Bab 19

Vampire Series 4523

Emelyn memandangnya tanpa berkelip . Cleo ke yang selamatkan aku tadi ?
Aku tengok Cleo masih lagi memandang ke arah Demon yang sudah terbaring lemah . Nafasnya naik turun menahan marah .
Amboi . Marah betul kau ni bang .

“ Apa ?! ” herdik Cleo . Tajam matanya memandang Emelyn . Nasib baik dia datang awal . Kalau tidak , memang arwah budak ni kena makan dengan Demon tu .

Terhinjut bahu Emelyn mendengar herdikan Cleo .

“ Te.. terima kasih . ” kata Emelyn perlahan .

Cleo merengus kasar .

“ Kau buat apa dekat sini ?! Dah tau tempat ni bahaya , masih juga nak jalan jauh ! ” marah Cleo .

Sekali lagi bahu Emelyn terhinjut . Kus semangat . Ala dia ni nak marah-marah apahal ?
At least jawab lah sama-sama ke . No problem ke . Its okay sayang ke . I don't want you to get hurt ke .
Eh kesitu pula aku .

“ A.. awak tak apa-apa ? ” soal Emelyn .

Jangan kau nak marah lagi dah lah . Ni pun dah cukup bagus aku tanya kau okay ke tak tau .
Sama seperti tadi , Cleo hanya menghadiahkan pandangan maut menusuk ke tulang sumsum perghh !

“ Tak habis nak menyusahkan aku . ” kata Cleo . Perlahan namun keras suaranya .

Amboi . Berbisanya ayat kau . Kalah bisa segala jenis ular tau . Sakit hati kite ni .

“ Kalau awak rasa saya ni menyusahkan , kenapa masih nak tolong ? Kenapa tak biarkan saya kena telan dengan Demon tu ? ” kata Emelyn sambil bercekak pinggang . Sama macam mak tengah membebel saja rupanya .

Kali ini nafas Emelyn pula yang turun naik menahan marah . Kata-kata dia tu memang aku tak boleh hadam langsung .
Maksudnya dia tak ikhlas tolong aku tau tak .

Cleo hanya mendiamkan diri . Wajah gadis di depannya itu di pandang dengan teliti sehinggalah matanya terarah ke arah dagu Emelyn yang kelihatan sedikit luka dan merah .
Tak guna ! Berani kau sentuh dia ! Memang padanlah aku bunuh kau malam ni !
Cleo berteriak di dalam hati .

“ Apa pandang pandang ?! ” marah Emelyn sambil menutup dagunya . Ya , dia tau dagunya sudah cedera . Tapi jangan lah tengok macam tu . Dah macam kau nak hisap darah aku saja .

Cleo memandang wajah itu semula . Lama dia menatap wajah itu .
Emelyn sudah terkulat-kulat dengan pandangan yang diberikan oleh Cleo . Dia dah kenapa nak tengok aku lama-lama ?
Tanpa aku jangka , Cleo terus menarik tangan aku lalu masuk ke dalam pelukannya . Aku tergamam .
Dia ni.. Kadang jadi Hulk , kadang jadi Romeo , kadang jadi Prince Charming . Haih sakit otak aku nak layan watak kau yang berubah-ubah ni .

“ Aku cuma tak nak apa-apa jadi dekat kau . ” kata Cleo perlahan sambil mengusap lembut belakang kepala Emelyn .

Emelyn mengeluh kecil . Hatinya tersentuh mendengar kata-katanya .
Dia tau Cleo ikhlas mengatakan semua itu , tapi dia juga tau kata-kata itu bukan untuk dirinya .
Sebaliknya untuk Cealyn yang berada dalam jasad aku ni .

Emelyn menolak tubuh Cleo yang lagi memeluknya dengan erat .
Tak.. Tak boleh.. Aku tak boleh jatuh cinta dengan dia .

Cleo memandang pelik wajah di depannya itu . Dah kenapa buat muka masam mencuka ni ?
Laju saja Emelyn menghadiahkan jelingan maut semaut mautnya kepada Cleo .
Terimalah jelingan berbisaku ini dengan seikhlas hati wahai Abang Cleo HAHA .

Selepas menghadiahkan sebuah jelingan , Emelyn bergegas membuka langkah untuk pulang .
Lelaki yang berada di belakangnya tidak dihiraukan lagi . Pandai pandailah kau pujuk aku nanti .
Jap . Aku merajuk ni dah kenapa ?

Cleo hanya memandang Emelyn hingga hilang dari pandangan . Senyuman kecil terukir di bibirnya apabila mengingati jelingan maut gadis itu .
Serta merta memori dia bersama Cealyn bermain semula di kotak ingatannya . Dimana Cealyn melayan dia dengan dingin sekali sewaktu pertama kali berjumpa .
Jelingan maut juga sentiasa diberikan oleh Cealyn sepanjang percubaan untuk mendekati dirinya . Dan akhirnya , usaha itu tidak sia-sia .
Cealyn juga turut mencintainya sama seperti dia mencintai Cealyn .

Jadi sekarang ni ibaratkan peluang kedua untuk mendekati gadis itu . Baiklah , aku akan cuba sekali lagi .
Dan aku tak akan biarkan dia pergi lagi dari hidup aku .

Cleo menepuk pipinya sendiri . Pelik dengan kata hatinya .
Kenapa aku cakap macam tu ? Aku suka dia ? No way ! Tak kan rupa dia sama seperti Cealyn lalu aku mencintai dia ?
Ingat Cleo , dia itu manusia .

Cleo menggeleng perlahan lalu membuka langkah untuk pulang ke rumah . Tiada siapa yang dapat gantikan tempat kau Cealyn .
Tiada siapa..

••••

Sampai saja di rumah , aku tercegat di depan pintu masuk .
Aku buat apa ? Hah aku tunggu Vampire tak guna tu . Entahlah , aku marah dekat dia tapi aku rasa bersalah pula .
Kasar ke perangai aku tadi ? Dia cuma nak bercakap dengan Cealyn , habis yang aku emosi sangat ni dah kenapa ?

“ Tunggu aku ke ? ” bisik seorang lelaki di belakang Emelyn .

Akibat rasa terkejut , dengan kelajuan satu saat badan Emelyn menoleh ke belakang .
Hampir tersangkut nafas ni apabila wajah aku dan Cleo sangat dekat sehingga hidung kami saling bersentuhan .
Aku terkaku , begitu juga dengan Cleo . Jantung ni lagi lah , kalau boleh nak keluar dari badan lepas tu round satu istana ni .

“ Sampai bila nak macam ni ? ” soal Cleo sambil tersenyum nakal .

Aku yang baru sedar dari dunia khayalan terus menjarakkan semula wajahku . Huish , berdenyut kuat jantung ni .
Laju saja kedua tangan kecil milik Emelyn menolak pintu masuk rumah itu . Buka saja pintu , kelihatan wajah sang kekasih gelap si Cleo yang lagi duduk di ruang tamu .
Ala , tunggu Cleo lah tu .

“ Cleo , awak okay ? ” soal Alyaa sambil mendekati Cleo dengan reaksi yang cukup risau . Mana tidaknya , baju lelaki itu kelihatan seperti ada kesan darah .

“ Saya okay . ” kata Cleo lembut .

Aku mencebik . Dengan dia ni boleh pula lembut . Dengan aku kasar pula . Aik ? Cemburu kah ?
Aku rasa belum lagi kot sampai tahap cemburu ni . Mungkin..

“ Cealyn , awak okay ? ” soal Alyaa sambil memandang wajah Emelyn .

Terkebil-kebil aku memandangnya . Macam rapat saja dia dan Cealyn ni .
Aku hanya mengangguk lalu membuka langkah menuju ke bilik . Tak ada mood nak tengok drama bersiri mereka berdua ni .

Cleo dan Alyaa saling berpandangan . Pelik dengan sikap Emelyn . Macam marah saja .
Dalam diam Cleo tersenyum kecil melihat telatah gadis itu . Kenapa dia macam mengelak setiap kali melihat Alyaa dekat dengan dirinya ?
Cemburu ke ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience