BAB 13

Romance Series 81452

"Tak guna! Aku tak akan biarkan kau miliki Delia. Dia tu hak aku. Selamanya milik aku, bukan kau Ammar!" amuk Izz Lutfil.

Semua barangan diatas meja dibaling pada dinding. Kepala digeleng laju bila teringat perkara tadi. Tak mungkin dia akan lepaskan gadisnya semudah itu.

"Kau tak akan berjaya Ammar. Aku berjanji akan rosakkan hubungan kau kalau dapat Delia. Aku kena jadikan Delia sebagai isteri aku secepat mungkin" tidak lama kemudian, bibir naik ke atas menunjukkan senyuman sinis.

Idea bernas telah muncul di akal fikiran.

"ZACK!"

Zack melangkah masuk ke dalam bilik Izz Lutfil. Dia menunduk hormat seketika sebelum menunggu balasan daripada lelaki itu.

"Aku nak kau siapkan secepat mungkin tempat tu. Aku nak Delia selamanya tinggal dengan aku" ujar Izz Lutfil.

"Baiklah" Zack mengangguk sekilas dan beredar pergi.

Izz Lutfil tersenyum puas. Dia mengambil balik barangan berterabur tadi, lalu diletak kembali ke atas meja.

•••

Izz Lutfil melangkah masuk ke dalam kelas. Matanya merenung tajam pada Inara Adelia. Dia memandang pula semua pelajar di situ. Dia berdehem kecil sebelum memulakan bicara.

"Sir  nak semua hantar assignment hari tu. Sir  nak sekarang" ujar Izz Lutfil.

Pelajar di situ buat tidak endah. Masing-masing berborak dan membuat kerja masing-masing. Dia mengetap gigi dan tangan dikepal penumbuk.

BAM!

"Kau pekak ke apa? Aku cakap nak sekarang, berilah sekarang!" tengking Izz Lutfil lantang.

Semua di situ terkedu. Termasuk Inara Adelia. Cepat-cepat mereka mengeluarkan assignment masing-masing dan menuju ke depan.

Giliran Inara Adelia sudah tiba. Dia meletakkan fail tersebut dan ingin memusing ke belakang, namun terbantut bila lengannya dipegang erat. Mata memandang sekeliling.

"Jumpa belakang blok nanti lepas kelas. Kalau kau tak datang, siap aku kerjakan" kata Izz Lutfil dan melepaskan pegangan tersebut.

Inara Adelia menuju ke tempat semula. Dia memandang di sebelah bila Hana Aqeela mencuitnya.

"Dia cakap apa?" tanya Hana Aqeela.

"Jumpa dia belakang blok lepas habis kelas. Kau teman aku okay" jawab Inara Adelia.

"Okay" balas Hana Aqeela pula.

•••

Izz Lutfil mengerling jam tangan sekilas dan memandang sekeliling. 5 minit sudah berlalu. Namun susuk tubuh gadis itu belum muncul. Dia rasa seseorang menghampirinya, lantas dia memusing ke belakang dan melorek senyuman manis.

"Sayang..." Izz Lutfil cuba memegang pipi, Inara Adelia menepis kasar.

"Tolong hormat sikit. Ini tempat orang menimba ilmu" ujar Inara Adelia.

Izz Lutfil mengangguk faham.

"Maksud Delia kalau diluar kawasan Kolej, abang boleh buat sesuka hatilah. Macam tu?" Izz Lutfil tersenyum menyenget.

"Abang nak cakap apa? Delia tak banyak waktu sekarang ni" Inara Adelia menukar topik.

Terus berubah riak muka Izz Lutfil. Dia berdehem kecil dan memandang tajam pada Inara Adelia.

"Abang nak Delia tolak lamaran Ammar tu. Dia tak layak langsung untuk Delia" ujar Izz Lutfil tegas.

Inara Adelia tersentak. Macam mana lelaki itu boleh tahu?

"Siapa pun Delia nak pilih, bukan urusan abang. Antara abang dengan dia, Delia lebih pilih dia daripada abang!" herdik Inara Adelia.

Izz Lutfil mendengar itu panas hati. Dia mengetap gigi dengan mengepal penumbuk. Rahang bergerak-gerak menahan amarah.

"Kau dah kenapa, huh? Aku cakap kau kena tolak, tolak sahajalah lamaran tu! Itu pun susah ke, hah!" jerkah Izz Lutfil.

Inara Adelia mengundur ke belakang beberapa tapak. Rasa gerun sahaja perubahan drasik lelaki itu.

"Delia tak nak. Biarkan Delia pilih siapa yang akan jadi suami Delia sendiri! Abang tak ada hak atas tu!" bentak Inara Adelia pula.

Oleh kerana terlalu ikutkan rasa marah, Izz Lutfil mencekik kuat leher Inara Adelia hingga terbaring ke atas rumput.

"Siapa yang dah rogol kau sebenarnya kau, hah! Aku atau Ammar? Kau memang sialah betina! Aku tak akan lepaskan kau sampai bila-bila!" tengking Izz Lutfil lantang.

"Abbb...aaa...nnggg... Llleee...ppp...aas.." tutur Inara Adelia nafas tersesak. Air mata berjujuran menahan kesakitan.

PRAK!

Izz Lutfil jatuh ke tepi dan kepala mula mengeluarkan darah yang banyak. Hana Aqeela mencampak kayu ke tepi dan lantas mendekati Inara Adelia.

"Jom kita pergi" kata Hana Aqeela dan membantu Inara Adelia untuk berdiri.

Mereka berdua beredar pergi daripada situ.

•••

TOK!

TOK!

TOK!

Hana Aqeela membuka pintu rumah dan melihat Mia Aleesya bersama Ammar Hafiy di sisi. Dia menjemput masuk.

"Mana bilik Inara?" tanya Ammar Hafiy.

"Dekat hujung sana" jawab Hana Aqeela.

"Abang" halang Mia Aleesya.

"Jangan risau. Aku tak buat apa pun pada dia. Aku cuma nak tengok keadaan dia sahaja" kata Ammar Hafiy.

Dia mengatur langkah mendekati pintu bilik Inara Adelia.

"Hana, macam mana semua ini boleh terjadi?" soal Mia Aleesya.

"Tadi Inara suruh aku teman dia jumpa Sir  Izz. Aku tak dengar apa mereka bualkan tu. Aku panik bila Sir  Izz cekik leher Inara. Sebab tu aku pukul kepala dia dengan kayu" Hana Aqeela ceritakan apa sudah berlaku.

Mia Aleesya mengangguk faham. Dia berdecit geram.

"Tak guna betul Izz gila tu. Kenapalah dia wujud dalam dunia ni? Menyusahkan orang sahajalah!" bebel Mia Aleesya.

Ammar Hafiy membuka perlahan pintu bilik Inara Adelia. Dia menjenguk ke dalam dan senyum kecil. Dia meloloskan diri ke dalam dan menghampirinya.

Inara Adelia sedang tidur itu ditatap lama. Dia mengusap pipi gebu itu secara perlahan.

"Aku rindu kau" kata itu terkeluar daripada mulut Ammar Hafiy.

Inara Adelia membuka perlahan kelopak mata lalu melihat figura berdiri tegak di depannya itu. Lantas dia menggeleng laju dan mengesot ke belakang.

"Tak, Inara. Aku tak buat apa pun. Aku cuma nak tahu keadaan kau sahaja. Percayalah cakap aku" Ammar Hafiy cuba menenangkan Inara Adelia.

Inara Adelia mengangguk perlahan dan memandang Ammar Hafiy. Rasa takut masih ada lagi.

"Kenapa dia buat kau macam ni sekali? Kau ada cakap apa-apa ke sampai dia bertindak seperti ini?" tanya Ammar Hafiy.

"Dia suruh saya tolak lamaran awak. Tapi saya tetap berkeras tak nak ikut cakap dia" jawab Inara Adelia.

Ammar Hafiy mengerut kening tidak faham.

"Maksud kau, dia tahu tentang lamaran semalam?" tanya Ammar Hafiy lagi untuk kepastian.

Laju sahaja dia mengangguk.

"Kau tak ikut arahan dia. Bermakna... Kau terima lamaran akulah kan?" Ammar Hafiy berdebar-debar menunggu balasan.

Jeda.

Dia sudah tekad dengan keputusan ini. Kalau dia pilih Izz Lutfil, sudah tentu hidupnya lagi bertambah merana. Ditambah pula lelaki itu terlalu obses terhadapnya. Kalau dia pilih Ammar Hafiy, mungkin kebahagiaan akan datang?

Mungkin....

"Saya dah fikir masak-masak. Saya terima lamaran awak. Saya berharap awak akan jaga dan lindungi saya setiap masa. Janji dengan saya okay?" Inara Adelia senyum kecil.

Dia sendiri tidak pasti dengan keputusan dibuatnya itu.

"Ya, Inara. Aku akan jaga kau. Aku akan lindungi kau daripada Izz. Terima kasih beri aku peluang" ucap Ammar Hafiy, teruja.

"Mia!"

Mia Aleesya berlari masuk ke dalam bilik itu bersama Hana Aqeela. Dia mengangkat kening ke atas. Takut juga kalau perompak ke apa datang.

"Inara dah terima lamaran aku!" ujar Ammar Hafiy.

"Seriuslah? Tahniah korang" balas Mia Aleesya senyum sehingga menampakkan barisan gigi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience