5.

Romance Completed 46610

Aura merasa perutnya berkeroncong minta diisi, Namun dia harus menyiapkan kertas kerja yang akan dibawanya besok untuk dibentang didepan Tuan Steve dan Tuan Alex.

Akhirnya dia terpaksa keluar dari bilik hotelnya dan berlalu mencari makanan untuk mengalas perutnya.

Dalam perjalanan mencari kedai 24jam dia tanpa sengaja terlanggar bahu seorang lelaki yang memakai pakaian hoodie berwarna Grey.

"Opss sorry sir i didn't mean it Very sorry." Kata Aura memegang lengan lelaki itu agar dia tak terjatuh.

"No, I'm ok." Balas lelaki itu yang memegang tangan Aura dilengannya.

"Malaysia?" Tanya Aura pada lelaki didepannya.

"Ya Malaysia and You?" Soal lelaki itu semula.

"Sama." Kata Aura tersenyum.

"Saya Uthman. Uthman Ayyan." Sapa lelaki itu, Namun wajahnya sama seperti tadi dipandangan Aura. Raut kesedihan dan kesakitan.

"Saya Aura." Kata Aura membalas salam Uthman.

"Awak nak pergi mana? Tak sejuk ke?" Tanya Uthman.

"Saya nak cari kedai 24 jam nak cari makan sikit." Kata Aura tanpa berselindung.

"Jom saya teman awak. Bahaya perempuan jalan sorang kat sini ni." Kata Uthman.

"Hmm baiklah." Balas Aura.

Mereka berjalan membelah kesejukan yang melebihi pada waktu petang.

Uthman melihat gadis disebelahnya. Terlihat jelas dimatanya gadis yang penuh dengan kesedihan diraut wajahnya.

"Awak buat apa kat sini?" Tanya Uthman.

"Perjalanan Bisnes. Sambil tu bawa hati ni." Kata Aura tanpa berselindung.

Aura tak tahu kenapa dia harus bagitahu lelaki disebelahnya tentang perasaan hatinya sekarang. Sedangkan dia cukup menjaga mulutnya agar tak terlepas cakap kecuali pada Melissa.

"Oo Heart Broken lah ni?" Tanya Uthman.

"Tak adelah. And you buat apa kat sini?" Tanya Aura yang masuk kedalam kedai 24 jam selepas Uthman membukakan pintu kedai.

"Sama bawa hati dan perasaan ni." Balas Uthman.

"Why?" Tanya Aura sambil memilih makanan yang boleh dimakannya.

"Tunang saya kena tangkap basah dengan Abang kandung saya sendiri." Kata Uthman. Baginya baru saja dekat dengan gadis disisinya dia dapat rasa keselesaan dan kenyamanan bersama Aura.

Dia tak malu berterus terang tentang perasaan terlukanya pada Ex tunangannya.

"Sorry kalau saya tanya tadi tu buat awak terluka lagi." Kata Aura.

"Takpe dah memang terluka pun." Kata Uthman.

Aura yang membawa beberapa jenis makanan kekaunternya ingin membayar, Namun Uthman lebih cepat menyerahkan wang pada gadis kaunter.

"Ehh ala. Tak payahlah." Kata Aura.

"Takpe." Balas Uthman.

Mereka berlalu meninggalkan kedai itu dan berjalan lagi mencari tempat untuk duduk.

"Awak nak cepat ke?" Tanya Uthman.

"Taklah. Kenapa?" Tanya Aura.

"Kita duduk sana." Uthman menunjukkan kerusi yang terletak dibawah pokok tepi air pancut.

"Erm boleh juga." Kata Aura.

Mereka menapak menuju kesana. Tanpa disengaja teman temannya melihat Aura sedang bersama seorang lelaki yang mereka tak kenali.

Farel cuba ingin mendekati mereka berdua namun dihalang oleh Melissa.

"Biarlah Aura. Mungkin kawan masa dia study kot." Kata Melissa dan membawa mereka berlalu dari situ.

Wajah Farel terlihat murung. tertanya siapa gerangan lelaki tadi bersama Aura.

"Nah untuk awak." Aura memberikan Nescafe Mocha dan Sandwich ayam kepada Uthman.

"Awak?" Tanya Uthman sebelum menerima pemberian Aura.

"Ada ni." Kata Aura menunjuk dengan tangannya sebelah kedalam plastik yang ada diribanya.

"Terima kasih." Kata Utman dan menerima pemberian Aura.

"Awak cakap awak kesini untuk bisnes dan bawa perasaan hati." Tanya Uthman.

"Haah." Kata Aura.

"Why you heart? Kongsilah." Kata Uthman.

"Hmm sebenarnya saya dah kahwin." Kata Aura.

Alangkah terkejutnya Uthman mendengar perkataan Kahwin dari mulut gadis itu.

"Tapi atas dasar balas budi Papa dan Mama." Kata Aura lagi.

"Maksud awak?" Tanya Uthman.

"Saya memang suka lelaki ni yang dah jadi suami saya sekarang. Tapi perasaan tu mulai pudar lepas apa yang jadi masa saya di tingkatan 3." Kata Aura.

"Kenapa?" Soal Uthman.

"Kembar saya mereka cerita soal saya ni macam-macam. Hingga dia percaya dan cakap bukan bukan dan hina saya." Kata Aura.

Dia tak tahu kenapa mulutnya senang meluah pada lelaki ni.

"Hingga satu haritu, Saya baru je lulus dalam kuliah, Kembar saya menghubungi saya mengatakan dia dan Mateen ada dekat kelab malam dan sedang dalam masalah.Tak fikir panjang, Saya datang sana lihat hanya ada Auni disana. Namun tiada Mateen. Rupanya dia cuba perangkap saya agar minum minuman Haram tu dan menjebak saya dengan lelaki tidur dihotel. Nasib saya sempat sedar. Saya meninggalkan dia dalam keadaan mabuk." Kata Aura lagi.

Dia cuba menarik nafas dalam agar airmata yang mula nak jatuh tidak mengalir.

"Auni yang ditangkap oleh Mateen dekat hotel tu, Tapi Auni bagitahu saya yang menjebak dia hingga jadi macam tu." Kata Aura.

"Kenapa awak tak bagitahu perkara sebenar?" Soal Uthman.

"Awak kira siapa nak percaya saya?" Tanya Aura.

Uthman diam seribu bahasa kesian atas nasib sigadis.

"Then macamana awak boleh jadi isteri dia?" Tanya Uthman lagi.

"Sekarang dia lumpuh. Akibat kemalangan. Sepatutnya Kembar saya Auni yang harus kahwin dengannya. Namun Auni menolak keras kerana sia lumpuh. Untuk tidakemalukan dua keluarga, Papa nak saya kahwin dengan Mateen atas alasan balas budi dia telah tanggung saya." Kata Aura.

"Papa dan Mama awak ni tak suka dekat awak?" Tanya Uthman.

"Macam tulah. Nenda je yang selalu ada dengan saya bila saya sedih." Kata Aura.

"Berapa lama awak kahwin dengan lelaki tu?" Tanya Uthman.

"Baru 2 hari." Kata Aura.

"Jadi awak kat sini?" Tanya Uthman.

"Sspatutnya masa pernikahan tu saya kat sini atas urusan tanda tangan kontrak, Namun pihak sini hanya akan tandatangan jika saya yang datang." Kata Aura.

"Kesian awak." Kata Uthman.

"Dah ni bahagian saya. Tapi ni hanya atas kertas. Dan bila Mateen dah sembuh saya akan tuntut cerai padanya." Kata Aura.

"Kenapa?" tanya Uthman.

"Saya tak sanggup jadi bahan cacian dan makian dia. Lagipun saya tahu bila bila masa Auni akan datang semula menagih kasih Mateen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience