“Assalamualaikum..” Salam di berikan.Sedari tadi Kiah memerhatikan sahaja adiknya merenung di tangga. Entah apa yang dia fikirkan sampaikan salamnya tidak di sahut.Berat sungguhkah masalah yang menimpanya kala ini?
“Sah? Oh.. Sah.” Panggil Kiah.
“Kak. Bila akak sampai?” Soal Tini.Di seka airmatanya yang jatuh. Risau akan membuahkan satu persepsi yang negetif pada pandangan kakaknya yang memang terkenal mulut laser.
“Bila aku sampai? Aku dari tadi dah sampai. Kau je yang tak nampak aku ni, hah. Kau fikir apa sampaikan aku panggil kau berkali-kali tak menyahut?” Bertalu-talu soalan di ajukan.Kiah mengambil tempat di sisi adiknya. Duduk di atas anak tangga rumah.
“Tak ada fikirkan apalah kak. Kau nak minum ke kak?” Tanya Tini cuba mengalihkan perhatian kakaknya dari ketahuan hal yang sebenarnya.
“Hem.. rumah kau ni ada air ke untuk aku minum?”
Dush! Seperti peluru berpandu tanpa henti menempak tepat ke jantungnya!
“Kak..” Lembut sahaja suaranya.Ingin di luahkan kekusutan hati, takut pula kelak kakaknya ini akan menentang hebat. Tetapi tidak di luah dia yang makan hati. Aduh! Kenapa ye sukar untuk dirinya membuka bicara. Sedangkan hajatnya ini sudah lama di pendam. Apatahlagi sekarang suaminya seperti menggantungkan dirinya tanpa tali.Keputusan harus di buat. Tidak boleh tidak. Apa nak jadi, jadilah! Dia sudah tidak perduli lagi.
“Kenapa? Kau nak pinjam duit lagi? aku tak ada duit lagi. tu hah, kebun sayur laki aku tu belum ada hasilnya. Ruginya selalu.” Bebel Kiah .Lain yang hendak di katakan, lain pula yang kakaknya omelkan.Ya, dia akui dia sering meminjam pada kakaknya duit. Itu adalah salah satu perkara yang sering dia lakukan. Terutama sekali saat keperluan asasnya sudah kehabisan.
“Bukan. Bukan itu yang saya mahu cakap.”
“Habis tu. Kalau bukan duit kau mahu pinjam beras pula ke?” Soal Kiah lagi.
“Juga bukan.” Jawab Tini.
“Habis, kalau bukan itu apa lagi yang kau mahukan dari aku?” Tanya Kiah serius.Dalam kepalanya tiada apa lagi yang dapat difikir. Kalau bukan dua perkara yang wajib, perkara yang selalu di minta oleh adiknya ini, apa lagi?
“Aku mahu keluar kota. Mahu kerja.”Ternganga mulut Kiah mendengar butir bicara adiknya. Setahunya, Tini tidak pernah ke luar kota. Ke pekan juga jarang sekali. Hidupnya banyak di kampung ini.Bolehkah adiknya itu ke kota untuk bekerja? Ah! Tentunya Tini berncanda dengan aku.
“Kau nak ke luar kota? Kau yakin? Dengan keadaan kau macam ni, dengan anak kau yang masih menyusu badan. Kau sanggup ke tinggalkan Diana?”Bertalu-talu soalan di ajukan kepada Tini, adiknya. Tiba-tiba hatinya di serang serumpun perasaan takut.Dirinya sendiri pun masih ragu-ragu mahu ke bandar, inikan pula yang langsung tak tahu bagaimana dunia luar mahu lebih jauh dari dirinya. Ah sudah!
“Kau tolong jagakan Diana. Untuk aku.”Kiah hanya terdiam. Tidak mampu berkata apa. Nekad sungguh adiknya kala ini.
“Sekarang kau tahukan. Kaulah punca segalanya! Sekarang, Mustafa tunangan kakak kau sendiri pun kau nak rampas? Kasih sayang emak dan ayah aku kau curi, segala yang ada bersama aku semuanya kau nak bolot!”Kali ini along benar-benar marah. Tiada lagi kata yang mampu di katakan oleh Diana. Hanya tangisan yang menjadi nada kala suaranya hilang di saat bibir dan lidah kelu membisu.
“Apa dah jadi ni! Dah kenapa macam ni?Astaghfirullah hal’azim! Diana! Mawar!” Mengucap panjang Mak Kiah dan Pak Amin. Tergeleng-geleng kepalanya melihat keadaan rumahnya yang macam tongkang pecah.Pasti sesuatu telah terjadi. Sampaikan keadaan rumah jadi huru-hara macam ni. tak habis-habis Diana dan Mawar asyik bertelagah sesama mereka. Apa nak jadilah dengan anak-anak dia ni.
Share this novel