Taman Rahsia Mu

Poetry Series 1318

Dunia ini sentiasa berubah dan tak pernah kekal.
Saya tak boleh biarkan diri ku dihanyutkan arus ini sahaja.
Saya perlu berdiri teguh! Berpaut kuat pada Mu.
Saya takut ya Allah, seandainya Dunia berjaya memperdayakan ku.
Kerana telah terlalu banyak kali itu berlaku ya Allah. Engkaulah yang Maha Menyaksikan.
Maka
Aku lari kepadaMu bilamasa berkesempatan
Aku berjumpa dengan Mu di Taman Rahsia Mu.
Berbicarakan CINTA.
Pujukan lembut Engkau menghiburkan hati gundah ini.
Sebagaimana amaran keras Engkau menggentarkan hati lalai ini.
Pada mulanya.

ENGKAULAH MAHA PENCINTA YA ALLAH. ENGKAULAH MAHA KEKAL DAN KEPADA ENGKAU LAH SEMUANYA KEMBALI.

16.4.18
#zikrullah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience