BAB 4

Horror & Thriller Completed 11920

Pandang belakang

Sepasang suami isteri yang masih muda bersama bayi mereka sedang dalam perjalanan di Lebuhraya Karak.

Ketika itu, waktu malam. Mereka memilih waktu malam untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan panas matahari.

Semasa si suami memandu dalam kesunyian lebuhraya Karak, tiba-tiba, kereta yang dipandunya menghadapi masalah dan enjin terus mati. Si suami terkejut kerana dia yakin dia ada periksa kereta tersebut sebelum memulakan perjalanan jauh untuk keselamatan keluarganya.

Kemudian, mereka tiada pilihan lain kecuali berhenti di tepi jalan.

Si suami keluar untuk periksa enjin kereta tersebut manakala si isteri bersama anak mereka menunggu di dalam kereta.

Selepas beberapa minit, si suami kembali semula dan memberitahu yang dia tak jumpa apa-apa masalah dan cuba untuk menghidupkan kereta itu lagi.

Tetapi, kereta tersebut masih tak nak hidup. Akhirnya, si suami terpaksa membuat keputusan yang sukar sama ada tunggu sahaja sampai kereta lain lalu atau cari pondok telefon berdekatan.

Tidak ingin meninggalkan keluarganya, si suami mengambil keputusan untuk menunggu. Namun, setelah 20 minit, tiada satu kereta pun yang lalu di situ.

Si suami tiada pilihan, dia nekad untuk cari pondok telefon berdekatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience