Bab 5

Short Story Series 16005

Setibanya mereka di di tepi tasik, Deyna dan Hazirah melabuhkan punggung diatas rumput serta melemparkan pandangan ke arah tasik.

Hazirah mula bersuara "Deyna kau nak aku bagitau kau sesuatu tak?"

"Apa yang kau nak bagitau."

"Aku kan tadi ermm... Masuk bilik kau sebab nak ambil pendrive tapi aku jumpa satu kertas ni aku tengok la dan kertas tu kertas misi-misi kau yang dulu punya."terus Hazirah mengeluarkan kertas yang dijumpanya dan menghulurkan kepada Deyna.

Deyna terus mengambil kertas itu. Isinya sama sahaja macam semalam yang dia teringat sebelum tidur. Tak pernah diusik kertas itu atas sebab kecewa.

"Jadiiiii."balas Deyna dengan suara meleret dan kening terangkat sebelah.

"Kau tak nak cuba misi kau tu? Yelah dulu bila aku suruh ada ja alasan kau."

"Aku tak ada idea la nak buat semua ni. Yang pasal misi ni pun sebab aku banyak tengok drama tv and terpengaruh dengan kawan yang dulu-dulu. Kau pun tahu dulu kita kawan semua jenis masuk air." tutur Deyna dengan tangan sibuk melempar batu ke tasik.

"Deyna aku ada idea. Kau nak tak cuba? Kalau kau tak nak cuba aku tak nak bagitau."Hazirah menunding jarinya tepat dihapadan muka Deyna. Dia tak kisaj yang penting dia nak tengok kawan dia bahagia.

"Ikut dengan apa yang kau nak bagitau. Kalau senang aku cuba, kalau benda tu menyusahkan terima kasih saja la kat idea kau tu."balas Deyna sambil mata memerhati orang yang lalu lalang. Boleh pula pasangan sweet lalu di hadapan dia sambil berpelukkan. Dasar tak hormat orang single.

"Esokkan kau nak ambil kereta kau pergi ajak dia lunch sebagai ucapan thank you sebab hantar kita balik." cadang Hazirah dengan mata yang bersinar.

"Kau ingat kita kerja office yang lunch saja pukul satu. Kita kerja cafe laa waktu lunch tu la selalu banyak pelanggan."jeling tajam Deyna dibalas dengan sengihan comel Hazirah.

Hazirah dah gosok kepala mencari idea dan lepastu "Alaaa kau pergi saja. Pasal boss tu nanti aku slowtalk. dengan dia." Hazirah masih lagi dengan cadangannya.

"Hmm tengok la Rah macam mana takut nanti dia pulak la yang tak free."

"Deyna aku yakin punya dia free." Hazirah mengoyangkan lengan Deyna.

"Dah jom balik Rah. Aku tengok dah tak ramai orang kat sini." sambil mata memerhati kawasan yang tidak ramai pengunjung.

"Memang la benda nak dekat pukul 7 dah." terus Hazirah berdiri sebelum pergi sempat dia berkata "kau lambat sampai kereta jangan tanya aku kenapa hantu air tarik kau. Tata."berdesup Hazirah lari tinggal Deyna yang masih terkial-kial.

"Tak guna punya kawan." laju aku pergi dekat Hazirah yang berada disebelah kereta. Hazirah mana boleh masuk kereta sebab kunci ada dekat Deyna.

Keesokkanya, macam yang dirancang waktu lunch Hazirah dah tolak Deyna keluar cafe.

"Dah Naa kau pergi cepat. Ikut macam apa yang aku rancang tau." dengan semangat ditepuk kedua-dua bahu aku.

"Ya lahh. Nanti kalau boss tanya kau cover ehh." sengih Deyna bila tengok Hazirah menjulingkan matanya keatas sebab dia suka ulang ayat yang sama.

"Ya ya aku tau. Tak payah ulang banyak kali. Dah pergi cepat. Goodluck my friend." terus Hazirah menolak belakang Deyna.

"Nasib cuaca tak berapa nak panas. Kalau panas memang taklah aku nak jalan kaki pergi bengkel tu."gumam Deyna seorang diri

Setibanya dia dibengkel, Deyna mendapatkan keretanya. Laju je jalan tak tengok kiri kanan. My baby dah sihat laa.

Tiba-tiba ada seorang datang menegur.

"Ya cik."

Pusing ja belakang mata Deyna bertemu dengan dada seseorang. Nasib tak tercium je maklumlaa pendek.

Sebelum bercakap Deyna panggung kepala sebab nak tengok siapa dan rupanya crush dia.

"Ouhh hai. Kereta saya dah elok kan."tanyanya kekok. Sesungguhnya dia tak selesa sebab jarak mereka begitu dekat.

"Yup, aku dah perbaik. Kereta ni dia semput sebab bateri dah lama tak tukar tu yang jadi macam tu."balas Aidil Haziq dengan mata yang masih memerhatikan aku.

Aku menggangukkan kepala. Selepas membayar aku keluar dari bengkel diikuti oleh Aidil Haziq.

"Boleh kalau kita lunch sekali? Saya ajak sebab nak ucapkan terima kasih sebab sudi hantar kitaorang balik. Bila awak free?"dengan senyuman deyna bertanya lembut.

"Sure. Sekarang pun aku tengah free."

"Kalau macam tu jomlah."terus aku mengajak dia pergi ke restoran makanan melayu yang tak jauh dari sini. Takkan nak makan dekat cafe dia mahu tiga hari tiga malam kena bahan dengan pekerja cafe tu.

Selesai sahaja order makanan kesunyian yang berlaku membuatkan Deyna kekok dan kurang selesa.

"Dah lama kau kerja cafe tu." Aidil Haziq memulakan percakapannya.

"Nak masuk 2 tahun dah kerja situ." balas aku perlahan.

"Aku Aidil Haziq dan kau boleh panggil aku Aidil. Nama kau apa?"tanya Aidil sambila mata tunak memandang Deyna.

"Deyna Uqasha dan awak boleh panggil saya Deyna. Umm boleh saya panggil awak Haziq tak? Sebab kawan dekat cafe banyak nama Aidil rasa macam kekok pula hehe." alasan yang tak masuk akal tetapi memang betul di cafe tu banyak pekerja nama Aidil.

"Melebih ehh kau Deyna. Ni kalau ibu tau memang ibu kurung dalam rumah." kataku dalan hati.

"Ikut suka. Aku pun tak kisah sangat." Deyna mengangguk kepala.

Selepas dia habis bercakap waiter terus datang hantar makanan. Mereka hanya berbual kosong.

Keluar sahaja dari cafe tu terus Deyna mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih sebab sudi lunch dengan saya Haziq." ucap Deyna dengan senyuman.

"My pleasure Deyna." balasnya pendek.

Sampai sahaja bengkel Deyna terus ambil kereta dan memandu pergi cafe.

Handbrake ditarik selepas parking kereta tak jauh dari cafe. Jarinya tidak henti mengetuk stereng kereta.

"misi pertama selesai iaitu ajak crush makan sama-sama. Semoga dipermudahkan." terus Deyna keluar dari kereta.

TBC...
Maafkanlah kesalahan typo yang berleluasa.

Follow and komen to unlock new chapter tehee.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience