BAB 4

Family Completed 32037

Mihun goreng dan sambal ikan bilis buatan ibu pagi ini sangat menyelerakan. Aku menambah sehingga dua kali. Ibu tertawa kecil melihat gelagatku. Pak cik pula awal pagi tadi sudah pergi menoreh getah. Ibu hari ni sudah boleh bekerja semula.

"Mina, kau apa khabar?"

Dua orang wanita yang kelihatan sama baya dengan ibu menyapa ibu yang sedang bekerja. Aku yang berdiri disebelah ibu hanya mengukirkan senyuman.

"Eh Nana, Erin. Alhamdullilah baik. Lama tak jumpa?"

"Tulah. Aku tak sangka kau stay sini lagi. Ni anak kau?"

"Haa ni anak aku."

"Comel macam kau."

Aku bersalam dengan aunty Nana dan Erin. Mereka kelihatan peramah. Suka sangat mencubit pipiku yang tembam ini.

"Tu abang aku.."

"Oh.. dia tak kahwin lagi?"

"Tak. Dia sibuk dengan kerja dia tu je. Sibuk jaga anak saudara kesayangan dia."

Ibu tergelak kecil. Aku meminta diri untuk menolong pak cik yang terbongkok-bongkok mengutip buah kelapa. Kasihan pak cik.

"Mina, kau tak nak ke turun KL cari koje... kau tahu kawan-kawan kita semuanya dah berjaya kerja kat KL. Yang kau ni terperuk duduk dalam kampung. Tak terasa katak di bawah tempurung ke?"

Amina tersenyum kelat. Terasa hatinya dengan kata-kata Nana.

"Aku balik ni pun sebab nak ajak kau kerja dekat company aku tu. Bos aku nak cari orang bekerja as his assistant. Gaji pun lumayan. Pengalaman pun tak diperlukan. Rumah pun dia dah siapkan tapi rumah tu satu bilik sahaja. Tinggal kau nak duduk aje. Kau nak tak?"

Amina serba-salah untuk memberi jawapan untuk soalan sukar ini.

"Kau bagilah aku masa. Esok aku beritahu kau. Nombor kau still sama kan?"

"Haa nombor tu jugak. Kau beritahu lah nanti. Jangan lambat sangat kang melepas jawatan tu. Susah tau nak dapatkan jawatan tu."

"Aku cuma risau anak aku je."

"Alah, Medina tu kau tinggalkan je dengan abang kau. Kat sana hidup nak tanggung sorang pun terkucar-kacir. Sebulan sekali kau baliklah sini semula. Untuk dia juga bukan kau nak berhibur."

Amina mengangguk kecil.

Malam itu aku lihat ibu termenung jauh ke luar jendela rumah. Hari ini ibu banyak termenung tapi aku tak mengganggu ibu mungkin ibu sedang menenangkan fikirannya. Hati aku pula daripada tadi tidak duduk diam. Resah gelisah. Jantungku pula berdegup kencang. Apa pula lah yang akan terjadi? Hati rasa tak sedap sahaja. Aku harap semuanya baik-baik sahaja.

“Medina sayang... kenapa berdiri di situ lama?”

Panggilan ibu mengejutkan aku lalu aku mendekatinya.

“Tak ada apa, Ibu. Medina baru je diri situ.”

Ibu mengusap kepalaku lembut lalu dikucupnya.

“Medina, ibu nak cakap sedikit. Boleh?”

Aku menganggukkan kepalaku sambil tersenyum comel.

“Kalau ibu pergi KL untuk mencari kerja. Medina tinggal bersama pak cik boleh?”

Aku terkejut dengan pertanyaan ibu. Ibu nak tinggalkan akukah? Kalau nak cari kerja pun kenapa tak bawa aku sekali?

“Ibu nak tinggalkan Medina?”

Aku menundukkan wajahku sambil menitiskan air mata.

“Medina, jangan salah faham. Bukan ibu nak tinggalkan Medina, ibu nak ubah keluarga kita. Sampai bila nak duduk di sini sahaja. Ibu nak cari kerja untuk sara Medina juga. Nanti bila Medina dah masuk alam sekolah menengah akan banyak lagi duit untuk diguna. Medina fahamkan sayang? Jangan menangis. Ibu janji akan balik juga sebulan sekali. Nanti ibu dah kumpul duit yang secukupnya ibu akan bawa Medina dan pak cik tinggal di KL, ya sayang?”

Perlahan-lahan aku menganggukkan kepalaku lalu kukucup pipi ibu lama.

“Bila ibu nak pergi?”

“Hari Sabtu ni ibu pergi...”

Aku memeluk ibu dengan erat seperti tidak mahu lepaskan. Aku tidak dapat menahan lagi tangisanku, berjurai-juraian air mataku jatuh mengalir. Ibu beberapa kali mengesat air mataku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience