Bab 37

Action Series 6386

Tangan Amanda digenggam erat seperti tidak mahu melepaskan isterinya pergi dari sisi. Cuaca panas yang memakan kulit wajah Amanda membuatkannya tidak selesa.

"Darris..."

Serentak Amanda dan Darris berpaling ke belakang melihat epunya suara. Matanya mengecil apabila cahaya matahari menikam bola matanya.

"Ada apa Neeta?"

Dalam masa yang sama, Darris mengerling reaksi wajah isterinya yang berubah. Tidak mahu Amanda terasa hati. Pinggang wanita kesayangannya dipeluk dari tepi.

"Awak kena kahwin dengan saya. Awak tak buat saya terluka macam ni, Darris."

"Apa awak merepek ni?"

"Awak pernah bagi harapan pada saya." tegas suaranya.

Matanya menjamah tangan yang menjalar di pinggang Amanda. Hatinya dipagut rasa cemburu.

"Itu dulu, Neeta. Sekarang saya ada isteri. Isteri yang saya pernah buang sebabkan awak. Dan saya tak pernah bagi harapan dekat awak."

"Tapi mama awak cakap..."

"Itu antara awak dengan mama saya. Tak pernah sekali pun saya bagi harapan dekat awak dan saya tak pernah berjanji untuk berkahwin dengan awak, Neeta. Cukuplah dulu saya pernah seksa jiwa Ayra. Saya tak nak ulang benda yang dah lepas. Tolonglah faham."

Sebagai seorang abang saudara, Darris memang kasihankan Fazneeta.

Memang pernah mereka dulu ada hubungan rapat itupun kerana disatukan oleh keluarga. Namun bagi Darris, dari dulu dia hanya dia menganggap Fazneeta sebagai seorang adik.

Namun kerana sebabkan ego, rumah tangganya runtuh kerana dendam. Dia telah melukakan hati sang isterinya yang pernah begitu menyintai dirinya dulu.

Dan kerana itulah, isterinya sanggup membawa diri jauh darinya kerana perkahwinan antara Darris dan Fazneeta tak lama akan berlangsung.

"Awak tipu. Dulu awak pernah cintakan saya, Darris tapi sebabkan Nuhayra muncul dalam hidup awak, awak buang saya. Kenapa sekarang awak tolak saya sebab Amanda? Apa kurangnya saya?"

Getaran pada suara Fazneeta menandakan dia bakal menurunkan hujan di matanya.

"Macam mana saya nak buat awak faham yang saya takkan pernah patah balik untuk terima awak melainkan Amanda. Saya anggap awak tak lebih dari seorang adik je, Neeta. Dan saya tak akan pernah ulang kesilapan yang sama, sama macam dulu."

"Tapi kenapa mama awak bagi harapan dekat saya, Darris?" kolam matanya bergenang.

"Kenapa awak percayakan mama abang?"

"Sebab dia kesiankan awak, Darris. Kahwin dengan perempuan sedangkan awak tu adalah suami orang. Sampai hati awak curang belakang Ayra."

"Dan sebabkan awaklah, Ayra pergi dari hidup saya, Neeta!" bentak Darris.

"Awak masih suami Ayra. Dan andaikan Ayra tu dah tak ada pun, kita boleh bersama, Darris. Kita pernah hampir berjodoh tapi sebabkan awak ego. Awak sanggup tolak saya hanya sebab kerana setia pada Nuhayra. Last-last, awak kahwin dengan perempuan lain juga." sinis ayat Fazneeta.

"Awak yang tinggalkan saya masa hari pernikahan kita, Neeta. Awak yang pergi lari dari semua orang. Awak tinggalkan masa tu. Tapi... saya sendiri pun tak pernah ikhlas apa lagi rela nak kahwin dengan awak, Neeta. Sebab hati saya hanya ada Nuhayra Amanda saja dan takkan ada orang lain yang mampu gantikan tempat dia. She's mine."

"Nuhayra Amanda? Ohhh, jadi awaklah Amanda. Perempuan yang pernah hancurkan kebahagiaan saya dulu. Saya baru teringatkan muka awak. Saya tak sangka kita akhirnya berjumpa semula kan. Jadi awaklah Nuhayra? Kenapa nama jadi Amanda?" soalan Fazneeta membuatkan Amanda terdiam sejenak.

Matanya dihalakan ke wajah gadis itu. Otaknya ligat berfikir untuk cuba mengingat sesuatu. Matanya dikecilkan sedikit mengingatkan wajah raut milik gadis itu.

Lama diperhatikan wajah gadis itu. Tiba-tiba Fazneeta mencelah.

"Tak kan tak ingat. Muka awak hampir sama macam Nuhayra. Tapi saya tak sangka pula awaklah Nuhayra Amanda. Siapa tak kenal Amanda? Don't you remember me, Amanda or should I call you... perempuan simpanan Haffeez?" sindir Fazneeta.

Tiba-tiba otaknya mengingat kembali apabila gadis itu menyebut nama Haffeez. Jantungnya berdetak laju.

"Kau..." matanya tajam merenung Fazneeta.

Ketawa besar Fazneeta. Mengejutkan sekali Amanda bila tahu siapa Fazneeta.

Tidak sedarkah Amanda sudah tidak lama mengenal gadis yang pernah merampas kebahagiaan rumah tangganya dulu.

Namun, Amanda tidak berputus asa. Dendam kini bermula dari sekarang.

"Hei perempuan! Kau ni memang tak faham bahasa eh? Kalau orang tu dah tak nak dekat kau tu, faham-faham jelah. Banyak lagi kut jantan dalam dunia ni, kenapa laki orang jugak eh kau nak rembat? Kau ni sama macam adik kau tu. Tergilakan si Darris. Macamlah si Darris ni sorang je dalam dunia ni..."

Ada nada sindiran. Bibir yang dari tadi terkunci, bersuara. Keluar juga bahasa kasarnya.

You pun apa kurangnya. Macamlah I tak tau yang you ni jenis kaki jantan. Bukan Darris je kaki betina. You pun sama!" tempik Fazneeta.

"Hoi engkau tu sedarlah sikit. Kau tu dah ada laki. Mana laki kau? Asal laki aku jugak yang kau cari hah?" cebik Amanda dan menjeling gadis itu.

"You yang rampas dia dari I sampai Haffeez tinggalkan I sebabkan perempuan murah macam you."

"Oi laki kau yang tergilakan aku. Kau ingat aku heran sangat ke laki kau tu?"

Fazneeta makin berani. Seraya dia tolak gadis itu yang ada di sebelah sisi Darris.

"Darris... I sayangkan you. Tolonglah terima I."

Tubuh Darris cuba dirapati namun langkahnya terhenti apabila Darris mengangkat tangannya.

"Jangan cabar kesabaran saya, Neeta." tegas suara Darris.

Tercalar hati Fazneeta apabila dirinya terasa asing. Dia tahu kedudukannya di hati Darris tetapi mengapa ibu saudaranya tetap mahu dia menebalkan meraih hati Darris sehingga dia berasa sakit apabila tidak dipedulikan.

"Darris..." bergetar suaranya.

Pandangannya kabur dengan air mata yang bertakung. Pilu dengan sakit yang diterima.

"Pergi, Neeta."

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience