Pilihan

Romance Completed 28079

" Pandai awak pilih tempat. Cantik! Nyaman!" kata Nadia lalu duduk di sebelah Adam.

"Thank you" ucap Adam.

"So...beritahu saya kenapa awak benci sangat dekat saya. Apa salah saya?" tanya Nadia straight to the point.

"Sebab...sebab kau perfect di mata orang lain" Adam menjawab ringkas.

"Hah? Perfect? Mana ada. Semua manusia tidak sempurna malah semua orang ada kekurangan." kata Nadia sambil memandang pemandangan dari atas sekolah.

"Tak...kau disayangi oleh pihak sekolah. Kau...jadi anak emas sekolah ni.." kata Adam sambil melihat warga sekolah Highschool Star.

"Hah? Apa maksud awak? Anak emas? Bukan awak ke?" tanya Nadia pelik.

"Itu dulu. Now...kau...kau lebih bijak dan pandai bersukan daripada aku" kata Adam. Sungguh! Ini kali pertama dia berbual dengan seorang perempuan DAN bercerita isi hatinya paling lama masanya.

" Mana ada la. Awak lagi hebat duh. Saya ni biasa ja la! Awak ni" ujar Nadia tidak mahu mengalah.

"No...kau lagi hebat. Haritu aku ada dengar yang Puan Pengetua akan hantar kau ke pertandingan di luar negara. Aku dah kena hantar tahun lepas dan kalah so pihak sekolah nak hantar kau kali ni dan mereka harap kau boleh menang. Tambahan pula aku dengar Cikgu Rosilah iaitu ketua guru pengawas bakal lucutkan jawatan aku sebagai ketua pengawas dan akan diberikan kepada kau. That why aku benci sangat dekat kau. Tapi...aku dah buat salah dekat kau...aku hina kau...so aku layak dapat balasan ni." terang Adam

Nadia terdiam sebentar lalu.

"HAHAHAHA awak! Hahaha awak jeles dengan saya? Hahaha wauu! Saya orang pertama? Haih Adam...Adam...awak ni dah salah faham sangat dah ni... Baru nak buat suprise hm nampaknya saya kena cerita la juga" kata Nadia menghabiskan sisa lawaknya.

"Salah faham apa ni? Suprise?" tanya Adam pelik!

"Haih sebenarnya" kata Nadia dan dia mula menceritakan peristiwa itu yang berlaku semalam.

Flashback

"We Nad...pengetua nak jumpa kau" kata Alya yang sedang berdiri di hadapannya.

"Hah? Macam mana kau tahu?" tanya Nadia.

"Tadikan aku pergi tandas...then terserempak dengan pengetua...so dia panggil kau. Cikgu Rosilah pon nak jumpa kau juga...so pergi la pejabat pengetua..maybe ada something urgent!" ujar Alya.

"Oh okay thanks! Aku gerak dulu" kata Nadia lalu bergerak ke bilik pengetua.

Nadia mengetuk pintu dan memberi salam. Kedengaran suara pengetua menyuruhnya masuk. Nadia melihat susuk tubuh pengetua dan seorang wanita yang memakai tudung duduk di hadapannya. Mungkin itulah Cikgu Rosilah.

"Ye Cikgu? Ada apa panggil saya? Saya ada buat salah ka?" tanya Nadia risau.

"Eh mana ada awak buat salah...perkenalkan ini guru ketua pengawas sekolah ini, Puan Rosilah...Cikgu...ini Nadia...pelajar baru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling Jaya." Pengetua memperkenalkan satu sama lain.

Nadia terus menyalami tangan Cikgu Rose dan Cikgu Rosilah.

"Bagus budak ni...sopan" ucap Cikgu Rosilah memuji Nadia

"Hehe terima kasih cikgu" kata Nadia lalu tersenyum kepadanya.

" Baiklah sebenarnya cikgu panggil kamu ke sini ialah cikgu nak kamu sertai Pertandigan Bakat Star di luar negara. Awak akan mewakili sekolah kita dalam akademik dan sukan. Kami harapkan awak dapat memenanginya. Kita ada dua kategori iaitu perempuan dan lelaki namun sekolah kita hanya akan menghantar seorang saja. Maka pihak sekolah telah memilih kamu" terang Pengetua.

"What! Saya? Kenapa bukan Adam? Bukankah dia berhak? Dia ialah juara!" kata Nadia bingung.

"Maaf tetapi sekolah hanya dapat menghantar seorang sahaja" terang Pengetua.

"But why? Kenapa seorang saja?" tanya Nadia pelik.

"Ini prinsip sekolah ni. Only the best is the winner! So hanya seorang saja!" kata pengetua tegas.

"Hm saya akan fikirkan" kata Nadia sedikit rasa bersalah.

"Please Nadia. Tolong setuju! Kami semua harapkan awak" kata Pengetua.

"Kenapa saya? Bukan Adam?" tanya Nadia.

"Adam kami telah hantar tahun lepas dan dia gagal memenangi satu anugerah pon. So kami agak kecewa." terang Pengetua.

"Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya... Beri dia peluang kedua" kata Nadia.

"Tak boleh. Hanya seorang saja boleh. Itu prinsip sekolah ini. Tolong Nadia...awak mesti menang untuk dapatkan Biasiswa." rayu pengetua.

"Haih. .boleh dengan syarat! Pengetua terima syarat saya...saya akan pergi" kata Nadia memberi kata putus.

"Baiklah insyaallah" jawab pengetua.

" Saya nak Adam turut serta bersama saya. No Adam No Nadia maka No pertandingan..." Nadia memberi kata putus.

"Tapi...only one!" kata pengetua berkeras juga.

"Adam tak join...maka saya tak join...maka tiada pertandingan...pengetua boleh pilih...saya tak rugi apa-apa. Kalau kena buang sekolah pon saya tak kisah...saya bukan layak di sini" kata Nadia tegas.

"Hm kalau begitu hm saya setuju. Awak berdua akan mewakili sekolah. Do the best!" kata Pengetua.

"Baik...InsyaAllah!" kata Nadia semangat!

End Flashback

"Serius?" tanya Adam. Biar betul!

"Yes! Kita berdua akan mewakili sekolah ke luar negara. Saya dengar tahun ni diadakan di..." kata Nadia .

"London!" tutur mereka serentak.

"Hahaha yer!" kata Nadia gembira.

"Thank you wey. Aku berlatih berbulan-bulan untuk ke London. Thanks sebab bagi peluang dekat aku." kata Adam bersungguh-sungguh. Sekarang dia berasa lebih lega.

"Tentang jawatan tu?" tanya Adam lagi.

"Haha meh saya cerita" kata Nadia sambil menggelengkan kepala. Mesti dia terkejut beruk nanti .

Flashback

" Okay sekarang masa saya pula untuk bercakap dengan awak," kata Cikgu Rosilah.

"Yer cikgu...teruskan" kata Nadia sambil memicit kepalanya. Aduh apa lagi masalah yang akan datang

"Kami ingat...nak lucutkan jawatan Adam sebagai Ketua Pengawas...dan kami ingin lantik kamu sebagai ketua pengawas yang baru" ujar Cikgu Rosilah

"What?" kata Nadia. Ni dah kali kedua dia terkejut!

"Yes" ujar Cikgu Rosilah.

"Ta...tapi kenapa nak lucut jawatan Adam...bukankah dia selesaikan masalah disiplin, lagipon dia lelaki so lebih senang nak pikul" kata Nadia memberi pendapat nya.

"Memang dia selesaikan tapi dengan cara salah. Dia ugut, pukul dan tengking orang ramai...maka orang takut dengan dia. Sebab itu masalah disiplin bersih!" jawab Cikgu Rosilah tenang.

" Tak...saya tak boleh...saya taknak terima jawatan tu." kata Nadia tegas.

"Tetapi...awak ja yang boleh tukar semua ni...saya tahu awak boleh" pujuk Cikgu Rosilah lagi.

"Sorry to say...tapi saya tak boleh...tapiii saya boleh tolong Adam" kata Nadia memberi pendapat.

"Hm baiklah kalau begitu. Kita kekalkan Adam sebagai Ketua Pengawas dan kamu Nadia sebagai Penolong Ketua Pengawas." kata Cikgu Rosilah muktamad!

"What! No! Saya taknak! saya kata saya bantu je sebagai kawan" kata Nadia sambil membuat muka. Arrr.

"Ketua Pengawas atau Penolong Ketua Pengawas...you choose!" kata Cikgu Rosilah tegas. Ish nak suruh orang tapi hm.

"Hm...baiklah...asalkan bukan ketua!" kata Nadia mengalah.

End Flashback

"Wau! " kata Adam tergamam. Sungguh! Baik sungguh hati Nadia.

"Hahaha baikkan aku? So now aku pengawas! " kata Nadia sambil melepaskan keluhan.

"Poyo ah! Welcome to the hell ! Hahaha" ketawa Adam.

Nadia tergamam dengan ketawa Adam. Argh! Bikin cair hati aku! Wargh!

Adam pelik...Tiba-tiba diam budak ni...tadi bukan main pot pet pot pet... Adam tersenyum nakal...perlahan-lahan dia mengambil rumput kering lalu melemparkan kepada Nadia dan

"ULAR!" jerit Adam.

Okay guys!!! Hehe..baikkan Nadia..tapi kejam la Adam! ?? hehe adakah Adam dah boleh terima kehadiran Nadia? Stay tuned!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience