BAB 4

Romance Completed 129968

Pintu bilik stor ditutup rapat. Syed Gibran hanya duduk di atas kerusi kayu yang sedikit keras. Sakit punggungnya. Semuanya gara-gara berhujan sebentar tadi. Sekarang? Dia mengigil kesejukan. Macam mana dia boleh sampai sini? Macam biasa, kena paksa dengan Syed Ali. Katanya dia harus berjumpa dengan gadis yang masih setia menunggu dirinya. Ceh.

Kalau setia, tak ada nya mat saleh mengorat dia! Siap melamar dalam kedai buku! Hampeh.

Boleh tahan besar stor itu. Matanya merenung ke arah depan. Menatap segenap inci tubuh Nayla dari arah belakang. Ada pantri kecil di dalam stor itu rupanya. Menarik. Tidak lama dia merenung, Nayla berpusing dengan pantas. Laju saja dia melarikan pandangan mata.

"Nah, kopi. Untuk kurangkan rasa sejuk awak!" Secawan kopi dihulurkan.

Syed Gibran menjuihkan bibir.

"Aku tak minum kopi! Kau apa tahu? Air lain lah!" Arahnya dengan selamba.

"Saya dah bancuh ni kan? Minum jelah!" Marah Nayla.

"Aku tak minum kopi! Air lain!"

"Eyy geram aku dengan dia ni!!"

Nayla hanya berjalan pantas. Air kopi yang masih panas di tuang ke dalam sinki. Geram. Memang tak berubah agaknya lelaki itu. Masih sama, menyakitkan hati. Entah kenapa tiba-tiba saja Syed Gibran boleh muncul. Dalam keadaan dia tidak bersedia dan dia tidak mahu berjumpa. Adrean pula terus meminta diri sebaik saja melihat bagaimana mesra Syed Gibran menyentuh dirinya.

Milo segera dibancuh dengan kasar. Geram. Rasa sakit hatinya melihat keadaan Syed Gibran yang baik-baik saja sedangkan dia? Tidak sama sekali.

"Air apa kau bancuh?" Tanya Syed Gibran.

Kedudukan mereka hampir. Nayla mengeraskan diri. Deruan nafas Syed Gibran terasa pada pipinya. Semua kerana lelaki itu membongkok untuk menghidu air di dalam cawan. Bahu mereka berlanggar dan dia dapat rasakan baju yang masih basah. Tubuh lelaki itu mengigil kesejukan. Lihat saja bibirnya.

"Nah, air!"

Secawan milo bertukar tangan. Syed Gibran hanya diam. Dia duduk kembali di kerusi sambil menghirup air milo panas itu. Sedap. Manis. Memang dia suka. Gadis itu sedang membuka almari kecil di pantri itu. Sehelai baju lengan panjang dikeluarkan. Berwarna hitam. Entah siapa punya.

"Ini, tukar. Basah tu, baju awak!" Nayla meletakkan baju di atas riba lelaki itu.

"Baju boyfriend kau eh? Wuu. Dah maju eh kau sekarang? Ada stor besar kemain ni. Ada baju spare. Kau selalu buat projek dekat sini ke?" Bisik Syed Gibran perlahan.

"Awak nak saya sumbat kepala awak dalam sinki ke? Banyak tanyalah! Tukar jelah!" Marah Nayla.

Syed Gibran ketawa. Cawan milo yang sudah licin di letakkan perlahan atas kerusi. Dia membuka baju. Sengaja mahu mendera Nayla yang suka marah-marah padanya. Gadis itu melarikan pandangan mata. Ceh.

"Daripada kau bagi aku baju kan, apa kata kau peluk aku? Mesti lagi selesa. Hilang sejuk aku!" Seloroh Syed Gibran.

"Saya tak ada masa nak layan perangai gila awak! Awak buat apa datang sini?" Tanya Nayla dengan nada serius.

Matanya terhenti pada sesuatu. Belakang badan Syed Gibran yang terdedah. Ada banyak parut dan kesan luka lama. Seakan rasa sakit yang tertahan terlalu lama.

"Belakang awak...."

"Hmm? Normal. Aku baru keluar daripada penjara kan? Sana tu, neraka."

Wajah polos itu tersenyum. Syed Gibran sudah memakai baju. Walaupun ketat disarungkan jua. Dia tidak mahu Nayla marah lagi padanya. Sengaja dia duduk di sisi gadis itu. Nayla hanya diam. Cincin di jari Nayla masih sama.

"Aku datang bersebab. Harini, aku dah keluar daripada penjara. Mulanya aku tak nak jumpa kau tapi daddy suruh. So, aku datang sini. Tak sangka tempat ni dah banyak berubah. Makin berjaya kau sekarang kan? Cuma tujuan aku datang, aku nak ambik balik cincin yang pernah mummy aku bagi pada kau. Aku dah buat kau terikat pada satu ikatan yang kau tak pernah suka. So, can you give it back to me?" Ujar Syed Gibran.

Semudah itu.?

Senyap. Lama Nayla diam.

"Nayla Amanda. Aku cakap dengan kau ni. Kau ok ke?" Syed Gibran menyentuh dahi gadis itu.

Laju saja tangannya ditepis kasar.

"Jadi awak datang sini semata-mata nak cincin ni? Atau saya jelaskan, nak putuskan pertunangan kita. Semudah tu?" Tebak Nayla.

"Yup. Semudah ABC. Pulangkan, kau bebas dan boleh bersama dengan kekasih kau tadi tu. Aku dah buat kau terikat dengan aku. So, you're free now!" Syed Gibran tersengih.

Pang!

Pedih. Tamparan dari Nayla terlalu pantas. Dia hanya rasa pedih. Syed Gibran mendongak. Memandang Nayla yang sudah berdiri dihadapan nya. Mata gadis itu berkaca.

"Selepas apa yang awak buat pada saya, semudah tu awak putuskan? Enam tahun saya tunggu penjelasan daripada awak dan ini yang saya dapat? Awak ingat saya ni barang mainan awak? Awak memang tak pernah berubah, Gibran! Awak kejam dan buat keputusan sesuka hati awak!" Marah Nayla.

"Marahlah, pukul aku. Itu boleh buatkan kau puas. Kau dah cukup sakit hati selama ni kan? Aku tak perlukan kau. Kau tak perlukan aku. So, this is the end. Akhiri hubungan tanpa rasa ni." Tenang saja Syed Gibran bersuara.

"Semua sebab perempuan tu kan?! Semua sebab Sofia kan?! Awak dengan perempuan tu tak pernah berubah! Kenapa tak kahwin je dengan dia?! Kenapa awak setuju waktu tu?! Awak tak tahu macam mana peritnya saya kena hadap!!!"

"Jadi putuskan!! Kita kena tamatkan ikatan bodoh ni!!"

"Awak kejam! Awak ingat saya macam perempuan dekat luar sana?! Semudah tu nak lepaskan ikatan ni? Saya takkan sesekali putuskan pertunangan ni!"

"Kau sanggup nak hidup dengan banduan macam aku?! Kau sanggup satu dunia hukum kau disebabkan bersuami kan banduan?! Kau sanggup?! Kau takkan sanggup lah!!! Aku ni pembunuh!! Semua orang benci aku!! Kau pun sama!! Untuk apa kau bertahan dengan banduan macam aku?! Sebab aku anak Syed Ali?! Pergi mampus dengan semua tu!!!"

Jerkahan Syed Gibran buatkan gadis itu menitiskan airmata. Nayla sudah membeku. Hanya saja pipinya sudah basah dengan tangisan. Syed Gibran meraup muka dengan kasar. Apa yang dia buat?

"Look, Nay. I'm sorry okay? Aku mintak maaf sebab tinggikan suara pada kau. Sorry. Tolong faham, aku ni cuba nak bagi kau dapat kebebasan yang kau perlu. Tolong faham," Syed Gibran merendahkan nada suara.

Tangannya memegang tangan Nayla. Dengan penuh berhati-hati dia membuka cincin di jari manis gadis itu. Ada kesan yang ditinggalkan. Kesan cincin yang tidak pernah dibuka langsung. Syed Gibran menahan diri. Dadanya terasa sesak. Sekejam apa dia mendera Nayla selama ini?

"Terima kasih sebab tunaikan janji kau. Terima kasih sebab jadi tunang yang baik. Aku mintak maaf. Sekarang, kau dah bebas." Bisik Syed Gibran sebelum melangkah pergi.

Kakinya melangkah laju. Dia bersandar pada pintu stor itu. Suara raungan Nayla kedengaran. Gadis itu menangis lagi kerana nya. Ya.

Kau berhak bahagia Nayla. Untuk apa kita bersama sedangkan kau tak pernah cintakan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience