“KENAPAkau tak nak jumpa dia? Penat dia cari kau kat sana,” tanya Idham
pada Izzah yang melentokkan kepada pada meja di taman.
“Malaslah aku. Dah dia tak sudi buat apa aku nak
terhegeh-hegeh lagi? Aku pun ada maruah jugak!” balas Izzah.
“Tapi dia macam risau je tadi bila aku cakap kau sakit
kepala. Mesti dia dah bersedia nak terima kau.” kata Idham lagi.
“Dah tak ada maknanya lagi. Semuanya dah terlambat.” Izzah
menegakkan badannya. “Okeylah, aku nak balik dulu.” Dia bangkit mahu
pulang ke rumah. Tiba-tiba saja dia membongkokkan badannya dan masuk ke
bawah meja.
“Kenapa dengan kau ni, Izzah?” tanya Nadhia pelik. Tak
pernah-pernah Izzah berperangai begitu.
“Syhhh...jangan sebut nama aku!” Izzah meletakkan jari
telunjuknya ke bibir.
“Ooo... patutlah menyorok. Ada Harraz rupanya.” Fadhli
bersuara apabila nampak kelibat Harraz sedang berjalan. “Harraz,
sinilah!” panggil Fadhli.
Izzah menumbuk kaki Fadhli. “Tak payahlah panggil dia!” Dia
bersuara geram.
“Dah nak balik dah ke?” tanya Fadhli sebaik saja Harraz
sampai di meja yang mereka duduki.
“Haah, dah nak balik. Kenapa panggil aku tadi?” tanya Harraz
sambil bermain dengan tali beg sandangnya.
“Duduklah dulu, kita sembang-sembang ke?” pelawa Nadhia.
Wajahnya dikerutkan sedikit apabila terasa Izzah mencubit kakinya.
“Tak apalah, lain kali je eh? Aku balik dulu.” Harraz mula
berpusing dan melangkah meninggalkan mereka.
“Kau ni saja je, kan? Dah aku suruh senyap tu, lagi mau
panggil!” Izzah memarahi kawan-kawannya sebaik saja dia keluar dari
bawah meja.
“Aku saja je nak beramah-mesra dengan dia. Itupun salah
ke?” jawab Fadhli.
“Memang salah! Kalau nak beramah-mesra tu tunggulah bila aku
tak ada!” marah Izzah. Dia berlalu dari situ dengan perasaan marah.
“Itulah kau, buat lagi. Kan Izzah dah marah!” sungut Syamira.
“Alah, sekejap je marahnya tu. Nanti sejuklah tu. Kau
orang jangan risaulah,” ujar Fadhli.
*****
“ANAK**ayah ni tengok tv ke tv yang tengok Izzah?”
Teguran Khalid mencantas lamunan Izzah. Entah mengapa
aksi-aksinya yang cuba merapati Harraz tiba-tiba saja bergentayangan di
minda. Dia memarahi dirinya sendiri. Dia sepatutnya cuba melupakan
Harraz, bukan mengingati lelaki itu.
“Termenung lagi ke?” Khalid sudah mengawang-awangkan
tangannya di depan muka Izzah.
Izzah terpingga-pingga. “Mana ada Izzah mengelamun. Izzah
tengah tengok tv ni.” Dia cuba menumpukan perhatian pada cerita yang dia
sendiri tak tahu tajuknya.
“Anak ayah ni ada masalah ke?” Kepala Izzah Khalid usap
perlahan.
Izzah menggeleng kepala.
“Anak kita ni dilamun cinta, bang.” Izzati menyampuk sambil
meletakkan tiga cawan kopi panas di atas meja kopi.
“Ibu...” marah Izzah.
“Apa yang nak dimalukan? Ceritalah kat ayah siapa budak tu?”
Khalid mengorek rahsia.
Wajah Izzah sudah memerah. Dia mencapai cawan kopi lalu
disisip perlahan. Dia meletakkan kembali cawan di atas meja kopi sebelum
beralih pandang ke wajah Khalid. “Dia tak macam orang lain.”
Ibunya tak menyampuk, memberi ruang anak-beranak itu berbual mesra
setelah seminggu tak berjumpa kerana urusan kerja.
“Tak macam orang lain?” Khalid mengerut kening. “Anggota
badan dia tak cukup ke?”
“Bukanlah, ayah...” Izzah menyangkal.
“Habis tu?” Khalid mengurut keningnya.
“Dia... erk... dia...” Serba salah Izzah hendak
menyebutnya. Dia memandang Izzati, meminta bantuan.
“Dia tu lembut sikit,” ujar Izzati.
“Baguslah lembut. Izzah ni keras kepala sikit perangainya.
Air campur api jawabnya amanlah rumah tangga. Bila dah kahwin nanti,
kena pandai bertolak ansur. Sikap keras-keras kepala tu semua kena
buang.” Khalid sudah memberi tazkirah.
Izzati menepuk dahi.
Izzah pula mengerutkan dahi. Sah-sah ayahnya tak memahami apa yang
ibunya katakan tadi.
“Yang awak tepuk dahi tu kenapa, Zati? Tak betul ke apa yang
abang cakapkan tu?” tanya Khalid pelik.
“Memang tak betul. Zati cakap lembut lain, bukan perangai
dia lembut.”
“Lembut lain tu apa pulak kalau bukan perangai?” Khalid
pening dengan percakapan isterinya.
“Dia lelaki lembut tapi dia tetap minat perempuan. Dia bukan
gay. Sembahyang tak pernah tinggal. Dia pandai, rajin membaca, comel.
Dia anak orang berada tapi dia tak pernah berlagak.” Izzah menerangkan
satu per satu perwatakan Harraz yang pernah dia nampak sambil mengukir
senyuman.
“Ooo, I see...” Khalid mengurut dagunya. “Bawaklah dia
datang ke rumah nanti. Nak jugak ayah berkenalan dengan dia.” Khalid
mencapai air kopi.
Senyuman Izzah mati. “Dia tak sukakan Izzah. Dia dah serik
kena tipu dengan perempuan tapi hari tu...” kata-kata Izzah termati.
“Hari tu kenapa?” soal Izzati dan Khalid serentak.
Izzah menggeleng. Air mata yang ingin menitis ditahan
seboleh mungkin. “Tak ada apa-apalah. Ibu, ayah, Izzah masuk tidur dulu
ya?” Izzah menyalami tangan Khalid dan Izzati sebelum mendaki tangga
untuk ke biliknya.
Share this novel