Chapter 36

Romance Completed 35261

“Assalamualaikum Amir. Awak dah ready ke?” Wina dah siap untuk pergi ke universiti sepupunya bersama dengan Amir.

“Waalaikumsalam Wina. Dah. Kejap lagi dah nak gerak. Awak dah ready ke?” soal Amir sambil menyemburkan minyak wangi berjenama Hugo Boss.

“Dah la. Almost an hour I am waiting for you.” tutur Wina dengan nada merajuk.

“What? Tak sabar ke nak tengok sepupu awak dancing?”

“Mesti lah. Awak tahu tak Sofi is a good dancer. Dia pernah pergi ballet dancing tau.”

“Sofi pernah pergi ballet dancing?” menyoal Amir dengan sedikit hairan. Baru lah Amir tahu Sofi seorang ballet dancer.

“Yes. Awak tak tahu ke?”

“Tak.” jawab Amir sepatah.

“Maybe Sofi tak share dengan awak kot. Sofi mahir dalam ballet dancing dan she went to state level competition a few years ago.” cerita serba-sedikit mengenai Sofia Amelia.

“Banyaknya aku tak tahu pasal Sofi.” gumam Amir dalam hati. Telinganya setia mendengar cerita Wina mengenai Sofia Amelia.

“Amir, are you there?” Wina bingung apabila tiada balasan dari Amir.

“Yes. Sorry.” sengih Amir. Fikirannya terbang ke arah Sofia Amelia.

“Dah lah. Awak cepat siap. I am waiting for you.” kata Wina dan memutuskan talian. Hatinya tidak sabar untuk tengok persembahan sepupunya.


************************

Iskandar Faiz berjalan ke hulu ke hilir mencari Adam dan Sofia Amelia. Hatinya risau memikirkan keadaan Sofia Amelia sekarang. Keselamatan Sofia Amelia sangat penting bagi Iskandar Faiz. Christina pula menguruskan Khairil. Christina mengikuti Khairil untuk ke hospital.

“Macam mana Sofi? Is dapat jumpa Sofi tak?” membisik Christina sambil menunggu Khairil di luar bilik rawatan.

Nombor Rohani ditekan. Sampai sekarang Christina belum cerita apa-apa pun kepada Rohani. Mungkin Rohani dapat membantu Iskandar Faiz untuk mencari dan menyelamatkan Sofia Amelia.

“Weyh, kau kat mana?” dengar suara Rohani di hujung panggilannya.

“Aku kat hospital.” jawab Christina sambil memicitkan kepalanya.

“Hospital? Kenapa? Kau okay ke tak?” suara Rohani berubah cemas. Hatinya berdebar-debar. Satu kawan di hospital, lagi seorang tidak tahu pergi mana. Hilang macam itu sahaja.

“Aku okay. Sofi dengan kau ke?” Christina menyoal mengenai Sofia Amelia.

“Tak. Aku pun tengah cari dia. Kata pergi tandas. Dah lebih 45 minit, tak nampak pun batang hidung dia.” jelas risau dalam suara Rohani.

“Rohani, kau dengar apa yang aku nak cakap ni. Jangan panik. Kau pergi cari Is. Tolong Is.” Christina mula menceritakan kejadian di kafeteria.

“Ya Allah. Tergamak Adam tu buat macam ni. Kat mana kita nak cari Sofi?” air mata Rohani gugur perlahan mengenangkan keadaan kawan baiknya.

“Cuba cari Is. Harap-harap Is dah jumpa Sofi.” kata Christina.

“Baik. Aku cari sekarang. Kau take care.”


*****************************

“Aku ingatkan nak sentuh kau masa malam pertama kita. Di bilik kita, di atas katil kita, Sofi. Tapi kau tak nak aku. Kau malukan aku. Sebab kau aku jadi macam ni. Tak apa lah. Lepas ni, kau mesti jadi isteri aku. Masa malam pertama nanti, lagi selesa kita boleh bersetubuh. Sekarang kena adjust lah.” tutur Adam sambil membuka tali pinggangnya. Baju yang dipakainya sudah dicampak entah ke mana.

Sofia Amelia pula tidur lena. Tidak sedar apa yang sedang berlaku dengan dia. Dia tidak tahu yang dia dalam bahaya.

“Sofi… kau tahu tak kau ni cantik sangat. Aku tak sabar untuk memiliki kau. Tak sabar untuk tengok keindahan badan kau.” tangan Adam mula melucutkan baju Sofia Amelia.

Adam menelan air liurnya apabila menengok kulit bahunya yang putih gebu. Nafsunya mula memberontak untuk bersama dengan Sofia Amelia. Adam mendekatkan bibirnya ke bibir merah Sofia Amelia. Lagi sedikit untuk merasa bibir Sofia Amelia.

Tok! Tok! Tok!

“Hish! Siapa pula ni.” Adam merengus kasar. Tanpa pilihan, Adam bangun dari menindih tubuh Sofia Amelia.

Adam buka pintunya. Buk!

“Tak guna! Aku dah warn kau kan syaitan!” tanpa memberi sedikit peluang, Iskandar Faiz menyerang Adam. Mata Iskandar Faiz membulat apabila tengok keadaan Sofia Amelia yang separuh bogel.

“Aztaghfirullahazim. Sofi!”

“Macam mana dia tahu aku kat sini?” fikir Adam. Matanya tertancap satu botol kaca. Tanpa menunggu, Adam mengambil dan pecahkan botol kaca itu.

Iskandar Faiz yang sibuk menutup badan terdedah Sofia Amelia terkejut mendengar bunyi pecahan botol. Adam pula berdiri dengan botol yang sudah pecah. Tunggu masa untuk tikam Iskandar Faiz.

“Kau buat apa ni Adam?” jerit Iskandar Faiz.

“Aku nak bunuh kau. Sebab kau, aku tak dapat bersama dengan Sofi tadi. Kau pengacau.” Adam menghampiri Iskandar Faiz.

“Aahhh!!!” jerit Adam kuat.

“Kau ingat aku ni pengecut ke? Aku tahu silat lah!! Kau jangan main dengan aku!” marah Iskandar Faiz sambil menumbuk perut Adam berkali.

“Lepaskan aku sial! Sakit lah.” jerit Adam kesakitan.

“Aku tak nak tengok muka kau dekat sini! Pergi mampus!” dengan satu tolakan Adam jatuh di atas lantai. Tanpa melengahkan masa, Adam keluar dari bilik rehat itu.

“Sofi… Sofi… bangun” Iskandar Faiz menepuk pipi Sofia Amelia.

Namun hampa. Sofia Amelia tidak sedarkan diri. Iskandar Faiz buntu. Tidak tahu bagaimana hendak kejutkan Sofia Amelia.

“Assamualaikkum.”

Iskandar Faiz menoleh ke arah pintu yang terbuka. Terkejut melihat tiga lelaki umat islam yang memakai kopiah berdiri di luar bilik itu.


*****************************

“Aduh! Dekat mana aku nak cari Sofi ni? Is pun tak ada kat sini.” bebel Rohani sambil memerhatikan sekeliling.

“Rohani.”

Rohani terkedu melihat Dato’Johari, Amir dan Wina yang sedang menghampirinya.

“Bila mereka sampai ni? Apa aku kena jawab kalau mereka tanya pasal Sofi?.” mengetar bibir Rohani.

“Mana Sofi? Uncle tak nampak pun.” tanya Dato’Johari.

“Uncle, Sofi… Erm… Sofi…” gugup Rohani. Mencari alasan untuk memberi kepada mereka bertiga.

“Rohani?” dengar lagi seorang lelaki memanggil.

“Siapa pula sekarang ni?” Rohani omel dalam hati.

“Saya Rohani. Awak ni siapa eh?”

“Saya Tarshan. Kawan Is.” Tarshan memperkenalkan dirinya.

“Awak cari Sofi kan?” soal Tarshan tanpa pedulikan kehadiran Dato’Johari, Amir dan Wina. Keluarga Is dan Wahidah Tiara ada bersama dengan Tarshan.

“Cari Sofi? Mana Sofi Rohani?” tanya Dato’Johari.

Wina dan Amir berpandang sesama diri. Keliru dengan apa yang sedang berlaku. Di manakah Sofia Amelia? Apa dah jadi dengan Sofia Amelia?

“Awak tahu ke mana Sofi?” Rohani tidak menjawab soalan Dato’Johari malah menyoal Tarshan.

“Ye. Ikut saya.” kata Tarshan dan membawa mereka ke bilik rehat.


************************

“Encik, kami terima aduan bahawa ada pasangan yang tiada sebarang ikatan melakukan maksiat di sini.” kata seorang lelaki kepada Iskandar Faiz.

“Encik, salah faham. Sebenarnya…” belum sempat Iskandar Faiz mencerita kepada pegawai itu, seorang pegawai mencelah.

“Maaf encik. Memandangkan keadaan perempuan ini, kami boleh agak apa dah jadi.”

“Aztaghfirullahazim. Along!” laung Fatimah.

“Umi.”

“Tuan dan puan, kami nak bawa lelaki dan perempuan ini ke pejabat agama.” kata pegawai kepada ahli keluarga Iskandar Faiz dan Sofia Amelia.

Semua yang berada di situ terkejut dengan suasana itu. Wina dan Rohani mendekati Sofia Amelia. Kain yang dicampak jauh oleh Adam, diambil dan tutupkan badan Sofia Amelia. Dato’Johari hanya berdiri kaku. Amir pula tidak tahu bagaimana nak beraksi. Tarshan sedih dengan nasib kawannya. Tidak sangka perkara ini akan jadi seteruk ini. Wahidah Tiara terkedu apabila tahu Iskandar Faiz sanggup curang dengan dia. Cincin tunang di jari manisnya ditanggalkan.

“Tiara, sabar dulu nak.” nasihat Linda.

“Nak sabar lagi ke mak lepas dah tengok apa yang tengah berlaku sekarang?” jerit Wahidah Tiara. Hatinya hiba tengok kekasihnya curang dengan dia.

“Tia, jangan ambil keputusan terburu-buru. Dengar dulu penjelasan saya.” Iskandar Faiz cuba terangkan apa yang terjadi.

“Stop it Is! I am not a fool! Dah lah! Mulai hari ini, saat ini kita putus!” cincin tunangnya dilempar ke muka Iskandar Faiz.

“Tia! Tia!” laung Iskandar Faiz. Tetapi Wahidah Tiara tidak mengendahkan. Hatinya berasa teramat sakit.

“Encik, tolong ikut kami ke pejabat agama sekarang.” arah seorang pegawai.

“Sofi, dah sedar?” Wina rasa syukur apabila sepupunya sudah sedar.

“Apa dah jadi ni? Kenapa aku kat sini? Siapa mereka?” bertubi-tubi Sofia Amelia menyoal.

“Kami dari pejabat agama. Kami dapat aduan kamu berdua melakukan zina di sini.”

“Apa?” terkejut Sofia Amelia.

“Sofi, calm down.” tenangkan Wina.

“No! Tak mungkin Is buat macam tu. Encik salah faham. Adam!” Sofia Amelia bangun dari baringan.

“Kami minta maaf. Sudah terlambat. Ikut kami ke pejabat agama.” tegas pegawai.

“Daddy! Sofi tak buat benda terkutuk itu!”

Dato’Johari berasa sayu dengan anaknya. Apakah nasib anaknya selepas ini?

“Sofi, we believe you. Kita ikut mereka dulu, okay.” pujuk Wina.

Tanpa pilihan mereka pergi ke pejabat agama. Apakah nasib Sofia Amelia? Adakah Iskandar Faiz setuju untuk kahwin Sofia Amelia?


*******************************

“Abi nak along kahwin dengan Sofi!” kata Ismail dengan tegas.

“Abi, along tak buat apa-apa.” bantah Iskandar Faiz. Sofia Amelia dari tadi menangis.

“Abi tak kisah. Jangan malukan abi, along!” marah Ismail. Ismail tahu anaknya tidak akan sesekali pun buat benda terkutuk itu. Namun apa boleh buat? Sudah tangkap basah. Nak tak nak mesti disatukan.

“Along, dengar cakap umi. Kahwin dengan Sofi. Kesian dia. Umi tahu anak umi tak buat perkara haram. Tapi, fikir pasal Sofi.” nasihat Fatimah.

Iskandar Faiz memandang Sofia Amelia. Hatinya berasa sedih melihat keadaan Sofia Amelia. Dengan hati yang berat, Iskandar Faiz setuju untuk kahwin dengan Sofia Amelia. Walaupun tiada rasa cinta, mereka terpaksa disatukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience