Bab 57

Romance Completed 53837

Apa pandang-pandang? Tak pernah tengok perut orang mengandung ke? Bersuara Munirah geram saja apabila melihat mata Azhar tidak lepas dari memerhati saja gerak-gerinya itu. Ke mana Munirah pergi ke situ jugalah matanya akan melilau. Sampaikan Munirah nak keringkan rambutnya yg masih basah pun tidak senang.

"Sebab tak biasalah abang suka tengok sayang macam ni..comel baby bump tuu..anak papa!!" Nguman Azhar sendiri. Bibirnya terus mengukirkan senyuman riang.

Mengeluh Munirah buat sejenak waktu. Sakit hati saja dia melihat senyuman gatal di wajah Azhar. Mati terus mood baik Munirah hari ini. Dia sudah masak dengan perangai Azhar begini. Kalau tidak bukan hal semalam mesti Munirah sudah dapat pulang dengan aman di rumah uminya. Munirah terus meletakkan 'hair dryer' di atas meja solek semula. Satu pandangan tajam diberikan kepada Azhar sebelum dia melangkah keluar dari dalam bilik ini. Bukan itu saja, jelingan maut yg Azhar dapat kali ini. Munirah melangkah besar kakinya untuk pergi keluar.

Ehh..ehhh..Nak pegi mana ni?? Ok maaflah kalau Irah kurang selesa abang pandang Irah macam tu..Okey. Abang tak buat dah. Janganlah macam ni..Kejap lagikan kita nak pegi appointment kan? Mari abang tolong keringkan rambut Irah.. Pujuk Azhar semula selepas melihat mood Munirah kurang baik hari ini.
Mungkin disebabkan oleh faktor ibu mengandung. Itulah yg dirasakan oleh Azhar ketika ini.

Azhar menarik lembut lengan Munirah dan menyuruh Munirah duduk di atas kerusi depan meja solek. Segera dia mengambil 'hair dryer' di atas meja untuk keringkan rambut Munirah. Senyuman di bibirnya masih tidak lekang lagi. Perlahan-lahan dia mengeringkan helaian rambut Munirah itu. Munirah tidak membantah kali ini. Dia hanya akur saja apa yg Azhar lakukan kepadanya sekarang. Lembut saja sentuhan tangan Azhar di kulit kepalanya. Pandangan Munirah hanya jatuh ke bawah saja. Cepatnya hati ini rasa menerima Azhar semula. Matanya terus di tumpukan ke arah perutnya yg semakin membesar ini. Tangan Munirah mengusap lembut perutnya itu. Sebentar lagi dia akan melihat perkembangan anaknya. Sama ada anak di dalam kandungan ini lelaki atau perempuan. Naluri seorang ibu telah wujud di dalam benak hati. Senyuman di bibirnya terus diukirkan. Sudah lama dia menanti perasaan ini tiba. Azhar sejak dari tadi melihat saja gelagat Munirah melalui cermin di hadapannya itu. Setelah selepas mengeringkan rambut Munirah. Azhar terus melutut di depan Munirah. Kedua tangannya turut mengusap lembut perut Munirah. Perasaan sebak mula bermain di dalam dirinya. Perasaan gembira bercampur sedih. Suami mana tidak rasa bahagia bila dikurniakan rezeki begini. Penantian bagi seorang yg akan bergelar ayah tidak lama lagi.

Sudah masuk berapa bulan? Tanya Azhar sambil menatap dalam anak mata Munirah. Azhar mengenggam erat pergelangan tangan Munirah. Azhar tahu dirinya sudah banyak bersalah dan berdosa dengan Munirah. Meninggalkan Munirah dalam keadaan mengandungkan anak mereka berdua. Pasti Munirah sudah banyak melalui tempoh fasa kehamilan sendiri selama ini. Dirinya sebagai suami harus berada di samping isteri tetapi Azhar tidak pernah berada di samping Munirah sepanjang dia hamil. Azhar akan terima jika Munirah masih memarahinya. Dia berhak marah dan rasa sakit hati dengan tindakan Azhar seperti ini.

4 bulan..kenapa baru sekarang abang nak tanya? Kenapa tidak hari di mana abang sudah tinggalkan Irah? Kenapa baru sekarang abang pulang? Benci sangat ke abang dekat Irah sampai sanggup bawa diri jauh dari semua orang? Jauh dari Irah, isteri abang sendiri? Sanggup abang buat Irah macam ni kan? Irah tahu..Irah dah banyak menyusahkan abang selama ini. Selama kita kahwin, Irah tak pernah nak senangkan hati abang. Selalu saja buat masalah. Memalukan maruah keluarga kita. Perempuan Murahan. Macam tu kan? Irah sedar abang siapa diri Irah selama ini. Irah sedar..Irah bertahan sebab anak dalam kandungan ini. Anak saya..anak abang..anak kita. Kalau tak ada zuriat ini mungkin saya bukan isteri abang lagi. Hati saya sakit abang. Dah lama hati ini sakit sangat. Sanggup abang permainkan perasaan saya. Kenapa abang tak beritahu perkara sebenar tentang bernikah dengan Mira? Susah sangat ke abang nak jujur dengan saya? Saya tak akan marah..saya tak akan rasa sakit hati seperti ini. Hati saya tak akan berbelah bagi seperti sekarang. Sudahlah abang..kalau abang balik ke sini hanya sementara saja..bukan untuk berjumpa dengan saya..lebih baik abang tak payah balik langsung ke sini. Lupakan saya..lupakan anak dalam kandungan ini. Abang pergilah bawa diri lagi. Lupakan kami. Luah Munirah segalanya apa yg telah dipendamkan di dalam hatinya selama ini terhadap Azhar. Air matanya sudah lama menitis jatuh ke bawah. Melihat wajah Azhar di depanya sekarang sudah cukup merintihkan jiwanya. Pandangan Munirah terus jatuh ke bawah. Dia menangis semahunya di depan Azhar. Rasa satu beban telah dilepaskan juga akhirnya. Rasa sakit yg sudah lama ia pendamkan. Memang perit lalui semua ini sendiri. Di wajahnya kelihatan tenang saja seolah tiada masalah yg ditagung tetapi hampir setiap hari jiwanya merintih. Memerlukan tempat untuk berpatut dan berdiri semula.

Maafkan abang Munirah...Maafkan abang....Abang bukan suami yg baik untuk Irah..Maafkan kekhilafan abang selama ini. Maafkan abang sebab tinggalkan Irah dalam keadaan menderita seperti ini. Maafkan abang tak ada di samping Irah semasa Irah bersusah payah membawa zuriat kita. Maafkan abang Munirah..Abang tak akan buat lagi. Abang tak akan tinggalkan Irah dan anak kita lagi. Abang menyesal Irah..semua ini bukan salah Irah. Irah tak pernah buat salah dekat abang. Abang yg berdosa dengan Irah. Maafkan abang..tolong jangan menangis lagi. Abang tak nak tengok Irah menangis lagi. Kata Azhar sudah menangis teresaknya seperti anak kecil di depan Munirah. Pandangannya turut jatuh ke bawah.

Baru sekarang Azhar tahu dalam diam dia sudah menghancurkan perasaan seorang isteri yg sanggup buat apa saja asalkan dirinya ini bahagia. Seorang isteri yg tidak pernah meminta apa-apa. Seorang isteri yg sanggup berkorban apa saja asalkan dirinya rasa selesa. Munirah tidak pernah salahkan Azhar selama ini. Munirah hanya salahkan dirinya saja kerna Azhar bertindak seperti ini. Tersedu-sedan Azhar menangis sambil berlutut di depan Munirah. Dibuang segala egonya itu jauh-jauh. Sekarang, dia betul-betul rasa menyesal dengan tindakannya selama ini. Kalaulah waktu boleh berputar semula, Azhar tidak mungkin akan mengecewakan Munirah. Mengsiakan hidup Munirah sepanjang berkongsi kasih dengannya. Suasana bertukar sepi di ruangan bilik mereka. Hanya kedengaran tangisan Munirah dan Azhar saja di dalam bilik itu. Masing-masing rasa sakit dengan semua ini. Munirah mengesat lembut sisa air matanya itu. Melihat Azhar menangis seperti ini juga membuatkan hatinya sakit. Azhar adalah suaminya. Azhar sudah meminta maaf atas segalanya. Semua orang penah berbuat salah. Hanya perkataan 'maaf' dapat menyelesaikan semua masalah mereka berdua. Munirah turun perlahan duduk di tepi Azhar. Tangisan Azhar masih lagi redup kedengarannya. Perlahan-lahan kedua belah tangan Munirah mula memegang wajah Azhar. Di angkat wajah Azhar memandangnya semula. Munirah mengukirkan satu senyuman tenang ke arah Azhar.

Abang..jangan minta maaf lagi..Munirah juga bersalah dalam hal ini. Maafkan Munirah juga yee..Munirah sayangkan abang..Jangan menangis seperti ini lagi..Bersuara Munirah dalam keadaan sepi itu. Mereka berdua terus menatap lama wajah masing-masing. Sentuhan lembut jari Munirah mengesat sisa air mata di wajah Azhar buat dirinya kembali rasa hiba. Azhar terus menarik tubuh Munirah dalam dakapannya. Mereka berdua sudah melengkapi antara satu sama lain semula. Memang benar, dalam islam perkataan 'Maaf' itu dapat menyelesaikan segala masalah kita. Melepaskan rasa sakit di hati itu pergi. Selagi kita pendam, selagi itulah hati kita tidak akan rasa tenang malah akan bertukar kepada 'dendam'.

................................................................................

Mana Azhar dan Munirah? tanya walid sambil menghirup air kopi di cawanya itu. Walid sengaja mengambil cuti harini kerana tidak sabar menanti keputusan jantina bakal cucu sulungnya nanti. Tambah pula menantu kesayangannya itu sudah berbaik semula dengan anaknya. Walidlah orang yg rasa sangat bersyukur dengan semua ini. Setelah pelbagai dugaan dan rintangan yg mereka berdua lalui akhirnya mereka bersatu semula. Sememangnya jodoh Azhar dan Munirah sangat kuat sekali. Penyatuan yg diluar jangka tapi kasih sayang boleh berputik selepas berkahwin. Mungkin dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka nanti akan lebih bahagia hidup mereka berdua.

Entoh lah abang..lama benor perginya ke klinik tu. Sudah pukul 5.00 p.m masih belum pulang lagi. Keluar awal pagi bukan main lamanya lahai..Dah beranak ke apa dekat sana. Jawab Hajah Fazilah sudah tidak duduk senang menanti kepulangan mereka berdua nanti. Azhar tidak pula khabarkan berita kepada mereka lagi. Bonda tidak sabar nak tahu janitan itu juga.

Haishh awak ni..ke situ pula..Alah, biarlah..orang baru nak ngam semula. Mana tahu Azhar bawa Munirah pergi ambil angin sekejap. Syukur Alhamdulilah semuanya sudah selesai. Haa..Semalam..Apa yg sudah teejadi dekat Azhar dan Munirah? Macam mana mereka boleh berjumpa dalam rumah ini? Tanya Walid ingin tahu juga apa yg telah berlaku semalam. Walid pulang saja ke rumahnya sudah ada Azhar dan Munirah di sini. Seronok hatinya rasa melihat mereka berdua semula. Tidak sempat dia bertanya lebih lagi.

Emmm yelah..Pasal semalam ke?? Okey. Dah alang-alang abang buka topik nak bergosip. Saya pon nak 'Open Table' jugalah. Alah, gosip pasal anak, menantu kita tak apakan?? Ujar Bonda sudah bersemangat semula untuk berbual kosong dengan walid tentang pertemuan semula Azhar dan Munirah. Bonda mulanya bercerita dari A to Z kepada Walid. Sampailah kejadian di mana Azhar mencari Mak Nah sampai di dalam biliknya yg menempatkan persembunyian Munirah.

"Assalamualaikum Mak Nah..."

'Ucap Azhar setelah membuka pintu bilik Mak Nah. Sengaja dia tidak mengetuk dahulu kerana tahu Mak Nah mungkin akan baca tafsiran quran tidak pun berzikir saja dalam masa terluang seperti ini. Azhar sudah tahu segala masa lapang Mak Nah kerana sejak kecil lagi dia membesar di dalam pangkuan dan jaagaan Mak Nah. Hanya dirinya saja yg selalu rapat dengan Mak Nah. Satu senyuman terus diberikan apabila dia melihat Mak Nah berdiri kaku di depannya itu. Hanya senyuman kelat Mak Nah balas kepadanya.'

'Waalaikummusalam..Azhar sudah pulang ke sini? Bila sampai??..Tanya Mak Nah tergagapnya kepada Azhar. Matanya masih melilau ke kanan dan ke kiri kerana tidak tahu nak hilangkan rasa gugup di hatinya itu.'

'Munirah menunjukkan tanda 'diam' dan 'bertenang' saja ke arah Mak Nah. Munirah hanya sempat bersembunyi di tepi pintu bilik itu saja sebalik Azhar menguak pintu bilik Mak Nah. Nasib saja tubuhnya kecil dan cukup-cukup muat saja apabila Azhar menguak besar juga pintu bilik itu. Hampir terhimpit dirinya rapat ke dinding. Benda pertama yg dia risau adalah kandungannya itu saja. Azhar tidak melangkah masuk ke dalam bilik Mak Nah malah hanya menunggu saja di pintu itu.'

'Ermm..baru saja sampai ni..tetiba saja 'mengidam' nak rasa air kopi buatan Mak Nah. Itulah sampai ke sini Azhar cari. Mak Nah ok tak ni?? Macam tak sihat saja Azhar tengok?? Nak Azhar bawa ke Klinik ke? Soal Azhar semula apabila rasa hairan melihat keadaan jangal Mak Nah di depannya sekarang. Mak Nah tidak pernah cakap tergagap seperti ini bila bersamanya. Tetapi sekarang pelik sangat diri Mak Nah. Seolah sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya. Munirah menutup rapat tangan di mulutnya itu. Rasa kelakar saja Azhar mengidam air kopi. Sekarang, dia mengandung ke Azhar yg mengandung. Bukan-bukan saja perangai Azhar bila datang kerenah manjanya ini. Sampaikan nak marah pun tak jadi malah bertukar geli hati pula dalam keadaan begini.'

'Haa Azhar..buat apa kamu lama-lama di sini? Jum ke depan semula. Nah..Tolong buatkan Azhar kopi yaa? Pinta Bonda apabila sampai ke situ juga. Bonda yg tolong tarik perhatian Azhar semula. Mak Nah hanya mengangguk tanda faham saja dan bergegas ke dapur dahulu. Keadaan bertukar sepi sekejap di situ. Azhar memandang hairan tingkah laku Mak Nah dan bondanya ini. Kali ini Azhar betul-betul syak yg bonda sembunyikan sesuatu daripadanya. Di tatap lama anak mata bonda dalam-dalam. Mencari satu penipuan di anak mata Bonda. Tiba-tiba..'

'Debuk!!'

'Haa..ambik ni. Sudah tebiat ke apa pandang bonda kamu seperti ini!! Dah pegi ke depan!! Haishh..semakin melampau budak ni. Apalah yg dia fikirkan itu. Marah Hajah Fazilah terus memukul lembut kepala Azhar. Geram saja dia mahu melayan tingkah laku Azhar seperti ini. Semakin penat Bonda rasa jika penipuan ini masih berterusan. Dengan perangai Azhar pula seperti anak kecil selalu saja mahu ambil tahu segalanya.'

'Adoiiii...Napa pukul kepala Azhar pula?? Azhar pandang jee..Salah ke?? Arrsyakit(sakit) lah..Ngadu Azhar manjanya ke arah bonda. Di muncung mulutnya itu di depan bonda. Apa salahnya sampai bonda sanggup memukulnya seperti ini. Dia cuma mahu satu kepastian saja dari bondanya. Munirah sudah tidak tahan lagi dengan semua ini. Tidak semenanya di mula rasa geli perut di situ. Semakin ditahan, rasa sakit pula pinggangnya itu.'

"hahahaha"

'ketawa Munirah sudah duduk bertinggung di tepi pintu bilik itu. Dia sudah tidak boleh untuk bertahan lebih lama lagi. Biarlah apa yg akan berlaku selepas ini asalkan gelak- tawanya itu boleh dilepaskan juga. Azhar memang kaki nyakat sejak dari dulu lagi. Sepanjang Munirah hidup bersamanya selalu saja ada gelak ketawa setiap hari. Seperti situasi sekaranglah, Munirah sememangnya seorang perempuan yg mudah terhibur orangnya. Bonda terus menepuk dahinya. Gagal terus semua ini selepas Munirah sendiri yg merosakannya. Tergamam Azhar mendengar suara gelak ketawa seseorang yg ia sangat kenali di tepi pintu bilik Mak Nah. Cepat-cepat Azhar masuk dan melihat susuk tubuh orang yg ia kenali itu di tepi pintu. '

"Munirah??"

Haa... begitulah abang... Saya juga ketawa di situ..Saya memang tak tahu penamatnya akan berakhir seperti itu saja. Cerita Bonda seronoknya kepada Walid. Walid juga rasa terhibur dengan cerita bonda ini. Mereka berdua terus ketawa bersama di tepi meja bulat itu. Sama-sama seronok ketawakan diri Munirah dan Azhar. Dari jauh Azhar dan Munirah pandang saja gelagat Walid dan bonda berbual tentang mereka. Mereka berdua terus berpandangan antara satu sama lain. Keduanya rasa malu saja dengan situasi seperti itu. 2 pandangan mata tajam terus diberikan kepada Walid dan Bonda. Walid yg sudah perasaan susuk tubuh Azhar dan Munirah sudah pulang terus berlakuan seperti biasa saja. Di biarkan saja bonda masih ketawa riang di situ.

Ermmm...Ermmm..Ermmmm. Mendengus Walid kuatnya untuk menyedari isterinya itu. Sudah seperti di rasuk syaitan apabila ketawa tidak ingat dunia seperti ini. Walid terus mencuit tangan bonda untuk menyedarinya juga untuk berhenti ketawa sekejap.

Haa..apo? Saya nak ketawa lagilah..Tanya bonda masih lagi ada sisa gelak ketawanya itu. Di pandang wajah walid yg sudah kembali series semula. Walid terus menundingkan jarinya ke arah Azhar dan Munirah sudah bersilang tangan ke dada mereka di tepi pintu sliding door itu. Bonda terus memandang benda apa yg walid tunjukkan itu. Gelak ketawanya terus mati di situ.

'Ehh..Haiii'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience