Bab 2

Romance Completed 154183

HAQEEM merenung wajah wanita yang masih duduk di atas lantai simen di kawasan meletak kenderaan itu dengan mata yang terbuka luas kerana terkejut. Belum sampai 24jam pun sejak dari pertemuan pagi tadi dia bertemu semula dengan wanita yang mengganggu fikirannya sepanjang hari.

Pipi wanita yang berbekas merah kesan ditampar itu sudah lencun dengan airmata dan dia masih terhinggut-hinggut menarik hingus. Hidungnya yang kemerah-merahan digosok menggunakan tapak tangan.

"Let me help you," tawar Haqeem sambil memegang kedua-dua bahu wanita itu dan membantunya berdiri.

"Kat mana yang sakit?" soal Haqeem sambil menilik wajah wanita itu dan memandangnya dari atas sampai ke bawah.

Penampilan wanita itu kelihatan berbeza dengan yang dilihatnya pagi tadi. Malam ini dia kelihatan lebih seksi. Skirt paras paha itu berkali-kali ditarik-tarik dan diturunkan sepertinya dia tidak biasa dengan pakaian sebegitu. Dadanya juga di tutup dengan sebelah tangan yang disilangkan ke tubuh.

"I okey. Thanks selamatkan I. I nak balik," kata wanita itu sambil menolak lembut tangan Haqeem di bahunya. Jelas terpamer ketakutan di wajahnya. Mungkin kerana trauma dengan kejadian tadi.

"Kejap." Haqeem menarik tangan wanita itu supaya kembali menghadapnya.

"You balik naik apa?" soalnya.

Wanita itu terdiam sejenak sambil berfikir. Bola matanya bergerak-gerak menekur lantai.

"Mari I hantar you balik. Kat mana rumah you?" soal Haqeem lagi setelah soalan pertamanya tidak dijawab.

Wanita itu merenung mata Haqeem dengan kerutan di dahi. Riak wajahnya kelihatan takut-takut dan teragak-agak dengan tawaran lelaki yang tidak dikenali di depannya itu.

"Don't worry, I'm a good guy. Nama I Haqeem. You?" soal Haqeem lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Aliyah," jawabnya sepatah dan menyambut huluran tangan Haqeem dengan sedu-sedan perlahan yang masih tersisa.

"I tanya tadi, you balik naik apa? I boleh hantarkan. Atau pun you balik ikut I je. Jangan risau, I orang baik." Haqeem sekali lagi membuat tawaran, namun sebenarnya di dalam fikirannya dia sedang membayangkan sesuatu.

"Jom." Haqeem menarik tangannya, namun wanita itu dengan pantas merentap tangannya dari pegangan tangan Haqeem dan mematungkan diri pada kedudukannya.

"Okay, you bertenang dulu. Jom kita ke restoran tu, nanti lelaki tadi datang balik cari awak kat sini, awak tak takut ke?" ugutnya sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah sebuah restoran yang terletak di seberang jalan.

Aliyah membulatkan mata sambil melihat ke sekeliling, takut lelaki tadi benar-benar akan kembali ke situ. Akhirnya dia terpaksa akur dan bersetuju dengan ajakan Haqeem. Kepalanya diangguk perlahan tanda bersetuju.

"Siapa lelaki tadi tu?" soal Haqeem sebaik sahaja mereka memesan minuman.

"Bekas tunang I." Aliyah menjawab lambat-lambat.

"Kenapa dia pukul you?" soal Haqeem lagi.

Aliyah menekur meja sambil mengetap bibir. Jari-jemarinya pula ditarik-tarik dibawah meja dan berfikir samada dia perlu menjawab atau tidak soalan itu.

"Errm.. Dia minta tolong I bayarkan hutang dia, tapi I kerja pun cukup-cukup makan je, I tak mampu, so dia paksa I......" Aliyah menundukkan kepala sambil mengetap bibir dan menutup mata. Terasa berat mulutnya untuk menuturkan ayat seterusnya.

"Lacurkan diri?" Haqeem meneka.

Aliyah mengangkat wajahnya dan memandang ke wajah Haqeem lalu mengangguk perlahan.

Haqeem mengherot bibir sambil meramas dagunya dan merenung wajah Aliyah yang sedari tadi menutup dadanya menggunakan tas tangan kecilnya.

"I boleh protect you dan I boleh bagi apa je yang you nak. Anything. Cakap je apa, semua I boleh bagi. Tapi you kena ikut I balik malam ni. I tertarik dengan you sebab you cantik dan kena dengan taste I," ujarnya berterus-terang sambil menaikkan kedua-dua kening memandang wajah cantik wanita di depannya dengan bibir yang meleret senyuman penuh makna.

Aliyah mengetap gigi dan mencerlung mata lelaki kacak dan segak di depannya dengan renungan paling tajam lalu dia bingkas berdiri.

"You ingat I perempuan tak ada maruah yang boleh dibeli dengan wang ringgit ke?! Lelaki memang suka ambil kesempatan dengan perempuan kan?!" marahnya dengan dada yang berombak-ombak. Dia merasakan dirinya ibarat terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.

"Well, I have everything you need," balas Haqeem dengan lagak bersahaja sambil mendepakan kedua-dua tangannya dan tersenyum.

"I boleh protect you dari bekas tunang you dan I boleh......"

"I lebih rela mati demi mempertahankan maruah I sebagai seorang perempuan daripada I serahkan diri kepada jantan tak guna macam korang!" Aliyah membentak mencantas kata-kata Haqeem lalu terus berpaling dan beredar keluar dari restoran itu dengan perasaan marah yang membuak-buak.

Haqeem tergamam. Dia tidak menjangka langsung respon wanita itu sampai sebegitu sekali. Dia hanya mampu memandang belakang tubuh Aliyah yang semakin menjauh tanpa berkedip dengan perasaan tidak percaya. Kedua-dua penumbuknya dikepal dan rahangnya kelihatan bergerak-gerak.

Pertama kali di dalam seumur hidupnya tawarannya ditolak mentah-mentah oleh seorang wanita kerana selama ini, belum pernah lagi dia ditolak oleh mana-mana wanita setiap kali dia memberikan tawaran sebegitu. Egonya tercalar.

"Rozan."

"Saya, tuan!" sahut Rozan yang berdiri di belakangnya sejak dari tadi lalu merapatkan kedudukannya dan menanti apa yang bakal majikannya akan katakan.

"Let's go!" ujarnya lalu berdiri.

"Minuman yang tuan pesan tadi belum....."

"Pergi bayar," potongnya tegas lalu menyerahkan sekeping duit kertas berwarna ungu kepada Rozan.

"Terus balik ke tuan?" soal Rozan sebaik sahaja mereka keluar dari restoran mewah itu dan sedang berjalan menuju ke kereta yang diparkirkan di kawasan meletak kenderaan di seberang jalan.

Haqeem tidak menjawab sebaliknya dia memanjangkan leher dan melilau-lilau ke sekeliling dengan kedua-dua tangan di dalam poket seluarnya.

"Cis! Mana perempuan tu pergi?" getusnya dalam hati. Dia tidak melihat Aliyah ada di mana-mana di sekitar kawasan itu.

Niatnya tadi hendak mengekori Aliyah untuk mengetahui di mana tempat tinggalnya tetapi dia kehilangan jejak. Satu keluhan hampa terluah.

"Mungkin dia dah naik teksi atau Grab tuan," kata Rozan seakan-akan tahu apa yang sedang bermain di fikiran majikannya itu.

"Hmm." Haqeem cuba berlagak tenang. Rozan dengan pantas membukakan pintu kereta untuknya sebaik sahaja mereka tiba di depan kereta.

* * * * * * * *

"Yo, bro! Mengelamun nampak. Fikir pasal pelayaran semalam ke? Tak mengajak orang!" tukas Afwan, sepupunya yang sudah duduk di atas meja pejabatnya.

Haqeem sedikit tersentak dan mencerlung wajah Afwan yang sedang tersengih-sengih memandangnya.

"Kau dari dulu memang tak reti nak ketuk pintu kan? Tu kerusi. Kerusi dengan meja pun tak kenal ke?" marah Haqeem dengan perasaan sebal melihat Afwan duduk di atas mejanya sambil menjuihkan bibir ke arah kerusi di depan mereka.

Afwan menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu turun dari meja dan beralih duduk di atas kerusi.

"Chill lah bro! Kenapa ni? Serius je muka. Mangsa tak masuk perangkap ke?" soal Afwan lalu tergelak kecil.

"Hello, bro! No woman can refuse me, okay!" balas Haqeem lalu menegakkan postur tubuhnya mendabik dada, namun dalam masa yang sama, wajah Aliyah tiba-tiba terbayang di dalam ruangan fikirannya.

"Without love?" soal Afwan lagi sambil menaikkan kedua-dua kening tebalnya memandang ke wajah sepupunya itu.

"Aku tak perlu jatuh cinta untuk mendapatkan tubuh wanita," jawab Haqeem tenang dan bangga tanpa sekelumit pun perasaan serba-salah.

"Ajar aku lah! Aku nak dapatkan seorang pun payah tau," ujar Afwan sambil mengetuk-ngetuk jari telunjuknya di atas permukaan meja dan tersengih-sengih.

"Aku dah balik-balik ajar kau dari dulu, kau tu je yang tak pandai. Hah! Ada apa kau datang sini? Lama betul tak nampak." Haqeem sengaja menukar topik.

"Aku busy lah semenjak dua menjak ni Qeem. Aku saja singgah sebab kebetulan aku lalu depan bangunan pejabat kau ni. Aku baru lepas berjumpa dengan Mr. Bob," jawabnya lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"Mr .Bob? Hm, talk about him, okey ke syarikat dia tu?" Haqeem menyoal sambil berpeluk tubuh dan meramas dagunya yang baru dicukur pagi tadi.

"So far so good. Strategi pengiklanan syarikat dia tu memang, perrrrhh! Sampai ke luar negara. Tu yang aku busy memanjang ni," jawab Afwan sambil menaikkan kedua-dua ibu jarinya memuji.

"Minggu lepas aku ada minta syarikat dia provide proposal lepas Mr. Bob bagi offer pakej syarikat dia masa annual dinner dulu tu, tapi aku belum semak lagi. Mungkin aku tak ambil kot syarikat diorang iklankan syarikat aku, sebab aku pun dah ada promoter kan? Tapi kalau service pengangkutan syarikat dia tu, mungkin aku boleh pertimbangkan. Hmm, mungkinlah," balas Haqeem sambil mengerutkan dahi.

"Kau nak tau tak bro, masa meeting tadi, ada seorang pekerja dia tu kan, macam ni," kata Afwan membuka cerita sambil menaikkan semula kedua-dua ibu jarinya.

"Lawa bro! Aku try lah ajak dia keluar minum kan, tapi dia tak nak," sambungnya lagi.

"Hmm, kau memang takde luck lah dengan wanita Wan! Baik kau suruh mak kau je yang carikan jodoh untuk kau," ejek Haqeem lalu ketawa.

"Baru jumpa kan? Mana boleh gelojoh. Aku bukan macam kau! Aku ada curi-curi ambil gambar perempuan tu. Kau nak tengok?" soal Afwan lalu mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluar dan membuka galeri.

Haqeem memandang Afwan dengan lagak tenang dan bersahaja melayan sepupunya itu. Bukannya dia berminat sangat pun sebenarnya.

"Hah, ni!" kata Afwan lalu menghulurkan telefonnya kepada Haqeem.

Haqeem menyambut hulurannya dan memandang ke arah skrin telefon untuk melihat gambar yang terpapar. Matanya serta-merta membulat dan terbuka luas. Skrin telefon dan wajah Afwan dipandang silih-berganti dengan perasaan terkejut dan tidak percaya.

Share this novel

DHIA AMIRA
2022-10-08 20:13:34 

until when dun need lov...


NovelPlus Premium

The best ads free experience