Bab 21

Drama Series 3858

Rumah Musalmah. Waktu pagi.

Beberapa orang jiran terdekat datang bertandang ke rumah Musalmah demi berkenalan dengan orang baru Pak Daim. Setelah mereka pulang, Ibu Zaihan masuk ke dalam biliknya dan memanggil Muslamah. Musalmah pantas munculkan diri.

          “Kau ambil kotak ni. Pergi letak kat dapur. Aku nak buat kain buruk baju-baju ni.”

          Musalmah pandang kotak yang ditunjukkan mak tirinya. Dia lihat baju-baju yang ada dalam kotak tu. Dia kenal baju-baju tu.

          “Tapi ini baju mak saya. Baju ni elok lagi, makcik.”

          “Elok pun, siapa yang nak pakai?”

          “Biarlah saya simpan. Nanti dah besar, saya pakai.”

Ibu Zaihan ketawa sinis.

          “Umur kau baru 12 tahun. Kau nak biarkan baju tu mereput dalam kotak selama sepuluh tahun?”

Musalmah terdiam.

          “Dah! Jangan nak mengada-ngada! Aku kata letak kat dapur, aku nak buat kain buruk!”

Musalmah angkat kotak baju tu dan bawanya ke dapur. Di dapur dia jenguk-jengukkan kepala ke ruang depan sebelum beberapa helai baju diambil dan dibawa masuk ke dalam bilik lalu disorokkan dalam almari bajunya.

 *****

Maizurah masuk ke bilik dengan muka mencuka. Musalmah pandang adiknya sebelum soalan diaju.

          “Kenapa muka adik berkerut masam macam tu?”

          “Adik benci dengan mak bawang putih tu! Dia pakai baju mak kita! Dia ingat dia siapa boleh pakai baju mak kita sesuka hati dia!”

Musalmah tergamam. Dia bingkas dan bawa kakinya ke luar bilik. Di ruang depan, dia lihat mak tirinya sedang duduk menonton tv bersama anak-anaknya. Benar! Wanita itu memakai baju maknya. Perasaannya turut sama bergetap! Musalmah kembali masuk ke dalam bilik. Muka Maizurah dipandang.

          “Sejak mereka datang sini, kita tak dapat tenguk tv pun. Remote semua dia pegang. Bila tiba waktu adik nak tenguk, makcik boleh tutup tv. Dia kata, nanti tv tu cepat rosak kalau lama sangat terpasang.” Omel Maizurah.

          Musalmah pandang muka adiknya.

          “Tak apalah. Akak cerita kat adik kisah tuan puteri nak?”

          “Wah! Nak. Dah lama adik tak dengar akak bercerita.”

Musalmah senyum. Di ajak adiknya duduk di sebelah. Sesudah itu, barulah ceritanya bermula. Pada suatu hari...

 

Terima kasih kerana sudi singgah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience