17

Romance Series 10716

Ed harus merahsiakan hal ini dari pengetahuan Atuk Eldon dan Fiona. Mereka tidak boleh tahu tentang hal ini. Fea juga sudah diberitahu supaya merahsiakan hal ini dari pengetahuan Fiona.

Dia hanya mahu pengurusan ini dilakukan secara senyap dan teratur seperti sebelumnya. Cumanya, dia akan berterus terang tentang pelabur yang berminat mahu melabur dengan Kana Hotel, itu sahaja. Dia tidak akan sesekali memberitahu hal-hal lain kepada atuknya.

Fea juga bersetuju dengan persepakatan tersebut.

Selang beberapa hari, proses pengubah suaian dilakukan. Kana Hotel terpaksa ditutup buat sementara waktu.

*

Drake mula kagum dengan kerja adiknya. Melihat cara kerja Fea, dia sudah tidak risau lagi jika dia melepaskan 100% projek ini kepada Fea.

"Aku harus pulang ke New York, banyak urusan aku yang tertangguh disebabkan hal disini. Aku mahu kau bantu Fea disini, jaga dia. Jangan biarkan hal yang lalu berulang lagi. Awasi kemana saja Fea pergi." Drake mengamanahkan Taylor untuk membantu dan menjaga Fea.

"Baiklah, tentang itu Tuan jangan risau." jawab Taylor patuh.

Drake mahu pergi.

"Er..Tuan Drake" Drake berpaling.

"Tuan tak kisah ke kalau saya dan Fea tinggal serumah?" Taylor kelihatan takut-takut dengan tatapan tajam Drake padanya.

Drake melangkah menghampiri Taylor. Dia memandang lelaki itu dari atas hingga kebawah. Penampilan lelaki ini sentiasa kemas dari awal dia mula bekerja dengan Reynard sampai sekarang. Selama beberapa hari mereka tinggal bersama, dia dapat lihat bagaimana sikap dan layanan Taylor terhadap adiknya, masih ada rasa hormat dan beradab walaupun kadang kala mereka kelihatan sangat akrab.

"Jikalau papa lebih percayakan awak dari saya, tidakkah saya juga harus berfikiran sama seperti itu?" luah Drake sebelum melangkah pergi.

Taylor tersenyum lebar.
"Tuan tak jumpa Fea dulu ke sebelum berangkat?" jerit Taylor yang masih tersengih gembira.

Drake hanya mengangkat satu tangan ke udara sambil melambai tanpa menoleh kebelakang.

Taylor memegang pada janjinya. Dia berjanji akan menjaga dan melindungi Fea mulai dari sekarang.

*

Taylor mengikut kemana sahaja Fea pergi. Dia bertindak sebagai pemandu, pembantu Fea dalam hal-hal berkaitan kerja serta pengawal peribadi Fea. Dia juga merupakan penasihat dan guru bagi Fea. Taylor mempunyai banyak pengalaman dalam hal berkaitan kerja.

"Terima kasih banyak, Taylor. Nasib baik saya ada awak, tak adalah saya terkial-kial sorang-sorang buat kerja-kerja ni semua." ujar Fea sambil bersandar penat di sofa.

Taylor datang bersama setin minuman sejuk, dibuka dan dihulurkan kepada Fea.

Fea mencapainya lalu meneguk pantas.

"Terima kasih" ucap Fea. Tekaknya terasa sejuk dan selesa.

"Fea masuk mandi dan rehat dulu. Biar saya siapkan makan malam" arah Taylor lembut.

"Betul ke ni? Wah! beruntung saya" ujar Fea sambil tersengih gembira.

"Thanks Taylor" ucap Fea lantas bangun dan berjalan masuk ke dalam biliknya.

Taylor hanya membalasnya dengan senyuman lebar.

*

Tok! Tok!
"Fea, makan malam dah siap" ujar Taylor di muka pintu.

Ceklek! Perlahan pintu bilik terbuka. Fea sudah siap dengan pijama tidurnya. Rambutnya hanya disanggul menggunakan penyepit rambut. Sungguhpun begitu, wajahnya tetap cantik walaupun tanpa secalit makeup. Taylor terpegun seketika. Hati lelakinya sedikit bergetar apatah lagi bila mengenangkan mereka hanya berdua disini.

Taylor juga sudah menyalin pakaiannya kepada kemeja-t tanpa kolar dan berseluar slack.

Cuaca diluar sangat sejuk. Tapi dengan hawa pemanas yang terpasang di dalam rumah, suhu dingin diluar tidak terasa lagi.

"Makanan sudah terhidang, mari kita makan sama-sama" ajak Taylor ramah. Dia segera berpaling sambil menelan ludahnya kasar.

Fea membuntuti langkah Taylor ke meja pantry. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Taylor.

"Wahh..banyaknya makanan. Awak yang masak semua ni?" soal Fea teruja dengan menu yang berada dihadapannya sekarang.

Fea duduk sementara Taylor mengambil potongan ikan salmon lalu diletakkan ke dalam pinggan Fea. Kemudian dia mengambil asparagus bersama kentang dan lobak, juga diletakkan ke dalam pinggan Fea.

"Ini sos khas untuk dimakan bersama dengan ikan ni. Awak harus cuba" ujar Taylor tidak sabar mahu Fea merasai air tangannya.

Tanpa berkata apa, Fea lantas memotong isi ikan salmon lalu dicicah sos khas yang dimaksudkan Taylor. Perlahan dia menjamahnya.

Sementara Taylor, tidak sabar mahu tahu pendapat Fea mengenai masakannya.

"Ermmm, sedapnya" puji Fea kagum dengan sentuhan rasa yang dimasukkan ke dalam makanan ikan salmon ini. Dia menyuap berkali-kali dengan lahap.

Taylor bertambah seronok bila Fea begitu menikmati makanan yang dimasaknya.

"Taylor, saya tak sangka, awak begitu berbakat dalam pelbagai hal. Awak layak buka restoran sendiri nih" puji Fea sambil tersenyum lebar, begitu juga dengan Taylor.

"Makan lagi, saya masak banyak ni" arah Taylor sambil menyenduk makanan lalu dimasukkan lagi ke dalam pinggan Fea.

"Awak makanlah sekali, seganlah saya kalau awak asyik lihat saya makan" wajah Fea bersemu merah.

Tatapan Taylor yang tajam dan menggoda boleh mencairkan hati wanitanya. Apatah lagi, baru-baru ini lelaki itu baru sahaja meluahkan isi hatinya kepada Fea. Fea masih tidak memberi apa-apa respond kepada Taylor. Dia hanya membiarkan masa yang menentukannya. Manakala Taylor pula tidak pernah memaksa dia untuk menyambut cintanya.

Taylor mempunyai kesemua ciri-ciri lelaki idaman wanita. Melihat dari rupa paras dan penampilannya sahaja sudah mampu membuat hati wanita goyah, apatah lagi dengan sikapnya yang romantik dan begitu menghormati wanita.

"Taylor, esok kita ke gudang perabot ya. Puan Ivy akan tunggu kita disana jam 9.30 pagi" suara Fea mengingatkan Taylor.

"Emm, ok." Taylor mengangguk pantas.

"Oh ya, Puan Ivy ada datang ke hotel kan tadi?"
Fea mengangguk.

"Kenapa?" tanya Fea hairan.

"Kalau tak silap saya, tadi dia ada berikan quotation perabot yang akan kita ambil esok" Taylor cuba mengingat semula kejadian petang tadi.

"Yeke? Awak ada ambil? Boleh saya lihat?" minta Fea menghentikan suapannya.

"Nanti" dahinya berkerut.
"Saya tak ambil. Puan Ivy serahkan kepada Ed" suara Taylor yakin.

"Baiklah, kalau macam tu, biar saya pergi ambil" Fea bangun dengan pantas.

"Eh..takpe, biar saya yang pergi ambil. Fea rehat saja dirumah." halang Taylor pantas. Cuaca diluar juga sangat sejuk, dia tidak mahu Fea jatuh sakit.

"Betul ni?" tanya Fea lagi.

"Ya, betul" sambut Taylor bersungguh-sungguh.

*

"Ha ha ha ha ha.." Taylor yang baru saja masuk ke dalam hotel tersentak. Suara tawa itu milik Ed dan jelas kedengaran datangnya dari ruangan rehat.

Taylor mengintai perlahan. Dia dapat melihat dengan jelas wajah Ed dibawah samar lampu meja sedang berbual dengan seseorang di telefon.

"Aku tahu Fea tu tak secerdik mana pun, masih lagi mentah dalam dunia bisnes. Aku bebas bukan atas belas ihsan dia pun sebenarnya, tapi sebab nasib dan tuah yang selalu berpihak pada aku. Dia tu yang bodoh dan mudah percaya dengan raut wajah aku yang tampan dan pura-pura meraih simpati dia, ha ha ha ha ha"

Taylor mencengkam buku lima dengan kuat.

"Bila projek ni dah siap, aku akan serahkan surat perjanjian untuk dia tandatangan. Aku akan buat sehingga dia serahkan semula hak aku tanpa dia sedar. Kau jangan ingat dengan semudah itu aku nak serahkan hak milik atuk yang selama berpuluh tahun atuk jaga kepada orang luar?"

"Kau pegang kata-kata aku, Boe. Aku akan buat Fea jatuh cinta dan lalai dengan cinta aku dan saat itu juga aku akan bertindak. Aku akan jatuhkan dia"

Taylor berlalu ke ruangan pejabat yang berada di bahagian belakang bangunan. Dia mencari quotation yang diberikan Puan Ivy kepada Ed tadi. Setelah ditemui, dia segera keluar dari situ.

Taylor memandu dalam keadaan marah. Hatinya bagai dicabik-cabik apabila Fea sedang dipergunakan oleh lelaki seperti Ed.

Tidak, dia tidak akan biarkan hal ini berlaku. Dia akan perhatikan setiap tingkah laku Ed mulai dari sekarang.

*

Taylor masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang bercampur baur.

"Macam mana, dapat quotation tu?" soal Fea yang menerpa ke arah Taylor.

Taylor sekadar mengangguk lalu menyerahkan beberapa helaian kertas yg telah dikepilkan bersama kepada Fea.

"Awak ada jumpa Ed?" Taylor tidak menjawab pertanyaan Fea. Dia malah berlalu pergi dan masuk ke dalam bilik.

Fea terkedu. Dia hairan melihat perubahan sikap Taylor yang mendadak berubah.

"Kenapa?" soal Fea sendiri.

*

Taylor mencampakkan baju sejuknya di atas katil dengan geram. Dia menghempaskan punggung di birai katil. Dia mengeluarkan handfonenya lalu menekan butang play.

Semua perbualan Ed sebentar tadi sudah dirakamnya. Mendengarnya buat kali kedua, menambahkan lagi rasa sakit hatinya. Dia langsung tidak menyangka, Ed begitu licik dan jahat. Jika ikutkan hatinya tadi, mahu saja dia menghenyak lelaki itu sehingga babak belur. Baru dia tahu siapa Taylor.

Fea sanggup merendahkan egonya, menjamin lelaki tak guna itu semata-mata mahu majukan bisnes keluarganya, tapi malangnya, kebaikkan Fea telah disalah guna.

"Dengan Fea, kau bolehlah bro. Tapi dengan aku, kau silap. Langkah mayat aku dulu. Selagi aku ada disini, aku takkan izinkan kau mempermainkan perasaan Fea" luah Taylor bersungguh-sungguh.

Bersambung..

Langsung tidak disangka, Ed rupanya menyimpan dendam terhadap Fea. Adakah usaha Fea hanya sia-sia? Bagaimana perasaan Fea jika Taylor memberitahu perkara yang sebenar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience