BAB 4

Crime Completed 37843

"TOLONGLAH... kakak yang perlu risaukan... bukan saya,”  ulasnya dengan nada menekan. Bahaya makin berlegar-legar dalam pusat ingatan. Membuatkan debar jantung memukul dada. Panahan mata meliar sana dan sini.

Dia berterusan menolak jasad wanita kurus itu, agar panjat pagar yang sudah dia matikan aliran elektrik dengan  cepat,  supaya segera  sampai atas.  Matanya merenung sayu pada paras kusam Lara.

Dia tak mahu ada yang perasan atau anjing peliharaan Ghazali  terjaga lalu mengejar mereka.

“Janji dengan kakak, ada peluang lari.  Kita sama-sama cari ibu,”  ujar Lara dari balik pagar kawasan sempadan, antara gigi rimba dan jalan besar yang jaraknya tidak jauh dari teratak agam itu. 

Pemuda itu mengangguk sambil meminta Lara cepat pergi.  Dia seakan merasakan ada yang sudah terlihat. Rasa gelisah menjamah hati.

Lara sempat lagi kilas lemah ke arah teratak nan agam itu buat kali terakhir beserta pemuda tersebut, sebelum dia terus berlari menuju ke dalam hutan yang berakhir jalan besar. 

Pun begitu, dia terpaksa menempuh alam gelita dan juga haiwan liar.

Manakala pemuda itu pula bergerak ke bilik operasi untuk menjanasemula elektrik dan memperbetulkan semula kamera CCTV.  Panahan tajamnya melayang ke setiap arah dalam menjangkau jajahannya.

Kawasan itu penuh dengan mata-mata setia abang iparnya itu. Abang ipar yang tidak di ingini akan kehadirannya dalam kehidupan namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.

Kamar latihan...

Paras diminyaki cairan bening sang keringat. Dia baru saja usai berlatih taekwondo beserta latihan gym. 

Semakin berketul biseps serta enam pek nya.  Terlihat jelas ukiran naga emas di bahagian dadanya yang mempunyai rerumput halus. 

Dia bukannya tak tahu, ada beberapa mata peserta perempuan mencampakkan pandangan mereka ke arahnya sambil menyira madu di senyuman. 

Mana yang terpikat bakal dia jerat sehingga ke atas ranjang.  Telefon bimbit diseret untuk membukanya. 

Dari wajah yang penuh kepuasan menjadi panas berbahang. Kelopak mata melabuh dia singkapkan seluas samudera.

Bola matanya laju meluncur atas kaca jernih di telefon. Ada maklumat terbaharu mengenai Lara, isteri cagarannya itu.

“Sial!!!”  makinya lalu membaling botol air mineral ke cermin panjang sehingga berpercikan pada permukaan cermin dek botol yang masih lagi terbuka. 

Mana-mana bola mata yang memandang mahu pun terpandang saling membelek muka masing-masing, tak kurang juga yang melontarkan kata-kata kaca.

Dah kenapa?

Dengan paras yang maha ketat, Ghazali melangkah luas menuju ke pintu keluar.  Tanpa memikirkan siapa yang ada di sebalik punching bag, dia terus menumbuknya ketika sedang berjalan sebelum melangkah keluar.

“Tak guna kau perempuan.  Kau cabar aku sangat, kau tunggu perempuan.  Ini Ghaz lah.  Tak ada perempuan yang boleh lari dari aku!”  Kata-katanya menemani panahan tajamnya.

Jari telunjuk dengan cincin bertakhta delima merah menekan-nekan butang lif dengan sekuat mungkin.  Bukan itu sahaja, mulut lif yang tidak ternganga, menerima tendangan melulunya.

“Aku tahu, tentu ada orang yang khianat aku.  Tak mungkin dia senang-lenang boleh keluar bilik tanpa arahan aku.  Aku tahu siapa, kau tunggu.  Kau berdua tunggu! Kau semua memang nak mampus dengan aku!!!”

 

LARA hilang punca dan kematian langkah. Dia fikirkan laluan  menuju ke jalan besar tidak berapa jauh sangat. Namun hakikat sebenarnya tidak, makin ke dalam dia masuk, makin gelap dan menyeramkan tanpa ada satu pun bunyi enjin melanggar gegendang telinganya.

Dia yang berada dalam keadaan tegang, gelisah menjamah hati semakin berasa tidak tentu-hala khuatir diri bakal ditangkap lagi dan di sumbatkan semula ke dalam neraka itu. 

Sungguh, dia tak mahu!

“Allah!”  jeritnya saat tergelincir dan terus bergulingan sehingga tubuh terasa melayang. Segalanya berlaku dalam masa yang amat pantas.  

Sementara itu,

Satu demi satu wajah yang sedang menayang diri pada lelaki beriris mata setajam belati tersebut, menjadi tempat melayangnya lima jari dari tangan Ghazali. 

Mata-mata yang setia namun perasaan didera kebimbangan, dan ini termasuklah jejaka yang membantu wanita malang itu tadi.

Terowong tekak kesat sekali dalam menelan liur yang berketulan. Senget kanvas wajah saat menerima layangan buku lima. 

Hanya mampu mendesah kesakitan kala bibir bersemburan dengan air liur dari dalam tekak bercampur pula dengan darah.

  Terus mendongak apabila bahagian kiri dahi terasa sejuk,  dan seakan ada benda keras sedang diletakkan di situ.

Ghazali menjungkitkan senyuman.  Paras merah padam serta dipenuhi dengan manik-manik bening itu, hanya mengangkat kening isyarat pertanyaan. 

Dia yakin, semua orang yang menjadi penghuni rumah agam itu cukup-cukup pasti apa maksud pada pergerakan keningnya.

Muncung pistol nan berapi makin ditekan kuat di bahagian sisi dahi pemuda itu.  Keringat semakin membanjiri wajah serta tubuh yang dirempuh badai kebìmbangan.

Bukan dia sahaja, malahan yang lain termasuklah lima orang pembantu wanita yang masih lagi tak mampu memandang wajah yang sudah meledakkan api amarahnya.

Masing-masing membilang detik hidup mereka, sama ada masih lama lagi ataupun bakal rebah hari itu.

“Aku tanya kau ni, macamana betina sial itu boleh keluar bilik dengan mudah?  Siapa bagi akses pada dia,hah?” Ghazali menyoal sambil melayangkan busur mata ke setiap kanvas wajah yang menunduk.

Termasuklah beberapa pasang iris mata yang sembunyi di balik kacamata hitam.

Senyap bagaikan ada malaikat sedang lalu.  Dan itu menambahkan lagi amukan amarah, seorang Ghazali Gary Joon Hon.

“Hei, kau semua nak mampus sangat ke hah?  Aku tanya siapa akses dia.  Aku bukannya tanya soalan susah mana pun.”

Ya, memang soalan yang ingin dia tahu itu amat mudah jawapannya namun ia paling berisiko buat mereka semua.

Lelaki  di sebelah pemuda yang membantu Larasati Aisya untuk keluar dari teratak nan agam itu, mahu berbicara kerana dia seorang saja yang nampak serta tahu, siapa punya angkara. 

Tapi, dalam masa sama dia juga takut sekiranya pemuda itu, membeliti kisah sebenar dan sudah tentu dia pula yang kena.

Jadi jalan terbaik, lidah mengelu dan mulut terkatup. Sempat lagi pelupuk mata beralis pendek melabuh pandangan ke arah sebelah. 

Pun begitu, dia tak pasti sama ada Ghazali dapat menafsir isyarat yang cuba dia sampaikan atau pun tidak. 

Pang!

“Aduh, tuan!  Sakit tuan!”  pekik salah-seorang daripada pembantu rumah yang menjadi mangsa tembakan rambang muncung berapi Ghazali.

Tembakan itu, merupakan amaran tegas kepada mata-matanya agar jangan membaling tahi pada dirinya. 

Kelam-kabut pembantu-pembantu rumah yang berdiri itu, mendapatkan pembantu merangkap ketua segala pembantu yang terduduk  memegang kaki yang ditembusi peluru. 

Kesemua mata-mata yang berseragam hitam debar jantung bagaikan mahu memecahkan dada. Dihambat kegamangan. Saat genting dan mengerikan pun tiba.

Sekali lagi muncung pistol tertujah ke dahi.  Menelan liur juga terasa payah. Dalam hati jejaka yang kini menjadi sasaran seakan dapat merasakan Ghazali, sudah menghidu itu  adalah kerjanya.

Muncung pistol yang mengucupi sisi kanan dahi di angkat. Menarik nafas kelegaan namun tidak terlalu menonjol sangat.  Gelisah tetap menjamah hati.

Hanya dengan sekali tamparan dari layangan tangan Ghazali, pewarna merah delima nan pekat tersembur keluar dari pipi yang senget ke kiri.

Jasadnya juga turut terhuyung-hayang dengan apa yang terlihat berlapisan, sehingga terkeluar dari dalam deretan jejaka seragam hitam. 

“Kenapa tampar saya Tuan?”  Nada sedikit gementar dan kedengaran berkulum, mungkin kerana darah masih lagi mahu keluar dari dalam mulut.  Pijar pipi kini. 

“Mana betina itu pergi?  Kau jangan cuba mainkan aku, Raz.  Aku tahu memang kerja kau.  Siapa lagi yang rapat dengan isteri aku itu, selain engkau.  Baik kau cakap mana dia?  Mana kau sorokkan perempuan pembawa malang itu.  Kau tahu tak kerana dia... hancur musnah harapan aku untuk merampas harta-bendanya itu!”  tikaman lidah kerisnya menusuk tepat ke seketul daging dalam rangka dada.

Merubahkan warna paras tersebut sebelum penerajangnya pula singgah di kepala.

“Aku tanya kau elok-elok?  Bagitahu aku, mana betina itu pergi malam-malam begini?”  soal Ghazali dengan kaki masih lagi atas tubuh Razzi yang terbaring mengiring mencium lantai itu.

“Argh!!!”  pekik Razzi apabila tumit kasut but milik Ghazali memijak dan melenyek jari-jemarinya.

“Aku tanya sekali lagi... mana perempuan itu pergi?”  soal si mata helang yang merudumkan parasnya.

Sekali ini, muncung berapi kembali mengucup dahi Razzi. 

Klik!

Jemari laju bermain di sekitar magazine dan picu.  Razzi menelan lagi air liurnya yang umpama kerikil. 

Makin kuat tujahan muncung pistol Ghazali tekankan pada sisi dahi pemuda yang semakin berombak-ombak dada dan dihujani keringat. 

Adrenalin kesemuanya meluncur laju selaju aliran pengeluaran air asin di setiap lorong-lorong kecil roma mereka.

Pang!

Sekali lagi, layangan tangan terangkat tinggi. Tegak terhala ke arah salah-seorang pemuda berpakaian kot hitam. 

Peluru meluncur laju dan terus terbenam jauh ke dalam dahinya yang sudah rebah ke lantai.  Mulut ternganga dek keterkejutan dan tidak sangka nyawanya setakat itu sahaja.

Makin menjerit pekik para pembantu rumah, apabila rakan mereka pula menjadi mangsa peluru sesat dari pistol buatan Amerika milik lelaki berhati beku serta dingin itu. 

Suasana di ruang tamu yang di uliti kememawahan itu, gegak-gempita seperti di terpa sekumpulan perajurit bergajah!

Razzi yang terketar-ketar jasad mahu bangun tetap dapat di patahkan penangan Ghazali. Buat sekian kali, tumit keras kematu but Ghazali menujah lantas menekan lagi kepalanya ke simen lantai.  Jemari masih lagi sakit. 

“Kenapa kau tersenyum?  Kau fikir kau selamat?”  Kata-kata kaca terus dia tikamkan ke sukma. Tangan terus menghalakan muncung berapinya ke arah pemuda yang tahu tentang rahsia kehilangan Larasati Aisya selain Razzi.

“Atau kau juga cuba rahsiakan sesuatu dari aku?”

“Ti... ti...dak...”  jawabnya yang pada dasarnya mempunyai sedikit keberanian namun setelah melihat ada yang tumbang...

“Kenapa gagap pula tiba-tiba?”  sindir Ghazali seraya mengangkat rimbunan kening tebal bercantumnya itu. 

Klik!

Bunyi yang sama.  Kesemua wajah-wajah yang masih ada, meneguk liur yang terasa semakin payah dan berkumpul tak kurang juga yang melonggarkan riben hitam mereka. 

Akhirnya Razzi terpaksa...

Meredah halaman luar yang kini diselimuti gebar gelita.

  Tidak mahu mengambil tahu, apakah waktu tersebut.  Tubuh Razzi ditolak-tolak kerana dia mahu bergerak pantas.  Dia yakin perempuan sial itu, tidak akan mampu pergi jauh.  Dia tidak biasa jalan tempat-tempat begini.

“Kau ingat kalau malam ini, aku tak dapat betina tu kau yang mampus!”  sergah Ghazali, langsung menunjal kepala Razzi yang masih belum puas dia hadiahkan penangan.

Sementara itu,

Lara mendesah kesakitan kala mahu bangun dari pengsannya itu.  Meniup-niup belakang tulang sikunya, yang terseliat kulit akibat geseran pada anak-anak batu. 

“Sayang... abang datang sayang...”  Bergemaan dek keheningan. Apakah ia hanya bisikan bayu dari arah perbukitan?

“Hah?”  soalnya dengan bibir berukiran ulas limau Mandarin, terbuka sedikit.   Gerakan mata mula meliar menjelajahi. Bergerak-gerak cuping telinga dalam menajamkan lagi pendengaran.

Dia mahu tafsir apakah itu benar-benar bisikan sang bayu atau suara dari wajah yang dibayangi.

Muncullah keresahan yang menyeksakan.

“Sa...yang...”  panggil suara itu lagi dari arah yang bertentangan. Di temani bibir berlumuran madunya itu.

Sayang... abang datang sayang...”  Bergemaan dek keheningan. Apakah ia hanya bisikan bayu dari arah perbukitan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience