BAB 16

Humor Completed 26062

"IRIS dah kemas barang-barang?"tanya ibu sambil diduk di birai katil memerhati Iris yang sedang memasukkan baju ke dalam beg.

"Dah ibu."Iris meletakkan beg di tepi sudut.

"Bawa kereta elok-elok.Nanti Izz balik dari asrama kami pergi jenguk Iris dekat sana."

Iris senyum.Tahu ibunya bimbang akannya.Walaupun berkali dia cakap tak akan ingat lagi tentang bekas suaminya.Ibu tetap terselit rasa bimbang.

"Ibu,tadi siang masa hantar kuih,Iris terserempak dengan abang Attar.Dia selalu balik sini ker,ibu?"

"Attar tu memang kerap balik rumah Mak Cik Hawa kamu.Tu yang ibu suruh hantarkan lepat pisang tadi.Attar kan suka makan lepat pisang.Kebetulan kita buat lebih tu ibu suruh hantar."

Ibu ni masih ingat apa yang abang Attar suka.

"Abang Attar yang sekarang nampak berbeza dari dari dulu kan."Iris cuba mengingati perbezaan Attar yang dulu.Dengan kulit sawo matang.Tapi kini nampak cerah sedikit kulit.

"Mana nak sama.Dah berapa tahun Iris tak jumpa dia.Lepas Iris kahwin,Attar dekat Melaka.Tapi tu lah kesian juga dekat Attar..."wajah ibu sedikit sedih.

"Kenapa dengan dia?"

"Isteri dia meninggal seminggu selepas mereka kahwin..."

"Innalillahiwainalilahirojiun..." ucap Iris.Tak sangka isteri abang Attar dah meninggal.

"Kesiannya.Isteri dia sakit apa?"

"Isteri dia memang dah sakit sebelum mereka bernikah lagi.Ibu pun tak pasti sakit apa."

"Patut lah tadi tak nampak sesiapa pun dekat rumah Mak Cik Hawa."

"Bila dia balik kampung ada juga dia singgah berbual dengan ayah.Ramah tak macam dulu pendiam saja.Sekarang dia dah kerja dekat KL."

"Bagus lah abang Attar kera balik Mak Cik Hawa.Tak macam Iris.."kata Iris bernada sedikit sayu.

"Ke situ pula.Lepas ni Iris boleh saja balik setiap minggu.Ada hikmah atas apa yang berlaku.Dah la..Iris ada apa-apa lagi nak bawa?Baju semua dah siap kemas masuk dalam beg?"Ibu tak mahu Iris terasa hati segera dia berpura cakap hal lain.

"Semuanya dah.."jawab Iris.Beg dizip dan di letakkan tepi katil.Esok ada hal yang dia perlu uruskan.Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Iris pulang ke KL dengan menaiki bas.Nida menjemputnya di stesen Pudu Raya.Dia sebenarnya sudah tekad untuk ke rumah Puan Yasmin untuk mengambil pakaian dan barangan lain termasuklah kereta miliknya.

"Betul ker Iris tak nak kak Nida temankan?"Nida bimbang bila Iris menyuruh dia menghantar ke rumah Puan Yasmin.

"Tak apa kak..jangan risau.Iris pergi sekejap saja.Tadi Iris dah call bibik.Dia cakap barang Iris masih ada.Lagi pun Iris kena pergi juga ambil kereta Iris."Iris menyakinkan Nida.Mahu atau tidak dia tetap kena pergi juga ke sana.

"Baiklah.Apa-apa hal,cepat call akak tau.Akak hantar Iris sampai sini ya."Nida memberhentikan kereta di hadapan banglo yang tersergam indah itu.Dia tak boleh nak tunggu lama kerana harus masuk ke pejabat semula.

Iris angguk dan terus keluar menuju ke pintu pagar.Dari jauh tadi dah nampak,kereta Iris sudah tersadai di luar rumah.Nampak sangat mereka nak hapuskan semua barang milik Iris.Iris tarik nafas panjang mengumpul semula kekuatan yang ada.Harap dia mampu hadapi apa jua situasi sebentar lagi.

Bibik sudah sedia membuka pintu.Senyum pun takut-takut.Iris dapat rasakan sesuatu.Tentulah bibik juga takut kan majikannya.

"Assalamualaikum bibik.Maaf mengganggu.Saya tunggu luar saja.Bibik tolong ambil barang-barang saya ya."Iris tidak mahu bibik ditimpa masalah kerana dia.

"Baik Cik Puan.Barang Cik Puan bibik dah kemas semuanya.Kejap bibik ambik.Cik Puan tunggu ya."Bibik terus menghilang ke dalam rumah.

Kalau ikutkan majikannya yang garang tu,habis semua barang Iris masuk ke dalam tong sampah.Tapi bibik tak sampai hati.Dia tahu Iris pasti akan datang kembali sebab tu dia simpan senyap-senyap dalam stor.

Dalam sepuluh minit,bibik kembali bersama beg dan barangan lain.Baru Iris nak melangkah pergi,kereta milik Puan Yasmin masuk ke perkarangan banglo.Jantung Iris terus berdebar kuat.Apa pun keadaan Iris sudah bersedia untuk bersemuka dengan Puan Yasmin.

Dengan muka berlagak sombong,Puan Yasmin keluar dari tempat duduk penumpang diiringi Harith dan Intan.Satu jelingan tajam di tujukan pada Iris.

"Hei perempuan!kau buat apa lagi kat sini!?"sergahnya.Bibik pula yang terketar takut.

"Cik Puan datang ambil barang dia.Saya tolong ambilkan dalam stor."jawab bibik gugup.

"Kan aku dah suruh kau buang semuanya!Siap bayar gaji kau!?aku ker dia!?"marah Puan Yasmin.Bibik terus menikus,takut.

"Maaf Puan Yasmin.Saya ngak sampai hati.Cik Puan Iris baik orangnya."dalam terketar takut, berani juga bibik menjawab.

"Bibik!Tak faham bahasa ker apa!?Tak payah nak ber Cik Puan sangat dengan dia!Sekarang Cik Puan Intan yang akan tinggal kat sini!bukan dia ni lagi!"marah Puan Yasmin lagi.Bibik hanya terangguk tanda faham.

Kesian pula Iris tengok bibik kena marah sebab dia.Iris gigit bibir bawahnya.Sakit hati juga tengok bibik yang tak bersalah di marah teruk begitu.

Intan tersenyum sengih tanda kemenangan.

"Maaf..Saya datang nak ambil barang saya saja."Iris mula bersuara.Kesian tengok bibik yang sudah pucat ketakutan.

"Kau dengar sini!Aku nak kau ingat sampai bila-bila pun jangan kau berani jejak kaki kau kat sini lagi!Memang dari dulu kau tak layak tinggal dekat sini!Sekarang ni baru kau sedar agaknya,tempat kau dekat kampung sana!Perempuan miskin,ada hati nak jadi menantu aku!"sinis dia berkata dengan mata yang sengaja di besarkan.

Iris terpaksa menahan telinga mendengar.

"Memang padan dengan muka kau tu.Dah tahu miskin ada hati nak kahwin anak orang kaya.Tengok sendiri,anak kau pun tak ingin lahir ke dunia.Kalau ada pun buat malu muka aku saja!Dapat cucu dari keturunan miskin cacat pulak tu!"hinanya lagi.

"Puan cakap lah apa pun tapi jangan hina ayah saya!"

"Dah tu aku nak cakap macam mana lagi?dah memang ayah kau cacat!"sindirnya lagi.

Iris tak dapat menahan sebak bila tersentuh bab anak.Air mata yang ditahan menitis laju bila terusan ayahnya pula dihina.

"Ingat sini!Jangan kau ganggu hidup anak aku lagi!Intan saja yang layak jadi menantu aku.Dia saja yang layak lahirkan keturunan aku!Bukan kau!Selama ni aku tahan saja tengok kau hidup dengan anak aku.Tuhan pun tahu aku malu dapat cucu dari keturunan kau.Dua tahun kau tak mengandung memang nasib menyebelahi aku.Tak sangka akhirnya kau mengandung juga.Aku lagi bahagia tengok kau keguguran dari anak tu lahir ke dunia!"herdiknya lagi.

"Cukup!Puan tak layak nak hina kami sampai macam tu sekali.Mana belas ihsan puan waktu saya dalam keguguran?Puan memang tak layak digelar manusia!"kata Iris dengan geram.Tak ada sesiapa pun dari keluarga Puan Yasmin yang simpati padanya pada waktu dia keguguran.Jangankan nak melawat,batang hidung pun tak nampak.

"Iris!"tempik Harith yang berdiam diri dari tadi.

Iris berpaling pada Harith yang sudah merah muka menahan marah.Barangkali dia marah Iris berkasar dengan Puan Yasmin.

"Memang kau tak layak jadi isteri aku!Selama ni aku tak percaya apa yang mama bagitahu.Tapi hari ini baru aku tahu perangai sebenar kau.Memang patut aku ceraikan kau dan pilih Intan!"kata-kata Harith menyebabkan Iris terkedu sebentar.Adakah selama ini Harith hanya berpura menyayangi dan mencintai dia?

"Terima kasih atas kata-kata dan hinaan ini.Saya sedar diri saya siapa.Memang saya tak layak.Tapi cinta telah membutakan saya.Cinta juga yang buat saya terluka.Terima kasih Harith..Terima kasih untuk dua tahun yang tiada apa makna."Iris hanya pandang sekilas pada Harith.Dada Harith masih berombak menahan marah.

"Saya pulangkan cincin dan rantai ini.Terima kasih kerana pernah bahagia kan saya.Cuma saya tak sangka diperbodohkan selama ini.Cinta dan kasih sayang awak tak ikhlas."Iris letak kotak kecil berisi barang kemas di atas meja batu.Dia pun tak ingin nak simpan lagi benda yang sudah tiada erti.

"Dengar sini Iris Malaeka!Aku memang tak boleh hidup dengan perempuan yang mama aku benci!Aku sayangkan mama aku.Aku nak buat mama aku bahagia.Dan aku menyesal sebab pilih kau!"katanya kasar dan tegas.

Perit dan pedih bagai ditusuk pedang ke jantung.Rasa macam nak tampar saja mulut Harith.Biar senget sebelah.Itu kah lelaki yang selama ini Iris cintai?Itu kah lelaki yang pernah berjanji akan menjaga dan menyayangi Iris selama ini?Apa yang keluar dari mulut Harith lebih sakit dari jatuh tangga tempoh hari!

"Dah!Kau dah dengar kan!?Jadi tak guna kau nak menangis dekat sini!Kau tu yang bodoh!Aku nak kau berambus dari sini!Jangan berani nak jejak lagi kaki kau kat sini!Harith akan kahwin dengan Intan minggu depan!Kau jangan pernah muncul lagi dalam hidup Harith!"lurus tangan nya menunding jari ke arah pagar yang sudah sedia terbuka luas dari tadi.

Iris tidak menunggu lama.Terus di angkut semua barang miliknya ke dalam bonet kereta.Sikit pun dia tak pandang ke belakang dah.Terus di hala ke jalan besar menuju ke rumah Nida.Keluar saja dari banglo itu,Iris sudah tekad melupakan kenangan manis antara dia dan Harith.Dia tak mahu bersedih lagi.Cukuplah dia menangis dan menderita kerana seorang lelaki yang bergelar suami!Jiwa Iris sudah mati untuk lelaki bernama Harith!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience