BAB 2 - MALAM PERTAMA

Romance Completed 43243

“JEMPUTLAH masuk..." kekok pemilik bilik pelawa sebaik membukakan pintu.

Yang baru tiba mengelayau sekitar bilik dalam tangan menarik bagasi masuk. Aulie Nada sebagai pemilik bilik pula sedang terima kenyataan bilik ni bukan miliknya seorang saja. Sekarang perlu berkongsi. Tapi, macam mana dia nak kongsi dengan lelaki yang tak dikenali? Mencebiknya dalam curi-curi mengerling teman sebilik.

Sekurang-kurangnya mereka telah pun bertentang mata di hadapan dewan resepi tadi. Ketika tu dia baru turun kereta, sepupunya sebagai pengapit membetulkan leretan belakang kain baju tersangkut di tumit kasut. Tiba-tiba ada juga tangan memaut kemas lengannya agar lebih stabil dirikannya. Ketika itulah anak mata mereka bertaut buat kali pertama. Tak dinafikan jantungnya berdegup laju. Bersahaja tangannya melingkar lengan pasangannya sebelum kaki mereka berarak masuk naik ke pelamin. Bibir mereka berdua juga menguntum senyum. Tak lebar tapi dapat rasakan senyuman ikhlas daripada lubuk hati mereka berdua.

Jadi... lelaki dalam biliknya kini adalah suami yang perlu dilayan selayaknya. Sedarlah Aulie...

“Abang… kalau abang nak mandi, bilik air dekat sana ya.” Ibu jari turut menunding ke arah bilik kecil dalam bilik tu juga.

Abang! Berkerut dahi serentak. Macam kampung!!! And one more thing, ‘macamlah aku tak tahu sana tu bilik air. Takkan stor pula!!!’ protes dalam diam. Itulah, kalau tidak suka, semuanya serba tidak kena.

Mati kutu juga yang tak dapat respon. Hah! Biarlah, bukan dia boleh paksa lebih. Agaknya suaranya ini terlalu lembut sangat sampai tak kedengaran masuk ke gegendang telinga lelaki itu. Atau mulut lelaki keras berdiri tidak jauh darinya itu sakit tekak?

Iya... dalam pejalanan balik ke rumah tadi pun tak ada tanda-tanda nak bertegur sapa. Nak katakan lelaki itu sombong, mungkin dia juga menunjukkan reaksi lebih sombong bila tak ada hati nak tanya apa-apa. Bukannya nak sombong. Fikirannya tak boleh nak fokus pada lelaki itu lagi. Ketika lelaki itu memandu sudah tentu-tentu menegak pandang ke depan, dia sebagai menumpang pula teleng kepala ke luar melepaskan bayang Tengku Zafreed. Ala... takkan merajuk kot!

Dari hujung mata dia nampak reaksi Han Hadid, tak habis-habis dok perhati bilik dengan muka muncung. Buruk sangat ke bilik ni? Ibunya dah kemas cantik-cantik siap tukar cadar pengantin warna putih lagi. Tak cukup lawa ke? Pam wangian pun dah tukarkan spraynya. Elok saja wangi macam taman Lavender. Ke terpegun lawa sangat ni?

Sibuk Aulie melayan perasaan sendiri, ketika itu mata mereka bertaut pandang sekali lagi. Cepat-cepat Aulie melarikan pandangan ke arah lain. Ketara sangat nak mengelak. Walaupun entah kali ke berapa bertentang mata hari ni, dia masih tidak dapat biasakan diri.

Segan dan perasaan tak berkeyakinan tu masih ada. Semua ni terlalu drastik. Aduhai… macam manalah nak kongsi katil kalau nak bertentang mata pun tak berani?

‘Ya Allah, permudahkanlah jalanku… cekalkanlah hati ini untuk jadi isteri solehah kepada dia…’ berkali-kali amin dalam hati agar ketemu kekuatan.

“Abang nak solat, kiblat arah sana ya.” Yang satu ni memang perkara penting. Malu ke, kekok ke wajib tolak ke tepi. Soal rukun Islam perlu diutamakan. Cepat-cepat sejadah hampar ikut arah kiblat yang betul.

Telinga pasang tak mengangguk mahupun menggeleng. Hanya dapat tangkap ragam kelam-kabut dek kehadirannya. Sekali tengok memang meluat. Lama-lama tengok ada comelnya juga. Tapi kenyataannya dia tetap benci perempuan cemerkap. Tidak seperti Bella, buat apa saja nampak anggun, elegan dan penuh berkeyakinan walaupun hanya menarik sehelai tisu. Kaki panjangnya membawa ke tepi tingkap. Tengok suasana di luar sana lebih walaupun nampak bumbung-bumbung rumah kawasan taman saja. Malas nak pandang perempuan tu!!!

Tuala baru dikeluarkan dari dalam almari dihulur juga tak bersambut. Fine... letak sajalah di sebelah. Tak kisahlah nak guna atau tak. Sekurang-kurangnya dia telah melayan tetamu bergelar suami dengan baik.

Kali ini tangan lembut berani menyentuh bagasi milik lelaki bisu. Niat baik ingin menyusun baju-baju suami ke dalam almari.

“Tak payah buka beg tu. Kita balik rumah mama esok!” Tegas bersuara tak menoleh.

Okey… zip ditutup semula dan ditolak ke tepi dinding muat-muat kebesaran bagasi di antara katil dan meja solek. Ada suara rupanya, ingatkan peti suara dah rosak. Agaknya dah lama tidak hantar maintenance, itu suara langsung tak mesra.

Terjuih bibir mencebik. Dia sendiri tidak tahu apa perancangan selepas ni. Sama ada duduk di rumah ibu atau duduk bersama mentua? Berapa hari di sini dan di sana? Yang dia tahu, dia terpaksa mengikut buntut suami ke mana sahaja.

“Saya keluar kejap, ambilkan air untuk abang.” Membuang tapak ke belakang. Tapi… “abang nak minum apa? Panas ke sejuk?” Memang dia tak tahu apa-apa langsung tentang lelaki yang asyik tunjuk belakang badan sahaja. Totally zero! So, lepas ni, dia kena buat tesis bab Han Hadid. Nak kenal luar dalam, memahami dan yang paling berat bab mencintai lelaki bergelar suami.

“Anything…” acuh tak acuh menjawab sebelum memintas pemilik bilik dan membuka bagasi di atas katil. Masih nak tunjuk belakang. Sedar mulut asyik bercakap hilangkan diri keluar, tidak sempat keluarkan baju, penutup beg dihempas kasar. Mengelayau kornea di segenap ruang bilik kecil. Terasa asing sangat, sempit dan rimas! Walaupun sebenarnya bilik ni elok-elok saja kemasnya.

Mengeluh dia rebahkan badan ke tilam memandang siling putih. Kalaulah dia tu Bella, semuanya jadi mudah. Bilik kecil ni pastinya jadi syurga buat mereka berdua. ‘Bella… mana you? I mahukan you…’ muka tenggelam di tilam empuk.
.
.
.
.
.

Ada muka terjenguk-jenguk di muka pintu mencari kelibat sang suami setelah beberapa minit pergi. Tak ada! Mandi kot… jangan terjun tingkap sudah la. Satu hal nak menjawab.

Jus oren segar dan potongan kek cheese terhidang di meja sisi sebagai mengalas perut si suara rosak sementara tunggu makan malam. Kira high tea la ni. Romantik kan... sampai ke bilik dihidangnya buat kali pertama. Tidak ada cinta pun kena ambil hati sikit…

Ah.. rimasnya! Badannya dah melekik dengan baju sarat penuhi manik ni dari pagi. Kepala pun naik nyut-nyut seharian berhijab satin. Tidak sanggup nak tunggu seminit lagi, kerongsang ditanggalkan dan pin yang terakhir di bawah dagu dipegang lama. Tercekek ke? Bukan… tapi sedang berfikir. Dibuatnya si suara rosak tu muncul, macam mana? Nak buka ke tidak ni? Takkan nak terus pakai? Oh, No! Nak buka semua juga! Termasuk baju ni! Di sini? Memang taklah… bilik ibulah! Baru selangkah yakin, terhenti. Haah… nanti ibu kata apa pula. Hishhh…. Serabutlah!

Reda sajalah Aulie Nada!!! Bukan bilik ni saja kena kongsi, bila-bila masa setiap saat berdetik akan tiba waktunya tubuh ni perlu dikongsikan dengan rela. Kepala menekur akur. Nak menangis pun ada, nak menjerit pun ada, nak melompat tak keruan pun ada. Semua serba tidak kena.

Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepaskan melalui mulut berbentuk ‘O’ agar cekal hatiku ini. Pin tudung terakhir ditanggalkan. Anak tudung telah ditarik keluar, rambut bersanggul tinggi juga dilepaskan. Lega rasanya… bahagian leher pula dipicit-picit lembut mencari point yang tepat. Punya sedap tahap pejam mata. “Emmm…” Mulut juga merengek kecil akan kelegaan dirasai.

Jari melurut memegang zip baju, nak menolak ke bawah dah. Ni kalau lelaki tu tersembul keluar tak sempat sarung baju macam mana? Hishhh… susah betul la. Macam-macam soalan kena timbang-tara, sedangkan ini bilik aku!!!

Anak mata tangkap bayang dari pantulan cermin solek. “Hah!!!” terperanjat besar ada makhluk tak berbaju tercegat berdiri dalam biliknya. Langsung berpaling menghadap dinding dan mata terus terpejam serapat habis. Sehalus cahaya pun tidak mahu tengok. Fuh… mujurlah tidak buka baju lagi wei… kalau tidak, rewang. Upacara tak rasmi pun boleh jalan sekali.

‘I like it…’ detik hati Han Hadid . Terpegun sebaik keluar kamar mandi. Sejuk-sejuk ni mata pula dijamah kecantikan perempuan bergelar isteri. Tidak sangka isterinya bukan setakat cantik luaran saja, selepas membuka hijab lebih-lebih lagi cantik di luar jangkauannya. Berdiri segala romanya. Lebih terpikat kenangkan dia seorang saja yang dapat melihat mahkota kecantikan perempuan di hadapannya kini. Tapi, parut melekat di atas tangan kiri tu macam…

Terlucut tuala di pinggang, cepat-cepat diselit kemas. Jari pun dah lembik. Cuak muka, nasib tidak ada mata yang pandang. Kalau tidak, boleh jadi bahan ketawa. Mana boleh machonya digelak-gelak. Dengan reaksi bersahaja dia datang mendekati badan kaku.

Menggeletar halus badan Aulie Nada. Dia boleh bau haruman sabun di belakangnya. Tangan tersentuh kulit basah, cepat-cepat mengunci di celah badan.

‘Jangan…. Aku tak bersedia lagilah!' jerit dalam hati.

Aduh… dah batal wuduk. Sedar tidak ada tanda-tanda nak beredar, apa hal perempuan ni syok sangat melekat kat dinding tu? Ke tunggu kena peluk? Peluk karang, tak boleh lari dah! Baik lari cepat selagi ada peluang.

Bahu Aulie dicuit satu jari. Masih diam. Telinga lintah Han Hadid dapat menangkap bunyi menelan sesuatu. Sekali lagi mencuit. Kali ini perempuan macam nak cium dinding menoleh sipi. Jari telunjuk menunjuk sesuatu di hadapan Aulie. Masih keras tidak mahu berganjak. Lambatlah!

“Ke tepi sikit boleh?”

“Hah…” mata terbuka tengok suami mencapai bagasi dihalang kakinya dan bawa menjauh. What! Dia syok sendiri ke? Malunya! Mesti suara rosak tu ingat dia dah gatal sangat. “Sorry… sorry…” tidak pasal-pasal keluar ‘sorry’ dah kenapa? Kepala siap tertunduk-tunduk macam orang Jepun.

Sehabis pantas dia mahu ghaibkan diri. Baru menapak selangkah melepasi pintu, muka mencium lantai pula. Allahu… bunyinya kalah nangka busuk jatuh ke tanah. Berkerut seribu muka menahan kesakitan di bahagian pinggang. Rupanya leretan kain labuh di belakang baju pengantinnya tersangkut di celah pintu. Memang tidak sempat sorok muka, isi dalam bilik telah terpacak di muka pintu. Malu kali kedua, rasa lebih-lebih lagi nak buang muka ni!

Yang ini betul-betul lucu! Sakit perut cover mulut agar tak pecah ketawa. Baru tengok dia tidak berbaju dah gelabah ayam lari sampai tersungkur. Tahulah bentuk badannya cukup menawan. Agaknya, kalau tak ada seurat benang, mahu pengsan tak sedarkan diri terus. Kena standby ambulans ni. Kepala saja menggeleng dengan gelagat isteri yang baru dinikahinya menghilangkan diri.

Aulie Nada bersandar di belakang pintu bilik ibu. Sesak nafasnya, ditarik dalam dan dihembus banyak kali. Dadanya masih tak lega-lega. Malunya bukan kepalang. Malu oiii! Malu!!! Kedua belah telapak tangan telah menekap muka malu juga kaki menghentak-hentak lantai lepaskan rasa tak keruan yak amat.

“Aulie…” Tercegang Puan Mala yang baru keluar dari kamar mandi, melihat gelagat anak tinggalnya pelik. “Kenapa ni?”

“Ibu…” Lebih terkesiap Aulie kena tegur. Entah untuk kali ke berapa hari ni asyik terperanjat saja. Naik nyeri dadanya.

“Aulie buat apa dalam bilik ibu ni? Kenapa hentak kaki macam tu? Ada yang tak kena ke?” Soalannya juga pelik.

“Hah… tak… tak ada apa-apa. Cuma Aulie… nak… nak pinjam bilik air ibu hari ni.” Laju sembunyikan diri ke kamar mandi bilik ibu.

Puan Mala tersenyum sendiri. Biasalah tu, pengantin barulah katakan. Tak kenal satu sama lain pula tu. Kalau dalam bilik tu Tengku Zafreed, mana mungkin Aulie Nada masuk ke bilik ni. Terbit rasa kesian pada anaknya. Besar harapannya moga mereka cepat-cepat dapat terima antara satu sama lain. Baru selesa hidup bersama.

.
.
.
.
.

“KE mana perginya muka cium lantai tadi?” Usai solat Maghrib, cariannya hingga menuruni ke tingkat bawah dan berhenti di hadapan gambar keluarga baru terhias di tengah-tengah ruang tamu tidak seberapa nak luas.

Wajah bapa mertua yang tak mungkin berkesempatan dia mengenali ditilik lama. Isterinya juga kelihatan budak lagi, mungkin sekitar usia menuntut di sekolah rendah.

Bunyi pinggan mangkuk berlaga di dapur, senyap-senyap anak matanya mengintai. Sudah jelas gerangan yang hilang di situ rupanya. Boleh tahan lincah juga si cantik tu memasak.

Meja makan dikerling pula, tersusun lengkap set pinggan mangkuk putih. Not bad. Tak perlu susah-payah nak ajar lagi. Sudahlah cantik, berhijab, terselit juga ciri-ciri ketelitian. Cuma kelam-kabut sikit… mungkin juga sebab gugup. Sudah lama esok, dah selesa, hilanglah benda alah tu.

Harap-harap masakan si cantik tu kena dengan selera cerewetnya tahap satu ni. Baru dianggap perfect digandingkan dengannya. Opsss… nanti dulu. Belum boleh dikira perfect melainkan perempuan yang dipandang itu memiliki karier yang berjaya.

“Han…” sapa Puan Mala dari belakang. Dia perasan sepalit senyuman di bibir menantunya ketika asyik pandang susuk tubuh anaknya. Lega hati. Nampaknya Han Hadid dah boleh terima anaknya. Risau juga nak serahkan satu-satu anak kesayangan kepada lelaki yang tidak pernah mengenali Aulie. Tapi dia perlu teguhkan hati lepaskan anaknya berdikari tanpa cinta Tengku Zafreed lagi.

Aulie Nada di dapur turut tersentak dengan teguran ibu lebih kaget si Han Hadid sudah tercegat di situ. Elok-elok tenang, bertukar kelam-kabut semula. Cedok kuah kari panas pun boleh terpercik ke tangan sendiri.

“Aduh…” teriak sikit. Cepat-cepat mangkuk panas diletakkan dan membasuh tangan. Perasan ibu sambung kerjanya, dia menilik kulit tangan putihnya. Alamak, merah sikit. Adalah sebesar biji tembikai. Sakit tu tak terasa sangat, cuma gementar dalam hati ni saja terlalu hebat.

Terbang senyuman Han Hadid. Bukan nak simpati, tapi meluat akan sifat cemekap tu!

.
.
.
.
.

KOPI O panas siap!

Seperti tadi, senyap-senyap Aulie Nada menyelusup masuk ke dalam bilik dan meletakkan cawan di meja sisi. Sang suami telah rebah, masih tayang belakang badan. Agaknya ada six pack di belakang kut. Bak sikit tengok cantik sangat ke? Asyik tayang bahagian belakang badan saja. Ada pergerakan halus… terus Aulie berdiri tegak.

“Sorry kalau Aulie ganggu abang tidur.”

Tak diendahkan suara skema tu, dia hilangkan diri ke kamar mandi dan keluar semula membentang sejadah.

“Abang nak solat ke? Tunggu Aulie, kita solat sama-sama…” segera berlalu mengambil wuduk. Maghrib tadi tak berpeluang mereka solat berjemaah dek air mukanya masih tebal akan kejadian cium lantai itu. Sekarang pasrah sajalah.

Han Hadid turutkan saja duduk di atas sejadah. Dia berzikir panjang mencari kekuatan agar dapat menempuh hidup sebagai suami.

Makmum mengikut tertib solat hingga ke akhir. Bacaan doa amat jelas didengari meresap ke dalam hati juga mengaminkan. Belakang imam dipandang dengan penuh kasih. Dia lebih sedar bagaikan tertanam di lubuk hati, dia milik lelaki itu sekarang. Malam ini dia akan serahkan segala jiwa dan raga dengan rela hati kepada lelaki bernama Han Hadid. Dia akan belajar mencintai suaminya selayaknya.

Doa berakhir menyapu ke muka lalu tangan suami dicium buat kali kedua. Cuma, kali ni tak ada apa-apa yang hinggap ke dahi lagi.

Sebiji bantal diambil Han Hadid. Tidak ada tempat lain selain tidur atas karpet tempat solat tadi. Situ saja ruang yang ada dalam bilik sempit ni. Hurmm… confirm sakit badan esok ni. Punggung baru nak cecah atas karpet, tangannya dipegang Aulie yang baru membuka telekung dan kain masih melilit di pinggang.

Wah… berani sungguh melangkau sempadan dan tak takut langsung menggenggam tangannya lebih kemas. Tapi muka tak tahu malu, tertunduk pula?

“Aulie tahu perkahwinan kita bukan macam orang biasa. Tapi Aulie tetap dah jadi isteri abang yang sahkan. Tanggungjawab Aulie sentiasa ada di sisi abang. Jadi, Aulie harap malam ni permulaan kita, jangan tidur asing-asing. Boleh?” Tak perlu dicabar, dia meneliti anak mata sang suami walaupun dilambung debaran hebat. Baru perasan, suaminya bukan sekadar memiliki bentuk mata yang menawan, tapi dicipta bersama sepasang anak mata warna hazel. Dia mula sukakan bahagian itu.

Tangan masih tak dilepaskan, ditarik lembut oleh Aulie tetapi kaki terpasak tak berganjak. Malah mata menawan merenungnya lebih tajam.

“Aku tak cintakan kau!” keras membalas walaupun nada rendah.

Terlepas nafas dalam sebelum membalas ayat berbisa, “tahu, Aulie pun tak cintakan abang… Aulie pun tak kenal abang. Tapi, Aulie cuba bagi ruang untuk abang. Aulie harap abang juga cuba bagi ruang untuk Aulie. Cinta… tu semua tak mungkin datang dalam masa terdekat. Cukup hari ni kita kenal nama dan rupa saja. Dan untuk malam ni kita tidur sekatil berpisahkan bantal. Itu pun kalau abang tak bersedia lagi. Tapi… kalau abang nak lebih dari tu, Aulie rela sebab Aulie hak abang.” Amboi... baiknya ayat. Betul ke rela? Tertelan juga cecair dalam mulut akan ketelanjuran ayat sendiri. Iya... kena relakan juga. Cekal dalam hati.

“Aku takkan sentuh kau dan aku tak nak pun.” Walaupun tuan badan telah beri isyarat green light, tak ingin dia nak relakan.

“Good!" Langsung terdiam akan kepantasan ayat meluncur keluar. Ada rasa happy sikit dalam hatinya. “Aulie boleh nampak kat muka abang tu. Aulie pun boleh baca bahasa tubuh abang. So, Aulie tak perlu takut dan abang tak perlu mengelak.” Menarik lagi tangan suami. Kali ni kaki keras, ringan bergerak duduk di bibir katil. Cawan kopi panas diberi ke tangan.

Aulie yang mula percayai teman sekatil tidak akan melampaui batas, rebahkan diri di tempatnya. Dalam pada itu pandangannya tancap pada sang suami masih duduk di bibir katil, still tunjuk belakang. Cawan di tangan tidak meneguk air, hanya meletakkan di meja sisi saja. Tertunduk kepala itu beberapa detik, mungkin masih berkira-kira. Jangan tukar fikiran nak melangkaui kawasannya sudah! Kalau terjadi juga, kau kena relakan juga Aulie!

Rebahnya Han Hadid, kemudian menutup lampu sisi.

Kini senyuman lebar jadi milik Aulie Nada. Mulai malam ini tidurnya berteman walaupun memisahkan bantal sekurang-kurangnya hatinya amat lega. Tak perlu risau ada lelaki asing yang suka sangat tunjuk belakang tidur di sebelah. Sah-sah dia selamat dan tak ada apa-apa yang bakal berlangsung atau akan berlaku di antara mereka berdua malam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience