BAB 14

Drama Completed 44039

(esoknya)

Nabilla menyusun bantal.Sesekali dia melihat Thaqif yang sedang lena akibat keletihan.Semalam,meriah sungguh jadinya!Melihat aksi kejar mengejar antara hero dan villain,siapa yang menang dan siapa yang kalah dan yang paling penting,lawan tidur itu pasti.Nampaknya,dia telah menjuari pertandingan tersebut.

"Nabilla,"panggil Thaqif yang masih mamai.Nabilla meneguk liurnya.Suara Thaqif sedalam itu?

"Ye?"

"You are beautiful without a hijab,"kata Thaqif dan itu membuatkan Nabilla pelik.

"And I am so lucky to be the one who can look at it,"Nabilla tersenyum namun mindanya mula mengingati sesuatu.Bukankah rambut ini juga pernah dilihat Iskandar?Apa agaknya yang difikirkannya?

Iskandar mengemas cadarnya.Dia menarik nafas panjang sebelum mengambil tempat duduk di atas meja kerjanya.Mukanya ditongkatkan dengan tangannya di atas meja.Dia telah mendapat mesej bahawa Nabilla sudah pun berada di KL.Dia mengeluh lagi.Baru-baru ini,hanya keluhan yang menyinggah.Tiada apa yang mampu dia lakukan kini.Adakah dia kalah di dunianya sendiri?Adakah dia kehilangan segala-galanya?Mungkin.

(7 bulan kemudian)

Nabilla tersenyum melihat bayi lelaki yang didukung oleh nek ma.Gembiranya mereka menyambut cicitnya yang pertama.Matanya tiba-tiba sahaja berair.Mengingati momen ketika dia telah mengetahui kelemahan dirinya.

"Ujian didapati bahawa puan tak dapat melahirkan anak.Puan hanya boleh mengandung kalau puan buat ujian IVF dan pembedahan yang selanjutnya,"perlahan-lahan senyumannya pudar.Genggaman di tangan semakin lemah.Dia menunduk.Terasa dialah wanita yang paling tidak berguna di dunia!Sakit dan kecewanya dia sebagai seorang isteri,yang tidak mampu memberikan apa-apa kepada suami!

Tersentak lamunannya apabila mendengar bayi lelaki tersebut menangis.Dia melihat nek ma bersusah payah menggendong cicitnya itu.Dia pun pergi ke arah nek ma.

"Nek ma,kak bell nak pegang,"Nek Ma tersenyum lalu memberikan bayi tersebut kepada Nabilla.Nabilla tersenyum gembira.

"Allah.Comelnya kamu nii,"kata Nabilla,teruja.Dia tersenyum lebar melihat bayi yang digendongnya itu.

"Assalammualaikum,"Iskandar pun muncul di hadapan pintu rumah secara tiba-tiba.Dapat Nabilla melihat keletihan Iskandar yang entah dari mana perginya dari tadi.

"Waalaikummussalam.Macam mana?"

"Okay,"Nek ma mengangguk.Nabilla mengerutkan dahinya.Macam mana apa?

Nabilla memujuk-mujuk bayi tersebut apabila bayi tersebut mula merengek.

"Eh,Ikbal dah bangun?"panggil Iskandar sambil meletakkan begnya di bucu meja.Dia mendekati ke arah Nabilla lalu mencubit perlahan pipi anaknya.Nabilla melihat Iskandar yang sedang ketawa memujuk anaknya itu.

"Ikbal?"tanya Nabilla dan Iskandar mengangguk."Sedapkan nama dia?"

"Okay.Sangat bagus,"Iskandar tersenyum sinis.Terasa gundah gelisah di dalam hatinya tadi hilang seketika.

Iskandar yang perasan akan perubahan emosi Nabilla hanya mengerutkan dahinya.

"Maksu mana?"tanya Nabilla apabila perasan bahawa Natasha tiada.Iskandar terkejut dek kerana merenung Nabilla terlalu lama.

"Dia keluar sekejap,"Nabilla mengangguk.

"Semua sibuk nampaknya.Irwan dengan Irdina main dekat luar dengan kawan depe.Umie dengan ibu pulak pergi market.My husband is that driver,"

"Hang tak ikut sekali?"

"Takmau.Nanti ada makanan,"

"Herm,hang memang.Makanan ja tau.Patutlah gemuk,"kata Iskandar,tipu.Nabilla masih sama seperti dahulu.Badannya tidak berubah sekali pun.

"Gemuk dan comel,"kata Nabilla.Dia melihat Ikbal dan itu membuatkan Ikbal tersenyum.

"Eh eh,senyum pulak dia.Tengok papa.Papa kata mama gemuk,tapi papa tak tengok cermin dulu kan?Apalah papa ni.Tak sedar dia pun gemuk,"kata Nabilla,tipu.Iskandar gemuk?Jauh sama sekali!

Iskandar yang memandang Nabilla dari tadi mula tersenyum.Sejuk pula dia mendengar Nabilla menggelarkan dirinya mama.

"Tengok papa.Termenung pula.Haiwat?"tersentak lamunanya apabila dia perasan bahawa dia telah merenung Nabilla begitu lama.

"Takdak palah.Aku nak masak sat,"

"Okay.Bye bye papa,"kata Nabilla dan Iskandar pun tersenyum.Dia pun pergi ke arah Nabilla yang sedang menggendong Ikbal.Dia pun mencium pipi Ikbal.Matanya tertancap pula ke arah Nabilla.

Perlahan-lahan dia mencium kepala Nabilla dan itu membuatkan Nabilla terkejut.

"Bye mama,"katanya.Dia pun pergi,meninggalkan Nabilla dalam keadaan keliru dan terkejut.

'Apa yang berlaku tadi?!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience