BAB 2

Humor Completed 25256

“Err, are you okay, miss?” tanya Hanif dengan wajah bersalah.

Melihat wajah gadis seperti kembar Siti Saleha yang hanya berdiam diri dan wajahnya seakan mahu menangis menyebabkan Hanif Daniel berasa lebih sangat bersalah kepada gadis itu. Bukan dia sengaja nak langgar. Sungguh dia tidak sengaja.

Takkan lah dia sengaja nak langgar gadis cantik macam ini. Gila ke apa?

”Cik, saya betul-betul minta maaf. Saya tak perasan awak tadi. Dahi awak tu luka. Jom saya bawa awak ke klinik,” tawar Hanif apabila melihat sedikit darah di dahi gadis itu.

Hanif Daniel menghulurkan tangan sebagai tanda dia benar-benar ikhlas untuk membantu gadis itu itu namun tangannya ditepis kasar oleh gadis itu.

Bukan sengaja nak menepis tapi memang dia tiada mood nak berbaik-baik dengan lelaki ini.

Saya awak konon! Macamlah dah kenal lama dan rapat. Cakap la saudari ke, apa ke. Tak pun panggillah dia ’dik’. Barulah terasa muda sikit.

Nak bajet mesra lah konon bila cakap saya awak, saya awak ni?! Macam nak menggatal pun ada.

“Saya okay. Jangan risau” balas Dian Marisa dengan nada yang agak tinggi.

“Nanti nak berjalan tengok orang jangan nak membuta tuli saja. Mata jangan letak dekat lutut pula.” bentak Dian Marisa lagi.

Hah, kan dah kena marah. Percuma aje kena sbijik dengan Dian yang memang kaki perengus ni!
Berubah terus muka Hanif Daniel apabila Dian membahasakannya begitu. Bukannya dia tak minta maaf tadi. Cakap pun dengan lembut lagi gentleman, boleh pulak kena sebijik dengan gadis depan mata dia sekarang. Ini tak boleh jadi!
“Sayang ye. Saya sedar saya buat salah tapi saya dah minta maaf dan berlembut. Tapi lebih kesian apabila gadis cantic macam ni taka da budi bahasa bila orang dah pun minta maaf,” perli Hanif Daniel cuba melepaskan geram yang terbuku di hati.

Disebabkan tersangat geram, dia pun hilang mood ahu membantu gadis itu lagi. Maka dia pun berlalu pergi meninggalkan Dian yang tercengang di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience