Bab 14

Romance Completed 42735

"Maaf saya bertanya awak ni suami cik yang ada di dalam ni ka?"

"Ermmm"

"Ya.Kenapa?"

"Ouh...begitu.Ok macam ni boleh tak saya nak awak ikut saya ke bilik saya untuk saya terangkan dengan lebih lanjut"ujar doktor perempuan itu.

"Tak payah susah-susah.Boleh terangkan dekat sini ja"

"Tapi ni soal isteri dengan anak awak"

"Anak?"Eidlan terpaku.

"Ya.Awak tak tahu ka isteri awak tu mengandung?"

"Tak"jawab Eidlan selamba.

"Haishhh.Awak ikut saya.Ada benda yang saya nak beritahu"

"Baik.Zack,kau ikut aku"ujar Eidlan kepada Zack yang berada di sebelahnya.

"Ya tuan"

Setelah sampai,

"Encik silakan duduk"

"Baik.Tolong cepat bagitahu perkara sebenar"

"Ok.Macam ni.Isteri encik mengalami pendarahan yang teruk mengakibatkan kematian anak encik"

"Mati!Anak aku mati?"

"Ya Encik"

"Saya nak tanya sebelum ni isteri encik dengan encik ada sedikit salah faham?Maaf jikalau perkara ini sedikit peribadi"

"Ehermm"Eidlan menelan air liurnya.

"Tak da"

"Saya rasa isteri encik mengalami tekanan perasaan yang menyebabkan keguguran berlaku"

Belum sempat doktor tersebut berkata lagi,

Eidlan terus keluar dari situ.Dia terus berjalan ke arah wad yang menempatkan Ishtar.

Dia terus berdiri tegak di depan pintu wad Ishtar.Matanya terus memandang ke arah cermin yang berada di pintu itu.

Dari luar dia ternampak Ishtar sedang berbaring.Masih tidak menyedarkan diri.

Mukanya sedikit pucat.Mata Ishtar pula masih sedikit bengkak.

Hal itu membuatkan hati Eidlan sedikit tersentak.Hatinya terasa bagai dicarik-carik.

Entah apa yang dirasakan oleh dirinya sekarang.Rasa yang bercampur-baur.Kesian,sedih,sakit dan bersalah bercampur menjadi satu.

"Maafkan aku"Eidlan terus rebah di lantai.

"Maafkan aku"

Akhirnya,jatuh jua ego seorang lelaki terhadap seorang wanita.

"Maafkan aku sebab dah pernah kotorkan kau"Eidlan pada masa ini amat-amat merasa bersalah.Sungguh itu yang dirasakannya sekarang.

Dia tahu kemaafan itu tidak dapat diterimanya atas apa yang pernah dia lakukan kepada Ishtar.

Dia juga tahu bahawa Ishtar berang apabila melihat mukanya nanti.

Tetapi dia sudah berjanji kepada mak dan ayah Ishtar untuk menjaganya.

Flashback

"Makcik...tunggu yer.Ambulans akan sampai sebentar lagi"

Entah hantu apa yang merasukknya sehingga dia sampai di kawasan yang berdekatan dengan rumah Ishtar.

Dan tak diduga ada satu kejadian yang mengakibatkan kemalangan sepasang suami isteri seumuran dengan arwah ibu dan daddynya dulu.

Hatinya tergerak untuk menolong mereka sedangkan dia langsung tidak kenal.

"Tolong jaga anak makcik"ujar mak cik tersebut tersekat-sekat.

"Tolong yer nak"

"Baik makcik.Tapi makcik kena bertahan"

Belum sempat ambulans tiba...makcik tersebut sudah meninggal dunia termasuk suaminya.

Dan dia juga tidak menyangka bahawa sepasang suami isteri itu ialah mak dan ayah Ishtar.

Terkejut....itu sudah pasti.

"Tuan!"

"Tuan!"Zack memanggilnya.

Eidlan tersedar dari lamunan.

"Ya"Eidlan menyahut perlahan.

"Tuan ok tak?"

"Kenapa tuan duduk dekat lantai ni?"

"Aku ok"

Eidlan terus bangun dan menyapu sedikit kotoran yang berada di bajunya.

"Betul eh,tuan tak apa-apa?"

"Ya.Aku ok"

"Baiklah kalau macam tu"

"Kesian saya tengok cik Ishtar"ujar Zack apabila melihat Ishtar yang terbaring lesu.

"Saya dapat tengok kesedihan yang ada dalam mata dia waktu mak dan ayah dia meninggal"sambungnya lagi.

"Tuan rasa dia dapat terima kalau dia dapat tahu dia mengandung dan gugur dalam waktu yang sama?"Zack memandang wajah Eidlan yang berada di belakang nya.

"Aku takkan bagitahu dia"ujar Eidlan.

"Tuan takkan bagitahu dia? Kenapa?"

"Aku...Tak ada apa-apa.Tapi yang pasti aku takkan bagitahu dia tentang baby yang dia kandungan tu meninggal"

"Ikut tuan lah.Saya tahu tuan lebih arif soal ni"

"Tapi saya nak tanya satu soalan"soal Zack.

"Apa?"

"Tuan ada perasaan dekat cik Ishtar?"

"Kenapa kau tanya aku soal tu?"

"Tak lah.Saya perhatikan tuan agak lain dari kelmarin lagi.Tuan banyak bersendiri.Tak banyak bercakap"

"Apa yang lainnya.Memang aku macam tu kan?"

"Tuan tak payah bohong la.Saya ni dah kenal tuan lama.10 tahun"

"Tuan terasa kan bila cik Ishtar tegur tuan.Tuan rasa bersalah bila tuan pernah buat sesuatu dekat dia dulu.Betul tak?"

"Mmmm mana ada"

"Entahlah tuan.Saya rasa tuan patut fikir kan apa yang terbaik untuk tuan dan cik Ishtar"

"Kalau betul tuan dah mula jatuh hati dekat cik Ishtar,kahwinlah dengan dia.Buat dia jatuh cinta dengan tuan"

"Buat dia lupakan apa yang pernah tuan buat dekat dia dulu"

"Saya pergi dulu.Kalau tuan nak apa-apa boleh telefon saya"

Zack terus pergi dari situ.Eidlan pula masih terpaku.Cuba memproses apa yang dicakapkan oleh Zack.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience