Bab 42

Romance Completed 78329

Vitalika membelek chat yang masuk dari kakak kembarnya. Pagi ni kak Gia akan berangkat ke Filipina. Jadi, disebabkan sekarang dia masih praktikal jadi dia tak dapat nak hantar kak Gia ke airport.

Sis Gia: Take care of yourself Vi. Kalau ada masalah ke apa, bagitahu je Kristine. Kristine stay dengan Vi. Akak balik Filipina sorang je.

Me: Orait kak Gia. No worries ok. I will be fine here.

Vitalika kembali menyimpan telefonnya di dalam poket baju. Kang kalau main telefon kerap sangat, tak pasal-pasal kena tegur free je. Untung jugak Kristine ada dekat sini so aku tak adalah takut sangat duduk sorang-sorang dekat rumah.

Aikkk? Dulu kau tak takut pun duduk sorang-sorang masa dekat Filipina? Dekat sana tu lain. Aku dah biasa dengan suasana dia plus masa tu duduk dekat kondo je. Kondo kak Gia tak adalah seluar rumah dekat sini sekarang.

“Vitalika! Room number 311!” Ujar Doktor Qalisy. Vitalika mengangguk lalu segera mengikut langkah Doktor Qalisy menuju ke wad nombor 311.

Sampai saja di wad nombor 311, Vitalika memerhati wanita yang berbalut di kepala dan di tangannya. Muka dia penuh dengan kesan calar akibat dari kesan kemalangan.

Doktor Qalisy memerika keadaan pesakit tersebut menggunakan stetoskop dan akhir sekali menyuruh Vitalika check tekanan darah pesakit. Vitalika melakukannya dengan penuh cermat. Butang on ditekan dan tekanan darah mula dibaca pada skrin monitor.

“Tekanan darah patient 121/81. Normal.” Kaf yang dibalut pada lengan pesakit dibuka dan disimpan kembali.

Doktor Qalisy mencatatkan sesuatu pada rekod pesakit. Mengikut apa yang Doktor Qalisy pernah ceritakan padanya, pesakit ni pernah koma selama seminggu sahaja sebelum kembali sedar dari koma dan keadaannya mula stabil seperti sekarang. Cuma, tangan dan kepalanya yang masih berbalut mengelak dari jangkitan kuman merebak memandangkan sebelum ini jahitan pesakit pernah terbuka balik.

Vitalika mula mencuci luka pesakit pada tangan pesakit tersebut sebaik saja sarung tangan dipakai. Buka saja balutan tersebut, jantung Vitalika berdegup pantas sebaik saja melihat jahitan panjang pada tangan pesakit.

“Why Vitalika? You look a little bit pale.”

“Nothing doctor. I’m okay with this,” bukan dia tak pernah tengok jahitan panjang macam ni. Malah masa di Filipina dulu pun dia pernah handle kes macam ni jugak.

Cotton bud dicelup ke dalam cecair antiseptic lalu dioleskan cairan tersebut pada luka jahitan. Segala perbuatannya dilakukan dengan cermat. Kalau buat secara kasar ataupun tak cermat, macam-macam risiko yang akan terjadi nanti. Siap mencuci luka, tangan pesakit dibalut kembali dengan bandage yang baru. Luka di kepala turut dicuci oleh Vitalika.

Selesai semua, Vitalika dan Doktor Qalisy melangkah keluar dari wad. Doktor Qalisy memandang Vitalika seketika yang sedang menolak troli klinik lab cart atau lebih senang dikenali sebagai troli nursing.

“Vitalika, I nak tanya you something boleh?”

“Boleh. Doktor nak tanya apa?”

“I heard you sekarang ni di bawah seliaan Doktor Ariff. Betul?”

Wow…nampaknya doktor pun dah tahu ehhh yang aku sekarang ni di bawah seliaan Doktor Ariff. Laju betul berita tersebar.

“Emmm…lebih kurang macam tulah.”

“You patut bangga tau bila di bawah dia. Dalam masa yang sama you bertuah.”

Aku? Bangga di bawah seliaan dia? Bertuah? “Sebab?”

“Dah lama Doktor Ariff tak handle student intern. Katanya tak minat. Tapi kali ni dah berubah dan peliknya dia ambik student nurse dibawah dia. Selalunya student intern baru macam you ni semuanya di bawah seliaan nurse yang lain. I rasa dia minat youlah Vitalika.”

“Hesy doktor ni…impossible Doktor Ariff nak suka student intern macam saya ni. Tak ada maknanyalah doktor…” Vitalika tertawa kecil.

“You je cakap macam tu tapi nurse dengan doktor yang lain semua cakap macam apa yang I cakap dekat you. Lagipun, Doktor Ariff tu single. Why not you masuk jarum. Umur dia pun dah nak masuk 32 tahun. Hampir nak jadi bujang terlajak dah tu.”

“Doktor ni…saya rasa dia dah ada orang yang dia suka. Mustahil dia nak suka dekat saya doktor. Lagipun saya dengan dia beza agama. Macam doktor dengan saya. Saya Kristian dan doktor pulak Muslim. Masing-masing kepercayaan lain.”

Doktor Qalisy mengangguk tanda betul apa yang Vitalika cakap. “Tapi, kalau betul Doktor Ariff suka you, you nak buat apa? Tolak?”

“Saya tak pastilah doktor. Lagipun saya tak pernah terfikir nak ada boyfriend ke apa.”

“Eleh! Ke you dah ada buah hati?”

“Serius tak ada.”

“Amboi! Seronoknya berborak?” Tiba-tiba suara Ariff mencelah dari belakang. Vitalika dan Doktor Qalisy segera menoleh ke belakang.

“Eh! Ariff! Sejak bila kau dah ada dekat belakang ni?” Entah-entah Ariff dengar apa yang aku bualkan dengan Vitalika tadi.

“Since you both having a good chatting together. Cakap pasal aku pulak tu.”

“Hehehe…janganlah marah aku Ariff.”

“Aku tak marah pun. By the way, why not both of you lunch together with me and Amirul? Boleh?”

“Alamak…aku tak bolehlah Ariff. Aku ada banyak kerja lagi nak buat. Kau ajak jelah Vitalika.”

Pandangan Ariff dihalakan kepada Vitalika. Vitalika pulak buntu nak jawab apa. Sejujurnya dalam minggu ni saja dah banyak kali dia asyik ke hulu ke hilir dengan Doktor Ariff. Dia tak naklah timbul gossip macam-macam nanti.

“Saya bawak bekal hari ni. Malas nak makan dekat luar. Sorry…” Alasan terbaik nak elak dari makan dengan Doktor Ariff sekali.

“Ok…”

“Saya pergi dulu…” Vitalika pantas melangkah pergi dari situ.

“Bro,” Doktor Qalisy menepuk perlahan bahu Ariff. “Kau suka Vitalika eh?”

“Kau mengarut apa pulak ni?”

“Mengarut apanya? Semua doktor dengan nurse perasan yang kau lain macam bila dengan Vitalika. Macam care terlebih. Betul kan?”

“Merepek!”

“Eleh! Suka tapi tak nak mengaku. Kitaorang ni dah duduk bawah bumbung dengan kau bertahun tau! Kitaorang tahulah kau ni macam mana Ariff. Dulu student intern yang pernah kena buli dengan tiga serangkai tu, kau tak pernah ambik kisah pun?”

“Aku ambik kisah pasal dia sebab aku tak nak kalau dia tertekan dekat sini, dia pergi buat laporan pasal hospital kita dekat hospital Filipina. Kau rasa kalau dia buat laporan pasal hospital kita, tak ke jatuh reputasi hospital kita ni nanti?”

“Iye-iye lah tu…kau ni memang pandai buat alasan. Oklah bro, aku pergi dulu. Ingat! Kalau suka dekat dia, terus-terang je. Jangan pendam lama-lama. Takut melepas!”

Ariff menggeleng dengan perangai Doktor Qalisy. Ada benda je dia nak mengata aku. Entah-entah dia yang suka Vitalika, dia kata ke aku pulak.

BERJAM-JAM lamanya di atas kapal terbang, akhirnya dia selamat mendarat jugak di airport Manila, Filipina. Kepulangannya disambut oleh Maya. Maya menghampirinya lalu beg tariknya diambil. Maya membawa begnya.

“Maya, kau masak tak?”

“Masak. Kenapa? Kau lapar ke?”

“Hmmm…aku tak selera makan atas kapal tadi. Tu yang lapar sangat dah ni.”

“Nasib baik aku tergerak hati nak masak tau. Balik ni kau makanlah. Aku masak makanan kegemaran kau and clean!”

“Thank you…”

Bertahun jadi PA kepada Gia, Maya dah cukup hafal apa yang Gia makan dan apa yang Gia tak makan. Sememangnya Gia memang eat clean dan tak makan daging khinzir dan daging yang lain. Hanya makan ayam dengan daging lembu dengan sayuran yang lain. Alkohol pun dia tak minum sangat. Selalunya Gia prefer dalam masakan je.

Sampai di kondominium miliknya, benda pertama yang Gia buat ialah menuju ke meja makan dan makan! Memang lapar dia dah tak boleh dibawa bincang. Maya menyimpan beg baju Gia di dalam bilik.

“Lapar sangat kau ni. Oh ya! Macam mana dekat Malaysia? Ok?”

“Ok je.”

“Luqman?”

“Luqman? Macam biasalah. Still benci dengan aku dan kalau boleh tak nak tengok pun muka aku. Nak marah 24 jam.”

“Sampai bila kau nak hadap perangai Luqman macam tu?” Gia cuma menjongketkan bahunya.

“Selagi aku boleh hadap, aku hadaplah. Aku tak kisah Luqman nak marah aku ke apa. Aku tahu benda yang jadi salah aku dan aku tak pernah lupa apa yang jadi. Cuma tulah Maya, ikut hati aku…aku nak bongkarkan je apa yang dah jadi tapi tak boleh. Kalau aku dedahkan semuanya, nyawa mummy dalam bahaya.”

“Kau sayangkan mummy kau?”

“Gila aku tak sayang mummy aku Maya. Walaupun dia macam tu layan aku tak baik, selalu marah aku…tapi aku tahu dalam hati dia masih ada perasaan sayang dekat aku. Dia yang jaga aku sampai besar. Kalau dia tak sayang aku, dah lama dia bunuh aku.”

Maya mengangguk memahami. Tak mudah untuk berada di tempat Gia sekarang ni. Macam-macam benda yang dia perlu korbankan walaupun hati dia yang sakit akhirnya.

VITALIKA menekan perutnya yang mula terasa pedih. Sudah! Ni mesti gastrik tengah serang sekarang ni! Vitalika memandang jam di tangannya. Dah pukul 5 petang. Baru dia sedar! Dari pagi sampai sekarang dia masih lagi belum jamah apa-apa makanan. Busy handle pesakit punya pasal sampai lupa makan. Aduh! Vi! Vi!
Kau ni memang cari nahas betullah! Ini kalau kak Gia tahu kau skip makan, habis kau kena bebel dibuatnya!
Vitalika pantas mengambil begnya di ruang rehat nurse lalu segera beredar dengan menekan perutnya yang mula memanas dan pedih.

Kebetulan ketika dia hendak melangkah keluar dari hospital, dia terserempak dengan Doktor Ariff. Ariff pula segera menghampiri Vitalika bila ternampak Vitalika yang tengah memegang perut dengan kerutan di wajahnya.

“What’s wrong with you? Are you alright?”

“Tak apa doktor. Saya ok.”

“Ok apanya kalau muka tahan sakit macam ni? Kenapa?”

“Gastrik je doktor. Tak apa…saya ok. Kejap lagi saya singgah kedai makan beli makanan.”

“Jom I bawak you pergi kedai makan!”

“Tak apa. Saya boleh pergi sendiri.”

“Jangan bantah boleh? Jom ikut I!” Tangan Vitalika ditarik menuju ke kawasan parking kereta. Vitalika diarah masuk sebaik saja pintu kereta dibukanya.

Vitalika hanya menurut lalu masuk ke dalam kereta milik Ariff. Nak kata pedih sangat tu tak adalah. Aku still boleh tahan. Lepas makan then makan ubat gastrik, oklah aku nanti. Nasib baik aku spare ubat gastrik dalam beg aku.
Ariff menghidupkan enjin keretanya lalu memandu menuju ke restoran yang berdekatan. Telefon bimbit Vitalika berbunyi. Panggilan dari Kristine.

“Hello.”

“Hello Vi. Ikaw ba ay nasa daan pauwi (Vi dah on the way
balik ke)?”

“Hindi (tak). Papunta na ako sa restawran (Vi on the way ke restoran).”

“Bakit (kenapa)? Nag luto na ako para sayo (Kristine dah masak makanan untuk Vi).”

“Sorry na pero ngayon ay nagkakaroon ako ang gastric at ang aking kaibigan ay inalis ako para kumain (sorry tapi sekarang Vi tengah gastrik dan kawan Vi bawak Vi pergi makan).”

“Ohhh…okay lang (tak apa). Manatiling ligtas okay (stay safe okay)? Kung meron man, tawagan mol ang ako (kalau ada apa-apa, call je).”

“Ok…”

Ariff dari tadi hanya diam mendengar Vitalika yang bercakap dalam bahasa ibundanya. Sepatah apa pun dia tak faham.

Akhirnya mereka tiba di sebuah restoran. Untung saja tak berapa ramai orang sangat. Vitalika dan Ariff keluar dari kereta lalu masuk ke dalam restoran. Seorang pelayan datang menghampiri mereka.

“Makan?”

“Bagi saya nasi goreng ayam satu dan nasi putih dengan sup sayur. Sup sayur make sure jangan pedas. Untuk minum, bagi air kosong dua.”

“Itu saja?”

“Ya.”

Pelayan tersebut berlalu pergi dengan pesanan mereka. Ariff memandang Vitalika yang masih lagi kerut menahan sakit.

“Boleh tahan lagi?”

“Boleh. Sikit je ni…”

“Ada ubat?”

“Ada.”

Risau dia melihat Vitalika yang menahan sakit dengan kerutan di wajahnya. Bukan apa, takut bila ditahan lagi lama, makin teruk gastrik tu nanti. Tak sampai sepuluh minit…makanan dan minuman yang dipesan Ariff tadi sampai. Cepat jugak diorang buat kerja.

“Makan…”

“Doktor…untuk makanan saya ni biar saya bayar ehh?” Segan pulak bila Doktor Ariff yang tolong bayar untuk aku.

“Tak apa. I bayarkan untuk you. Anggap je I tengah belanja you sekarang ni.”

“Tapi…”

“Vitalika! Makan!”

Senyap terus Vitalika dibuatnya bila Ariff menegaskan suaranya. Tak pasal-pasal kalau aku bantah lagi, kena marah pulak nanti.

Diam-diam Ariff tersenyum kecil melihat Vitalika yang agak polos bila dia menegaskan suaranya tadi. Bagus! Tak banyak songeh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience