji isterinya.

‘Comel jugakan kau marah marah macam ni. Eh Fariz kau dah parah ni.’

“Apa yang bising bising ni sayang?” soal teman lelaki Sya… nama? Haizad.

“Ni hah Ayriz ni cari gaduh dengan I.” ngadu Sya dengan suara manjanya. Ayriz menjeling tajam ke arah Haizad yang hanya tersenyum.

“Eh dah la jom kita gerak. Sya naik dengan Andy, Ami. Baby naik dengan abang dengan Ayie.”

Sya menjeling Ayriz lalu menarik Haizad mengikutnya. Ayriz mencebik lalu dia juga turut menarik lengan suaminya. Ayie menggelengkan kepala memandang adik adik sepupunya.


Sepanjang perjalanan, hanya mendengar Am, Ayie dah Fariz sahaja bersuara. Ayriz? Lebih selesa dengan dunianya melihat luar. Sesekali dia terlelap apbila angin lalu dimukanya. Sungguh menyamankan. Fariz memandang isterinya di sebelah.

Kepala terlentok lentok… namun masih lagi gagah ingin membuka mata. Melihat kepayahan isterinya terlelap membuatkan Fariz tercuit hati. Sekali lagi Ayriz terlentok namun kalini tepat terlentok di bahu Fariz. Fariz tersenyum sambil memandang wajah polos isterinya. Belum sempat Fariz ingin menyelak rambut isterinya, Ayriz seperti terjaga seketika dan terus memeluk rapat suaminya. Muka disembamkan di dada Fariz. Kaku Fariz dibuatnya. Am dan Ayie tertawa melihat wajah cuak Fariz.

“Bro, dah jadi wife pon. Tak salah kau sentuh dia walaupun hati kau masih bukan untuk dia.”

“Betul Fariz, sekarang dia tanggungjawab kau. Kitaorang tak sebarangan masuk campur.” tambah Ayie pula. Fariz mengangguk faham lalu perlahan lahan tangannya membalas pelukan isterinya. Mata juga tertutup menghayati kehangatan isterinya. Am yang melihat ditingkap tengah tersenyum gembira. Ayie juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar mereka dah diberikan kepada mereka berdua.

“Nampakya bro, kita borak berdua je la.” Am dan Ayie tertawa sambil Am fokus kembali.


tepat pukul 11 mereka pun tiba. Ayriz mengeliat kecil sambil matanya digosok perlahan. Semua sudah turun. Tinggal dia bersama Fariz sahaja. Fariz mengeliat sambil tangannya memicit tangannya yang sudah kebas.

“Sorry husband… bantal ni empuk sangat.” Ayriz tersengih sambil keluar daripada kereta. Fariz tersenyum sebaris sambil kepalanya digelengkan.

“Wahhh cantiknya tempat ni. Tenang je rasa.” ucap Ayriz teruja sambil memandang sekeliling. Angin yang bertiupan menampar nampar wajah Ayriz Ayriz tersenyum senang hati sambil kedua tangannya di angkat.

“Eleh tadi dia juga tak nak ikut.” perli Ami sambil tangan memeluk diri.

“Manalah baby tahu tempat ni best.”

“Overlah kau ni… bukan nampak apa pun malam malam ni.” Sya menjeling sambil tangan memeluk tubuh. Ayriz masih lagi dengan senyumannya.

“Sebab kau tak pernah hadap apa aku hadap. If kau kat tempat aku kau faham kenapa aku happy macam ni, Sya.” jawab Ayriz tanpa memandang wajah sepupunya. Mereka memandang sesama sendiri. Tidak pula Ayriz melenting. Sya yang tidak puas hati terus dekat dengan sepupunya.

“Apa maksud kau aku tak pernah hadap?” nada Sya kedengaran tidak puas hati.

“Sya please jangan mula.” tegur abangnya.

“What Sya just nak tahu.” Ayriz tersenyum sebaris. Dia memandang ke arah Haizad yang sejak tadi memandang mereka.

“Abang Andy… kunci kereta ada dalam kereta ke?” Andy teragak agak mengangguk. Hatinya mula tidak sedap. Ayriz tersenyum sebaris.

“Husband, Ayriz nak pergi dekat sana tu kejap boleh?” tidak lupa Ayriz meminta izin suaminya. Fariz mengerutkan dahinya.

“Buat apa? Bahayalah yayang. Tak payahlah.” Saja Fariz memanggil dengan gelaran itu dihadapan Haizad. Jelas berubah air muka lelaki itu.

“Kejap je. Sya jom ikut aku.” Sya memandang pelik sepupunya.

“Apahal aku kena ikut pula… Taknak aku.”

“Aku akan ceritakan everything. Kau mesti nak tahu apa yang aku hadap tu kan. Aku ajak baik baik ni.” Ayriz berbisik di telinga Sya. Sya cuba menghadam kata kata Ayriz. Dia bersetuju mengikut Ayriz.

“Baby pinjam kereta kejap.”

“Baby….abang….”

“Jangan risau baby just nak settlekan masalah kitaorang je. Baby tak buat apa apa baby janji.” Ayriz meyakinkan abang abang sepupunya termasuk suaminya.

“Jangan lama lama.” pesan suaminya. Risau juga malam malam begini isterinya bawa kereta walaupun tidak jauh daripada tempat itu.


“Hah apa yang kau nak bagitahu aku tu sampai sibuk jauh daripada semua orang.”

“Jom duduk belakang.” Ayriz terus keluar daripada kereta dan terus buku bonet kereta. Suami dan yang lain memandang daripada jauh dengan berkerut.

“Wey apa dia buat tu? Aku risaulah. Panggil la diaorang balik.” mata Ami tidak lari memandang mereka. Tidak tidak pun Sya adiknya mestilah sebagai seorang abang dia risau akan adiknya.

“Ayriz tak akan buat apa. Aku kenal dia.” celah Haizad yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Fariz memandang lelaki itu dengan riak kosong.

‘Macam dah kenal sangat… siapa dia ni ngan Ayriz hah?’

“Harap harap betul lah apa kau cakap.” Tangan Am dimasukkan ke dalam kocek.

“Kau tahu kan kenapa aku berangin je dengan kau Sya?” Sya berkerut dan kemudian mengangguk perlahan.

“Sebenarnya aku tak patut pun marah kau . Aku patut berterima kasih dengan kau.” Ayriz tersenyum senang hati.

“Apa maksud kau?”

“Aku tak terikat dengan mamat keparat tu.” bersahaja Ayriz menjawab.

“Eh kau cakap tu pakwe aku! Sedap mulut kau je. Kau….”

“Sampai bila Sya? Kau pernah ajak dia kahwin?” Ayriz memotong kata kata Sya yang mula bengang dengannya.

“Pernah.”

“And kenapa dia tak masuk meminang kau?”

“Di….dia cakap dia kumpul duit.”

“Macam tu juga dia cakap dekat aku dulu Sya. Sampai aku sanggup kumpul duit senyap senyap nak mudahkan dia and aku sedar yang kenapa aku kena tolong dia, sedangkan dia mampu. Sya dia bukan kerja biasa. Dia pun bukan kerja baru setahun dua. Boleh brain tak dia kumpul duit? Atleast majlis tunang dulu pun tak apalah.” Terdiam Sya menghadam kata kata adik sepupunya. Ada betulnya namun apa yang Ayriz ingin sampaikan sebenarnya.

“Kau cakap semua ni dekat aku untuk apa? Suruh aku tinggalkan dia then kau boleh bersuka ria macam tu?”

Wajah tenang Ayriz membuatkan Sya makin bengang dengannya. Entah apa tujuan Ayriz dia sendiri tidak tahu. Sya terus turun daripada bonet kereta.

“Kau sendiri saksi menderitanya aku bila boyfriend aku curang. Dan perempuan tu siapa? Kau Sya, Kau yang rampas dia daripada aku.” Sedikit pun Ayriz tidak memandang ke arah Sya, sebaliknya pandangannya masih tertumpu ke hadapan menikmati suasana. Kelu lidah Sya ketika itu.

“Sejahat mana pun kita Sya, kita tetap darah daging. Aku tak tahu kenapa dulu kau tergamak buat macam tu dekat aku. Tapi sekarang aku terfikir kenapa kau jadi macam tu. Sedangkan aku kenal kau macam mana. Sya kau tak perasan lagi ke? Dia punca kita musuh teruk macam ni. Dulu kalau kita gaduh semua menyebabkan attention semua keluarga kita. Tapi datang dia kita jadi musuh. Just about him. Kau rasa berbaloi ke Sya?” Ayriz mencapai tangan Sya duduk disebelahnya semula.

“Aku tak tahu apa yang dia cakap kat kau pasal aku but kau sendiri saksi Sya deritanya aku. Kau dah tengok contoh terdekat… kalau aku dia boleh ada orang lain Sya, tak mustahil dia ulang benda sama.”

Betul, Ayriz yang lawa ini ditinggalkan, dicurangkan apatah lagi Sya. Sya masih diam menghadamkan ayat ayat Ayriz.

“Sya aku nak kau fikir betul betul. Aku dah penat bermusuh dengan kau sebab jantan tu. Tolong Sya bukak mata kau. Aku nak kau tahu, aku jadi macam sekarang bukan sebab kau bukan sebab dia tapi ada benda lagi sakit aku hadap.” Ayriz tersenyum paksa. Ye selama ini mereka rasa punca Ayriz jadi begini disebabkan Sya. Namun sekarang sangkaanya meleset.

“Kalau bukan sebab aku, kenapa kau berubah sampai macam ni? Semua salahkan aku.”

“Dah memang salah kau rembat boyfriend aku.” Ayriz tertawa mengejek. Menjeling tajam Sya.

“Kau akan tahu juga. Kau tak ingat dulu gaduh gaduh kita, benci benci kita, kita still share cerita. Kalau kau buang jantan tu baru aku start share balik cerita ngan kau.” makin menjadi Ayriz dengan selambanya.

“Kau memang nak aku break kan dengan Haizad. Dengki tak boleh tengok aku bahagia.”

“Sebabg aku nak kau bahagialah aku suruh kau breal dengan dia. Ingat Sya walaupun kau lahir dulu tapi aku dah makan garam dulu.”

“Poyo.” Sya mencebik membuatkan Ayriz tertawa. Tiba tiba plastik disebelah Ayriz berbunyi . Terjerit Ayriz sambil memeluk Sya.

“Kau pahal gila.” niat mahu menepis tapi makin erat pelukan Ayriz.

“Plastik tu bergerak.” cuak Ayriz dibuatnya.

“Angin la tu.” bersahaja berkata. Tiba tiba plastik itu berbunyi lagi. Terkedu Sya dibuatnya. Tangannya turut membalas pelukan Ayriz. Sah dua sepupu ini memang penakut.

Tiba tiba

“Arghhhhhhhhhh!!!!!!!”

semalam tak update harini niena update! ada yang tunggu ke heheheheh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience