BAB 10

Family Completed 6946

“As balik!” terkejut aku dengan pekikan sesorang. Pakcik Fiz! dia menarik tangan Abang Ichigo. Aku hanya memandang.

“kau dengan ayah kau itu memang pembelot.” Sebaik sahaja pakcik fiz menengking dia menarik abang ichigo mengikut langkah Pakcik Fiz. Aku dah terduduk. Menunggu dan menunggu. Tak tahu apa yang aku tunggu sekarang.

“Adn Isma!”

“Adn tunggu abang. Abang sayang Adn. Ingat kata-kata abang ini. Walau

macam mana pun Adn dah ambik tempat dalam hati abang” Abang Ichigo meletakkan tangan didadanya.

“Adn sayang abang” sayu aku. Abang Ichigo sayang aku! jerit hati ku. Kali ini aku dah boleh tersenyum.

“Adn Isma” lamunan aku terhenti. Macam mana aku boleh mengelamun. Aku tengah photoshoot kot. Aku sengih.

“Ingat apa?” soal dia.

“Ingat kenangan lama” bisik aku. dia berada dibelakang, aku duduk dikerusi pelamin. Itulah posisi untuk gambar perkahwinan kami.

Dia bergerak kehadapan. Dia duduk melutut dihadapan aku. Aku hanya membiarkan. Kami kena buat macam-macam pose untuk memuaskan hati jurugambar. Ini untuk gambar kenangan kami.

“Adn Isma, awak adalah saya dan saya adalah awak.” Dia tersenyum. Pipi aku dipegang lembut.

“Terima kasih kerana cari saya”

“Terima kasih kerana untuk berada didalam hati saya. saya abang ichigo awak. Saya Abang PJ awak. Saya adalah suami awak. Dan yang paling penting saya berterima kasih kerana awak masih tak lupakan saya. Adn Isma saya cintakan awak” bibirnya mendarat tepat diatas ubun-ubun aku.

Senyuman aku tak pernah hilang dari wajah aku sejak dia menerima lamaran dari aku. Gilakan aku. Sanggup pergi minang dia dekat rumah sebaik sahaja makcik zainab bagi green light. Dia? Hanya tercengang.

“Nice shoot!” jerit Abang Haidar. Dia yang bertangungjawab untuk merakam detik-detik yang terindah dalam kehidupan aku hari ini. Aku memeluk leher Abang PJ ataupun nama sebenarnya Basir.

“Kan saya cakap saya akan buat awak cari saya.” pipi dia aku cium.

“Saya dah jadi pelukis komik kegemaran awak” pipi kiri dia aku cium.

“Saya sayang awak dulu, sekarang dan selamanya” kali ini dia hanya tersenyum.

“Amboi kemain lagi dia beromatik. Tapi abang suka. Nampak gambar ini bercerita.”

“Abang saya cintakan dia!” jerit aku. Nak bagi tahu dia aku sayang dia.

“Saya pun sayang dia” dia menjerit jugak. Tak nak kalah nampak.

“Abang tahu la. Kalau tak kamu tak kahwin! Itu semua jasa abang sebab kenalkan korang” jerit Abang Haidar. Aku mencebik. Poyo! Aku kenal Abang

PJ lebih lama dari itu okay. Kalau korang nak tahu Abang Haidar inilah yang sibuk kacau aku lukis gambar dia suatu masa dulu. Tak sangka dia ini photographer untuk majlis perkahwinan.

Dua bulan sebelum.

“Kakak tulis nama akak besar-besar tahu” aku senyum. Hari ini ada Pesta Buku 1 Malaysia. Aku sebagai pelukis komik pun ada sesi autograph jugak. Bangga hasil cebisan aku semakin popular. Walaupun hanya komik. bangga-bangga-bangga.

“Betul ini? Akak tulis besar-besar tahu” selesai aku autograf komik keluar terbaru aku bertukar tangan.

“Terima kasih sebab sudi baca komik akak”ucap aku. Tak sangka sebenarnya ada jugak peminat aku ini. Aku hanya pelukis komik biasa.

“Nama?” soal aku. Tangan dah bersiap sedia untuk tinggalkan kata-kata pada komik tersebut.

“Ichigo” aku mendongkak sebaik sahaja mendengar baris nama itu.

“Abang…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience