BAB 10

Romance Completed 9577

“ Sejak bila kau baik dengan Faiq?” Sany bertanya setelah melabuhkan duduknya di sebelah aku. Masa tu aku ada kat bawah khemah. Terpaksa berehat daripada join apa-apa games sebab injured. Nasib baik team netball aku menang tadi walaupun aku dah tak boleh main.

“ Ada masalah ke kalau aku baik dengan dia?” aku bertanya selamba. Sikit pun aku tak pandang Sany kat sebelah.

“ Memang, memang ada masalah! Masalahnya ialah aku tak suka dia!” suara Sany naik satu oktaf. Orang lain dah pandang kitorang semacam. Hijah pandang aku tapi aku hanya tersenyum sedikit. Tak nak dia risau.

“ So what? Do I care If you did’nt like him…” sinis aku membalas. Senyuman sinis turut tersungging di bibirku. Dalam pada itu aku mencari kelibat Zira, budak tu memang dah lama hidup agaknya. Dia fikir aku tak tahu dia yang menjadi punca aku terjatuh. Aku tangankan jugak si Zira tu nanti. Haih…

“ Cukuplah aku seorang kawan baik yang kau ada. Takkan kau nak dia ganti tempat aku pulak.” Suara Sany tegang. Dia bangun dan duduk di depan aku. Aku pandang tepi. Tak sanggup nak bertentang mata dengan dia. Aku takut hati aku cair. Hati aku ni bukannya boleh percaya sangat.

“ Are you sure that we’re still best friend?” soalku sinis tanpa memandang dia.

“ Dah dapat Faiq terus kau nak buang aku? Macam tu?” Sany semakin berang.
Siapa yang buang siapa sekarang ni? Aku ke dia? Hatiku menggerutu geram.

“ Ikut suka kaulah nak fikir apa. Aku malas nak cakap apa-apa.” Aku bangun untuk pergi jauh daripada Sany. Sedikit rimas dengan persoalannya yang tidak henti-henti. Di matanya aku yang bersalah kerana mengabaikan dia tetapi kenyataannya dia yang mengabaikan aku! Dia yang buang aku jauh dari hidup dia sebab perempuan lain dan sekarang dia cari aku semula. Nak buat apa? Huh!

“ You’re not going anywhere… I’m not finish yet.” Sany tarik tangan aku menyebabkan aku kembali terduduk. Aku merengus geram. Tak habis-habis lagi ke Sany ni?

“ Kau nak cakap apa lagi?” Aku bertanya malas.

“ Lepas ni aku tak nak kau rapat dengan Faiq lagi.” Sany menekan suaranya. Mukanya serius tanda dia tidak main-main.

“ If not?” aku cabar dia

Sany tersenyum sinis dan merapatkan kedudukan kami. Aku sedikit terkejut lalu menjauhkan sedikit tubuhku. Dada aku rasa nak pecah kerana sinar mata Sany yang tajam menikam. Andai Sany rapat lagi, aku pasti dia boleh mendengar degupan jantung aku yang begitu kuat menghentak.

“Jangan sampai satu saat nanti kau akan menyesal. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna. Kau belum tahu apa yang aku boleh buat.”

“ Kau ugut aku?” aku ketap gigi. Sany ingat dia tu siapa?

Sany hanya tersenyum sinis tanpa menjawab pertanyaan aku. Sedikit sebanyak rasa gelisah bertandang. Sany tak akan buat sesuatu yang melukakan aku. Kan? Aku cuba menyedapkan hati sendiri.

******************************

“ Ada orang masuk meminang. Habis belajar nanti terus langsungkan majlis.”

“ Hah? Pinang Lin? Mak terima ke?” Aku terkejut. Siapa pula yang berani sangat masuk meminang aku?

“ Terimalah. Hari tu Lin juga yang cakap kat mak kalau ada orang masuk meminang Lin suruh mak terima kalau mak berkenan. Mak memang berkenan pun dengan lelaki tadi.”

“ Lin gurau aje masa tu, kenapa mak ambil serius apa yang Lin cakap.” Aku gigit bibir resah. Aku tak nak kahwin lagi!

“ Kamu jangan nak mengelat, mak dah terima pinangan tu.” emak dah mula membebel.

“ Tapi Lin kan muda lagi…” Aku bersuara tak puas hati.

“ Apa salahnya kahwin muda. Dulu mak pun kahwin muda juga. Bahagia je dengan ayah kamu.” Balasan daripada emak membuatkanku sedikit tercekik. Aku tak ready lagi la…

“ Siapa lelaki yang pinang Lin?” aku bertanya perlahan.

“ Eran.. Eran apa ye? Susah sangat nama dia. Terbelit lidah mak nak menyebutnya.”

“ Eranshani?” sedikit bergetar suara aku bila nama itu meniti di bibir. Dalam hati aku berdoa agar apa yang
aku fikirkan tidak menjadi kenyataan.

“ Hah, betullah tu. Sany nama lelaki yang pinang kamu.”

Aku terduduk. Sampai hati Sany buat aku macam ni. Dia benar-benar kotakan apa yang dia cakap hari tu.
Aku meraup wajahku dengan hati yang berkecamuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience