BAB 13

Romance Completed 497

“ Tak nak.” Azalea bertegas.

“ Please? Saya belanja.” Syairi masih bersungguh-sungguh. Dia bukannya apa, dia kesian melihat Azalea memakai baju-baju yang sudah lusuh itu.

Azalea yang tidak suka dipaksa terus melangkah keluar dari butik Roxy & Quiksilver tersebut. Langkah kaki dihayun tanpa arah tuju.

Syairi mengeluh. Dia hanya melihat Azalea yang dah melangkah keluar. Baju-T Roxy di tangan diangkat lagi sebelum diserahkan kepada sales girl yang melayannya. Dia memilih beberapa helai lagi baju-T dan dua pasang sweaterdan sepasang jeans. Saiz pun dia main anggar je. Dia tidak peduli sama ada Azalea nak atau tak, yang penting dia beli semua ini ikhlas untuk Azalea.

Azalea & Syairi

“ Orang kedai tadi tu cakap, vanilla caramel ni boleh buat orang senyum.”

Azalea angkat muka bila bekas aiskrim sederhana besar dihulur padanya. Syairi berdiri dihadapannya yang sedang duduk di kerusi rehat yang disediakan di kaki lima premis-premis di dalam shopping mall tersebut. Tangan kiri Syairi membimbit beg kertas tertulis Roxy.

“ Ambiklaa..” ujar Syairi lagi.

“ Awak beli apa?” Azalea menyoal, curiga.

“ Barang sayalah.” bohong Syairi lantas mengambil tempat disebelah Azalea yang masam mencuka. “ Nah laaa... Sedap ni.” bekas aiskrim disua lagi.

Azalea mengambil bekas aiskrim dari tangan Syairi. “ Betul barang awak?”

“ Iyaaa. Makanlah aiskrim tu.. Penat bawak diri kan?”

Azalea menyuap sesudu aiskrim ke dalam mulut. Sedap. Sesudu lagi dan seterusnya. Hanya berhenti bila terasa ada mata yang memandang. Dia berpaling. “ Awak tak nak?” baru perasan yang Syairi hanya menjadi pemerhati disebelah.

Syairi tersenyum seraya menggeleng. Sebenarnya tadi dia leka memerhati Azalea yang dok tenung orang beli aiskrim kat kiosk Just Ice-Cream. Sebab itulah dia beli satu untuk Azalea. Hari tu Azalea pertama kali merasa Double Cheese Burger, tengah hari tadi Azalea pertama kali merasa ayam KFC, dan tak mustahil kalau aiskrim itu adalah aiskrim pertama bagi Azalea.

Haihh, Azalea -Azalea. Ada apa pada gadis itu sehingga membuatkan dia sentiasa mahu menggembirakan gadis itu? Syairi rasa macam nak beli semua benda yang Azalea pegang, semua benda yang Azalea pandang dengan mata yang bercahaya. Syairi nak bagi semua benda tu kat Azalea untuk buat gadis itu gembira. Sungguh, Syairi ingin melakukan semua itu.

“ Awak marah saya?” soal Syairi perlahan.

Azalea geleng. “ Awak malu jalan dengan saya?”

“ Sumpah tak!” Syairi siap angkat tangan bersumpah. “ Kenapa awak cakap macam tu?”

“ Sebab awak paksa saya beli baju tadi tu.. Awak malu kan?”

“ Serious tak malu.” Syairi beria-ia meyakinkan Azalea. “ Janganlah fikir macam tu.. Saya cuma nak belanja awak.. Salah ke?”

“ Kita baru je kenal. It’s too much.” Azalea tak nak nanti orang ingat dia kikis Syairi pulak. Biarlah dia tak berduit, hidup dengan baju-baju lusuh dia ni, yang penting dia tak mengemis ataupun mengikis harta orang.

“ Mana ada too much. Murah je lah baju-baju tu semua.”

“ Murah ke?” Azalea sendiri sebenarnya tidak melihat price tag di baju-T yang Syairi tunjukkan tadi. Dia cuma main teka je, sebab premis tu nampak mahal.

“ Murahlah. Saya beli banyak ni untuk awak.” Syairi mengangkat beg kertas yang dibimbitnya tadi. Dia dah tanggalkan tag-tag harga semua barang yang dia beli, supaya Azalea tidak tahu harga sebenar.

“ Tadi kata barang sendiri?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience