BAB 2

Romance Completed 29760

“Akak Faraaaaaaa!” bulat mata Fara memandang kelibat budak lelaki yang semakin meghampirinya. Baru berpisah semalam hari ini sudah berjumpa semula, nasib badanlaaa kau

Fara kena layan budak kecil mulut tak ada insurans ni.

“Akak wandering alone eah? Akram temankan please please.”

“Isy tak boleh, nanti Abah carik macam mana.Shopping Mall ni kan besar.”

“Akram datang dengan abang. He wont freak out sebab tengah sibuk lovey dovey dengan akak Hannah. Akram bosanlaa hangout dengan abang. Akak don’t worry okeh, abang percayakan Akram jalan sendiri” Biar betul, percayakan, budak dua belas tahun jalan sendiri dekat tempat yang sesak macam ni, tak takut kena kidnapped ke?

“Akak tak bosan ke jalan sorang-sorang? Tak nak cari bf ke?” Sudah, keluar dah soalan sensasi dari Akram. Gelabah aku mencari jawapan yang sesuai.

“Tak naklah ada bf, remember akak kan kedekut kredit Phone. Membazir duitlah layan bf ni”

“fb n tweet kan ada?”

“I just don’t need one. Bf is not real.”

“Maksud akak?”

“kenapa Akram nak tahu. This is not your league yet”

“Why not? Akram dah couple twice tau. So please explain your stand” tercengang aku seketika. Budak ni memang takkan terima alasan childish.

“Boyfriend is vague and dia bukan macam parents or sibling or spouse yang memang sahih ada pertalian in black and white or blood. So I don’t see the point untuk pentingkan someone yang tak related legally to us. Bf bukan boleh bagi nafkah pun, betul tak?” Menggeleng Akram mendengar jawapan ikhlas aku.

“Serius sangatlah akak ni. Akram cuma nak akak flirting and have fun je.” Hotak engkaulah flirting to have fun! isy dasar anak manusia akhir zaman.

“Flirting is not my sytle okeh. Wrapped it up and sekarang akak nak pegi zohor jap. Jom kita sekali.”

“Malasla, Akram tunggu Akak dekat sini okeh”

“Astafirullahalazim, belajar flirting rajin yang amat tapi arahan tuhan tak nak buat. Akram tak takut dosa neraka ke?”

“Takutlah tapi Akram tak reti macam mana. Akram sembahyang dengan akak boleh?”

“No way! Akram kan lelaki, entah dah sunat belum! Kita pegi surau then Akram ikut jelaa orang lain buat macam mana, orait?” Aku menarik Akram ke surau. Walau berkali-kali enggan tetap aku paksa supaya bergerak masuk ke surau. Dalam hati aku berdoa supaya terbukalah sedikit hatinya untuk solat memandangkan usia sudah hamper mencecah remaja.

Setelah solat aku mendapatkan Akram yang kelat menantiku. Rupanya Akram baru dimarahi oleh seorang lelaki kerana sembahyang main-main, dan tonggang-tonggek ikut suka hati.

Menggilai aku ketawa sebelum memberi ceramah panjang mengenai kepentingan solat. Kalau anak buah aku memang dah lama kena tarik telinga, Akram tak patut terkecuali, bukan.

Waktu umur macam inilah paling sesuai bertegas daripada melayan perangainya yang mengada-ngada. Alih-alih penat berceramah, aku belikan dia beberapa buku solat sebelum berpisah dan terpaksalah aku korbankan hajat untuk membeli novel memandangkan elaunku yang semakin kering.

“Akak please give me your phone number.Kalau Akram ada problem, i need to call you.Please!”

“Tak pentinglah my number. Kat sekolah kan banyak ustazah. Reach them okeh?”

“Akak sajakan tak nak tolong. Please, I dont want to be crash and burnt in hell .Don’t you feel responsible? Lagipun sekarang kan cuti sekolah 2 minggu. Kalau esok-esok Akram mati. How?”

Aku masih teragak. Tapi gerun juga bila memikirkan rasa bersalah nanti, patutkah?

“Heh, cepat Kak hannah dah lapar jom makan.” Sedang aku teragak-agak, datang pula lelaki pertengahan 20an dan mengetuk kasar kepala Akram. Terpegun pula aku melihat wajah lelaki tersebut, segak tapi agak sombong.

“Sakitlah stupid! Sekejapla, Akram nak ambil no.phone akak ni. Akakpun cepatlah.”

“Hah! Apalagi bagilaa cepat.” Pantas aku menarik iPhone Akram. Entah mengapa aku terus menurut setelah disergah lelaki sombong itu.

“By the way, ni abang Akram, Wan Adlan Nasuha.”

“Nash jelaa dah jom!” Tangan Akram direntap kasar dan ditarik meninggalkan aku tanpa melihat lansung kearah aku.

“Sorry akak. Nash memang rude konon-konon nak jadi badboy rebutan ramai. Padahal rupa dia so-so jekan?”

Akram melambai gembira sambil melangkah pergi walaupun kepalanya ditunjal-tunjal dek abangnya. Beristighfar panjang aku menengok perangaI dua beradik itu.Kalau dapat jadi anak-anak mak aku tak ke haru rumah jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience